Aku Masih Mencarimu Part 2

beberapa bulan selepas kemalangan itu…

lokasi : somewhere above Atlantic ocean at 33,000 ft
waktu : 2359 hours

Pantas Dorothy masukkan tray-tray sisa makanan penumpang kedalam meal cart. Sesekali Dorothy mengerling ke kabin dari dalam galleynya. Kabin kelas ekonomi dalam penerbangan dari Taipei ke Los Angeles malam itu sudah agak gelap dengan kebanyakan lampu-lampu sudah dipadamkan. Kebanyakan para penumpang sedang bersiap-siap untuk tidur. Ada yang sedang membaca, ada yang nampak sibuk dengan laptop masing-masing ditemani lampu kecil diseat mereka. Terlihat padanya Kevin, galley steward dikabinnya sedang berbual kecil dengan seorang penumpang wanita. Seorang ibu berbangsa Eropah berambut perang kemerahan kelihatan menepuk-nepuk peha anak kecil perempuannya memujuk suruh tidur..

Dorothy seperti agak kurang sabar untuk menyelesaikan tugasnya segera. Tubuhnya yang bersaiz agak kecil terasa amat letih setelah bertungkus-lumus melayan penumpang ketika dinner service tadi. Berbagai kerenah penumpang terpaksa Dorothy dan rakan sekerjanya hadapi. Namun itu tidak menjadi isu buat mereka kerana sudah menjadi satu rutin yang harus mereka tempuhi dalam hampir setiap penerbangan. Tapi rutin itu amat meletihkan dan Dorothy ingin segera pergi berehat untuk melepaskan lelah. Lagipun, Dorothy telah dijadualkan untuk berehat pada syif pertama selama 3 jam setengah. Dia tidak mahu membuang masa.

“have you had your meal?”, tegur Janice, ketua anak kapal kabin pada Dorothy sambil melangkah masuk ke galley.

“not yet. i don’t feel like eating now. maybe i’ll have something after my rest”

“ok. go take your rest. see you later”

“ok. thanks Janice”

Dorothy segera menuju ke toilet dengan beg kecil toiletries nya. Pantas Dorothy bersihkan diri ala-kadar dan segera keluar dari toilet yang amat kecil saiznya itu. Ketika dia mahu melangkah ke tangga ke tempat rehat anak kapal, dari ekor matanya, Dorothy seakan terlihat kelibat sesosok tubuh berkain merah sedang mendaki tangga.

“why Winnie taking the first break?”, soal Dorothy pada dirinya sendiri sebab berasa sedikit hairan.

Sudah menjadi “unwritten law” dikalangan anak kapal Singapore Airlines dimana anak kapal yang senior biasanya akan berehat di syif kedua. Dan Chief Stewardess Winnie adalah salah-seorang anak kapal yang paling senior dalam penerbangan itu. Dan uniformnya ialah kebaya warna merah. Maka Dorothy berasa agak pelik kerana Winnie memilih untuk berehat disyif pertama.

Pantas Dorothy mendaki tangga menuju ke tempat rehat anak kapal yang lokasinya terletak di ekor pesawat. Setibanya diatas diruang sempit dan rendah silingnya itu, Dorothy memilih katil bawah. Disitu katil-katil nya seperti double-decker tapi bersaiz agak kecil sedikit. Cuma muat-muat satu tubuh sahaja. Dan setiap ruang katil ditutupi satu tirai kecil untuk tujuan privasi. Katil-katil disitu nampak kosong kebanyakannya. Ramai yang dijadualkan untuk berehat di syif pertama masih sibuk dikabin masing-masing. Dan ruang itu hanya diterangi lampu amat malap. Gelap-gelita bila semua lampu dipadamkan.

Hati Dorothy terdetik hairan. Tak nampak pula Winnie disitu. Dorothy pasti yang dia nampak kelibat berpakaian merah naik menuju keatas tadi. Tapi ada satu katil dibahagian bawah yang tirainya tertutup. Maka Dorothy buat konklusi yang Winnie telah terus lena..

“that was fast. she must be damn tired. but First Class dinner service is not yet totally over. Why then shes taking her break so soon?…hmmmm..”, Dorothy berfikir sendiri..

Malas untuk berspekulasi lebih lanjut dan kerana tubuhnya pun terasa letih sekali, Dorothy terus baring dikatil bawah yang dipilihnya yang bertentangan dengan katil Winnie yang tirainya sudah tertutup. Setelah tirai katilnya ditutup, Dorothy merebahkan tubuh dan cuba memejamkan mata…setelah berlalu beberapa detik..

“have you seen him?”, suara halus namun bernada marah mengejutkan Dorothy yang masih belum sepenuh lena.

