Rumah Peninggalan Arwah Umi di Johor

Salam sejahtera semua. Nama aku ian(bukan nama sebenar) aku sorang student dekat ukm bangi. Aku nak cerita tentang rumah aku. Rumah aku ni terletak di johor. Sebelum tu aku cerita sedikit pasal rumah tu.

Rumah tu pembelian arwah umi aku. Umi aku awal tahun 2016 selamat di kebumikan. Aku adik bongsu. Abg dengan akak semua berhijrah ke luar negara. Dan yang terkahirnya abg bongsu aku bermastautin di jepun. Aku pula duduk dekat bangi rumah mak cik aku. Jadi selepas mak aku meninggal rumah tersebut terbiar. Takde orang jenguk.

Cuma abg aku ada lah tutup sikit sebanyak perabot semua pakai kain putih. Tapi aku tak pernah balik lagi. Sampai lah satu hari tu, jiran sebelah rumah aku tu call. Dia tanya abang aku yg duduk jepun tu ada balik ke. Aku cakap takde sebab abg aku dia cuma boleh balik pertengahan tahun depan. Jadi jiran aku ni dia diam dan dia cakap takpe saja tanya. Selang beberapa hari dia call lagi katanya betul ke takde orang dekat rumah tu. Aku jawab mmg takde. Sekali jiran aku cerita dia setiap kali lalu mesti nampak semua langsir kena bukak. Then petang nanti dia tutup balik. Sampai ada sekali dia lalu malam nampak lampu menyala dekat atas dengan pantulan orang berdiri dalam rumah.

Aku cakap dengan jiran aku tolong tengok boleh tak sebab takut pencuri. Tapi abang aku kasitahu dia ada pasang alarm kalau orang pecah masuk mesti berbunyi. Jiran aku ni pula dia cakap tak berani. Takut lah apa lah. Dia siap kata tengah dia sedap duduk tngk tv. Tiba tiba dengar bunyi orang gelak dengan bukak tv dekat rumah aku. Dia cakap dah beberapa minggu juga dengar tu. Aku pun cakap takpe nanti aku balik.

Sebelum balik aku ada wasap kawan aku yang duduk dekat kawasan rumah aku tu. Aku cakap dengan diorang boleh tengokkan rumah aku tak. Takut ada pencuri masuk. Diorang pun cakap no hal nanti diorang roger aku kalau ada pencuri. Kawan aku ni pun pergi lahmalam katanya. Memang nampak lampu menyala dekat tingkat atas dengan ada bayang orang berdiri mundar mandir. Tengoh diorang ni sedap perhati langsir tu terbukak dan nampak wajah perempuan tenung diorang. Apa lagi lari lah takut katanya. Sampai demam semua sekali.

Lepas aku kasi tahu abg aku dia suruh aku jenguk sendiri. Aku pun balik dan masuk rumah tu. Korang tahu apa aku rasa? Aku rasa macam setiap sudut rumah tu ada orang tenung aku. Meremang bulu roma aku. Pintu rumah aku tak tutup lagi ni. Aku memang dah rasa takut. Aku pusing kejap depan rumah aku. Lepastu aku keluarkan air mineral baca Al-Fatihah, Ayat qursi , Surah 3 kul. Dan aku bagi salam lagi sekali waktu bukak pintu. Dan perlahan lahan. Aku renjis air tadi dekat pintu masuk, penjuru rumah. Tangga depan pintu bilik. Dan depan bilik air.

Masa tu aku tenang sekejap. Kalau dulu arwah umi aku rajin mengaji setiap malam rumah aku 24 jam rasa tenang. Rasa hari hari nak balik rumah je. Bila umi aku dah meninggal aku terus tak rasa nak balik rumah. Jadi aku pun kemas lah satu rumah. Kain putih tu semua aku tanggal. Aku vacuum lantai. Mula mula aku ingat dah tak ada apa. Tapi jangkaan aku meleset. Malam tu aku tengah baring dekat atas sofa ni. Ada bunyi orang berlari dekat tingkat atas. Aku bangun. Tarik nafas baca ayat

” Bismillahillazi layadurru ma’asmihi syai’un fil ardi wala fissama’ wahuwassami’un ‘alim ”

Kawan kawan pun boleh amalkan doa tu sekali. Bagi mengelak gangguan makhluk Halus. Sambil baca ayat tu dengan ayatul kursi dengan pelahan aku naik atas. Setiap langkah di selang selikan dengan istigfar. Sampai je tingkat atas terus pecah cermin mekap dalam 3 bilik dekat atas. Termasuk cermin dekat almari tu. Alhamdulilah lepastu takde apa. Aku pun kemas semua kaca tu.

