Aktiviti Paranormal

Terima kasih sekiranya penulisan aku disiarkan oleh Fiksyen Shasha. Terlebih dahulu, aku sekadar nak menjelaskan seperkara kepada para pembaca. Coretan ini adalah berkisar tentang pengalaman sendiri ketika aku bersama beberapa rakan lain yang sedang melakukan ekspedisi menjejak entiti.

Segenap aktiviti yang aku lakukan ini adalah atas kemahuan dan pilihanku sendiri. Tiada paksaan daripada mana-mana pihak sekalipun. Sebagai mukadimah, ekspedisi tersebut bertempat di sebuah rumah terbengkalai yang berlokasi di Puchong [dipercayai bangunan tersebut pernah berlakunya aktiviti paranormal sepertimana yg diakui oleh segelintir komuniti setempat]. Manakala tempoh ekspedisi berlangsung lebih kurang dalam seminggu. Peserta yang terlibat dalam ekspedisi singkat ini adalah seramai 3 orang, which is [Aku, Mal, B]. Begitu banyak persiapan yang kami telah buat sebelum memulakan ekspedisi menjejak entiti dan ianya cukup menguji kesabaran mental aku. Maklum sajalah. Kalau tak buat persiapan yang rapi nanti kami bertiga juga yang naya.

Setelah perancangan demi perancangan selesai dirangka, akhirnya kami memulakan perjalanan ke lokasi dengan menaiki van kepunyaan Mal sendiri. Kami juga telah bersepakat untuk menjalankan ekspedisi ini bermula Jam 11 malam keatas. Pada aku, apa segala footage yang kami boleh dapat dalam lingkungan waktu tersebut, kami sapu je. Janji kami dapat sesuatu dalam exploration yang singkat ni.

Kurang dari setengah jam memandu, kami selamat tiba di lokasi pada Jam 11 malam lebih. Persekitaran rumah terbengkalai sememangnya membuatkan aku rasa seram sejuk. Dua batang Pohon Ara serta semak samun yang tumbuh meliar membuatkan aku berfikir sejenak samada aku patut melangkah masuk ke dalam bangunan ataupun berundur [korang fahamkan sendiri je la macam mana rupa rumah terbengkalai]. Memang tak boleh nak digambarkan betapa suram dan seram pemandangan pekarangan rumah terbengkalai tu. Sebelum melangkah masuk ke rumah terbengkalai, aku, Mal & B masing-masing siap membahagikan tugas serta atur kerja. Dimana aku akan meneroka aras bawah secara solo dan dorang [Mal & B] pula akan buat aras atas berdua. Berikut adalah ringkasan masa bagi ekspedisi yang dijalankan;

[ Hari Ke-1 Hingga Hari Ke-3 ]
Tak ada sebarang kejadian seram yang berlaku sepanjang proses aktiviti berjalan. Zero footage. Kami balik dengan tangan kosong.

[ Hari Ke-4 ]
Ini hari khamis malam jumaat kalau tak salah. Ini jam, aku tengah patrol sensorang kat aras bawah. Masa aku tengah ada di bahagian hall rumah, aku terdengar bunyi pintu bilik bawah dihempas kuat. Aku terkujat jap. Mal & B pun dengar. Dieorang berdua pun cepat-cepat turun kebawah dapatkan aku. Aku dah mula berderau habis waktu ni. Belum sempat B nak tanya soalan, kami bertiga nampak dengan mata sendiri macam mana pintu bilik bawah tu terkuak dgn sendiri dan dihempas semula. Masing-masing dah semakin berdebar jantung.

Masa tu aku sebenarnya dah ajak Mal & B balik terus tapi dorang berkeras. Antara rela dan tidak, kami gagahkan juga diri menuju ke bilik bawah. Belum sempat kami sampai, kami terdengar pulak bunyi tingkap berdetak dari aras atas. Macam ada orang baling batu kena cermin tingkap. Aku & B dah ready nak naik atas tapi Mal tiba-tiba suruh kiteorang stop. Mal suruh aku & B renung ke arah Pohon Ara tepi kiri rumah. Dari dalam ruang hall sini, kami nampak hantu pontianak sedang bertenggek atas dahan Pohon Ara dengan jelas. Aku tau ‘pontianak’ tu tak renung kami tapi aku dapat rasakan pontianak tu tau kehadiran kami disini. Mal sempat tangkap gambar pontianak dengan camera phone dia.

[ Hari Ke-5 ]
Kami datang semula ke rumah terbengkalai ni dalam jam 12 pagi lebih. Kali ni kami bergerak serentak. Tak ada lagi berasingan. Lebih kurang dalam jam 1 keatas, kami terdengar bunyi tingkap berdetak dari arah bilik atas [sama macam apa yang aku dengar mula²]. Bertiga, kami lari naik ke aras atas untuk jejak bunyi tadi. Satu per satu bilik aras atas kami selongkar [ada 3 bilik kesemuanya diatas] namun tak ada apa-apa yang kami jumpa. Aku sempat merenung ke luar tingkap daripada salah satu bilik yg kami masuk dan sekali lagi aku ternampak hantu pontianak sedang bertenggek diatas Pohon Ara sama yang kami tengok kelmarin. Pontianak tu diam bertenggek atas dahan. Mal & B pun nampak sekali. Masa kami sedang melangkah turun ke aras bawah, sekali lagi kami terdengar bunyi seperti tingkap pecah. Kami buat pekak je dan terus bertolak balik ke rumah.

[ Hari Ke-6 ]
Kami datang semula ke rumah terbengkalai ni dalam jam 12 pagi lebih. Tak ada sebarang footage yang aku dan rakan-rakan dapat kesan. Balik dengan tangan kosong.

[ Hari Ke-7 ]
Kejadian seram berlaku kira-kira jam 2 pagi. Semasa kejadian berlaku, kami bertiga sedang patrol di bahagian belakang rumah [which is luar dapur rumah]. Kali ni ujian yang aku kena memang getir. Aku yang baru nak bakar rokok, tiba-tiba terasa bahu kanan ditepuk. Padahal Man & B ada kat depan aku. Aku bagitau Man & B supaya bersiap-siaga patah balik ke van. Baru je kami nak mengorak langkah balik ke van, Si B pulak bersuara dari tepi. Dia suruh aku & Mal tenung ke arah Pohon Ara belakang rumah yang tak jauh daripada lokasi kami. Kali ni aku betul-betul boleh nampak habis rupa paras pontianak yang bertenggek atas dahan pokok belakang tu. Cukup jelas! Masa tu bulu roma naik habis. Memang dah takut tahap gaban. Aku dah tak dapat nak fikir apa-apa lagi melainkan terus cabut lari ke arah van Mal. Begitu juga dengan Mal dan B. Pagi tu jugak kami tinggalkan rumah terbengkalai tu.

Ekoran daripada ekspedisi menjejak entiti yang kami sebenarnya dah rancang untuk laksanakan lebih seminggu, akhirnya terbantut sampai tujuh hari saja. Daripada kejadian tu juga la Si B menghidap lemah semangat selama beberapa hari, yang mana kesudahannya aku terpaksa temankan B berubat di Pusat Rawatan Islam. Aku pula dah buat keputusan untuk hentikan pencarian entiti [atas alasan gangguan fizikal yang aku kena tempoh hari]. Maka, itulah ekspedisi pertama dan terakhir yang aku buat. Ada terasa nak buat lagi? Memang tak lah….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aboy

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 51 Average: 4.1]

1 thought on “Aktiviti Paranormal”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.