#Zuri: Terbalikkan

Hai bertemu kembali disini dengan cerita baru dari saya. Dikesempatan ini sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih yang sudi membaca kisah dari saya. Dan juga admin Fiksyen Shasha yang sudi menyiarkan cerita-cerita saya sebelum ini. Dan ini adalah cabaran untuk sipembaca. Jika mahukan realistik dari fantasi sediakan kertas dan pen. Tulis setiap abjad yang muncul. Jika tiada, yang baca menggunakan handfone boleh screenshot abjad yang akan disusun diakhir cerita. Yang menggunakan laptop boleh menangkap gambar nanti. Dan ini hanyalah rekaan semata-mata.

Jika cerita ini gagal dihati pembaca, saya mohon maaf. Selamat mencuba.

“TINGGGGG….TONGGGGGGG…”.

Berkali-kali loceng ditekan namun pintu bilik belum terbuka. Sudah puas menekan loceng Sudin mengetuk kasar pintu bilik tersebut.

“BUKK BUKK BUKKK”. Bunyinya.

“Man kau pergi amek kunci spare bilik ni ! Tah ape lah mamat ni buat sampai tak nak keluar. Time check out pukul 12, ni da pukul 1.30 da ni”. Arah Sudin kepada rakannya pergi semula ke kaunter mengambil kunci pendua.

Selepas mendapat kunci pendua Sudin terus menerjah masuk tanpa berlengah lagi. Tanpa diduga mereka melihat sekujur tubuh terbaring mengiring dihadapan cermin berserta sekeping kertas ditangannya. Sudin bergegas berlari kearah tubuh yang tidak sedarkan diri itu namun tergelincir lalu jatuh terduduk disebelahnya. Tangannya menahan lantai, ada cecair yang dirasainya lalu disuakan ke hidung dan menghidunya ingin tahu kepastian.

“Perghhhhhh….air kencing ! Najis betol la ! Berkarat la tangan aku ni Man..adoiiiiii…majal la !!”.

Man terkekek ketawa melihat kelakuan Sudin. Sudin menyapu sisa cecair tersebut dibaju tubuh disebelahnya. Kemudian dia menggoyangkan tubuh tersebut supaya sedar. Gagal. Dia mengarahkan Man mengambil air lalu dicurahnya kemuka si empunya tubuh itu.

“Arghhhhhh……..AKU JANJI !! AKU TAK KACAU KAU LAGI AKU JANJI !!”. Tersentak Zul tersedar lalu terduduk. Dadanya berombak kuat. Dipandangnya 2 orang staff hotel didepannya. Dia menyapu mukanya yang basah akibat disimbah. Kertas ditangannya dibuang jauh.

“Tuan ! Tuan kenapa ni ?”. Soal Sudin.

“Aku nak balik ! Aku nak balik !!”. Zul bergegas bangun lalu mengemas semua barang-barangnya. Sudin terus menerus menyoal Zul, tapi tidak satu pun dijawab Zul. Zul terus keluar dari bilik meluru kearah keretanya dan berlalu pergi begitu sahaja.

“Da apehal mamat tu ? Tersampok dek setan ke ape ?”. Mengomel Sudin kepada Man yang berada dibelakangnya. Bahu Sudin dicuit Man. Sudin menoleh kebelakang.

“Ha ade ape ?”. Sudin melihat Man dengan sekeping kertas yang disua kearahnya.

“Ape ni ?”. Sudin menyoal lagi. Man hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Eh kau ni memang tak ade dialog penulis nak bagi eh ?”. Man tersenyum.

Sudin mengambil kertas itu lalu dibukanya. Mereka berdua melihat susunan abjad yang pelik diatas kertas bersaiz A4 yang usang itu. Berkerut dahi mereka cuba merungkai susunan abjad yang tertera.

“Ape bende yang die tulis ni ? Ah cakap dengan kau bukan kau ade dialog pun dalam cerita ni !”. Marah Sudin lalu mengajak Man ke kaunter semula.

Sudin menyelak satu persatu helaian buku Log keluar masuk hotel untuk mendapatkan nombor telefone penyewa tadi. Rasa ingin tahu dia amat tinggi. Dia mahu mengcungkil segala rahsia kejadian yang baru berlaku dihadapan mereka. Dirasakan pelik sekali melihat terlatah manusia yang keluar meluru pulang sebentar tadi. Setelah mendapatkan nombor telefone penyewa. Sudin memasang niat.

“Esok pagi memang aku nak call mamat ni ! Aku nak tahu apehal die boleh pengsan dalam tu ! Siap meninggalkan die punye najis kategori berat !!”. Sudin masih menghidu tanganya. Hancing pering. Man masih tegak berdiri dan tersenyum melihat rakannya itu. Masih tidak diberikan dialog kepadanya.

Keesokkan pagi Sudin menelefone Zul si penyewa bilik bagi mendapatkan butiran lanjut tentang kejadian yang menimpa keatas diri Zul dan tentang abjad pelik yang dijumpai oleh Sudin. Dan Zul menceritakan setiap detik kejadian itu kepada Sudin.

 

SEBELUM KEJADIAN. MARI KITA SAMA-SAMA TAFSIRKAN ABJAD PELIK YANG DITULIS OLEH ZUL.

Zulkarnain adalah seorang photographer. Namun itu bukanlah punca rezekinya. Hanya dijadikan hobi sambilan kerana minat dengan gambar-gambar yang terhasil oleh camera DSLR miliknya. Beliau gemar mengambil gambar-gambar permandangan yang indah seperti dikawasan cantik juga semulajadi. Tidak terlepas juga. Dia minat menyunting gambar-gambar kereta sport atau kereta yang sudah diubah suai daripada bentuk asal. Kerana minatnya juga bermain dengan kereta miliknya. Sebuah kanciul bernadikan enjin Super Duper Twin Turbo. Penuh sticker Hello Kitty dikiri kanan keretanya. Dan pernah viral mengalahkan sebuah Honda euro DC5 satu ketika dahulu. Pantas bukan kanciul Hello Kitty miliknya ?

Nak dijadikan cerita, Zul mendapat idea mahu pergi mengambil gambar keindahan alam flora dan fauna ciptaan tuhan di atas bukit FRASER HILL Pahang. Sambil itu boleh la dia melepaskan penat lelah dari bekerja. Rancangannya diatur rapi. Dia mengambil cuti pada hari Isnin. Mudah kerana hari itu orang bekerja, tidaklah ramai orang diatas sana. Tiba hari yang Zul nantikan, seawal pagi Ahad dia sudah mula bersiap mahu kesana. Perjalanan bukan lah dekat. Dia perlu bergerak awal. Zul lagi suka bersendirian dari mengajak teman-temannya yang lain.

Zul tekan pedal minyak sambil berdiri, beliau harus pantas sampai kesana. Dipaksa secukupnya enjin beliau bergerak lebih laju. Tidak dihiraukan lagi apa-apa selain cepat sampai disana. Sampainya dikaki bukit Fraser, beliau sekali lagi duji dengan keadaan jalan yang cukup curam untuk naik ke puncak. Namun dia tersenyum.

“Apa ? ingat kanciul aku tak boleh ke ? Sticker Hello Kitty…tapi ranggi……Boost ON..”. Tiada sedikit pun jentera miliknya mempunyai masalah ketika mendaki. Meluncur laju…Dengan penuh gaya Zul ibarat sedang memandu Toyota AE86 Initial D mendaki bukit dengan jayanya. Sampai dihotel yang sudah ditempah sebelum ini, Zul meletakkan kenderaannya betul-betul dihadapan hotel. Semua urusan kemasukan berjalan lancar dengan kerjasama pihak hotel iaitu Sudin. Zul terus kebiliknya setelah diberitahu oleh Sudin. Hotel yang cantik dengan rekaan ala-ala Colonel British dizaman dahulu.

Hotel itu tidak lah besar. Hanya mempunyai 2 tingkat dan 4 block. Zul terus melangkah masuk kedalam biliknya yang berada ditingkat bawah dan terus meghempaskan badan kepenatan. Dia memerhati sekeliling setiap ceruk bilik hotel. Barang di dalamnya seolah dari barang-barang antik. Serba serbi dengan rekaan dahulu kala. Yang lebih menghairankannya, bilik tersebut tiada TV. Namun dia tidak berasa hampa, mungkin ini dinamakan dunia luar dari teknologi. Memang yang datang sini hanya untuk berehat. Lama kelamaan mata Zul tertutup rapat. Zul tertidur tanpa membersihkan dirinya.

