Abang tak nak marah saya lagi??…

Salam semua…

Cerita kali ini pasal pengalaman aku di tempat kerja pulak ya…Cerita ni ada unsur seram. Tapi pada aku pengalaman ni bercampur dengan unsur keinsafan untuk diri aku jugak supaya jangan bersikap sombong.

Masa cerita ni berlaku, aku dah berpindah ke negeri asal aku di selatan tanah air… Tempat? Tak payahlah detail sangat. Cukup kalau aku cakap sebuah hospital daerah. Masa tu, suami aku selalu kena out station ke luar daerah. Hmm…memang agak susah bagi aku yang kerja syif ni. So dengan penuh rasa sayu tambah muka sedih aku memohon pada matron hospital nak tukar ke department yang kerja office hour. Muka sedih ni kena buat hari-hari.. Sampailah dia tak lalu kot nak pandang muka aku, last-last dia pun bagilah aku duduk kat klinik.T api nak duduk kat klinik ni, aku kena pe kursus dulu selama 6 bulan.

Ok. Dipendekkan cerita, lepas tamat kursus 6 bulan tu, rasmilah aku bergelar misi kuman….Aku ditempatkan di sebuah klinik yang letak duduknya terceruk kat bangunan lama. Hospital aku ni hospital lama sebenarnya. Dah menjangkau 100 tahun. Bangunan pun paham-paham lah..Cuma dah ditambah dengan bangunan baru 6 tingkat. Lokasi klinik aku ni terletak bersebelahan dengan klinik methadone (klinik terapi gantian dadah bagi mat pit2) Tetapi masih di dalam bangunan yang sama. Jadinya, kalau aku nak masuk dalam bilik aku, kenalah melintasi pesakit-pesakit methadone yang tengah tunggu giliran ambik ubat. Sebab dah hari-hari bertembung dengan pesakit-pesakit ni, aku pun dah kenal mesra dengan diorang..

Masing-masing ada kisah dan masa silam semua. Aku bukan tuhan nak judge diorang atas perbuatan diorang masa lampau. Jadi aku pun baik dengan diorang macam biasa. Cuma yang tak bestnya, ada sorang staff methadone ni yang agak kerek.. Dia ni bertugas sebagai PPP. Dulunya disebut sebagai MA. Atau orang kampung aku panggil dressar. Klinik Methadone ni cuma ada sorang PPP dan sorang attendant je. Disebabkan PPP ni sangat kerek dan berlagak tak tentu arah, biarlah aku namakan dia sebagai mangkuk. Mangkuk ni kalau berurusan dengan pesakit-pesakit methadone ni, akan terserlahlah aura musibatnya. Habis semua orang di pekik-pekik dan dimarah-marah sesuka hati.

Sebenarnya, selain memberi ubat, tugas si mangkuk ni tadi adalah menjadi kaunselor dan pendengar kepada masalah-masalah pesakit-pesakit dia ni. Emosi diorang ni nak kena jaga. Kalau tak dikhuatiri pesakit-pesakit nya akan kembali mengambil dadah hal terkutuk tu. Tapi kalau dah garangnya mengalahkan singa liar di hutan, ko rasa ada ke makhluk yang nak datang luahkan masalah diorang kat si mangkuk ni? No tapi, cuba dia berurusan dengan misi misi kat wad yang cantik-cantik tu..hilang segala musibat…jadik pulak ulat bulu..poyo nauzubillah.

Satu hari, aku datang kerja lewat sikit sebab dapat perlepasan untuk ambik report card anak aku kat sekolah. Masa aku sampai, hujan tengah lebat sangat. Makanya, ramailah pesakit-pesakit ni yang tak boleh balik dan tersadai kat klinik. Maklumlah, kebanyakan diorang datang naik motor atau bas aje .Kenalah tunggu hujan berhenti dulu. Lagipun, guruh tengah berdentam dentum. Masuk je kat klinik, aku dah dengar suara si mangkuk sama kuat dengan suara petir kat luar. Issyy..budak mangkuk ni ada kene dipanah dek petir kang.. Aku pasang telinga perbualan diorang.

“Ni apa tak balik lagi ni? Ubat korang dah dapat kan ? Tunggu apa lagi?”

“Bang, hujan lebat sangat ni. Macam mana kitorg nak balik. Nanti dah reda kitorang baliklah”

“Itu masalah korang. Aku sakit mata tengok korang ramai-ramai kat sini. Tak boleh nak fokus buat keja tau tak?’

Ok…Sampai sini d***h aku dah mendidih. Kuang hajau sangat si mangkuk ni.. Aku terus tarik si mangkuk ni masuk bilik aku( bilik pejabat aku, jangan nak menguningkan kaler otak korang).

