Ada yang menumpang??

Assalamulaikum semua, selepas dah share kisah seram masa outstation kt Indonesia aritu arini rajin pulak nak share satu kisah yang terjadi pada saya masa 2015 dulu..

Saya dan wife keduanya berasal dari Melaka tetapi menetap di JB. Pada 2015 saya bekerja di KL dan wife di JB, kiranya PJJ dengan isteri dan anak. Pada hari Jumaat minggu tu saya telah pulang ke JB dan keesokannya Sabtu pagi kami telah pulang ke kampung saya di Melaka bersama. Kebetulan Sabtu itu company saya ada mengadakan company dinner di salah sebuah restoran di KL bermula pada jam 8-12 malam.

So pada petang Sabtu saya telah bertolak ke KL berseorangan untuk menghadiri Dinner tersebut dari Melaka dan meninggalkan isteri & anak di rumah keluarga saya. Setelah selesai semuanya termasuk cabutan bertuah saya telah pulang ke Melaka lebih kurang jam 12.30 malam.

Suasana pada malam itu agak dingin dan kurang kenderaan di highway. Ketika berada di antara Seremban-Melaka saya telah mengalami kebosanan dan sedikit mengantuk. Untuk mengelakkan mengantuk yang berpanjangan saya telah membuka radio dengan sedikit kuat serta menyanyi lagu-lagu Inggeris yang popular pada masa itu. Sepanjang perjalanan juga saya dapat rasakan ada perasaan yang tidak tenteram serta gelisah tetapi saya meneruskan pemanduan sehinggalah sampi di rumah keluarga saya di Melaka hampir jam 3 pagi.

Setelah selesai mandi semuanya saya pon berbaring untuk tidur. Tetapi kira-kira setengah jam saya melelapkan mata anak lelaki saya yang berumur 4 tahun tiba-tiba menjerit menangis ketika tidur. Saya dan isteri bingkas bangun menenangkan beliau sehingga tertidur semula tanpa megesyaki sebarang perkara tidak diingini berlaku. Tiba-tiba dalam 15 minit selepas itu anak buah lelaki saya pula yang berumur 3 tahun menangis melalak di bilik sebelah dan cuba ditenangkan oleh adik saya dan suaminya. Saya bersama isteri tidak menghiraukan keadaan tersebut dan kembali menyambung tidur semula kerana menyangka anak buah saya terkejut dan menangis seperti biasa.

Setelah masuk waktu subuh saya bangun untuk dan mendapati anak buah saya baru sahaja selesai menangis dan mengamuk serta kembali tidur. Rupanya hampir beberapa jam beliau berkelakuan seperti itu tidak dapat tidur dan asik menangis.Kebetulan adik bongsu perempuan saya pula seorang yang mudah melihat benda-benda ghaib ni dan beliau tiba-tiba datang kt saya dan bertanya…Benda apa ko bawak balik malam tadi nie???? saya terdiam dan bertanya kembali kerana kurang mengerti…Ko bawak balik Cik Ponti dohhh malam tadi!!! Fuhhhh….terkejut saya mendengar bila beliau berkata begitu. Patutlah anak saya dan anak buah tiba-menangis tak boleh tido. Rupanya dalam jam 5 pagi adik bongsu saya ada keluar bilik ke tandas dan mendapati entiti tersebut berdiri di ruang tamu rumah secara menunduk dan beliau tidak menghiraukannya….

Kecoh pada pagi tersebut di rumah disebabkan kejadian itu. Saya pula telah di ceramah oleh mak dan ayah kerana kecuaian saya membawa balik entity tersebut hahaha…Mungkin silap saya kerana tidak baca doa menaiki kenderaan dan terlebih berhibur semasa pemanduan. Paling saya bersyukur sepanjang perjalanan saya pulang entiti tersebut tidak menjelmakan diri pada saya. Jika tidak pasti akan lebih buruk lagi pengakhirannya…dahla dari tol ke kampung saya pon memakn masa 40-45 minit perlu melalui beberapa jalan yang sunyi…

Pengalaman ini menjadikan saya lebih berhati-hati ketika memandu lebih-lebih lagi pada waktu malam. Pastikan membaca doa menaiki kenderaan dan doa pelindungan diri sebelum memandu.Semoga menjadi manfaat kepada semua…K..bye!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Hasnul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 66 Average: 4.7]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.