Akibat sihir

Assalamualaikum dan terlebih dahulu terima kasih fiksyen shasha kerana untuk kesekian kalinya, sentiasa memberi peluang untuk aku berkongsi penulisan berdasarkan pengalaman sebenar aku. Nama pena aku “Lubna”. Aku merupakan anak jati Klang dan kini masih menetap di tempat tanah tumpah darahku. “Ayah” yang menjadi tunjang keluarga kami, telah pun pulang kepangkuan Ya Rabb. Bagi yang pernah membaca cerita-cerita aku sebelumnya. Watak “ayah” sentiasa menjadi peranan besar didalam cerita tulisanku dan kehidupan realiti aku.

Bermulalah kisah hidup kami sekeluarga tanpa tunjang Utama, iaitu “ayah”. Namun kami menerima ketentuan “illahi” dengan redha. Kelak kita semua akan kembali kepadanye. Kisahnya bermula begini, sebelum ayah pergi meninggalkan kami. Ade beberapa orang terdekat yang telah ayah sisipkan sedikit amanah. Antara nya ialah pak andak kami. Pak andak kami merupakan orang yang disayangi, kerana tutur katanye yang lembut dan santun budi bahasa yang tinggi. Dia juga merupakan seorang jurutera di salah sebuah syarikat pengeluar bahan mentah yang tekemuka di Malaysia. Namun kerana ilmu agama yang penuh didada, dia kekal sebagai seorang yang sentiasa merendah diri dan menghormati orang lain.

Pada ketika aku sedang menjalankan tugasan kerja hakiki dan rutin harian seperti biasa. Aku menerima perkhabaran. Pak andak sakit dan warded di Hospital swasta yang terletak di Shah Alam. Aku sekeluarga pergi melawat pak andak dihospital. Menurut Mak andak, pak andak telah jatuh pengsan ditempat kerja dan terus dikejarkan ke hospital. Kami sangkakan sakit biasa, namun sangkaan kami bertukar sepenuhnya. Apabila pak andak terlantar dihospital hampir seminggu dan hanya bergantung harap pada pil tidur untuk merehatkan pak andak. Doktor pakar menjelaskan status kesihatan pak andak dan pak andak sepatunya sihat seperti biasa. Doktor pakar menjelaskan kepada kami semua pemeriksaan yang telah dilakukan dan doctor memberitahu kami untuk mencari kaedah rawatan lain. Mak andak yang masih kurang berpuas hati, terus meminta supaya pak andak ditukarkan di hospital Kerajaan.

Setelah beberapa hari pak andak dipindahkan dihospital kerajaan, aku bersama keluarga pun datang melawat pak andak.Pada ketika itu jam menunjukkan jam 6 petang. Setelah kami sampai berdekatan pak andak. Keadaan menjadi huru hara kerana ketika itu untuk pertama kalinya kami menyaksikan keadaan pak andak. Pak andak kelihatan sedang berdialog dengan diri sendiri.

“maafkan saya, saya cuma jalankan tugas saya..maafkan saya”
“kau nak buang aku..mana cukup pampasan banyak ni”
“maafkan saya..maafkan saya”
“aku kenal kau..kau yang buang aku..anak-anak aku kecik lagi”
“maafkan saya..maafkan saya”

Semakin aku mendekati katil pak andak, kelihatan mak andak bersama dengan mak aku sedang cuba menenangkan pak andak. Bacaan ayat-ayat suci berkumandang di handphone. Mak aku pula sedang rancak membaca Yassin. Mak andak pula sedang memeluk pak andak sambal membacakan surah-surah di telinga pak andak. Di kedua-dua belah kaki dan tangan pak andak diiikat ke katil. Kelihatan sedikit luka di pergelangan tangannya. Kaki pak andak pun kelihatan kecut dan kecil, seperti telah lama pak andak tidak berjalan. Ya Allah, aku betul-betul terkejut dan seperti tak mengenali pak andak.

Menurut mak andak, sebelum pak andak jatuh sakit. Pak andak telah ditugaskan ke salah sebuah negeri di pantai timur. Sebelum bertolak kesana, pak andak mengadu pade mak andak yang dia agak berat hati untuk membuang pekerja. Pak andak bersama satu kumpulannya perlu ke negeri itu untuk membuang pekerja-pekerja yang tidak diperlukan setelah dibuat penilaian berdasarkan kedatangan dan performance pekerja. Setelah mak andak menceritakan kepada aku. Baru lah aku tau dah memahami dialog tadi. Setelah habis waktu melawat, kami pun pulang kerumah dalam keadaan yang masih risau dan sedih kerana pak andak yang kami sayangi diberi dugaan seberat itu.

Ketika waktu melawat dihospital, ramai rakan-rakan pak andak datang melawat. Ade antaranya yang seperti tak percaya dan menangis.
“saya tak percaya, kenapa sampai hati orang buat macam tu..patutlah dah lama tak jumpa dia disurau..selalu pagi-pagi dia ke surau buat solat sunat dhuha”
“kenapa ade yang sanggup dengki mcm ni..abg Iskandar ni baik..dia selalu cakap yang baik-baik aje”
“abg Iskandar ni sifu..tak kedekut ilmu..banyak perkara yang dia ajar..dia ni penyabar..tak pernah nampak dia marah”
Kami antara keluarga yang terdekat bertambah sebak dan sedih melihat keadaan pak andak sehingga ke hari ini. Merata tempat telah dibawa untuk berikhtiar. Susunggahnya mereka yang melakukan semua ni tergolong dalam orang yang kufur. Dari Ahlus Sunan dan disahihkan oleh Al-Hakim dari Nabi s.a.w dengan lafaz: ‘Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w .”.

Kadangkala pak andak bertanyakan dimana “ayah”, kami menjelaskan yang ayah telah tiada. Menangis teresak-esak pak andak. Sering juga pak andak bertanyakan khabar ahli keluarga yang telah tiada. Kerana ada masa nya pak andak lupa dan ada masanya dia ingat seperti biasa. Ke Bangi pun pak andak telah berikhtiar di salah sebuah pusat rawatan islam terkenal. Keadaan pak andak masih tidak seperti dahulu. Pak andak juga telah diberhentikan kerja kerana keadaan kesihatan mental dan fizikal yang tidak menentu. Ada masanya pak andak pengsan ketika menaiki motor ke kedai berdekatan, ada masanya pak andak tidak mengenali anak-anakya.

Pembaca semua, doakanlah kesihatan pak andak kami. Semoga si “pendengki” diberi hidayah dan takut akan pembalasan dari Ya illahi. Sekian, jika ada masa..akan aku kongsikan lagi cerita tentang pak andak dan dengan lebih lanjut tentang gangguan-gangguan yang dia alami. Panjang umur..kita jumpa lagi.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Lubna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

12 thoughts on “Akibat sihir”

  1. Cr lah perawat…sian betul teman dok baca…mcm tulah…tak semua org yg dpt dugaan mcm ni…insyaallah teman yakin suatu hr nnt Pak Andak awk akan sembuh…amin

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.