Spontan Dorothy menoleh kearah suara itu. Tirai katilnya diselak oleh satu lembaga perempuan berwajah putih pucat-lesi seolah tidak berdarah walau setitis jika ditoreh. Ekspresi wajahnya bengis dengan lidah yang terjulur panjang keparas dada. Rambutnya lurus panjang hingga ke pinggang. Matanya seakan kuning kemerahan. Makhluk berupa perempuan berbaju merah labuh seperti cheongsam itu terus merenungnya dengan matanya yang besar dan bulat itu.

“have you seen him!!?”, lembaga perempuan bercheongsam merah bertanya lagi dengan nada marah yang lebih tajam.

Dorothy yang seakan terkaku bertentang mata dengan lembaga mengerikan itu terus pengsan. Dan Chief Stewardess Winnie masih di kabin First Classnya sedang sibuk dengan dinner service yang masih belum selesai…

kira-kira 10 bulan sebelum tragedi SQ006…

Lokasi : Beverly Hills, Los Angeles

“Angeline! we’re checking out now. are you still sleeping?”, laung Desmond, Chief Steward penerbangan dari Los Angeles ke Taipei hari itu sambil mengetuk pintu bilik. Dijelingnya sejenak pada “Do Not Disturb” tag yang tergantung ditombol pintu..

Desmond mengetuk lagi dan menekan loceng pintu bilik Angeline namun tiada juga jawapan. Senyap. Diketuknya lagi pintu bilik tapi masih tidak ada respons dari Angeline. Desmond berasa agak resah. Mereka mesti berangkat ke airport segera kerana penerbangan dijadualkan akan berlepas kuranglebih 2 jam dari sekarang. Anak-anak kapal yang lain yang berjumlah 17 orang sudah agak lama menunggu dilobi hotel tapi Angeline masih tidak muncul melapor diri untuk bertugas pagi itu. Receptionist hotel juga sudah cuba menelefon bilik Angeline namun panggilan terbiar tidak diangkat. Akhirnya Mr. Lim, Inflight Supervisor penerbangan itu, mengarahkan Desmond pergi kebilik Angeline untuk panggilnya turun ke lobi sekarang. Dan sekarang, Desmond rasa agak bingung sambil tercegat berdiri didepan pintu setelah berkali-kali memanggil Angeline namun terus tiada jawapan..

Desmond segera turun ke lobi semula setelah hampir 10 minit tercegat diluar bilik itu, cuba mengejutkan Angeline. Terus Desmond bergegas ke kaunter receptionist bila tiba dilobi. Dilihatnya Mr Lim seakan tekun berdialog dengan receptionist dikaunter sambil kepalanya terangguk-angguk kecil.

“no answer from her. i’ve knocked several times. nothing. maybe shes not in her room”, Desmond buat laporan pantas campur spekulasi tanpa mukaddimah pada Mr Lim.

Dahi Mr Lim terus nampak berkerut dan airmukanya berubah risau. Namun pengalaman selama 25 tahun terbang bersama Singapore Airlines membuatkannya pantas untuk segera mengenepikan perasaan risau itu dan terus fokus terhadap apa yang harus dilakukan seterusnya.

“Linda, will you get someone to open her door and see how she is?”, pinta Mr Lim pada Linda, receptionist hotel pagi itu.

“certainly”, jawab Linda sambil menghadiahkan senyuman.

Wanita berumur awal 30an dan berambut kuning serta berbadan agak tinggi lansing itu terus mencapai telefon dikaunter. Terdengar pada Mr Lim Linda berbahasa inggeris berselang-selikan spanish mexican . Mr Lim mengangguk-ngangguk kecil seolah-olah faham akan apa yang didengarnya. Jari-jemari tangannya mengetuk-ngetuk kecil permukaan kaunter tanpa irama. Satu isyarat yang menandakan ia berasa agak resah dan kurang sabar..

“housekeeping is sending someone up to her room now”, umum Linda sambil senyumnya masih dibibir.

“thanks Linda. i’d send Desmond up again. Would that be alright?”

“sure. no problem”

Florence, staff housekeeping yang ditugaskan untuk membuka pintu bilik sudah tercegat didepan pintu bila Desmond tiba. Wanita separuh umur berbangsa Mexico berambut ikal pendek, bertubuh sederhana, berkulit keperangan dan agak rendah sedikit dari Desmond itu seakan tidak menghiraukan kehadiran Desmond dan terus menekan loceng pintu. Tiada jawapan. Pintu bilik terus tertutup kaku. Diketuknya pula pintu dua-tiga kali. Senyap. Desmond yang sedari tadi berdiri disebelahnya hanya mendiamkan diri. Tidak sabar rasanya untuk dia masuk kebilik itu untuk melihat sendiri apa yang berlaku pada Angeline.