“Allah ! da pukul 7 !”. Zul tersedar dari lamunannya. Terus dia membersihkan diri. Sejuk tak terperi air disitu walau air hangat mencurah dibadannya. Namun digagahkan juga mandi kerana badannya mula berlengas dari sisa peluh sendiri. Setelah mandi beliau bersiap mahu keluar mencari makanan. Terus Zul keluar bilik dan meluru ke kaunter menyapa Sudin.

“Assalamualaikum Bang ! Nak tanya kedai makan sini mana dekat ?”. Zul menyapa.

“Waalaikumsalam…Kalau tuan mahu kedai makan yang paling dekat tuan pergi semula ke roundboard jam besa tadi. Kat situ ade kedai makan, tapi kena awal, sebab dia tutup cepat”. Arah Sudin.

“Thank you Bro”. Zul terus keluar mendapatkan keretanya lalu terus kesana bagi mengisi perut yang sedang lapar. Semasa dalam perjalanan kesana yang mengambil masa 10 minit, ligat mata Zul memerhatikan keadaan sekeliling.

“Wow !! nice tempat ni ! esok sebelum matahari timbul kene keluar shoot gambar ni ! Berkabus ala-ala macam kat London tu..pergh….”. Bisik hatinya.

Dalam dia memerhati dia ternampak satu bentuk tubuh tegak berdiri ditepi semak hutan. Samar-samar kelam gelap malam. Terus dia pandang kedepan bila mana dia terperasan apa yang dilihat itu sebenarnya adalah seekor Pontianak.

“Allahu Akbhar….Allahu Akbhar….Ya Allah..kenapa pulak sekarang baru nak nampak Jebon…Allah…”.

Zul memecut laju jenteranya. Kacis ! Kacis ! bunyinya. Sampai dikedai makan dia termenung. Mungkin kesilapan mata dia melihat atau bayangan fikirannya sahaja. Sesudah makan Zul menuju pulang semula ke hotel. Dalam perjalan dengan rasa takut masih tersisa dia memecut laju agar segala hantu tidak sempat menumpangnya. Sekali lagi Zul terasa mahu melihat kembali tempat dimana dia ternampak kelibat Pontianak itu tadi. Memang malang nasibnya sekali lagi dia dapat melihat sekujur tubuh putih tegak berdiri disebalik semak hutan. Namun kali ini Pontianak itu terbang menuju kearah keretanya. Dengan pantas Zul menekan pedal minyaknya serapat yang boleh bagi memastikan yang Pontianak itu tidak dapat mengikutnya pulang.

Sampai dihotel terus dia masuk kebiliknya. Perasaan dia lega kerana sudah selamat sampai. Namun itu baru bermula kisah yang bakal menghantuinya seumur hidup.

TANDA ANEH PERTAMA MUNCUL.

Tiada perkara pelik yang berlaku selepas itu. Zul berkelakuan seperti biasa. Ibarat tiada apa yang terjadi. Dia membuka computer ribanya untuk meneliti gambar-gambar lamanya. Zul membuat air panas bagi menghangatkan tubuhnya. Walau tidak berecon tetap terasa sejuk alam yang semula jadi. Selepas itu dia kembali ke katil. Kemudian dia meletakkan air diatas meja disebelah katil tempat dia bersama computer ribanya.

“BUKKKK !! BUKKKK !! BUKKKKK !! 3 kali pintu biliknya diketuk.

Zul terus bangun menuju kepintu, tapi sebelum itu dia melihat dipin hole pintunya. Tiada orang. Namun Zul tidak berpuas hati lalu dibukanya pintu untuk keluar melihat sendiri siapakah gerangan yang mengetuk pintu biliknya. Adakah Sudin ?. Bukan. Tiada. Sunyi Sepi.

“Eh mambang ! pintu jugak yang kau nak main eh..Mengong !!”.

“SLURRRRRRRRRRRRRRR”. Satu angin kuat menerpa ke muka Zul. Zul kaget terus menutup pintu. Zul mula tidak sedap hati. Kemudian dia berpatah semula ke katil. Terlihat satu kertas bersaiz A4 yang usang disebelah computer ribanya. Dia cuba membaca namun tidak faham akan maksudnya. Tulisan bercakaran ibarat si penulis tangan kanan yang cuba menulis dengan tangan kidal.

“Ennn…Viii…tanda Aii ?? Hurmmm..”. Zul cuba berfikir. Dia pasti yang sebelum ini tiada kertas diatas katilnya.

nV>I

TANDA ANEH KEDUA MUNCUL.

