Rumah Sewa (Ia Wujud)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca Fiksyen Shaha. Nama aku Fifi, yang pernah baca cerita aku sebelum mungkin tau lah kot. hehehe. Ok kali ni aku nak ceritakan tentang rumah sewa yang pertama kali aku duduk dalam hidup aku iaitu masa aku berada di semester 3. Kolej kami ni bila student dah masuk semester 3 “sunat” duduk luar kalau nak duduk dalam asrama pun boleh. Tapi biasa lah student baru nak kenal erti hidup. Masa tu lah kami nak rasa hidup bebas, bebas dari warden bebas dari lecturer, bebas dari undang2 asrama.

Ok dah cukup aku bebel. Masa kami berada di pengakhiran semester 2, kami cari lah rumah sewa dan alhmdulillah kami jumpa rumah sewa yang berhampiran kolej kami. Dengan harga yang agak murah dan barangan rumah tu lengkap semua tinggal bawak diri dan barang keperluan sahaja rugi lah kalau tolak kan. So kami bersetuju untuk duduk rumah tu. Lepas kami selesai bayar deposit rumah tu semua kami balik ke kampung masing2.

Nak mula masuk semester baru, kami excited nak masuk rumah baru dan suasana pun mestilah baru. Kami hanya 9 orang duduk dalam rumah yang mempunyai 4 bilik itu. Masa mula-mula kami masuk rumah tu agak seram sejuk juga, habis meremang bulu roma dibuatnya. Tapi apa yang aku pelik, rumah tu kenapa macam ditinggal secara tergesa-gesa? kenapa bantal ditinggal macam tu je? barangan memasak pun ? kicap yang masih banyak sos yang masih banyak? telekung pun? hati aku dah mula tak sedap. Tapi tak apa lah. Masa tu fikir yang baik2 lagi mungkin penyewa lama nak sedekah pada penyewa baru.

Jadi bermulalah kami mengemas rumah tu. Alhamdulillah minggu pertama dan kedua tiada apa terjadi kepada kami. Masuk minggu ke 3 lah gangguan tu mula menggangui kami. Pada mulanya aku dan nurul(roomate aku) kami duduk di bilik belakang. Jadi kami pernah lah dengar orang berjalan dekat belakang rumah tu. Padahal belakang tu pagar terkunci siap dengan mangga plus rantai hiphop lagi. Sape je yang nak masuk? Ok lah masa tu berfikiran positif lagi.

Dalam minggu yang sama, housemate yang duduk di bilik master bedroom pula yang kena ganggu. Dua hari dia tak dapat tidur dan setiap kali dia nak tidur mesti dia akan nampak satu sosok tubuh perempuan berbaju putih dan berambut panjang keluar daripada tepi almari sambil berjalan round satu bilik tu. Kawan aku tu kira berani lah kan dia boleh lagi stay sampai benda tu hilang. Kalau aku tu keras kejung kena strok. Hahaha

Malam seterusnya, kami satu rumah pula diganggu. Dengan bunyi ketukan di dinding masing-masing. Bunyi tu macam bergema satu rumah. Tak tau dari mana datangnya. Bunyi ketukan dinding tu berterusan setiap lewat malam sampai lah kami panggil sorang makcik ni. Dia ni pandai juga lah dengan benda2 mistik ni.
Petang tu dia datang dengan ayah kawan kami ni. Mula masa dia sampai depan rumah, dia kata dia dah mula bau bangkai yang agak kuat. Busuk sangat.

Kami pun berkumpul ramai-ramai satu rumah duduk di ruang tamu. Kami dibekalkan dengan satu minyak wangi yang dibaca dengan ayat suci al-quran. Kemudian kami disuruh letak sedikit dibahagian pergelangan tangan. Minyak wangi tu fungsi dia kalau dekat badan kita ni ada yang menumpang atau yang ada saka. Tuan badan akan rasa gelisah dan panas. Dan betul ada salah seorang daripada housemate kami ada yang menumpang di badannya.

Selepas kami selesaikan rawatan beramai-ramai makcik tu pergi berubat kawasan rumah kami pula. Tiba-tiba makcik tu berhenti betul di depan pintu sliding door rumah kami. Sambil dia membaca ayat suci al quran tiba-tiba ada satu bunjutan warna putih dan dalamnya ada tanah kubur yang berwarna coklat kemerahan. Ya Allah aku baru je sapu dekat area situ tadi. Tapi kenapa aku xnampak. Rupanya benda tu ada orang hantar. Mungkin dia ada sakit hati dengan tuan rumah tu. Dan pada hari tu juga tuan rumah tu kata kepada kami rumah dia juga kena gangguan. Ada satu hari tu anak dia asyik menangis dan tiba2 angin kuat. Dia azan di setiap penjuru rumah, tiba2 pintu rumah dia gegar dengan kuat. Ya Allah seram gila. Oh ya tuan rumah tu duduk sebelah rumah kami je. Lepas je selesai buang bunjutan tanah kubur di sliding door tadi, makcik tu pergi pula di bahagian pagar. Tiba ada satu bunjutan lagi, tapi kali ni bersertakan rambut. Dan makcik tu segera menyuruh kami bersih kan tempat tu. Alhamdulillah dah xde apa2 lepas daripada tu. Tapi sekejap sahaja gangguan tu hilang.

