Ada yang menganggu!

Assalamualaikum dan hai kepada pembaca fiksyen Shasha. Terima kerana menyiarkan kisah Gangguan Di Bumi Korea. Kali ini aku nak bercerita kisah kembara aku di Thailand pula.

Kisah pertama iaitu pada tahun 2014, aku travel dengan bff di Krabi. Ada sehari aktiviti bebas, kawan-kawan semua pergi massage dan aku memilih untuk tidur sahaja di bilik. Lepas lunch, aku terus balik ke bilik dan tidur. Tengah syok tidur itu tiba-tiba aku rasa badan aku berat dan macam dihempap. Aku cuba melawan dan bacalah apa yang patut. Lepas setan itu dah blah, baru rasa lega dan aku sambung tidur. Sebelum sambung tidur itu, jangan lupa untuk terbalikkan bantal dan ludah belah kiri dan baca bismillah. Itu tips yang aku pernah dengar.

Kisah kedua aku pula iaitu trip terakhir sebelum COVID. Aku dengan member pergi Cross Border Indochina. Kami mula dari Phnom Penh lepas itu turun ke Siem Reap, naik bas ke Poipet (Sempadan Kemboja-Thailand), pergi ke Bangkok dan ke Hatyai dan balik ke Malaysia.

Aku nak cerita pengalaman mistik semasa pergi ke Angkor Wat di Kemboja. Korang tahu kan Angkor Wat ini kuil lama dah berkurun-kurun abadnya dan termaktub dalam UNESCO. Alah, Angeline Jolie pernah berlakon filem Tomb Raider itu dekat sini. Aku punya excited nak pergi tempat itu, sebelum dah sampai aku dah belek-belek gambar untuk OOTD sebab aku memang kaki bergambar. So, aktiviti hari itu memang bergambar je la dekat Angkor Wat itu. Untuk peminat tempat bersejarah macam aku, memang seronoklah, lagi-lagi ada photographer yang pandai ambil gambar.

Nak dipendekkan cerita, kami ada pergi satu kuil itu, Angkor Wat ini macam kompleks yang mengumpulkan banyak kuil di dalamnya. Korang kena sewa tuk tuk untuk pergi ke satu kuil ke kuil yang lain. Tapi aku tak berapa ingat namanya. Tengah berjalan-jalan dalam kuil itu, aku perasan ada makcik menjual azimat dalam kuil itu dan pelanggan dia mat salleh. Tak pastilah azimat itu untuk apa, tapi masa makcik itu tengah baca mantera-mantera tersebut, aku rasa macam tak sedap hati je. Aku pun ajak kawan keluar dari tempat itu. Masa nak keluar, beberapa kali kami tersesat dan asyik jalan tempat yang sama. Akhirnya, kami pun jumpa jalan keluar lepas tanya orang. Hairan sebab kuil-kuil sebelum ini bukan main senang je nak jumpa jalan keluar, masa itu positif lagi sebab guide kami pun ada cakap jalan keluar kena ikut jalan lain. Aku ingat kisah itu berhenti setakat itu je, rupanya ada lagi kisah mistik.

Lepas habiskan trip di Angkor Wat, kami terus gerak ke Poipet (Sempadan Kemboja-Thailand) untuk rentas sempadan ke Thailand dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Bangkok dengan menaiki bas. Dah sampai Bangkok, kami berjalan-jalan di Night Train sebelum balik ke hotel. Dalam jam 1 pagi kami sampai di hotel dan lepas siap-siap mandi dan makan terus tidur sebab esok nak turun Hatyai pula. Dalam 2 pagi juga aku masuk tidur. Tak lama lepas aku tidur, aku dikejutkan dengan suara seseorang yang bertanya, “Tomorrow is public holiday right?” Aku dengan mamai-mamai cuba mencari empunya suara itu dan tiba-tiba badanku seperti ditindih. Ah sudah ini mai daripada mana pula. Aku melaungkan “Allahuakbar” dan membaca ayat kursi dalam hati untuk menghalau setan yang tak tahu dari mana asal usulnya ini. Lepas dia pergi aku masih takut-takut lagi nak tidur sebab aku seorang-seorang dalam bilik ini. Tapi bila memikirkan perjalanan jauh esok, aku beranikan tidur dan membaca ayat kursi dan beristigfar sampai aku tertidur. Esok pagi aku bercerita dengan kawan aku dan dia pun kata dia tak sedap hati masa di kuil tadi. Tapi dia tak kena kacau pula.

Pesanan aku, bila keluar dari rumah jalan lupa untuk membaca ayat kursi supaya dilindungi daripada kejahatan yang kita tidak nampak. Satu lagi bila ditindih, kita akan rasa seperti badan kita dikunci dan bibir terkunci. Cukup laungkan Allahuakbar atau baca ayat-ayat kursi dalam hati, insyallah makhluk halus itu akan pergi. Kalau travel seorang kalau boleh duduklah guesthouse dan elakkan book single room, tak pasal-pasal kena kacau. Kalau berdua tak apa boleh share ketakutan kalau dikacau momok. Apa-apapun jangan takut kepada hantu, takutlah kepada ALLAH S.W.T.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cik L

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

1 thought on “Ada yang menganggu!”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.