Setelah membelek gambar-gambar lamanya dilaptop Zul baru terperasan yang handfonenya tertinggal dikereta. Namun itulah sahaja jam locengnya membuatkan dia bangun untuk pergi mengambil semula. Bingkas dia bangun mengambil sweaternya keluar kekereta. Dikejauhan dia dapat melihat keretanya.

“Eh sape pulak dalam tu ? Orang nak curik kereta aku ah s*al !”. Zul berlari menuju kekeretanya. Namun tidak lagi kelihatan bayangan didalam kereta. Zul pelik.

“Ah bayangan aku je la ! Tak payah nak takut”. Terus Zul membukanya dan mengambil telefonenya. Namun sebelum dia meninggalkan keretanya sekali lagi Zul melihat abjad aneh dihadapan cermin yang berkabus itu. Seperti ditulis oleh jari. Kini Zul bertambah pelik dengan kemunculan abjad-abjad aneh ini. Lalu dia mengeluarkan semula handfonenya dan menangkap imej abjad aneh itu lalu dia cuba menyebutnya.

“Biiii…Ennnn…Viii….tanda Aii ???”.

bNV>I

TANDA ANEH KETIGA MUNCUL.

Zul kembali kebiliknya. Masalah baru pula yang timbul. Zul gagal membuka pintu biliknya. Dicuba sedaya upaya namun hampa. Ibarat tersekat dari dalam. Dia ke kaunter ingin berjumpa dengan Sudin. Sudin tiada namun yang ada hanya Man.

“Bro, bilik aku pintu tak boleh bukak la !”. Zul menyatakan masalahnya kepada Man. Lalu Man menunjukkan jarinya kearah dimana Sudin berada. Man masih belum ada dialog. Zul memanggil Sudin.

“Yer tuan ? pintu tak boleh bukak ? kejap yer saya cuba bukak guna kunci yang lain”. Sudin pergi kedalam kaunter. Kemudian mereka berdua kebilik Zul. Sekali cuba sahaja pintu bilik Zul terbuka. Lancar.

“Eh tadi aku cuba bukak tak boleh ni senang je..memang sebelum ni pintu ni memang problem ke ?”.

“Sebelum ni memang tak pena ade masalah pintu ni. Tak apalah tuan, tuan ambik kunci yang ni, mungkin kunci yang dekat tuan tu da bermasalah”. Terang Sudin.

Zul menukar kunci dengan Sudin dan dia masih berdiri didepan biliknya.

“Tadi aku tolak tak boleh, ni bukan masalah kunci, ni masalah pintu ! Ahhh pasal la !”. Bermonolog Zul sendirian.

Zul menolak pintunya dan terus melangkah masuk kedalam. Selepas dia menutup pintu sekali lagi Zul mendapat kejutan. Satu contengan dengan menggunakan arang didinding biliknya. Zul bingung dengan kesemua tanda yang muncul dengan sendirinya. Dia seolah-olah sudah dipermainkan oleh sesuatu yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar.

“Viiii…Tujuh Tiga Qiu ???? Ape bende semua ni ha ???”. Zul menggaru kepala.

V73q

TANDA ANEH KEEMPAT PULA MUNCUL.

Zul terbaring sambil merenung sehelai kertas yang dijumpainya tadi. Puas dia cuba faham apa yang makhluk ini cuba sampaikan.

“Memula kertas, pastu cermin kereta, pastu dinding. Woi !! Jangan kacau aku la Jebon !! aku tak kacau kau tau takkkk…aku tau kau ada dalam ni kan ?? Muncul la ! Kau ingat aku takut ke ? Aku ni keturunan darah bugis tawww…bapak aku Tok Siakk….abang aku si penggali kubur….”. Tak ada kena-mengena dengan kejadian. Namun sunyi sepi.

“Tau kau takut…”. Zul kembali membelek computer ribanya. Acah berani.

“Kleting !!”. Bunyi seakan berus gigi yang jatuh didalam sinki. Zul menoleh kearah tandas yang tidak tertutup itu. Meremang bulu roma Zul dengan tiba-tiba.

“Ah sudah dia da mula da !”. Zul tidak ambil pusing dengan berharap jika benda ini tidak dilayan lama kelamaan dia akan berhenti.