“Wei, mangkuk, ko ni dah kenapa? Halau orang tak tentu pasal. Tu..kau tak nampak macam mana lebat hujan. Dengan petir segala. Kalau aku suruh kau balik naik motor sekarang, apa kau rasa?”

“Ala…rileklah…yang ko emo tak tentu pasal ni kenapa? Ko jangan bagi muka sngat kat diorang tu. Cakap nak kena tegas kalau tak dipijaknya kepala ko nanti..”

“Ko jangan, kuk..Diorang tu manusia, tau. Pesakit kita lagi. Sepanjang aku kat sini, takde plak aku nampak diorang pijak kepala bagai. Jadi apa-apa kat diorang karang, sapa nak jawab?”

“Haaa…yang tu ko jangan susah. Aku tanggung. Ko jaga je kuman-kuman ko tu”

Si mangkuk tu boleh berlenggang keluar dari bilik aku. Aku jenguk kat luar, Cuma tinggal sorang pesakit je lagi yang tunggu kat klinik. Habis yang lain aku tak tau pegi mana. Ya Allah….Kesiannya kat diorang.. Hujan masih melebat.. Aku pergi kat pesakit yang tinggal tu.

“Sudin, mana kawan-kawan awak yang lain?”

“Haa? oh..diorang malas nak dengar abang tu bisisng. Diorang pergi berteduh kat kantin, misi.” Jawab pesakit ni sambil aku tengok tangan dia terketar ketar.

“Awak ok tak? Sejuk ke? Napa menggigil tu?”

“Demam, misi. Tadi saya dah mintak ubat dengan abang tu tapi dia tak kasik. Tak pelah. Saya dah biasa macam ni. Nanti ok latu”

Nak nangis aku dibuatnya. Aku masuk balik bilik, ambik panadol sepapan, (misi memang biasa simpan panadol sendiri) aku bagi kat Si Sudin kat luar.

“Nah sudin. makan 2 bijik je. Yang lebih awak simpan kalau demam lagi kat rumah nanti”

Sumpah!! Aku tak boleh lupa muka Sudin masa tu. Dengan mata yang berkaca, dia ambik ubat yang aku bagi. Bibirnya menuturkan terima kasih tapi takde suara yang aku dengar.. Perlahan-lahan , Sudin bangun dan keluar klinik. Kebetulan hujan dah makin mereda.

Keesokan harinya, hari minggu. Tapi aku kena jugak datang kerja. Biasalah, banyak data-data yang belum sempat key in. Hujan hari ni makin lebat. Jam baru pukul 9 pagi tapi langit dan suasana sekeliling dah macam pukul 7.30 malam. Bagi klinik methadone, dibuka setiap hari. Cuma hari minggu sampai pukul 12 tengah hari je. Masa aku sampai, takde sorang pun pesakit masa tu. Letak beg, aku terus kusyuk menaip sampai aku tengok jam dah pukul 11.30 pagi. Untuk meredakan pinggang yang lenguh, aku berjalan keluar dari bilik aku. Sampai kat muka pintu, aku nampak sorang lelaki tengah berdiri. Dia pakai baju hujan dan kepala bertutup hud. Kepalanya menunduk sahaja. Aku kenal pesakit ni. Dah biasa aku tengok Sudin pakai baju hujan ni. Tapi agak samar-samar sebab kat luar langit masih gelap. Hujan masih belum menunjukkan tanda nak berhenti.

“Sudin, awak buat apa berdiri kat luar ni? Dah makan ubat ke belum?”

Sudin menggelengkan kepalanya. Tetapi masih menunduk. Tiba-tiba dia menyeluk poket baju hujannya dan menghulurkan padaku sepapan panadol yang telah luak 4 biji

“Tak pelah misi. Saya datang ni nak pulang balik panadol yang misi bagi.T api saya dah makan 4 biji”

“Laa…yang awak pulang balik kenapa? Kan saya suruh awak simpan kat rumah”

“Tak pelah misi. Saya dah tak perlukan panadol ni lagi. Terima kasih misi sebab baik pada saya. Saya cuma nak jumpa dgn abang mangkuk kejap”

Sebab si Sudin ni tak berenti menghulur panadol tu, aku pun ambik la. Aku masuk balik bilik aku nak siapkan kerja yang sikit lagi nak habis. Panadol tu aku letak atas meja. Lebih kurang stengah jam kemudian, tiba-tiba aku dengar suara lelaki menjerit ketakutan. Terkejut aku lantas aku berlari nak tengok sapa pulak yang menjerit tak tentu hala ni. Kat kaki lima klinik, aku tengok si mangkuk terduduk atas lantai yang basah dengan hujan. Matanya terbeliak dan dia menggoyang goyang kan tangannya ke satu arah. Tapi aku tak nampak sapa-sapa pun kat situ.

