Adab masuk ke rumah

Assalamualaikum,
Ini sebenarnya kali ke dua aku berkongsi cerita dekat FS. Sebelum ni aku pernah kongsi cerita dah lama rasanya pertengahan tahun lepas, pasal rumah aku di johor yang tak ada penghuni sejak arwah umi aku meninggal. Dan adik beradik aku yang lain tinggal di luar negara. Dan aku pula belajar di negeri orang.

Cerita ini pun masih berkisar pasal rumah tersebut. Selepas aku dengan imam kawasan rumah aku pagarkan, Alhamdulilah sehari dua aku duduk situ tiada gangguan. Dan lepastu aku pergi ke tempat aku belajar di Selangor dan seterusnya rumah tu terbengkalai lagi hampar 5-6 bulan. Ceritanya bermula, selepas 4 bulan di tinggalkan. Sedara aku dengan kawan dia buat trip ke Johor. Diorang dari Terengganu. Jadi sedara aku ni pun contact aku dan tanya aku ada dekat Johor tak. Aku jawab tak ada. Dia kata nak tumpang. Aku izinkan lagipun kunci aku ada kasi kawan rapat arwah umi aku. Makcik Ila pegang. Jadi aku pun bagi instruksi semua dan khabarkan ke mak Ila. Sebelum itu, sedara aku ini dengan kawan dia semua perempuan. 8 orang semua sekali.

Trip diorang rancangannya sebenarnya seminggu, aku tak pernah cerita dekat sedara mara pasal rumah tu sebelum ni dan pernah di pagar. Yang tahu cuma aku, jiran sebelah rumah yang sekarang dah berpindah dan Imam Yussof. Sebab masa kejadian itu pun. Kami berdua yang pagar. Sebenarnya waktu arwah Umi aku hidup lagi setiap malam umi aku. Alhamdulilah tak pernah tinggal solat hajat, tahajud dan juga Membaca Al-Quran. Dan dah jadi rutin kami seminggu sekali akan mengaji dari lepas maghrib di masjid sampai bawa ke rumah hingga ke subuh. Tapi lepas meninggal arwah umi rumah mmg sunyi. Semua adik beradik selalu cakap kalau balik mesti rasa panas punggung. Walhal, waktu arwah umi hidup. Kalau balik rumah mesti seronok je. Hilang seri seorang Ibu mungkin. Atau silap kami adik beradik tak teruskan amalan arwah umi.

Sambung cerita tadi, sedara aku tak tahu. Pada mulanya aku taknak takut diorang. Sebab kawasan rumah aku tu rumah jarak jauh jauh dan satu lot rumah tu ada 8. Tapi setakat 3 orang berpenghuni. Hari pertama tu aku dah nasihatkan sedara aku. Baca doa dulu ramai dan bersihkan halaman rumah sebelum melangkah masuk ke rumah dan jangan lupa beri salam dan langkah kaki kanan. Dan dia pun iyakan, rumah tersebut Alhamdulilah cukup luas. Ada 3 tingkat dan 8 bilik. Mungkin kalau ada yang terbaca kisah aku sebelum ni. Yang tingkat atas sekali tu ada satu Almari cermin yang retak akibat gangguan dahulu.

Aku pun dah khabarkan, kalau masuk tolong kemaskan rumah dulu. Habuk habuk semua. Dan suruh diorang tidur dekat satu bilik. Dekat bilik arwah umi aku. Tingkat bawah sekali. Bilik itu luas. Waktu kena gangguan dahulu. Bilik tu lah yang aku rasa paling selamat. Malam pertama khabarnya diorang tidur asing ada yang nak tidur bilik atas sekali. Tingkat atas tu ada satu bilik. Itu stor. Dalam tu aku sumbatkan semua barang barang, macam perhiasan rumah, gantungan, dan juga keris keris arwah ayah aku. Arwah ayah aku ini memang peminat keris. Pelbagai macam ada. Aku memang dah simpan dalam briefcase khas dan lock. Nak di jadikan cerita, malam pertama ini diorang keluar. Balik lewat malam. Jadi diorang tak kemas, dan tak solat dekat rumah. Dan malam tu gangguan pertama bermula.