“GEDEGANGGG !!”. Pintu tandas dihempas. Dan ini memeranjatkan Zul yang sedang leka tadi. Dengan perasaan marah beliau bangun lalu menyepak semula pintu tandas itu untuk memberi kejutan semula kepada makhluk ghaib itu.

“Keluarlaaaaa setannnn..anak haram !! Sekali lagi kau buat peragai..kau tau la !! Kau ingat aku datang kosong ke hanat ?? Aku ade MP3 Yasin dalam laptop aku tau !!”. Zul berkata bongkak.
Benda yang belum muncul dihadapannya membuatkan dia bertambah berani. Mata Zul terus tertancap dicermin tandas dihadapannya. Terlihat abjad aneh tertulis dicermin dari bekas kabus seperti dihembus nafas.

“Ohhhh kau nak main-main yer…. Da tak ade mulut da nak cakap ??”. Zul terus mengambil handfonenya dan menangkap imej abjad aneh yang kian pudar dicermin itu. Perlakuan Zul semakin berani mencabar makhluk ghaib itu.

“Viiiiii…Piiiiiiii…Viiiiiiiiiii..”.

VPV

TANDA ANEH YANG TERAKHIR.

Zul mula cuba merungkai tafsiran abjad-abjad aneh itu. Kemudian dia melihat kembali imej-imej yang muncul mengikut turutan. Mula tadi dikertas ini. Kemudian dicermin kereta, lepas itu didinding biliknya dan terbaru dicermin tandas. Zul membuka gallery handfonenya melihat kembali imej tadi. Kemudian dia menulis semula diatas kertas yang sama tapi dibahagian belakang.

“Apa yang kau cube nak sampaikan ni Jebon ? tak payah la nak tulis…lukis kan senang !!”. Zul sedaya upaya menggunakan otak kirinya berfikir. Beliau masih belum dapat jawapan dari abjad-abjad aneh yang ditulisnya semula. Puas dia merenung sampai besar kecik besar kecik matanya.

“Ni bahasa apelak ni ? Nak kata jawa bukan, german bukan, portugis ? Aku rase lagi bukan. Ahhhhhhhhhhh”.

Zul melepaskan hembusan lelah lalu berbaring semula dikatil. Dia malas nak berfikir. Lalu dipejamkan matanya. Sikit demi sedikit selimutnya ditarik. Zul perasan, tapi dia buat tak tahu. Matanya dibuka sedikit. Tiada yang kelihatan didepannya. Dibiarkan sahaja makhluk yang sedang bermain itu.

“ZUPPPP !!”. Selimut Zul direntap laju ! Zul terus bangun terduduk. Dia perhatikan keadaan sekeliling. Kosong. Sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan bunyi-bunyi serangga malam. Kemudian Zul mengambil semula selimutnya. Lalu dia mengiring membuka semula laptop dan memasang MP3 alunan suci surah Yasin dengan mengharap makhluk yang tidak diundang itu keluar dari biliknya. Selang satu jam selepas itu.

“KREKK KREKK KREKK KREKK KREKKK”. Bunyi katil kayu yang bergoyang ditingkat atas bilik Zul. Membuatkan Zul sedikit berang.

“Adoiiiii da pukul berapa da ni baru nak buat kerjaaaaa…….esok pagi pon boleh bergasak apee..alahai orang atas ni..semak la !!!”. Zul menutup semula surah Yasin dari laptopnya. Begitu marah Zul kepada penghuni diatas biliknya yang sedang bermadu asmara. Namun Zul tetap pasang telinga. Cuba mendengar gelombang suara yang dalam kesedapan.

Tombol pintu bilik Zul dipulas-pulas seperti ada orang yang mahu membukanya. Zul dapat melihat sendiri tombol itu bergerak-gerak. Zul berselubung didalam selimut. Ketakutannya semakin timbul dibenak sanubarinya. Tapi dia cuba melawan dengan lagak berani. Bunyi itu sungguh mengganggu Zul sehinggakan Zul bangun lalu berteriak lantang.

“WOIIII !!. DIAM LARGHHHHH”. Amarah Zul memuncak. Bunyi tombol pintu terus berhenti serta merta. Begitu juga bunyi riuh katil kayu yang rasanya sudah mahu menyembah bumi. Zul kembali baring berselubung semula. Sudah tak tertahan lagi dengan usikan dari makhluk itu.