Ikutkan aku memang tak boleh lama balik. Sebab aku ada hal. Tapi abang aku cakap duduk lagi satu hari. Tengok gangguan tu ada lagi tak. Jadi aku tawakal. Siang tu tak ada apa. Sampai malam tu aku kena gangguan kuat. Selama aku balik tu, aku memang selesa tidur atas sofa. Aku tertidur lepas solat maghrib. Dan aku mimpi umi aku marah aku, dia kata kenapa malas sangat nak mengaji. Solat hujung waktu. Tersentak dan terus terbangun aku. Waktu tu jugalah aku nampak ada 3 lembaga diri dekat penjuru ruang tamu aku. Semua lembaga tu berjubah hitam. Istigfar panjang aku sambil urut dada.

Aku pejamkan mata sambil baca doa. Bila aku bukak balik benda tu makin dekat. Dan aku denga ‘mereka’ baca sesuatu aku tak boleh nak faham maksud dia apa. Makin lama makin dekat sampai lidah aku yang sibuk zikir tadi terus kelu. Mata aku ni jangan cakaplah nak pejam dah tak boleh. Tapi aku cuba. Badan aku ni memang dah kejang habis. Aku cuba takbir. Tapi tak dapat. Alhamdulilah dengan izin Tuhan waktu tu. Aku teringat dua ayat terakhir al baqarah. Aku terus baca dalam hati. Lepastu aku baca

“Laa ilaaha illAllaah wahdahu laa shareekalah, lahulmulk wa lahulhamd wa huwa ‘ala kulli shai’in qadeer”

“A’uzu bikalimatillah at-tammati min syarrima khalaq”

“Bismillah allazi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardh wa la fis samaie wahuwas sami’ul ‘alim”

Dan akhirnya aku dapat laungkan AllAHU AKBAR
3 lembanga tu hilang dan aku terus lari pergi bilik air ambik wudhu. Aku masuk bilik umi aku. Aku solat Isyak. Aku baca Yassin, mengaji sampai aku terlelap dan terjaga waktu pukul 3 pagi. Selesai solat tahajud. Oh sebelum tu aku nak kasi tahu waktu baca yassin dengan mengaji aku sediakan satu baldi air dan satu dulang garam kasar.

Waktu solat subuh aku pergi solat dekat masjid jumpa imam ni. Dan dia tolong aku pagarkan rumah tu. Alhamdulilah esoknya aku duduk situ takde gangguan. Imam tu ada cakap dengan aku. Dia kata rumah yang lama tak berpenghuni ni memang makhluk macam ni suka. Apa lagi rumah aku tu ayat ayat alquran dekat dinding semua dah kena tanggal sebab nak kemas dulu. Jadi diorang berkumpul dekat situ.

Sebelum balik bangi aku pasang balik ayat ayat suci AL-Quran. Dan barang hiasan macam patung tu ke keychain. Aku masukkan dalam plastik dan bawa balik bangi. Lepastu aku balik semua dengan kain putih.
Nasib baik lah jiran aku dia dah setuju nak tengok dengan kemaskan jadi aku bagi kunci dekat dia. Lepas jadi macamtu aku rancang setiap bulan aku nak balik. Aku ngaji dekat rumah bersihkan. Rumah tu titik peluh hasil dari Umi aku waktu muda. Rasa sedih juga kalau aku abaikan macamtu. Terima kasih sebab sudi baca.

Aku tahu cerita ni agak panjang dan meleret haha. Aku pun menaip cerita ni dekat ruang tamu rumah aku berseorangan pukul 2 pagi. Terima kasih membaca. Assalamualaikum

9 thoughts on “Rumah Peninggalan Arwah Umi di Johor”

Leave a Comment