Zaman Kanak-Kanak Ribena

9:45 pm / 10.5.2017 / Detik permulaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Kenali aku dengan panggilan Daffodils. Umur 23. Perempuan.
Aku suka menulis tapi tak pernah tulis cerita seram. Ini pertama kali dan insyaAllah cerita-cerita aku berdasarkan kisah benar. Untuk yang pertama ni, aku nak cerita pengalaman masa kecik-kecik dulu.

Aku ada sorang abang dan masa aku kanak-kanak ribena, aku ramai sepupu lelaki baya-baya aku. Sepupu perempuan boleh bilang dengan jari. Pulak tu tinggal jauh di negeri lain. Bila aku dah besar, baru ramai sepupu-sepupu kecik perempuan. Kiranya kawan-kawan sepermainan aku dulu ramainya lelaki. Kawan abang aku kira kawan aku jugaklah. Aku ada sorang je kawan perempuan masa tu. Itu pun lasak macam lelaki. Lasak-lasak aku, lasak lagi si Nur ni. Panjat pokok, masuk hutan, terjun sungai bagai aku rasa dia paling champion.

Kisah 1

Kita orang selalu sebelum masuk asar dah start main. Cakaplah permainan kampung apa, semua kita orang main. Kalau kena membebel, baru berhenti sekejap. Lepas asar, sambung main balik sampai la nak maghrib. Kalau tak dengar mak sorang-sorang laung nama kuat-kuat, agaknya belum balik tu. Hehehe. Nak dijadikan cerita satu petang dah dekat pukul 7 malam, puak abang-abang buat perangai nak masuk hutan kecik belakang rumah Mak Teh aku. Rumah Mak Teh sebelah kanan je dengan rumah aku. Masa ni Nur takdak dan mak aku dan Mak Teh pi rumah Wan. Alah, rumah Wan tak jauh pun. Jalan kaki 10 meter sampai la.

Mula-mula abang aku tak kasi aku ngan Haikal, anak Mak Teh, ikut dorang. Sebab masing-masing kecik lagi umur dalam 7 tahun tak silap. Dorang tak nak bertanggungjawab kalau apa-apa jadi. Tapi, kita orang degil. Ikut belakang dorang dari jauh. Abang aku perasan je kita orang ikut tapi malas dah nak bagi warning. Aku naik basikal dia (basikal tayar mati yang warna merah, biru dan kuning). Haikal lak jalan kaki kat sebelah.

Nak masuk hutan kecik belakang tu sebenarnya ada macam denai lebar 1 kaki. Aku ngan Haikal takut-takut jugak sebenarnya nak teruskan berjalan. Haikal berhenti dan ajak aku balik. Muka dia dah cuak. Tapi aku degil. Aku tak nak. Nak ikut jugak abang masuk dalam. Aku curious jalan tu sebenarnya tembus ke mana sebab sebelum ni aku tak pernah masuk sana. Lagi pun jarak kita orang ngan dorang kat depan tu bukan jauh mana pun.

Dari jauh kita orang dah nampak rumah lama yang tak berpenghuni. Memang dalam tu ada sebuah rumah yang dah lama ditinggalkan. Nampak buruk sangat. Sederhana besar rumahnya. Pintu kalau angin tolak akan bunyi berkeriuk. Dinding pun lubang-lubang. Berlumut. Atap zink dah berkarat sangat. Beranda apatah lagi. Penuh daun-daun kering. Tambah cuaca remang senja lagi rasa seram. Aku pun tak tahu siapa owner asal rumah tu. Dalam kalut nak kayuh basikal, aku dengar bising-bising kat depan.

“ Aaaaaaaaaa..hantuuuuuuuuuu…..lari woii lariiiiiiiiiiii……”

Pehh, terus brek mengejut!

Ya Rabbi, nak gugur jantung aku. Budak-budak laki kat depan semua bertempiaran lari. Masalahnya dorang lari ke depan! Tak gila aku ngan Haikal nak ikut dorang sekali masuk makin dalam?!