“Sretttttttttttt”. Kerusi dicermin solek beralih. Kemudian berhenti. Berbunyi kembali. Kemudian kerusi itu diseret sehingga rapat kesisi katil. Betul-betul berdekatan dengan Zul berbaring. Kedengaran bunyi pernafasan seseorang. Zul pasang telinga. Gurindam dari seorang wanita pula kedengaran.

“Hurmmm…Hurmmmm….Hurmmmm…”. Irama lagu lama. Zul cuba mengintai. Kosong. Hanya kerusi disebelahnya. Serta merta Zul bingkas bangun. Rasa mahu disepak-sepak sahaja suara yang tidak berjasad itu.

“S*al la !! Kalau kau berani kau keluar la !! Kau kt mana ha ?? Meh berdepan dengan aku !! kau cakap sendiri apa kau nak !!”. Begitu cabul mulut Zul mencabar. Alunan gurindam itu juga turut terhenti.

Terpekik suara Zul seperti separa gila. Sudah tak tertahan lagi. Terus dia menarik kerusi yang berada disebelahnya itu kemudian diletakkan semula ke tempat asal. Kini Zul duduk dikerusi sambil memandang kecermin solek dihadapannya. Tiba-tiba muncul abjad aneh dipermukaan cermin itu. Dengan pantas Zul mengambil semula kertas tadi dan menulisnya.

“Ennn…tanda Aii..Viii..”.

n>IV

Lengkap kesemua abjad pelik yang ditulis oleh Zul diatas kertas. Kini Zul cuba memberikan sedaya upaya tumpuan bagi memecahkan kod abjad yang ditulisnya. Kesemua teori digunapakai termasuklah matematik kejuruteraannya serta sains biologi. Namun gagal. Zul menaip semula di handfonenya dan masuk ke laman internet. Pun gagal mencari jawapan. Zul hampir berputus asa. Kemudian Zul tenung kertas itu dalam beberapa minit. Dibeleknya pelbagai sudut. Dan akhirnya Zul menemui jawapannya dan dia mula membaca abjad itu dengan tergagap-gagap.

“AaaaaaaKu……….”. Terus Zul memandang kecermin. Besar kepalanya dirasakan. Ketakutannya melebihi had yang ditetapkan sehinggalah terkencing-kencing lalu tersembam jatuh ke lantai..dan !!

–TAMAT.

“Apa yang tuan nampak sebenarnya ?’’. Sudin bertanya mahu tahu.

“Tak perlu lah aku nak bagi tahu kau, kau tengok la sendiri. Aku da bagi cara nak baca ayat tu. Assalamualaikum”.

“TETTTTT TETTTTTT TETTTTTT”. Talian diputuskan.

Tamat la panggilan Sudin dengan Zul. Sudin terpinga-pinga. Jelas riak muka Sudin ketakutan. Kemudian dia cuba membaca abjad aneh itu setelah diberitahu Zul caranya. Terketar-ketar bibirnya cuba menyebut dan…….

“Aaaaaku……aaaaaaaa…… MAKKKKKKKKKK !!!!!

“ALLAH………..Sudin !!!!!”. Man memanggil Sudin yang jatuh dari kerusinya. Akhirnya dialog pertama dari Man.

 

nV>I   bNV>I   V73q   VPV   n>IV

 

Inilah susunan semula abjad-abjad aneh yang ditulis oleh Zul. Apakah maksud yang cuba disampaikan oleh makhluk ghaib yang tidak diundang itu kepada Zul ? Anda mahu tahu apa maksudnya ? Dan dimana makhluk itu sekarang ?

Cuba tenung kesemua abjad itu seperti mana Zul lakukan. Sikit demi sedikit anda mampu merungkaikan misteri abjad aneh ini.

Klu pertama : Tajuk cerita ini.

-Sekian

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Zuri

Haters can’t stop an Ideas.

rate (4.41 / 22)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

44 Comments on "#Zuri: Terbalikkan"

avatar
PuanChef

AKU ADA BELAKANG KAU!!

nV>I bNV>I V73q VPV n>IV

Lina
rate :
     

Omg fav writer ai. Best! I tunggu next entry.

CikSiti
rate :
     

Gempak … writer please teruskan penulisan yang bagus macam ni

Airish Alnisa
rate :
     

BEST!

*Cerita #Zuri tidak pernah mengecewakan.Cerita #Zuri sentiasa lain daripada yang lain!
TERUSKAN BERKARYA!

pelurupuitis
rate :
     

⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

wpDiscuz