Adakah itu Suaranya?

Terima kasih kepada Fiksyen Shasha jika sudi menyiarkan kisah ini.
Hello semua kepada pembaca FS, saya perkenalkan diri saya sebagai Jaja (bukan nama sebenar hehe) Di harap semua pembaca ‘enjoy’ dengan cerita yang saya akan sampaikan ini. Izinkan saya menggunakan perkataan ‘aku’ sebagai nama ganti diri untuk lebih senang dan gitchuuu. Bergurau.

Kisahnya bermula ketika aku berumur 14 tahun. Aku seorang pelajar yang tinggal di asrama dan bersekolah SMK nama sekolah biarlah rahsia. Dari dulu lagi sekolah ini penuh dengan kisah2 misteri dan usia sekolah ini juga boleh dikatakan “legend”. Tapak persekolahan dan kawasan petempatan asrama tersebut menurut sumber adalah bekas tapak perkuburan, kesahihan wallahualam.

Dulu, kakak dan abang aku juga pernah bersekolah di sini (SMK dan asrama tersebut). Selepas aku tamat UPSR, aku sambung Tingkatan 1 di sekolah yang sama seperti kakak dan abang aku pernah bersekolah. Ketika aku bersekolah di tempat itu, aku berjumpa ramai kawan. Tetapi, hanya 4 orang sahaja yang dikatakan “geng”. Pergi mana-mana, mesti muka orang yang sama. Tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita merungkai kisah misteri ini…jeng jeng jeng…Bergurau.

Hari itu adalah hari Jumaat, aku bersekolah sesi petang. Dan kebetulan minggu tersebut adalah bukan minggu kepulangan. Bermaksud, Sabtu dan Ahad tidak dibenarkan pulang ke rumah tetapi jika atas perkara mustahak ianya diperbolehkan. Minggu kepulangan dan tidak wajib kepulangan berselang-seli setiap minggu. Budak asrama yang dulu pernah ada pengalaman mesti tahu kan? Hihi.

Setelah selesai solat Maghrib dan Isyak di surau asrama, aku dan “geng” aku berkumpul di bilik dorm. Aku dan geng aku sama bilik dorm biasalah geng kan mesti mahu sama-sama. Malam tu, kami berkumpul 4 orang berkumpul di katil bawah (katil asrama bertingkat, dan setiap 1 katil akan digabungkan dengan 1 lagi katil jadi total = 2 katil) macam matematik sudah pula kan. Ok, berbalik kepada cerita, aku dan geng aku sambil-sambil nyanyi dengan buku lagu kami yang sangat ‘hot’ ketika itu, berbagai jenis lagu yang kami nyanyikan tanpa menggunakan microphone, hanya berbekalkan suara kami yang sungguh merdu dan syahdu. Bergurau. Tapi boleh lah nyanyi.

Sambil-sambil cerita tu, kami makan maggi mentah – maggi kari- (jangan tiru perbuatan ini). Biasalah budak asrama mesti ada stok maggi untuk di jadikan kudapan walhal kesannya amatlah tidak baik kepada otak pelajar tetapi kalau memang pandai tidak akan memberi kesan. Bergurau.

Setelah usai ‘berpesta’ (lepak dan acara nyanyian bagi kategori pelajar sekolah asrama, esoknya kan cuti jadi boleh lah bersantai dan rehat2 begitu……) Kami pun tidur. Zzzzzzzzzzzzzz. Tiba-tiba, aku tersedar dari lena ku lebih kurang jam 2 setengah pagi. Aku berasa perut ku memulas ’emergency’ mesti kena lari punya pergi tandas!!!

Aku membangunkan sepupu ku yang bernama Sofia (bukan nama sebenar). “Sofia, Sofia, temankan aku pergi tandas dulu sekarang” kata aku kepada sepupu ku. Sepupu ku membalas “Ala…minta kawan dengan Jess” (bukan nama sebenar). Aku pun membangunkan Jess. Jess terus bangkit dari tidur dan mengikutiku dari belakang. Aku bergegas mengambil baldi aku dan penggayung (penyedok air).

Situasi di bilik air.
Terdapat 5 buah bilik air, aku memilih tandas ke-2. Sebelum masuk ke tandas, kawan aku bertanya “Eh kenapa bawa baldi?” . Aku lupa memberitahu dia yang aku ingin ‘membuang hajat’. Aku pun memberitahu dia.

Jess, dia tunggu dekat luar tandas. Aku pun masuklah dengan keadaan yang sangat darurat tergesa-gesa….
Tidak lama kemudian, Jess berkata. “Jaja, aku panggil diorang yang lain ya ambil air wuduk untuk solat Subuh nanti”. Aku membalas, “Ok, cepat kau ar jangan lama”. Aku dengar bunyi tapak kaki Jess ketika menuruni anak tangga yang ada percikan-percikan air. Aku mahu jelaskan “layout” tandas tersebut, tapi nanti jadi pening pula hihi. Imagine kan sahaja lah ya.

Ketika aku berada di dalam tandas berseorangan, aku terdengar bunyi geseran selipar di tandas sebelah seolah-olah ada pelajar lain juga turut serta seperti aku. Aku berasa sedikit lega sebab mula-mula takut juga sebab Jess sudah pergi bilik dorm balik.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti orang ketawa seolah-olah mengilai dari arah tandas yang ke-5. Hewhewhhehewhheehheweeh. Aku tersentak seketika, aku pejam mata, aku ‘stuck’. Aku tidak tahu mahu buat apa sebab masih dalam sesi ‘pelaburan’. Mohon pembaca memahami situasi tersebut. Aku diam, aku tutup mata, aku rasa macam mahu lari sahaja ketika itu tapi apakan daya aku tak mampu.

Oh ya, tandas kelima tu berdekatan dengan pokok pisang. Pokok pisang jenis apa aku tak pasti mungkin pokok pisang emas atau pokok pisang tanduk. (ada-ada sahaja)

Tidak lama kemudian, Jess pun datang. Masa Jess datang dia kata, dia sudah panggil nama aku kalau-kalau sudah selesai, tapi aku tidak perasan sebab ketakutan masa tu, sehingga lah Jess ketuk pintu tandas.

Keesokan harinya aku menceritakan perkara tersebut kepada kawan2 rapat aku tapi mereka bersangka baik dan berfikiran positif kemungkinan itu hanyalah bunyi2 kenderaan atau sebagainya.
Aku menganggukkan sahaja kata mereka.

Begitulah kisahnya. Tamat

Mohon maaf jika cara penyampaian cerita tidak sampai kepada pembaca, ini cerita pertama yang saya tulis dalam FS jika disiarkan. Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 45 Average: 2]
Chiara

2 thoughts on “Adakah itu Suaranya?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.