Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Kisah ni terjadi belasan tahun dahulu. Di mana semasa arwah atuk aku masih hidup. Arwah atuk aku pandai berubat orang. Jadi pada aku mestilah dia ada orang perantaranya. Khabar dari bapak aku ( atuk aku tu abah dia ) orang antaranya adalah perempuan. Masa dia masih kecil dia kata kalau orang perantaranya datang, rumah mereka bau wangi je.
Aku masih kecil sangat berani. Tapi bila besar ni penakut dah. . Aku pun tak tahu kenapa. Pada otak aku, kalau aku diganggu ( diganggu oleh makhluk halus ) atuk kan ada. Itulah yang aku fikir masa kecil dulu. Antara kisahnya :
Kisah pertama
Masa ni abah aku attend dinner office dia. Kami tinggal kawasan perumahan rumah kayu jenis setingkat. Tapi kawasan perumahan agak bandar la. Aku pulak anak no 2. Jiwa aku cam lasak dan kasar. Pendek cerita aku ni macam lelaki la. Tapi sekarang dah kewanitaan gitu.
Masa tu kawasan perumahan aku tetiba sunyi sepi. Walhal rumah aku tepi jalan. Orang lalu lalang pun tak dengar. Jiran sebelah langsung tak de bunyi. Jam baru pukul 10 malam. Hati aku rasa macam lain macam. Ruang tamu aku betul2 hadap jalan. Mustahil tiba tiba boleh jadi sunyi sepi macam tu. Dalam diam bunyi orang melompat. Bunyi dia cecah tanah tu lembut sangat. Dan bunyi lagi. Kakak aku pandang aku. Aku diam cuba amati. Kakak aku panggil aku dengan nada paling perlahan. “Ain! Aku rasa ada orang nak hendap kitalah.” Aku pandang muka dia dan masih amati bunyi tu. Dalam hati aku cakap apsal gemersik betul dia melompat. Bunyi dia langsung tak kasar.
Aku terus bangun dan selak tingkap. Nah! Gula-gula tengah melompat rupanya. Aduhai. Aku pandang je dia melompat. Lemah gemalai betul. Aku tutup langsir dan sambung tengok tv balik. Kakak aku pun terus diam sebab aku diam. Dia ni penakut sikit.
Bila mak abah aku balik dari dinner office aku terus cerita kat mak abah apa aku nampak. Mak cakap aku ni mengarut je. Hurm..ye lah.. Mak aku masa ni langsung tak percaya cakap aku masa ni. So aku ignore.
Kisah kedua
Kisah ni terjadi dalam tahun yang sama gak lepas aku jumpa gula-gula tu. Kiranya tahun tu banyak kes jadi. Aku pun tak tahu kenapa. Masa ni aku nak tidur. Aku kongsi bilik dengan kakak dan adik aku. Dorang tidur kat katil double tu. Aku hampar tilam kat bawah. Dah sunyi tiba2 aku terjaga. Pulak dah. Dah la gelap. Cahaya luar samar2 je masuk dalam bilik. Elok aku buka je mata susuk hitam tinggi depan mata aku. Hitam betul dan sangat tinggi. Kepala dia cecah siling bumbung umah aku. Pulak tu pakai tudung singkat. Aku boleh pulak monolog sorang2 cakap singkat betul tudung kau eh. Terus aku pusing peluk bantal dan sambung tidur.
Jenuh mata aku ni suh tidur tapi dia boleh jalan2 plak kat tilam aku. Aduhai. Aku nak tidur oii. Nasib baik dia jalan slow2. Last2 aku lantakkan terus tidur. Esok pagi aku dah tak cerita kat mak aku dah. Kang mak aku tempik cakap aku gila plak aku plak yang susah.
Kisah ketiga
Yang ni terjadi selang beberapa bulan selepas tu. Ha yang ni mak aku dah caya kat aku dah. Aku sakit perut nak memerut. Jamban plak kat luar rumah. Aku dah tak tenteram dah. Macamana pun aku kena pergi toilet gak. Last2 aku keluar gak. Dah tak fikir apa dah. Janji hajat aku lepas.
Elok je aku buka pintu. Ada orang elok je duk cangkung dalam tu. “Dia” perempuan. Pakai tudung. Muka hitam. Baju kuning cam kena tanah tu. Tapi peliknya “dia” cam kabur. Aku boleh tengok dinding tembus “dia”. Aku berdiri je pegang pintu tu sambil pandang “dia”. “Dia” plak agaknya aku dah berdiri nak tunggu turn, “dia” perlahan2 angkat muka “dia” pandang aku.
Masa ni aku memang dah nak tercirit sangat. Aku dah tak boleh fikir. Aku cakap “Tepilah. Aku dah tak tahan sangat ni.” aku terus masuk memerut. Rilek je aku kan. Hahahaha. Sumpah sekarang bila aku fikir balik betul2 gila aku ni.
Dah selesai aku pun tutup lampu dan blah. Jamban aku ni dekat je dengan rumah aku so abah aku buatkan lampu simple tu je. Jangan korang tanya macam2 plak. Lampu kuning mentol bulat tu je. So aku pun masuk rumah macam tak de pape.
Esoknya aku demam. Badan aku naik gatal2. Muka aku bengkak. Aku jadi orang lain. Aku diam je tak banyak cakap. Seminggu berlalu langsung abah mak aku tak terfikir nak bawa aku pergi jumpa arwah atuk aku tu. Abah aku cuma bawa pergi klinik je. Tapi tak baik2. Sampai kawan baik aku datang nak jumpa aku pun tak cam aku. Padahal aku elok je berdiri depan dia. Dia boleh panggil aku kakak. Dia ingat aku kakak aku. Masa ni aku dah seminggu tak sekolah. Dia rindu la tu. Huhuhuhu. Last2 mak aku cakap kat abah aku bawa je aku jumpa arwah atuk aku suruh tengokkan aku.