Selang beberapa minggu, dia datang lagi. Kali ni lagi mengganas. Ketukan dinding semakin kerap dan kuat. Yang paling tak boleh terima dia dah pandai kacau kami. Satu malam tu aku nak pergi makan, jadi nya laluan dari bilik ke pintu depan kena lalu hadapan bilik air utama dulu. Pada masa tu lah dia membisik pada telinga aku “hahhhhhhhhhhhhh”. Aku dengan hati yang tenang mengucap “astaghfirullah halazim” dengan pantas aku lari. Malam yang sama, salah seorang housmate aku ni pergi menjemur kain di kawasan garage rumah kami. Ampaian tu betul2 terletak di tepi tembok dinding yang memisahkan antara rumah kami dan rumah sebelah. Tengah syok sidai kain, tiba2 ada bayang sosok tubuh perempuan rambut panjang mencangkung atas tembok tu. Housemate tu apa lagi. Lari terus lah masuk rumah.

Malam tu, masa kami nak tidur semua nya dalam keadaan ketakutan. Jadi aku dan nurul(roomate) ni gabungkan katil. Bayangkan katil double dacle tu kami boleh cabut menjadi dua katil bujang. Takut punya pasal. Hahahaa. Ok malam tu macam biasa tidur sebelah ingat kan selamat. Tepat jam 4.40 pagi tengah nyenyak aku tidur. Tiba2 aku rasa ada sesuatu macam bebola besi hempap perut aku, senak rasa kena hempap tu sampai aku terjaga. Tengok sekeliling tiada orang dan roomate aku tu siap tidur berdengkur lagi. Masa tu juga badan aku tiba2 xboleh bergerak. Kena tindih dengan setan tu. Lepas je aku baca ayatul kursi 3 kul alhamdulillah boleh gerak. Sampai subuh baru lah aku boleh tidur.

Malam seterusnya, kami baru balik dari makan malam. Masuk sahaja dalam rumah semerbak bau pandan yang menyengat. Nak kata musang pandan? Tak mungkin. Tengah bandar jarang ada musang. Lagipun bau tu merebak sampai seminggu. Jadi aku pun mula lah kehairanan. Aku ni dengan tak puas hati search google faktor bau pandan yang menyengat. Dan nak tau apa aku jumpa? Faktor bau pandan yang menyengat kemungkinan “adanya makhluk halus dalam tempat tinggal kita”. Masa tu lagi tak sedap hati. Malam tu juga aku buka bacaan alquran sepanjang malam. Alhamdulillah sepanjang pasang bacaan quran tu xde gangguan yamg datang.

Minggu seterusnya, kami semua sepakat untuk berbincang dengan pihak pengurusan kolej untuk mengubat rumah kami. Dan alhamdulillah kali ini seorang ustaz dari Kolej Islam berdekatan rumah kami tu pula yang tampil membantu. Dia juga kata memang ada gangguan dalam rumah sewa kami ni. Masa dia berubat tu, dia nampak benda berbulu besar duduk di belakang dapur iaitu di tempat kami membasuh baju. Ustaz tu kata tu memang dah tempat dia sebelum kami menyewa lagi. Akhirnya ustaz tu memagar rumah kami.

Tapi selepas 6 hari memagar rumah tu, pagar tu dah mula bocor. Sebabnya tak tau lah. Masa ustaz tu pagar, kami diarahkan untuk membaca ayat kursi, 3 kul tak silap sebelum masuk rumah tu dan perlu masuk dengan kaki kanan terlebih dahulu. Mungkin ada salah seorang yang lupa nak buat masa tu, mungkin sebab tu pagar tu mula bocor. Tiba hari minggu, aku pulang ke kampung aku. Pergi berubat dengan ustaz darul syifa pula. Ustaz tu cakap pada aku pun ada benda tu ikut balik. Kau bayangkan, aku pergi melawat abang aku di PULAPOL AIR HITAM, benda tu pun ikut sekali. Malam aku check in homestay, malam tu aku duduk lepak depan homestay tu sambil makan buah duku beli tepi jalan nak ke serting tadi. Tengah sedap makan tiba2 benda tu terbang slowmo depan aku. Dengan rambut panjang terurai, baju lusuh tapi muka memang tak nampak. Apa lagi dengan biji buah duku tu aku telan masuk terus homestay tu.Takut punya pasal. Kihkihkih

Selepas selesai berubat, aku dibekalkan dengan daun bidara dan air yang telah dibaca dengan ayat suci al-quran. Selama 3 petang berturut selepas asar sebelum maghrib aku kena mandi air tu disertakan sekali dengan daun bidara. Alhamdulillah selepas sesi mandi tu badan aku hilang rasa sakit2 lenguh2. Badan aku rasa makin segar. Dalam masa yang sama, ustaz tu bagi aku ranting daun bidara berduri untuk diletakkan di dinding bilik untuk gangguan ketuk dinding bilik tu. Nak tau apa jadi malam tu ? Benda tu makin mengamuk, makin kuat dia ketuk dan makin lama dia katuk. Masa tu aku berani kan diri supaya lawan semula benda tu. Pegang dinding tu dan baca ayat alquran yang diberi dan ulang sebanyak 3kali. Selepas kali ke 3 tu terus senyap. Dah tiada sebarang ketukan dinding lagi. Kemudian tak lama selepas tu, bunyi kucing mengiau lain macam. Aku tak tau apa yang kucing tu nampak di belakang rumah tu. Yela binatang ni boleh nampak apa yang kita tak nampak.

Jadi sampai kami habis sem 5 kami duduk di rumah tu. Segala pahit manis semua kami telan. Alhamdulillah sekarang kami dah pun menamatkan pengajian. Hantu tu tak tau macam mana. Yang penting sekarang ni yang aku tau, penyewa sekarang adalah student lelaki. Harap student lelaki tu tak kena macam kami semua kena. Sekian, terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fifi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

2 thoughts on “Rumah Sewa (Ia Wujud)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.