Penghuni di rumah

Hi kepada semua penggemar FS. Aku Lyne. Sebenarnya sudah lama aku ingin menceritakan kisah ini di FS. Tapi mungkin disebabkan terlalu sibuk, jadi lupa nak kongsikan kisah ini….

Dulu pada sekitar tahun 2006 kami sekeluarga berpindah di sebuah rumah yang kami tinggalkan sekarang, abang ku 2 orang, aku dan adik aku. Pada awalnya kami menjalani hari seperti biasa, yang belum pernah berlaku apa-apa, menjalani sebagai sebuah keluarga bahagia….

Pada suatu hari tu kami sekeluarga makan bersama, adik aku ni pinjam telefon ibu sambil menunggu kami semua siap makan. Tanpa sengaja adik perempuan aku gambar aku ketika makan. Selepas dari itu adik aku mula ketakutan. Ibu pun mula bertanya ‘adik. Kamu kenapa? ‘.adik pun serah telefon kepada ibu , kami semua terkejut sebab ada seseorang berdiri di belakang aku ketika makan. Berdiri bulu roma aku masa tu.

Kisah seram dimulai, keesokan harinya aku dan ibu tinggal di rumah pada waktu petang, 2 orang abang aku pergi main futsal, bapa dan adik aku pula pergi jogging di luar. Masa tu aku lipat kain di bilik ,ibu pula lipat kain di ruang tamu bawah. Masa aku lipat kain di bilik tu, aku sedar abang aku keluar bilik dan menutup bilik terus jalan menaiki motor sebab bermain futsal.

Dalam beberapa minit kemudian aku dengar pintu bilik abangĀ  terbuka dan bunyi seperti sedang mencari barang. Tanpa melenggahkan masa aku pun keluar dari bilik untuk menegur ‘abang? Abang? Cari apa sampai bising ni? ‘Ketika aku masuk ,tak ada seorang pun di dalam bilik itu. Di sana aku pun mula berasa pelik ‘eh bilik ni kenapa terbuka? Tadikan abang sudah tutup? ‘. Aku pun memanggil ibu ‘ibu? Abang tadi ada balik tak? ‘ ibu pun menjawab ‘dia baru sahaja jalan. Takan sudah balik? ‘.ketika ibu menjawap tu sebenarnya ibu pun dengar benda yang sama. Cuma ibu tak mahu aku rasa takut.

Lepas dari itu,aku sambung melipat kain…sedar tak sedar dah pkul 6:30 . Aku keluar bilik untuk turun ke ruang tamu bawah. Belum selangkah aku keluar pintu, aku ternampak pintu bilik abang terbuka. Dan Ya, dia keluar perlahan. Masa tu memang mahu berlari pun ada mahu teriak pun ada. Depan mata Hantu tu denganĀ  rambut hitam yang sangat panjang dan muka dia aku betul -betul tidak nampak. Masa tu aku hanya mampu berdoa ‘ Tuhan lindungi aku’. Aku limpas sambil berdoa tanpa henti sampailah aku tiba di ruang tamu.

Sesudah itu aku menceritakan kepada keluarga ku. Mereka terkejut. Apatah lagi abang-abang aku. Malam itu kami sekeluarga berdoa untuk mengusir hantu itu. Ya, memang benar aku dengar suara perempuan menjerit. Habis sahaja kami berdoa kami rasa tenang semula…

Sampai sini sahaja cerita aku… Mohon maaf jika ada kesalahan dalam penceritaan. Terima Kasih

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Lyne

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 2.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.