Assalamualaikum,
Kepada semua pembaca FS, cerita ni merupakan pengalaman aku sendiri sepanjang aku hidup ni.
Ayah Meninggal Dunia
Ayah aku meninggal masa aku berumur 4 tahun sebab kena buatan orang. Ayah aku bekas navy ,lepas dia pencen dari navy tu dia jadi driver bas ,tapi sambilan sahaja. Satu hari tu bas yang ayah aku bawak tu eksiden berlanggar dengan lori memang teruk gila bas tu, masa tu aku umur setahun lebih, cuma 2 orang je yang terselamat iaitu ayah aku dengan sorang penumpang ni. Semua orang salahkan ayah aku. Sehingga orang bawa kes ni ke mahkamah, kami sekeluarga bukan senang mana pon , mak suri rumah sepenuh masa. Tak ada duit pon nak upah lawyer hebat-hebat tapi takdir allah , ayah aku menang kes tu, dan ayah aku dapat pampasan untuk eksiden tu.
Aku macam tak ingat sangat tapi ikut cerita mak lepas pada ayah aku menang tu ayah aku kena sakit kulit yang teruk gila , macam sopak, 2 tahun ayah aku tanggung sakit tu. Dalam dua tahun tu ayah aku dah tak macam manusia, macam mumia ,kurus kering, kulit kudis kudis , badan ayah aku dah tak ada isi hanya rangka dibaluti kulit yang berkudis. Jatuh air mata aku dengar cerita mak , kenapa orang tak puas hati sampai buat macam tu pada ayah aku.
Adik beradik aku ada 3 orang. Sampaikan nenek aku bawak balik kitorang semua ke kampung sebab mak tak mampu nak handle kitorang yelah time tu aku baru 4 tahun akak aku no 2 darjah 1, akak sulung aku pulak baru darjah 3. Ayah aku kahwin lambat . Beza umur mak dengan ayah 22 tahun. Mak cerita masa ayah aku dah nak nazak tu ayah aku nangis-nangis cakap kat mak nak jumpa aku . Ya allah sedih nya aku. Aku ingat nenek aku bawak aku naik bas dari kampung bawak pergi hospital sebab nak bawak aku jumpa dengan ayah aku. Tu la kali terakhir aku jumpa ayah aku sebab keesokkan harinya ayah aku dah pergi menghadap ilahi. Aku ingat lagi masa mak bawak kitorang adik beradik lawat kubur ayah . Aku still tak faham, tapi mak suruh akak-akak aku baca Alfatihah surah-surah pendek tuk ayah aku lepastu aku nampak mak teresak-esak menangis . Aku pon ikut sama menangis, walaupun aku tak faham tapi entah kenapa ,masa tu aku rasa sebak sangat.
Mimpi Ayah
Lepas pada tu aku selalu mimpi , menda tu seperti gambaran tau contoh nya aku nampak situasi masa ayah aku eksiden tu. Aku nampak mak lahirkan aku. Aku tak pastilah. Satu hari aku mimpi ayah aku duduk kat tepi dinding kat ruang tamu terbaring lemah ,lepastu dalam mimpi aku tu aku keluar dari bilik, ayah aku panggil aku datang kat dia , dia lemah gila masa tu tapi dia cuba jugak gamit aku datang kat dia. Esok nya bila aku cerita balik kat mak, mak kata menda tu memang betul-betul jadi masa aku berumur 2 tahun lebih. Sehingga lah aku sekolah rendah aku selalu mimpi kan sesuatu keadaan yang akan terjadi. Aku tak sedar pon tapi bila aku tengah lalui tu baru aku perasan menda tu sebijik macam dalam mimpi aku. Orang kata mimpi tu mainan syaitan . Tapi dalam kes aku ni aku tak pasti lah, menda ni kerap jadi kat aku ,tapi lama kelamaan menda tu terhenti sendiri , tak ada dah aku mimpi menda macam tu.
Mak Kahwin Baru
And masa aku darjah 4 mak kawin baru. Ayah tiri aku tu ada kedai makan. And bila ayah tiri aku tu kahwin dengan mak dia pon bukak kedai makan kat kawasan perumahan aku ni, kedai makan dia kat umah lama dia adik dia yang take over. Kitorang bukak malam je sebab ayah tiri aku berniaga masakan panas dengan satay.
Buatan Orang
Lagi sekali keluarga aku kena buatan orang tapi kali ni dengan aku sekali teruk kena. 3 bulan aku berhenti sekolah sebab aku tak boleh berjalan. Ayah tiri aku pulak jadi makin panas baran sehinggakan dia tak percaya yang aku sakit kaki. Dia boleh kata aku sengaja bagi alasan sebab tak nak pergi sekolah. Mak pulak sakit badan dan kerap rasa nak bergaduh jr dengan ayah aku. Mak dengan ayah tiri aku jadi malas nak berniaga. Malas nak bukak kedai malas nak solat serba serbi malas. Mak selalu nampak kelibat nenek tua dan satu hari tu mak baru nak tido tapi dalam mamai-mamai tu mak nampak nenek ni panjat kakinya. Dia hempap mak. Mak rasa kuku dia panjang cengkam betis Mak cuba nak sentuh ayah aku kat sebelah tapi tak lepas, padahal nya masa tu ayah aku tak tido pon lagi. Tapi ayah aku tak sedar pon menda ni jadi kat mak .