Salah sorang kawan diorang ni (kawan 1) terjaga dan nak pergi bilik air. Jadi dia pergi bilik air dekat tingkat 1. Tengah nak ke tandas. Terperanjat bukan kepalang katanya. Bila nampak ada orang duduk bersimpuh dekat depan tandas. Terperanjat dia ni dan nak menjerit. Tapi suara tak keluar. Nak lari hilang tenaga. Lembaga yang duduk bersimpuh tu dah hilang tapi kaki dia ni masih tak boleh gerak. Menangis berlagu katanya waktu tu. Selang beberapa minit tu ada kawan dia tepuk bahu dia baru dia boleh bergerak. Tapi dia diam dan masuk bilik. Muka dah pucat. Yang (kawan 2) pula pelik dia pun masuk lah tandas. Waktu nak masuk tandas dia dan nak tutup pintu dia terpandang ada orang berdiri dalam gelap dekat hujung dinding ruang tamu. Dia ingat kawan dia jadi dia abaikan. Tapi lepas dia tutup pintu bulu roma ni semua meremang.

Dia terus rasa pelik. Dan bukak balik pintu tandas. Nampak makin ramai berdiri dekat tepi dinding. Lari terus dia masuk bilik tingkat 1 ni. Btw yang tidur dekat bilik tingkat 1 ni 2 orang. Tingkat 2 3 orang dan selebihnya tingkat 3. Lepas dia lari masuk bilik dan tidur. Terus dia dengar bunyi pintu kena kutuk 7 kali dan berhenti. Dia cuba kejut kawan dia yang tengah tidur. Takde sorang pun yang bangun. Okay yang itu malam pertama. Next day ni diorang berdua tu diam tak kasi tahu sesiapa, dan keluar dari pagi tu dan balik pukul 3 petang. Balik ni yang (kawan 3) terus pergi bilik air dan mandi. Tapi dia pergi dekat bilik tingkat 2. Sebab bilik air tu special sikit. Ada bath tub sekali. Jadi dia berendam lah dalam tu. Dalam 15 minit ni, tetiba dia perasan air tub tu makin susut. Dia pelik lah sekali makin susut dan makin lama dia makin nampak ada tubuh lain tengah tunduk bertentang dengan dia. Menjerit kuat dia ni, sampai berlari kawan dia datang.

Lepas kawan dia ni kena kacau macamtu, barulah yang dua orang tadi bercerita. Dan decide serta merta nak keluar dan cari tempat stay lain. Diorang cuba nak call, tapi sayang waktu tu aku ada trip masuk hutan 3 hari 2 malam berserta panjang gunung jadi telefon biasanya aku memang akan matikan. Atau tinggalkan dalam kereta. Jadi diorang tak dapat call aku. Dan akhirnya start lah google homestay area johor bahru yang murah. Tapi mostly diorang tak cukup bajet. Dan malam tu terpaksa lah tidur juga dekat rumah aku dan cari lagi untuk esok hari. Malam tu semua tidur dekat ruang tamu. Sebenarnya, waktu aku kena sebelum ni. Yang paling teruk kena dekat ruang tamu.

Jadi diorang pun tidur beramai dekat situ. Dan akhirnya malam tu diorang semua tak boleh tidur. Dan sekali bangun nampak ada sekumpulan lembaga berjubah hitam duduk bersimpuh hujung kaki diorang. Nak menjerit sorang pun suara takp keluar. Semua cuma mampu tenung sesama sendiri. Kata nya lembaga tu ada baca sesuatu kumat kamit sambil tenung kaki diorang. Semua dah menangis katanya waktu tu. Sorang tak boleh nak bukak suara. Sampai lah ada salah sorang dari diorang ni mampu ucap “Allah” tapi lembaga tu makin kuat baca sesuatu dan tenung diorang “sampai ke dasar mata hingga jejak ke nilai roh” yang itu salah sorang dari diorang yang cakap. Kata sedara aku malam tu lambat. Walaupun lembaga tu hilang masing masing tak bercakap. Masing2 masih duduk pandang lantai. Ada yang telukup muka dan ada juga menangis.

