@Akio Akiyama – PUZZLE

Nama dia Khairul atau digelar sebagai Khai, hidupnya selalu sendirian. Pergi kerja dan balik kerja, hanya itulah rutin hariannya. Khai bukan tidak mahu menjadi seperti ramaja lain, tetapi dia mempunyai sebabnya sendiri. “Kenapa Aku terus Menyendiri!”?.

Ini salah satu sebabnya! :

….109051,109052,109053
903202,905607………..

“Wei Khai, hari ini ramai tak orang meninggal?.”

“Ish kau ni, tak reti bagi salam ke? terkejut aku! ”

“Haaaa….haaa..haa… kau tu kalau tulis nombor permit kubur kemain kusyuk lagi”

“hehehe, nama pun kerja so kenalah kusyuk juga. Kau ingat dalam solat je kena kusyuk dan ikhlas?”

“Ok dah mulalah ceramah perdana dia, kihkihkih..”

“Haa, kau datang ni ada apa?”

“Tak ada apa, cuma nak hantar permit kubur tertinggal ni tadi”

“Oh, meh sini!”

Shafiq menghulurkan helaian kertas permit kubur bernombor 109054, tertera nama simati Fatimah Binti Omar, umur 23 tahun 4 bulan, tarikh kematian 20/10/2015, waktu kematian 23:40:03. Mata khai terus memandang kearah ruangan “Punca Kematian : bleeding in the head and bleeding in the body.

-10/10/2015 at 07:15pm –

teettt…. teettt, bunyi app wechat dari handfone Fatimah atau dengan nama pangilannya Ima.

“Hello…. boleh berkenalan?”

“Hai, boleh. But siapa di sana?” Ima membalas chat dari seorang kenalan yang dikenali melalui people nearby yang disediakan didalam App wechat untuk memudahkan pengguna mencari rakan dikawasan yang berhampiran.

“Nama saya Faiz, umur saya 25- single . Awak pula?”

“Saya Fatimah panggil je Ima, umur 23- single juga” balas Ima.

Perkenalan Ima dan Faiz pada hari itu adalah sebuah perkenalan yang tidak dijangka dan lebih malangnya percintaan itu mudah lahir!, gadis sekarang mudah lebur dibahang api!.

Hampir setiap masa Ima menghabiskan masa dengan lama sosial itu, Faiz pula masih dengan ayat manis pujangganya. Faiz atau nama pangilan Iz tidak pernah menunjukkan wajah sebenarnya kepada Ima namun gadis manis itu sudah pun jatuh cinta dengan ayat-ayat dari Iz.

-12/10/2015 at 10:12pm –

“Hai U, buat apa tu? ganggu tak?” Iz memulakan perbualan pada malam itu.

“Hai, eh tak lah. U nya chat tak pernah ganggu I”

“Waaa sejak bila pandai ayat ni? heheheh”

“Sejak mencintai U lah!”

“Eh why i yang salah?, hehe ok u dah makan ke belum ni?”

“Ofcoz sudah, kan dah malam ni”

“Hurmm sebenarnya i nak cakap smthing la”

“ishh, nak cakap apa? jangan buat i berdebar” Ima mula merasakan sesuatu. Perasaan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin diterangkan.

“I nak ajak u jumpa lah, kita asyik chat je”

“Seriuos?! but u kan kerja” Ima semakin teruja, dari posisi baring kini dia menukar kepada posisi meniarap. Jantungnya kini bergetar kencang.

“Seriuos. Malam la atau petang lepas i balik kerja”

“Okay boleh,”

“Nanti i bagi tau bila ye, Love u sayang”

“Love u to”

Malam itu Ima tidur dengan perasaan yang sangat gembira, jiwanya berbunga-bunga. Pertama kali dalam hidupnya akan keluar bersama lelaki yang dicintai.

Faiz juga turut gembira apabila pelawaannya diterima mudah oleh Ima. Dan hanya menunggu masa untuk keluar dengan gadis yang hanya dikenali didalam wechat.