“Wei, mangkuk, ko dah kenapa ni?”

Mangkuk tak boleh nak bercakap apa-apa. Muka dia pucat lesi. Tangan dan satu badan dia menggeletar. Macam tersampuk hantu pun ya si mangkuk ni. Aku nak pegang pun tak kena gaya. Bukan muhrim kau…Nasib baik Mail (Attendent) keluar dari dalam klinik.

“Ehh. kenapa pulak ngan si mangkuk ni?”

“Ntahlah mail. Saya dengar suara orang mnjerit. Tengok-tengok si mangkuk ni dah macam ni”.

pasal dah tak tau nak buat apa, mail membacakan ayat kursi dtelinga mangkuk. Beransur ansur si mangkuk kembali tenang. Tapi dia masih tak mampu bercakap, muka pucat macam kena demam kepialu. Last-last mail terpaksa hantar dia balik rumah sebab si mangkuk dah macam patung cendana. Tak respon apa-apa bila dtianya. Aku pun tetiba rasa seram. sejuk. Darripada dok sensorg kat sini, aku packing barang-barang terus balik rumah.

Seminggu jugak mangkuk MC. Naik kerja je, aku terus interview si mangkuk apahal yang dia pegi buat breakdance kat kaki lima klinik ari tu. Mulanya si mangkuk tak nak cakap. poyo la mamat ni…pastu tiba-tiba dia nangis. Ah bala…nak jadik lagi ke ni.?

“shan…sebenarnya hari tu aku tengah tengok fb. Pesakit aku semua dah datang makan ubat. Cuma tinggal sudin je yang belum datang. Jadi aku tunggu dialah tu, pastu tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik aku. Aku agak tu mesti sudin., Aku dah ready nak marah pasal dia datang lambat. Bila aku bukak pintu, aku tengok takde orang. Aku pegi kat pintu klinik, aku agak dia nak main-main. Aku tengok sudin ada berdiri membelakangi aku. Belum seempat aku jerit…”mangkuk terberhenti bercakap. Dia main-main dengan jari-jari nya. Muka mangkuk makin pucat

“Apa dia,kuk? Kau ni nak citer biar habis”

“Sudin berpaling tengok muka aku. Kau tau, shan…mata sudin putih semua, dia sengih.. mulut dia keluar ulat banyak sangat….dia cakap…dia cakap…”mangkuk dah tutup muka

“Dia cakap apa, mangkukkk”aku pulak yang tak sabar

“Dia cakap..abang dah tak nak marah saya lagi ke?”

Aku tengok tangan mangkuk menggigil

“Kau tau shan, masa aku tengah mc, mail call aku kat umah. Dia bagi tau sudin dah meninggal dunia, malam dalam tidur. Hari aku kena kacau tu dia mmg dah x de”

“haaa…kau biar betik, kuk”aku plak dah start gabra

“Betul, shan. Tak kan aku nk tipu”..

Aku berlari ke bilik aku, memeriksa atas meja panadol yang dipulangkan oleh sudin hari tu. Tapi puas aku carik, Tak jumpa jugak..Adakah realiti?atau fantasi….

Mangkuk telah memohon untuk berpindah hospital. Dia tak sanggup nak keja kt situ lagi. Terbayang-bayang muka arwah sudin, tulah….takut ngan dosa sendiri. Aku masih lagi keja dekat situ. Arwah tak pernah ganggu aku pun. Mungkin ini satu pengajaran yang sangat bermakna…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

oracle

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

8 thoughts on “Abang tak nak marah saya lagi??…”

  1. Al Fatihah utk arwah Sudin. Semoga ditmpatkan dikalangan org beriman & beramal soleh. Mmg jd pengajaran dkt sini. Hidup jgn perangai belagak x tentu hala. Tq penulis kongsi cerita. Bestt!

    Reply
  2. Kesian sudin semoga ditempatkan dikalangan org2 soleh
    kepada si mangkuk semoga insaf jangan ler membongkak diri tu, baru kerja misi bukan perdana menteri. ape pun taraf seseorg itu harusla dihormati
    kepada penulis selamat bekerja dan jd misi terbaek. org baik ramai sayang.
    jangan lupe share story lagi.

    Reply
  3. Biar hina dimata makhluk asalkan mulia dimata Allah SWT.
    Ingat ke bahawa rasa ujub membangga diri tu adalah syirik yg nyata.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.