Kepada semua pembaca, ini adalah sidikit pengalaman adikku. Sebelum aku lupa atau buat-buat lupa, aku akan menceritakannya.
Aku disini sebagai Izzati.
Aku seorang murid baharu di sebuah sekolah menengah di negeri Selangor. Langkah pertamaku memasuki sekolah itu sangat berat. Aku seakan-akan berat hati untuk memasuki sekolah itu. Tetapi, aku harus juga untuk mendapat ilmu pengetahuan.
Aku dimasukkan ke dalam kelas 4 Ceria iaitu kelas kedua. Ramai melambaiku semasa aku masuk ke kelas itu. Aku hanya tersenyum. Aku memperkenalkan diri kemudian terus duduk di tempat yang disediakan.
Kriiiiinnngg!!!
Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tiba. Aku membawa wang saku sebanyak RM5 sehari. Aku membeli nasi lemak ayam dan air limau ais. Selepas makan, aku mengajak rakan sekelasku iaitu Ellya ketandas. Ellya memberi isyarat supaya dia akan datang sebentar lagi selepas dia menghabiskan minumannya.
Selepas minum air , aku membasuh tangan dan aku membetulkan tudungku. Aku melihat cermin, kelihatan sesuatu berwarna putih dibelakangku. Aku mula rasa seram sejuk. Aku berlari keluar daripada tandas dan kelihatan Ellya memandangku. Aku menceritakan tentang kejadian tersebut kepada Ellya.
Ellya memberitahu tentang kejadian disekolah itu dua tahun lalu. Dia memberitahu bahawa ada seorang murid tingkatan 1 Makmur memb**** diri di tandas tersebut kerana dia tertekan akibat dir**** oleh bapanya sendiri. Aku bersimpati keatasnya.
Beberapa minggu kemudian,
Aku menjalani kehidupan disekolah sehinggalah suatu hari, aku balik lewat kerana aku ditugaskan untuk mengemas kelas. Rakanku Syasyabiela tidak hadir untuk menolongku mengemas kelas. Aku menyusun meja dan kerusi. Usai mengemas semuanya, aku berjalan keluar sekolah.
Sebelum keluar aku ternampak sesuatu melihatku dengan matanya yang merah dibelakang pondok pengawal. Aku terkejut dan terus keluar dari sekolah dan menuju ke kereta ayahku. Ayah dan kakak kelihatan pelik melihatku. Aku memberitahu mereka bahawa aku tidak tahan untuk ke tandas.
Pada malam hari, aku tidak tidur dengan nyenyak. Aku berasa panas walhal bilikku mempunyai air-cond. Aku tidak selesa dan ke tandas untuk menyegarkan muka. Aku cuba untuk tidur semula. Aku tidur nyenyak dan aku terjaga semula. Aku berasa seakan-akan kakiku digeletek. Aku mengalihkan kakiku.
Aku cuba sekali lagi untuk tidur tetapi aku tidak boleh. Aku membuat keputusan untuk tidur di bilik kakakku. Aku mendapati bahawa kakakku tidak tidur lagi kerana dia masih membuat assignmentnya aku meminta izinnya untuk tidur di biliknya. Kakakku memberi keizinan. Aku tidur dangan nyenyak dan tanpa gangguan.
Keesokkan harinya…
Aku kesekolah dan aku mendapati hanya sedikit bilangan kawanku yang datang ke sekolah kerana esok ialah cuti pertengahan bulan. Aku ketandas untuk membasuh muka kerana aku mengantuk. Aku masuk ketandas dan membasuh muka aku melihat sesuatu di cermin. Aku berpaling dan tiada apa-apa. Aku melihat semula cermin dan ‘benda’ itu masih disitu. Aku memusingkan badan dan aku lari masuk ke kelas.
Aku balik kerumah dengan berjalan kaki kerana ayah dan mamaku keluar membeli barang. Aku hanya berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Sampai di rumah aku mengambil kunci yang telah dinyorokkan supaya tidak dicuri.
Aku mandi untuk menyegarkan badanku. Aku terdengar jeritan kakakku memanggilku. Aku cepat-cepat keluar untuk membuka kunci. Sunyi. Aku terkejut kerana aku mendengar dengan jelas jeritannya. Aku makan dengan hati yang tidak tenang. Aku membuka tv untuk menontonnya dan untuk membisingkan keadaan.