Hubungan mereka semakin akrab, hari berganti hari namun mereka masih juga tidak bertemu. Ima rasa dirinya bagai dipermainkan dengan janji manis Iz.

“Hai u, bila nak jumpa? dah berapa hari u janji!”

“Maaflah u, i busy sikit. Okay macam ni, i swear esok kita jumpa okay!?”

“Janji!?”

“iya, i janji. Esok lepas magrib u tunggu i dekat simpang depan rumah. I datang ambil”

“Okay sayang”

-18/10/2015 at 07:45 pm –

Seperti yang dijanjikan, Iz bersiap-siap untuk mengambil Ima. Manakala Ima pula menipu ibunya dengan memberi alasan ingin keluar bersama kawan perempuannya membeli barang. Ayah Ima sudah lama meniggal dunia kerana kemalangan. Ima pula adalah salah satunya anak tunggal. Senanglah Ima untuk keluar kerana dimanjakan dari kecil.

“I dah tunggu dekat simpang rumah tau,” Ima memberitahu melalui chat.

“Okay sekejap, i isi minyak dulu”

“Okay, hati-hati”

==================================================================================

Selepas beberapa minit menunggu tiba-tiba muncul sebuah kereta kancil berwarna hitam, berhenti betul-betul dihadapan Ima. Kemudian tingkap kereta turun sedikit dan menampakkan seorang lelaki sedang memandang kearah Ima.

“Ima ke?” tiba-tiba lelaki itu bertanya, apabila melihat Ima seakan terpinga-pinga.

“Eh, Iz ke?” Ima pula melontarkan soalan, namun masih tidak menjawap persoalan silelaki.

“Ya, saya Faiz”

“hehehe, saya Ima” balas Ima sambil tersenyum malu.

“Masuklah,” balas Iz.

Ima terus melangkah masuk ketempat duduk penumpang hadapan. Ima hanya berdiam mungkin kerana malu atau pun segan kerana kali pertama dia keluar bersama lelaki.

“Hei, diam je? hari tu kemain lagi nak jumpa. U nak dah makan ke?”

“belum,” balas Ima sepatah.

“Nak makan dekat mana?”

“I ikut je, ”

Apabila diberi jawapan sebegitu, Iz terus memandu keretanya kearah Restoran. Ima tidak membantah kerana dia cukup gembira dapat bertemu kekasih hatinya itu.

Sewaktu makan, Ima dan Iz saling berkenalan dengan lebih rapat. Ima sudah mula dapat menyesuaikan diri, sesekali dengar gelak tawa Ima dan Iz bergurau senda. Hubungan mereka seperti sudah berkenalan tahun lamanya.

Sedang bergelak tawa itulah tiba-tiba Ima terasa kepalanya pening, tanpa berlengah Iz membuat pembayaran dan berhajat untuk menghantar Ima pulang. Didalam kereta ima melelapkan matanya sebentar.

Papppp, paapppp! pipi Ima ditampar,

“Bangun!, bangun!” suara iz mengejutkan Ima yang mungkin tertidur. Perlahan-lahan Ima membuka matanya.

“Eh! dekat mana ni?”

“Dekat rumah i la!”

“What!,” Ima terus cuba bangun tetapi dia merasakan kaki dan tangannya diikat rapi.

“Tak perlu bangun!, hari ini kita main satu permainan!”

“nama permainan tu adalah PUZZLE!”

Ima tidak membalas kata-kata Iz, lelaki yang dianggap baik itu rupanya adalah Iblis yang nyata. Mulut Ima di tutup dengan pita pelekat. Ima cuba meronta dan menjerit, namun semua itu sia-sia.

“Okay yang pertama!,”

Iz berlalu kedapur dan kembali semula sambil mebimbit kepala seorang gadis. Dari gaya kepala itu sudah seperti 3 hari. Jantung Ima mula berdegup kencang dia pasti ini bukan Prank!. Iz duduk dihadapan Ima yang sudah diikat, sambil kepala mayat gadis itu diletakkan dihadapan Ima.
Pisau yang sudah sedia ada diambil lalu Iz menyiat separuh kulit wajah kepala itu. Ima hampir pengsan melihat apa yang dilakukan oleh Iz. Setelah selesai menyiat, IZ meletakkan diwajah Ima kulit itu, lalu menjahitkan ke muka Ima. Tubuh Ima basah kerana peluh dan air kencingnya, ketakutan dan kesakitan dijahit hidup-hidup itu membuatkan ima terkencing.