Haikal kat sebelah gelabah lari keluar tinggalkan aku. Tak guna punya sepupu tinggal aku sorang-sorang kat situ. Nak u-turn basikal memang tak sempat ahh. Aku terjun aje dan campak basikal dalam semak. Mencicit aku kejar si Haikal. Tak cukup tanah rasanya berlari. Jantung sikit lagi nak keluar.

Kita orang pecut sampai ke rumah Wan. Mengah toksah cakap. Sampai mak cik-mak cik aku terkebil-kebil tengok kita orang. Lagi dorang suspen bila grup abang aku sampai. Pun macam ikan tak cukup oksigen lagak masing-masing. Hahaha.

Alkisahnya, dorang sengaja nak masuk dalam tu, nak lalu depan rumah kayu lama. Bila dah nak dekat dengan rumah kayu lama, dorang jalan pelan-pelan. Mula-mula Abang Faiz dah rasa tak best sebab dia macam rasa ada something. Tengah sedap berborak tadi, Abang Han terpaling kat tingkap dan nampak perempuan baju putih rambut panjang tengah pandang dorang. Itu dia menjerit lupa diri.

“Betul mak cik. Kita orang tak tipu. Sumpah tak tipu. Tanya dorang kalau tak caye. Kan kan kan, kita tak tipu kan?”, Dah membulat mata Abang Han kat member lain minta sokongan.

“Haaa, betul betul. Last-last kita orang tembus ikut celah pokok buluh belakang rumah Mak Teh.”

“Habis tu korang tinggalkan Haikal dengan Dils?”

Semua terkulat-kulat. Sesi cerita seram dah jadi makin seram bila masing-masing kena membebel. Hahaha. Dah, aku dah tobat nak masuk situ lagi. Besoknya baru abang aku pi ambek basikal dia, Sekarang, rumah kayu lama dah tak de. Kawasan tu pun sekarang dah terang. Abang-abang kesayangan aku semua dah besar-besar. Ada yang dah ada anak pun. Aku ingat cerita ni sebab antara cerita yang meninggalkan kenangan manis dalam hidup dan kita orang selalu duk ulang cerita bila berjumpa.

Kisah 2

Kisah di mana pertama kali hijab aku terbuka sekejap, ketika aku darjah 4. Pak Tam, adik mak aku masa ni tinggal dengan kita orang. Aku dah nak masuk rumah pun lepas main kejar-kejar dengan ‘gang’, tetiba Pak Tam panggil aku. Ajak teman dia pi panjat pokok duku. Waktu ni musim duku. Boleh pulak dia mengidam duku nak maghrib-maghrib nih. Pokok duku yang dia nak pi panjat tu belakang rumah Che’ Ni. Rumah Che’ Ni depan aje rumah aku. Rumah kami berhadapan tapi dipisahkan dengan jalan laluan motor kereta.

Banyak kali jugak aku cakap tak nak tapi dia paksa-paksa aku ikut jugak. Teringin sangat nak makan duku nampak gaya. Aku ikutkan jugak la walaupun time tu rasa sangat tak best. Langit dah kelabu kot. Belakang rumah Che’ Ni lagi angker weh nak banding dengan hutan kecik belakang rumah Mak Teh. Sebab lagi banyak semak dan pokok-pokok. Pokok duku Pak Tam panjat tu betul-betul sebaris dengan dapur rumah Che’ Ni.

Pak Tam aku boleh tahan gak penakutnya. Asyik panggil nama aku je sambil-sambil petik duku atas pokok. Hari makin gelap. Muka Pak Tam pun dah tak berapa jelas aku tengok. Aku nak angkat kaki blah dah tapi hati rasa berat. Aku dongak aje tengok Pak Tam.

Dan dan masa tu jugak bunyi kucing mengiau dalam semak depan aku. Aku paling kat kucing tu. Tetiba muncul nih? Dua belah kaki depan dia keluar daripada semak. Hitam legam warna bulu. Dengan mata dia cam gitu. Pandang aku tak beragak. Mengiau tak berhenti. Lapar ke? Kenapa aku rasa sesuatu sangat eh? Tobat rasa tak best. Aku nak lari aje balik rumah tapi hati aku berat. Terpacak gak kat situ pandang kucing.