Masa aku sampai je rumah arwah atuk aku tu aku baru nak pegang pintu rumah atuk aku tu tapi atuk aku dah buka pintu tu dulu. Dia terus jerit “Ya Allah cucu aku”. Aku plak time tu salam dia terus baring depan tv. Sebab aku masih demam. Betul2 tak larat dah. Atuk aku terus suruh abah aku sediakan 5 barang. Aku pun tak ingat apa benda. Dah lama sangat. Dalam abah aku sediakan 5 barang tu. Atuk aku duduk sebelah aku. Aku pun cerita la kisah aku jumpa gula2, jumpa orang tinggi dengan yang kacau aku nak memerut tu. Atuk aku dengar je. Aku pun tanya la “atuk percaya tak cakap ain ni?” Atuk aku jawap ” cayalah. Sebab atuk dah pernah jumpa semua2 tu.” Aku diam. Aku cakap aku nak tidur. Atuk diam je la.
Bila abah aku balik tu aku nampak atuk dah mandi. Pakai jubah putih dengan kopiah. Dia ambil semua kat abah aku dan masuk bilik. Bila dia keluar balik dia cakap kat abah aku suruh beli lagi 5 barang. Uwan aku dah pandang aku. Uwan cakap kalau atuk dah tambah lagi 5 barang maknanya budak ni dah nak teruk. Aku baring je masih tak larat. Dengar je apa uwan cakap.
Dah selesai semua tu. Atuk datang kat aku. Kat tangan atuk macam ada bekas warna kuning. Rupanya atuk blend kunyit hidup dengan beras. Sambil dia lumur bahan yang dah blend tu dia selawat. Badan aku yang gatal2 tu dah tak rasa gatal2 pun. Dah rasa ringan dan sejuk je. Esoknya baru aku balik dan malam tu baru nyenyak tidur aku.
Kisah keempat
Kisah ni terjadi masa aku tingkatan 5. Beberapa bulan sebelum arwah atuk aku meninggal. Masa ni aku join perkhemahan kadet tentera sekolah aku. Peringkat kebangsaan. Tahun 2004. Kat pahang. Masa mula2 masuk khemah tu, khemah macam khemah tentera jenis besar dan katil jenis lipat tu je. Anak2 tentera or yang dah pernah join kadet2 camni boleh bayangkan kot macamana.
Sambung balik. Masa mula2 masuk khemah aku dah perasan ada belalang banyak. Kepala dia bersegi. Lain macam belalang ni. Perkhemahan ni plak dibuat kat kem plkn kat negeri pahang. So kawasan yang dah ditinggalkan sebelum batch baru masuk. Aku pun pilih tempat tidur aku. Dua dari kiri. Lepas je pertandingan pandu arah (pertandingan masuk hutan dalam kumpulan dan cari arah balik sendiri. Dibekalkan kompas dan peta) kontijen aku balik ke khemah.
Masa ni kontijen kitorang hilang radar dalam hutan. Masa kitorang balik tu kitorang pelik apsal kitorang last yang keluar dari hutan. Mula2 kitorang ingat kitorang kena sabotaj. Biasa la pemikiran kitorang yang masih budak2 dulu. Tapi tak la takut sangat sebab tahu komando ada dalam hutan. Mesti ada berhampiran kitorang je.
Malam tu makan malam kitorang kumpul kontijen lelaki dan perempuan. Kadet lelaki bagitahu masa kat tapak post. Suasana dah kecoh. Cakap kontijen negeri xxxxxxxx hilang dan tak sampai check point terakhir. Kadet lelaki dah sampai dulu situ dah, begitu gak dengan kontijen negeri lain. Dorang tunggu je kitorang tak sampai lagi. Dorang tanya kitorang tak jumpa yang pelik2 ke. Kitorang pun cakap tak pe plak. Cuma kitorang tersasar jalan masuk kawasan lapang je. Tu je. Lepas tu on track balik lepas kompas dah bole baca.
So aku ingat dah habis la sampai situ. Dah abis makan kitorang masuk khemah masing2. Aku memang dah tak larat dah otak fikir memang nak tidur je. Bila aku nak tidur terasa orang duduk kat katil aku. Elok aku buka mata ada member aku duk sebelah sambil gelak kuat2. Muka sebelah elok muka dia. Sebelah lagi hodoh yang amat. Aku dah geram dah. Dah la penat. Sebab dari pagi sampai lewat petang dalam hutan. Sekarang “dia” nak kacau aku plak lagi. Hampeh betul. Aku cakap kat dia “Diam boleh tak aku nak tidur.” Terus aku tidur.
Tak lama selepas kejadian2 tu arwah atuk aku meninggal. Bila arwah atuk aku meninggal aku pun dah tak nampak apa2 lagi dah. Dan aku harap sampai bila2 aku dah tak nampak lah. Sekian.
~Koperal siput
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
huu nice
Perh akak memang kerass..agaknya jin pon bosan nk kacau akak hahahah..sekarang umur 32 masih berani ke kak..hahaha
Perh akak memang kerass..agaknya jin pon bosan nk kacau akak hahahah..sekarang umur 32 masih berani ke kak..hahaha.
Brani nye.. ngan hantu ckp mcm member ii je. Hebat lah! 😂😂
Best. Berani. Thanos pun confirm takut nak dekat.
Hahaha
kalau pocong tulis lah pocong..baru terasa seramnya..tulis gula-gula ceritamu yang best jadi tawar rasanya..
tula pasal dari tadi dok pikir ape yg gula gulanya igtkan nama kucing