Kedengaran bunyi kereta dihadapan rumahku. Aku mengintai untuk mengetahui siapakah pemilik kereta tersebut. Kelihatan mama, ayah dan kakakku keluar dari kereta tersebut. Aku berasa lega. Selepas waktu makan malam, aku menceritakan semua yang telah aku lalui kepada kakakku.
Kakakku ingin memberitahu ayah dan mamaku tetapi aku menghalangnya. Dia memberitahu bahawa semasa aku tidur di biliknya, dia berasa sesuatu memegangnya. Dia ingat aku tetapi aku sedang tidur nyenyak disebelahnya. Aku terkejut.
Suatu hari, aku keluar membawa motor untuk ke kedai membeli barang-barang yang diminta oleh mama. Selepas aku membeli semua yang diminta oleh mama, aku membawa laju kerana aku tidak tahan untuk membuang air kecil.
Aku nampak sesuatu berwarna putih dan aku terus masuk kesimpang dan terlanggar lori yang besar dan sebuah kereta Proton. Pemandu lori itu berhenti dan menelefon ambulans untuk membawaku ke hospital.
Aku disini sebagai kakak kepada Izzati
Kriiiiinnngg!!! Kriiiiinnngg!!!
Kedengaran telefon rumah berbunyi. Aku mengangkatnya. “Ini penjaga kepada Nurul Izzati binti Muhamad Sharifkah? Saya nurse daripada Hospital Sungai Buloh ingin memberitahu bahawa Nurul Izzati telah dimasukkan ke hospital ini kerana dilanggar oleh sebuah lori dan sebuah kereta Proton. Harap penjaganya boleh datang dengan kadar segera”
“mama!!ayah!!mama!!” aku berasa sangat sedih aku memanggil mama dan ayahku untuk membawaku ke hospital.
Ayah membawa aku dan mama ke hospital. Aku melihat mama menangis teresak-esak. Aku juga turut menangis. Sampai sahaja di hospital kami bergegas ke wad yang telah diberitahu.
Aku disini sebagai Izzati.
“arghh!!!” aku menjerit didalam hati. Aku tak bermaya untuk bercakap. Kepalaku pening. kelihatan mama, ayah dan kakakku memasuki wadku. Aku memberitahu bahawa aku mahu minum air untuk basahkan tekak. Mama menuang air suam kedalam cawan. Aku duduk untuk minum air tersebut.
“adik, kenapa ni adik? Macam mana adik boleh jadi macam ni?” aku hanya diam. Beberapa minit kemudian aku memberitahu tentang kejadian tersebut. “a..a..adik nam..nampak, a..ada orang… orang pa..pakai baju pu..putih pan..dang adik mas..masa adik nak ke..na lang..gar tu.. sapa tu..mama?” kataku tidak bermaya.
“adik, adik rehat ya, mama akan teman adik smpai adik keluar hospital eh” kata mamaku memujuk. Aku hanya diam. Aku tutup mataku dan terus tidur.
Aku disini sebagai kakak kepada Izzati.
“Tiiiiit! Mama! Ayah! adik, adik kenapa adik…!” aku meraung sekuat-kuatnya. “mama tadi adik ok je. Kenapa sekarang…” “innalillahiwainallillahirojiun. Sabar kakak, mama tahu kakak kuat, kan?” kata mama perlahan. “kakak, mama, korang kene sabar tau. Allah ada.”kata ayah. Kalau ini ketentuanmu, aku reda’ Ya Allah
sekian dari aku, maaflah cerita ini tak seram tapi sedih.,,
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Dh mcm baca karangan sklah!! 😌
Bestt!! Tapi ni cerita betul ke tipu ye..sebab macam pelik lah??
tak faham dengan cerita
Sedikit keliru dgn cerita 🤔
sis rasa sis boleh bagi 65/100 ya anak2.Based on your writing skills ni je yang sis dapat berikan.Keep it up ! boleh cuba google dan buat research about jenis2 pendahuluan,penghuraian isi dan penutup supaya boleh menjadi mantoppp lagi !
Izzati tu dah meninggal ke? So yg tulis cerita ni kakak Izzati? Ke Izzati yg tulis?? Cerita tergantung la…
Adik masih bersekolah lagi ye, pakcik ucapkan tahniah kerana adik berani mencuba untuk menulis di sini. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kelemahan yang boleh diperbaiki jika adaik menulis di masa hadapan. Banyakkan bertanya kepada guru cara untuk memperbaiki karangan dan juga selalu membaca cerpen atau novel dari penulis lain untuk menigkatkan mutu penulisan adik.
La. Tulis cerita dari dalam kubur rupanya. Sempat lagi karang cerita.