Malam tu jugak kaki aku berdenyut-denyut . Sakit yang tak tau nak digambar. Dia sakit dekat betis, sakit sangat aku rasa. nak berdiri susah , nak berjalan apatah lagi , baru satu langkah aku dah berpeluh. Menahan sakit, masa tu seksa sangat aku nak ke tandas , aktiviti aku semua terbatas nak bermain dengan kawan-kawan memang aku dah tak boleh. Malam tu aku nak ke tandas aku usah jugak bangun sensorang , biasanya akak aku akan pimpin aku , tapi aku malas nak kejutkan dia. Sebab aku dah taktahan sangat. Tapi memang aku tak boleh buat malam tu aku menangis teresak-esak , selok gila, satu rumah dengar. Aku rasa sakit sangat , rasa tak berguna sampaikan aku give up gila. Aku pukul-pukul kaki yang sakit tu.
Esoknya ayah dengan mak aku bawak aku ke hospital . Doktor tu suruh aku buat x-ray sebab dia nak tahu punca aku sakit tu tapi still tak nampak punca dia kat mana.
Berjumpa Ustaz
Malam tu jugak mak aku bawak aku berubat dengan ustaz ni. Aku tak ingat sangat apa jadi tapi yang aku ingat mak aku cerita kat ustaz tu mak aku jumpa duit rm50 kat dalam dapur tempat mak aku masak. Duit tu berlipat dalam duit tu ada garam dengan pasir. Pastu mak aku ambik simpan je menda tu.lepastu yang aku ingat lagi ustaz tu kata kat mak aku menda tu tak nak bgi aku berjalan , dia akan selalu duduk peluk betis kaki aku , makin aku cuba berjaln makin kuat dia akan peluk kaki aku.
Pastu ustaz tu bagi garam kasar yang dicampur dengan lada hitam dan buah limau purut. Garam campur lada hitam tu dia suruh ayah aku tabur dekat keliling kedai , lepastu suruh ayah aku buat doa selamat dan bacaan yasin kat kedai aku tu. Limau tu pulak dia suruh kitorang p****g tujuh biji limau pastu perah dalam air pastu buat mandian selama 7 hari. Rupanya ustaz tu kata orang yang buat keluarga kitorang ni dia cuma nak kedai mak ayah aku tak laku je. Dia akan tutup pandangan orang supaya tak nampak kedai mak aku pastu dia buat mak dengan ayah malas nak berniaga.
Patutlah kawan aku selalu tanya aku kenapa kedai mak aku selalu tak bukak , padahal mak dengan ayah aku ada je tercongok tunggu pelanggan yang tak datang-datang.
‘Nenek’ menganggu
Okey kisah yang ni pulak tengah terjadi sekarang ni, korang tau nenek tu still kacau mak aku lagi . Masa ni ayah aku dengan mak aku baru balik berniaga. Ayah aku cakap dia nak pergi mandi ,mak aku pulak duduk baring atas katil sambil scroll Facebook . Baru berapa saat ayah aku keluar pastu ayah aku masuk balik semerbak bau mandian bau shampoo tanda dia baru siap mandi la , mak aku buat tak tau je mak main je Facebook tu. Yang peliknya ayah aku tak tegur pon mak aku dia berjalan kehulu kehilir macam cari sesuatu , dalam fikiran mak aku ni maybe ayah aku cari baju kot.
Mak aku biarkan je. Tak lama tu ayah aku keluar and masuk balik bilik. mak aku ni terdetik la nak tanya ayah aku kenapa keluar masuk bilik ni, cari apa sebenarnya. Ko tau reaksi ayah aku terkejut gila. Bila masa pulak dia keluar masuk bilik, ni dia baru siap mandi. Mak aku pon senyap, terus tutup phone tidur.
Esoknya barulah mak aku cerita kat ayah aku. Lepastu mak selalu nampak bayangan orang berdiri kat pintu bilik tapi mak aku buat tak tahu je. Aku ada jugak suruh mak pergi try berubat . Tapi dia kata dah malas, mak penat asyik pergi berubat je. Mak aku kata mak aku nak usaha guna cara dia sendiri. Yelah dari ayah kandung aku lagi dia selalu pergi berubat sampaikan ke harini menda tu macam tak habis-habis.
Ok tu je cerita aku tentang family aku. Maaf la kalau cerita aku ni tak menarik dan tak menghiburkan. Assalamualaikum.
Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit
kesian you. bertabahlah.
Sila pg berubat jgn sampai satu family kene tempias hilang nyawa nnt baru nk berubat dh trlmbt. Jgn ikutkn mls. Usaha n doa Allah lindung n pulang blk sihir tu n tawakal. Amalkn ayat pendinding.
pengajarannya, jangan baca facebook dalam bilik. bilik untuk tidor.
urban sungguh mak kau main fb.
btw, selok tu gapo?
selok/selak tu beriya…
Sy cadangkan baik anda truskan berubat, benda ni sangat berbahaya slagi benda tu x buang. Utk keselamatan korang skeluarga , takut jdi smakin melarat. Jgn putus asa! Smoga Allah SWT sentiasa permudahkan urusan, murah rezeki dan diberkati, amin
Sebenarnya habis dah cuma ramai yang hantar dan niat yang lain lain jadi teruskanlah berubat
Sama la ngn kisah hidup saya 1 family..sampai sekarang xsudah2.. 😂😂😥xtau la ape Salah Kami..smpai la Kami hidup merempat dah..sedih..ank Pon DH terbaring kat hospital
Kenapalah manusia guna nikmat dunia ni mcm ni?haihhh….dunia ni sementara brooo
Saya pon selalu mimpi akan keadaan Yang akan berlaku..ada sesekali tu Saya da tahu yg sesuatu yg saya akan kata yg Akan membuat mummy Saya lempang saya…tapi betul Kata penulis saya pin tak tau bende in Baik ke tidak…btw Abang Saya pon ade “kelebihan” Yang sama