“Haaa baru la cantik!” kata Iz sambil ketawa besar.

“Yang kedua!”

Iz mencungkil mata dari kepala gadis itu kemudian memandang kearah Ima. Ima mengeleng-gelengkan kepala sambil meronta-ronta. Perlahan-lahan Iz mendekatkan pisau kearah mata Ima dan Shaaakk! mata ima dicucuk lalu dirobekkan dan diganti dengan mata gadis itu, Kesakitan yang ima lalui itu membuatkan dia terkencing sekali lagi. Ngilu pedih sakit bercampur baur sehingga dia merasakan jantungnya seakan mahu berhenti.

“Yang ketiga!” Iz berkata lagi.

“Jika Ima dapat hidup sampai yang ke 10, Iz akan lepaskan Ima!” bisik Iz ketelinga ima sambil dia mengusap dan mencium pipi ima yan sudah di gantikan dengan kulit mayat gadis lain tadi.

Iz bergerak ke dapur dan kembali semula sambil mengheret tubuh gadis yang sudah tidak mempunyai kepala. Melihat mayat itu membuatkan Ima menjadi lemah, terbayang wajah ibunya. Sesalan dihatinya kini sudah tidak berguna. Dia mengharapkan semua ini hanya mimpi ngeri. Pakaian Ima sudah dibasahi peluh dan air mata. Iz membelah dada mayat itu dihadapan Ima dan tiba-tiba dunia menjadi gelap!.

“Woi!, Kau menung apa ni?” Shafiq seakan menjerit kearah Khai.

“Astaqfirullah” Khai beristifar.

“Eh kau kenapa?”

“Tak ada apa lah!, jenazah dia dah dituntut ke?”

“Sudah, tapii…”

“Takpe, takyah cerita aku dah tau”

“Whattt! macam mana kau tau?”

“Adalah” balas Khai ringkas sambil termenung. Mungkin kasihan dengan nasib Ima, semua itu Khai dapat lihat jelas. Kejadian sebelum kematian menimpa simati. Kerana inilah Khai selalu duduk bersendirian.

“Khaiiirulll~~”

“Khaiirullllll~~”

“Arghhhh! ni lagi satu sebab! mereka selalu memburu aku!,” bisik hati khai sambil dia melangkah pergi dan ingin mengambil wudhuk!.

-Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kene mengena dengan yang hidup mahu pun m**i. Jadikan pengajaran sebuah perkenalan haruslah berhati-hati!,-

Yang benar – Akio Akiyama

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Akio Akiyama

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

29 thoughts on “@Akio Akiyama – PUZZLE”

  1. Kiranya Khai ada kemahiran untuk mengimbas kembali apa yang berlaku pada si mangsa jika Khai melihat nama penuh si mangsa? Fuh! Nice story!! Love it!! I gave you 5🌟 for this excellent story! Keep it up writer⭐

    Reply
  2. nampak sangat rekaan.. dah cucuk dan robek mata Ima pun Ima boleh nampak mayat dan lemah longlai terbayang muka ibu. boringgg

    Reply
  3. Bila baca cerita ni aku teringat Jigsaw movie.

    Kalo tengok movie tu, aku boleh tutup mata. Habis bila baca cerita ni, kena la baca sebab nak tau ending dia camne.

    Btw good job sebab buat aku rasa sakit bila ima kena macam tu.

    Reply
  4. terima kasih semua yang support tulisan saya.. benar..khai seorang yang mempunyai kelebihan mengimbas kembali kejadian lalu.. kerana itu dia tidak bercampur dengan masyarakat luar.. apa pun saya sagt berterima kasih kepada semua..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.