Katanya, lembaga tu punya tenungan buat setiap detik malam tu jadi mimpi ngeri. Sekejap dengar bunyi pintu kena ketuk. Orang berlari. Bunyi kaca berderai dan suara orang berbisik dekat telinga diorang. Sampai ke subuh baru semua gangguan hilang dan semua tidur. Sampai ke tengahari. Untuk makluman 3 orang dari kawan sedara aku tu hilang short term memories. Dia last ingat sebelum diorang ke rumah tu. Sebenarnya waktu dengar cerita tu aku rasa bersalah. Niat aku taknak kasi tahu diorang pasal hal sebelum ni taknak lah takutkan diorang. Ialah katanya trip tu dah lama rancang. Tapi waktu tu baru boleh jadi. Lagipun aku expect benda tu dah tak datang balik. Tapi tidak rupanya. Esoknya diorang pun pulangkan kunci dekat makcik ila. Dan terus balik. Yup trip dah terbatal. Bila aku tanya sedara aku secara detail. Rupanya senario awal dia begini.

Sampai je depan pagar rumah aku diorang terus jerit yeah. Yerlah seronok kan bercuti. Aku pun faham. Masuk je diorang tak baca doa. Buka pintu dan terus masuk macam tu sahaja. Sebenarnya kena ingat masuk rumah ni, tak kiralah sama ada rumah yang ada penghuni atau tidak. Ada adab dan tata tertib. Baca doa dan memberi salam jangan lupa. Setiap pintu rumah itu ada jin yang berlegar legar. Jadi kalau gagal memberi salam dan langkah kaki kanan makhluk tersebut tak akan keluar dari rumah tersebut.

Sebenarnya rumah aku ini ada sejarahnya. Tapak rumah ini. Sebab rumah ini bukan di dirikan oleh syarikat contractor yang undr contract. Tapi di dirikan oleh arwah ayah aku. Katanya tapak tersebut terdapat mata air. Yang cerita ini pun kawan arwah ayah. Dia salah seorang yang kerja bina rumah tu. Jin ini sebenarnya suka tanah bumi yang ada mata air , dan mata air tersebut pula tak akan kering. Walaupun kemarau melanda. Jadi bila aku berbual dengan pakcik ini. Dia cerita katanya dulu memang dah minta nasihat dari ustadz macam mana. Tapi tak pernah dengar khabar. Dan akhirnya terus di bina.
Pakcik aku pula kata ada lagi sejarah lain, tapi dia tak tahu. Ada kawan kawan dia yang lain tahu.

Tapi aku tak boleh nak cari dan tak jumpa pun. Ada yang dah meninggal. Ada yang sakit. Lost contact dan lain lain. Sedara mara aku ni pula tak tak menahu. Katanya arwah ayah aku ni terlalu berahsia. Bab rumah tu pun diorang tak pernah tahu dan tiba tiba lepas kahwin dengan arwah umi terus berpindah ke situ. Mungkin arwah umi aku tahu jadi sebab itulah amalan arwah umi setiap malam tak pernah putus putus. Sekarang rumah tu masih kosong. Aku pun kalau free nanti mungkin pergi ke sana. Dan ajak ustadz yussof tolong selesaikan masalah rumah tu.

Iyalah, nak taknak kena juga. Itu harta paling berharga. Kenangan dari zaman muda arwah umi dgn ayah aku. Lepas dah meninggal pun rumah di wasiatkan atas nama aku. Jadi setiap kali aku tanya pendapat adik beradik aku. Diorang suggestkan jual. Aku pun down juga sebenarnya. Aku harapkan jawapan yang lebih spesifik. Kalau nak jual dari dulu aku dah usaha. Tapi sebab aku taknak. Lambat laun habis belajar. Ke rumah situ jugalah aku kembali. Apa-apa pun pesan aku. Ke mana pun kita, buat apa sekalipun jaga adab. Bukan setakut masuk rumah. Naik kenderaan baca doa. Kalau tak ingat doa tu boleh baca doa lain atau mulakan dengan Bismillah. Selamat malam. Assalamualaikum.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

  1. Rumah kosong nih sebenarnya camne der..ada ustaz cakap kita tak boleh biarkan satu ruang kosong/(void) atau rumah kosong lebih 40 hari..tak tau la kan betul atau tak tp kalo dah lebih² hari kosong, ruang tu ada la makhluk yg akan penuhkan..

    Lepas tu kalo ada laluan air, alur lagi la byk sejarah yg perlu diubah supaya pendatang yg terkemudian akan aman..jadi lagi la kuat gangguan yg akan datang disbbkan sejarah yg tak diubah/dicompromise ni(cheee wahh spiking)..siap ada Grim Reaper lak..ni tak pernah otu nih dtg ke Malaya nih..allah akbar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *