Aku dan kerja 2

Sorry kalau entri aku sebelum ni hambar (Aku Dan Kerja) Aku ni tak reti nak olah cerita bagi sedap. Ok aku sambung citer ye. Ramai yang dok tunggu bab cctv tu.

 

Kat tempat kerja aku ni boleh dikatakan semua area ade “something”. Even kat surau, sebab kitaorang akan tanam uri kat area situ je. Lagi satu kawasan tempat aku kerja ni berbukit-bukit. Asrama atas bawah. Jadi pihak jabatan ambik inisetif pasang cctv sebab kadang-kadang kami ni tak cukup staff. So, dipendekkan citer cctv dipasang di area yg dirasakan sesuai untuk mudahkan staff selia pelatih-pelatih. Satu hari tu, unit agama buat satu ceramah mengenai saka. Kami jemput ustaz dari satu pusat rawatan islam. Ustaz tu pilih seorang pelatih dan kebetulan pelatih tu pulak memang ada saka. Ustaz tu cuba untuk buang saka pelatih tu dengan rawatan secara islam. Tapi malangnya, Ustz tu tak mampu. Sbb nak buang saka ini bukannya senang. So, ustaz ni janji utk datang balik dan rawat semula pelatih tu.

 

Nak ditakdirkan Allah rupa-rupanya ustaz tu dah terbuka laluan antara dua dunia. Bermula dari tu histeria menjadi-jadi. Pelatih-pelatih histeria secara bergilir-gilir. Cuba korang bayangkan masa tu ada 180 pelatih dan 30 org penghuni yang mengandung?  Satu shift pulak hanya  ada 3 org je staff yang kerja. Lepas tu histeria jadi tak kira masa dah. Tak cukup tangan kami masa tu. Satu pagi tu, aku dengan sorang lagi member kerja pagi. Kami panggil sorang budak yang kerap histeria ni. Dia panggil teruk sebab kalau dia histeria suara dia jadi macam budak kecik. Aku saja nak test. Aku bagi dia makan nasi lemak. Mula -mula dia ok je. Lepas tu bila aku ckp, “kau menipu kan jerit-jerit?” Dia senyum je. Dia renung muka aku, lepas tu dia cakap, “Cuba tengok cctv tuuu.. eh2..ade orang jalan takde kepala la..”  Aku dengan kawan ingat dia tipu. Aku pun dengan berani tengok la. Astagfirullah hal azim… Betul! Jelas! Masa tu Allah nak tunjuk pada aku, mata aku macam dah kena paku tengok benda tu. Serious macam tak percaya. Pagi kottt.. Bukannya malam.
Pastu pelatih tu bangun, dia senyum sikit punya sinis dengan mata. Terus masa tu aku rasa bilik staff tu sejuk giler. Kawan aku dah tak bercakap lansung sebab takut.

 

Petang tu, aku tak puas hati terus pergi ke bilik pengetua. Nak dia rewind balik . Pengetua kata dia tak nak reti buat, so kena call supplier. Aku citer la semua kat dia. Dia pun tak caya la sebab jadi masa siang hari kot. Tapi dia cakap esok tu dia akan call supplier suruh datang. Korang nak tahu, apa jadi bile supplier rewind balik video cctv tu??  Bukan yang takde kepala tu je ade. Tapi macam-macam ada! Apa yang buat budak2 histeria semua ada. Sampai cina supplier tu ckp la, yang dia dah pasang cctv ni dah bertahun lama, tapi ni first time jumpa benda macam ni. Aku sempat record video pasal benda yang jadi pagi tu. Sampai sekarang aku simpan. Kalau aku dibagi pilihan, memang tak laa nak balik keje kat situ dah. Sebab aku ni lemah semngat. Pengawal swasta pn byk berhenti. Sebab teruk kena ganggu.

Sekian.

:Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

  1. Alamak aiiii pendeknya citer. Tak cukup ni utk makanan mata. Sambung ler lagi sambung ler sambung ler sambung ler……..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *