3 PAGI

Assalamualaikum kepada semua pembaca, nama aku bean (bukan nama sebenar). kisah ini berlaku pada 2017 ketika aku berada di tingkatan 2. Aku merupakan pelajar SBP (sekolah berasarama penuh) di salah satu bahagian di bumi kenyalang.

Sewaktu aku bergelar menjadi pelajar tingaktan 2, aku ditugaskan oleh wardenku, untuk menggalas jawatan sebagai ketua bilik untuk kedatangan pelajar baharu tingkatan satu yang datang seminggu akhir selepas kedatangan kami.

Sebelum kedatagan mereka, aku merajinkan diriku untuk mengemas bilik yang akan mereka diami, perkara berjalan dengan lancar dan tiada perkara yang pelik berlaku. Setelah seminggu berlalu, pelajar tingkatan satu mulai datang, dan mendaftarkan diri ke bilik masing masing. Aku menerima seramai 6 orang pelajar tingkatan satu pada waktu itu. Semuanya baik dan tiada apa yang mencurigakan.

Kisah seramnya berlaku pada malam pertama setelah kedatangan mereka. Sebelum tidur, aku memberitahu kepada mereka semua, ” sebelum turun pergi mandi, tolong bangunkan aku sekali” mereka membalas dengan baik dan aku meneruskan untuk melelapkan mata pada malam itu. Tujuan aku untuk bangun awal pada hari itu adalah untuk menjemur pakaian yang masih aku rendam dalam wangian.

3 pagi
” bang, bangun bang, kami nak pergi mandi dah ni” aku digerak salah seorang ahli bilikku. Aku bangun dan jam menunjukkan tepat pukul ” 3 pagi” . Dengan mata yang masih terpejam rapat, dan tubuh yang layu dek kepenatan. Aku kuatkan diriku untuk bangun dan terus pergi ke ampaian untuk menjemur baju.

Untuk pengetahuan semua, ampaian di asrama kami terletak di belakang asrama, depan ampaian tersebut mempunyai laluan jalan kaki dan berhubung dengan “court basketball” . Aku sendirian, ditemani dengan alunan muzik dari Mp3 ku.

Setelah beberapa minit aku menjemur, aku mendengar bunyi yang pelik di laluan jalan kaki. ” thump, thump, THUMP, THUMP, ” bunyi tersebut semakin kuat dan semakin dekat. Aku melihat jam ditanganku masih menunjukkan pukul 3.15 pagi. Aku hairan dan rasa seram terus menusuk laju dalam tubuhku apabila aku teringat cerita seniorku tentang “hantu basketball yang melantunkan bola menggunakan kepalanya”.

Bunyi tersebut semakin dekat, dan aku melihat dua kelibat manusia memakai baju sukan dan aku terus menegur ” eh abang azim, mison?(bukan nama sebenar) buat apa pagi buta main basketball tengah jalan ni?” mereka diam membisu. Hatiku lega, kerana yang aku lihat bukanlah hantu, melainkan seorang senior dan rakanku sendiri.

Setelah selesai dengan jemuranku. Aku terus bergegas ke bilik mandi. ” Sunyinya, mereka dah habis mandi kah belum ni” ujarku dalam hati. Setelah selesai mandi, aku melihat ahli bilikku tengah siap berkemas. Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat junior yang mengejutkan aku awal pagi tadi tengah nyenyak tidur atas katil.

Aku membangunkannya, ” Oi qayyim, bangun, kau dah gerak aku pagi tadi kan? kenapa tidur lagi? ” dia kehairanan, ” mana ada saya bangunkan abang, saya baru bangun ni” Aku hairan dan diam membisu. Aku tidak peduli dan terus bersiap untuk ke sekolah.

7.15 pagi
” mison, kenapa main basketball tengah pagi buta” ujarku setelah aku bertemu dengannya di perhimpunan pagi. Dia kehairanan ” aku bangun pukul 6, buang tebiat ka aku nak main basketball pagi buta” aku diam membisu, Aku terus mencari kelibat abang azim. ” bang, pagi tadi bangun pukul berapa?” dengan tenangnya dia menjawab ” Solat subuh pun aku tak turun, dah tentu aku bangun akhir” wajahku pucat seharian.

Betul, yang aku tegur bukanlah manusia, dan peristiwa di pagi itu masih jelas dalam fikiranku sehingga kini.
Terima kasih kerana sudi membaca, jika diizinkan aku akan kongsi pengalamanku yang lain. Jaga diri, Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Atif Asyrul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 23 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.