Lama-lama aku perasan. Belakang kucing, nun jauh ke belakang ada Cong weh. Conggg.. First time tengok rasa tergamam sangat. Nak paling kat lain tak mampu. Nak angkat kaki lagi tak boleh. Kenapa, kenapa aku duk tenung dia plak? Berbungkus bunjut kain putih kelabu (mungkin sebab dah gelap kot nampak kelabu-kelabu). Sampai sekarang aku ingat mata dia. Sebijik macam telur ayam bentuk mata, warna hitam. Sekerat badan je aku nampak. Bahagian bawah dilindungi semak samun.

Allah, serius aku tak tahu nak buat apa. Aku tak ingat aku ada baca ayat-ayat ke dak. Macam tak je sebab time tu mana hafal lagi ayat kursi. Hihihi. Lama-lama aku dapat kekuatan untuk lari balik. Aku tinggal bodo aje Pak Tam atas pokok. Ah lantak, Pak Tam panggil pun aku tak layan.

Aku lari-lari tapi aku tak tau nak tuju mana. Last-last nampak Haikal duk berlegar lagi kat luar rumah. Aku terpa dia. Time aku cerita, Haikal pulak menggelabah. Masing-masing masuk rumah cepat-cepat. Aku nak cerita kat mak tapi takut. Lepas cool sket, baru aku bukak mulut. Ayah pun tau cerita daripada mak. Reaksi Pak Tam korang tau apa?

“Yeke, yeke? Dils nampak kat mana? Haaaa. Betul dak nih?”, Tersengih-sengih, muka nampak bersalah dan cuak jugak. Ini kalau dia tahu awal, rasanya dia buat terjunan tiruk. Silap-silap dia yang paling cepat lari balik rumah. Adoiilaaaaa, hahaha.

Mula daripada situ, aku terkena gangguan kecik-kecik. Tiap kali masuk bilik air, rasa meremang. Tak pun, bila-bila duduk sorang je mula rasa pelik. Kalau bulu roma naik tu, something wrong somewhere la tu. Mak aku ajar baca-baca surah lazim, ayat kursi semua bila dah tengok keadaan anak dia takut aje. Alhamdulillah, semua okay dan semangat aku kembali pulih tak lama lepas tu. Ikut cerita Che’ Ni, selalu aje dia dengar pelik-pelik daripada belakang rumah dia. Mungkin dah biasa, jadi Che’Ni pun dah lali.

Pengajarannya, sebelum maghrib sila berhenti bermain. Kalau tak, mendapat la macam aku and the gang. Dengar cakap mak. Haip haippp, piat telinga tu kang!

Sekian untuk kali ini. Terima kasih sudi baca pengalaman yang tak seberapa daripada aku. Komenlah untuk penambahbaikan ya.

#daffodils

Leave a Reply

6 Comments on "Zaman Kanak-Kanak Ribena"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
#teamwengerout

Komen pertama. Hehe. 4/5. terbaik nokkk. Cerita senang faham, tak tunggang terbalik. Teroskan berkarya dalam ni.

mishachantek

yes, i like. ayat tersusun kemas. keep it up.

Kak Yulie

Daffodils…
Name sebenar ke tu…??
Ala2 name ubat batok pon ade gak, Procodil, Benadil, hehehehee…
Tapi papepon name tu unik, klu mmg name dlm IC kire hebat mak pak hang lah pikir name camtu..

Zaman kekanak ko buat tingat zaman kekanak akk…
Geng merambu masok kebun, redah parit, main segala permainan sume lelaki…
Syookkk geng ngan bdk laki ni, xde nk majuk2…
Sempoi…kasor…kreatif…akk sukee…

IVY BLUEBIRD

AKU PERNAH JUMPA NAMA NI.DAN AKU FAHAM MAKSUD NAMA NI.

puteri bongsu

apa maksud nama tu ivy? nak tahu jugak

anakWong

daffodil tu bunga kan…tanya pakcik google hehe

wpDiscuz