Air terjun

Hai semuanya,,salam dari saya kak El..jdi kak El nak kongsikan sedikit pengalaman yang mungkin tak berapa scary tapi adalah kisah yang berlaku dalam hidup kak El…

Pada tahun 2019,,aku Dan kawan kawan pergi luangkan masa pada hujung minggu di sebuah lokasi perlancongan yang harus dirahsiakan..disana terdapat air terjun dimana ramai keluarga yang datang berkunjung…

So,aku Dan kawan sampai di destinasi tepat jam 1.30 minit petang..kitaorang kena bayar yuran masuk sebanyak 20 Dan awal awal dah guard kat sana pesan sebelum jam 5 kena keluar dari sana…so kita pun mulakan perjalanan Selama 15 minit mendaki untuk sampai di lokasi air terjun..Mula Mula tu okay jak tiada rasa apa apa..bila kitaorang sampai kita ready semua persiapan untuk BBQ..ada yang dah terjun air dah..hahaha ..tapi yang pelik nya,,kita tak dibenarkan untuk berenang sampai ke hujung sekali berdekatan air terjun…

Aku pula walaupun sibuk bantu kawan,,Masih terdetik hati kenapa area tu tak boleh limpas erk??..so bila dah siap semua BBQ tu ..aku Dan kawan kawan yang lain pun Mula la mandi manda..hahaha..sebab aku time tu belum pandai sangat berenang so aku tak berani untuk berenang jauh jauh..kesiannya aku,,hehe…Tiba tiba kawan aku panggil..dia panggil aku untuk berenang melimpasi kawasan yang dilarang…mula Mula aku tak perasaan Tau…jadi aku berenang ikut tepi jk..pegang Batu Batu besar jak time tu…

Tiba tiba,,,aku terperasan yang aku dah langgar peraturan dah..alamakkk!!! jadi aku marahkan si kawan aku tu kenapa ajak sampai kesitu…dia apalagi berenang semula sambil ketawa ke tempat asal dengan slambernya tinggalkan aku sorang sorang di kawasan larangan tu (jaga Kau nanti yer)..jadi masa aku berenang untuk balik semula aku ikut Batu Batu tu …aku rasa macam tak sedap hati..jadi aku pun Cuba nak panjat Batu tu supaya boleh naik ke tebing…tidak semena mena terasa benda seolah olah rambut yang panjang melingkari Kaki aku,,makin kuat aku tarik makin kuat benda tu melingkari Kaki ku,,,tiba tiba Kaki ku krem Dan tidak dapat bergerak masa tu,,time tu aku dah tengelam timbul dah…

Masa tu aku dah mula nangis,,aku tak fikir pun yang aku akan hidup,,nak teriak pun aku tak dapat seolah olah mulutku ditutup rapi…aku Cuba untuk capaikan tanganku ke Batu tapi gagal…masa tu aku cuma ingat tuhan jer…aku mohon supaya dia bantu ketika itu…tiba tiba benda yang melingkari Kaki aku hilang Dan aku gunakan tenaga terakhir ku untuk capai semula Batu akhirnya berjaya…

Bila aku dah naik ke tebing,,aku cepat cepat la berlari ke arah kawan Dan Tanya dia kenapa tak tolong aku…Dan bila dia jawab membuatkan aku tergamam..dia cakap dia ada jak tengok aku berjalan ke arah bilik untuk bersalin baju…ya tuhan,,aku hampir m**i dekat sana Kau bilang aku nak bersalin baju pula..

So,,aku ceritakan perkara yang berlaku sebentar tadi kepada dia…dia pun terkejut macam tak percaya dengan cerita aku…tiba tiba dia tegur kenapa Kaki aku banyak kesan Luka Luka seolah kesan kuku yang panjang..aku bukan main terkejut bila tengok keadaan Kaki aku …mungkin apa yang aku rasa melingkari Kaki ku itu yang meninggalkan kesan seolah olah kesan kuku… kawan kawan yang lain pun jadi terkejut and kita decided untuk balik awal sebelum jam 4 petang…sepanjang perjalanan balik tu seorang pun tak berani nak Tanya apa apa…apalagi menoleh keadaan sekeliling….sampaila kita jumpa semula pak guard tu tadi…sempat pula pak guard tu cakap “lain Kali jangan langgar”…

Sampai je kereta,,kita orang teruskan perjalanan balik ke rumah…aku sampai je kat rumah terus aku bersihkan diri Dan baring di sofa kononnya nak rehatkan diri sementara mak Masih memasak…terdetik hati nak cari tahu pasal air terjun ni kot ada cerita disebaliknya….jadi aku search nama air terjun tu Dan keluar lah apa yang aku cari carikan tu…rupa rupanya pada tahun 2009 penah terjadi kejadian budak kecik lemas di kawasan terlarang tu…sampai sekarang arwah tidak pernah ditemui walaupun anggota keselamatan dah cari..kata ramai org,,kawasan yang terlarang itu kawasan yang paling dalam Dan terdapat Batu Batu yang besar dibawahnya….

jadi aku pun terasa sangat lemah bila membaca kisah anak tersebut,,terfikir juga adakah mungkin dia mahukan aku sebagai mangsa seterusnya ketika itu????….bermula dari kisah itu aku tidak pernah lagi menjejak Kaki ke air terjun itu..cukupla kesan Luka Dan lebam yang aku dapat sebagai pengajaran supaya tidak meremehkan perkara yang harus kita patuhi..itu saja yang aku dapat kongsikan bersama pembaca FS,,semoga terhibur semuanya…bye

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Elyana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 30 Average: 4.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.