Florence menyeluk poket uniformnya. Dikeluarkannya masterkey bilik-bilik hotel. Segera dimasukkan kunci ke lubang kunci dipintu. Dipulasnya tombol pintu dan dibuka luas pintu bilik. Sunyi. Langsir tingkap tebal berwarna kelabu gelap tertutup rapat namun bilik terang dengan semua lampu terpasang.

“Halo?” Florence menegur bilik yang kosong sambil menjengahkan kepalanya kedalam bilik.

“Angeline?”, panggil Desmond sambil meluru masuk mendahului Florence.

Tiada sesiapa didalam bilik. Kosong. Florence buka pintu kamar mandi dan dijengahnya kedalam. Tiada sesiapa disitu. Dilihatnya pula sekeliling bilik. Terlihat sehelai-dua baju dalam wanita berwarna putih bergantungan disofa. Sebotol vodka yang tinggal kurang dari separuh airnya serta dua gelas yang kelihatan masih basah kelihatan terletak dimeja didepan sofa bersama satu bucket ais yang sudah hampir cair semua aisnya. Desmond tampak terpukau, hanya tercegat berdiri sambil matanya tak berkelip melihat sekeliling bilik.

Terus pandangannya Florence halakan ke katil dan dengan spontan satu bau kurang enak menyerang deria baunya..

Katil tampak seperti dilanda taufan dengan cadar dan bantal-bantalnya berselerak berterabur. Seperti berlaku pergelutan diatasnya sebelum itu. Bau kurang enak itu terus menerpa ke hidungnya. Desmond pula seperti baru tersedar akan kehadiran bau tersebut dan hidungnya kembang-kempis seolah-olah cuba bertahan dari bernafas. Dikerlingnya sekilas pada Florence. Wanita Mexican itu seperti terpaku merenung katil.

Jelas terlihat pada Florence akan tanda berwarna coklat pekat bertepek-tepek tapi cair di cadar katil. Cadar juga tampak agak basah dibeberapa tempat. Tahulah Florence dari mana datangnya bau busuk itu. Desmond pula seakan terpegun memandang katil..

“its shit, right?”, Desmond bertanya tanpa menoleh setelah beberapa ketika mereka seakan terdiam.

Florence mengangguk kecil. Berkerut dahinya sambil jarinya mengepit hidung.

“oh shit. what the hell happened to her??”, Desmond seperti bertanya sendiri. Nada risau jelas disuaranya.

Florence terus berpaling dan menuju pantas ke almari bilik tanpa menghiraukan pertanyaan Desmond tadi. Niatnya untuk segera mengambil tuala spare didalamnya untuk menutup najis diatas katil. Hendak dikemasnya katil sekarang, tidak dibawanya pula perkakas yang perlu. Lagipun arahan yang diterima dari supervisornya tadi hanyalah untuk membuka pintu bilik itu bukan untuk dibersihkan terus.

Jeritan nyaring Florence buat Desmond tersentak sedar dari lamunan fikirannya. Bulat hampir terjojol keluar kedua biji mata wanita Mexican separuh umur itu melihat apa didalam almari. Perlahan-lahan Florence berundur dari almari yang terbuka luas dan terus jatuh terduduk. Meracau-racau Florence dalam bahasa Spanish. Pucat-lesi wajahnya. Dan berulang kali Florence buat isyarat tanda salib dibahu dan dadanya sambil matanya tidak berkelip terus merenung kedalam almari…

Tangan berkulit amat putih dan pucat tampak terkulai keluar dari bungkusan cadar yang membaluti seluruh tubuh itu. Elok terletak dirak atas didalam almari. Desmond seperti terus kaku. Terpegun. Tercegat berdiri seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya didalam almari itu…

Angeline, pramugari cantik bertubuh tinggi lansing, berambut lurus serta berkulit sangat cerah yang baru setahun bertugas, ditemui m**i kuranglebih 12 jam sebelum mayatnya ditemui mengikut pihak forensik setelah proses autopsi selesai. Tiada seurat benang pun ditubuh Angeline ketika mayatnya ditemui selain cadar yang membalutinya. Terdapat kesan lebam hitam kehijauan ditengkuknya. Dan lidahnya terjelir panjang. Juga kesan air mani didalam farajnya. Angeline dicekik hingga m**i diatas katil dan sangat tersiksa sebelum nyawanya putus hingga hilang kawalan pada pundi kencing dan saluran najisnya . Sesudah itu, mayatnya dibalut dengan cadar dan disorokkan dirak atas dalam almari oleh pembunuhnya..

Angeline dikebumikan tidak lama selepas itu setelah mayatnya diterbangkan pulang ke Taipei. Khabarnya, keluarganya memakaikan mayat Angeline dengan pakaian seperti cheongsam labuh serba merah. Merah d***h. Menandakan keluarganya ingin agar Angeline bangkit untuk membalas dendam…

Tidak beberapa selepas itu..

Bermulalah banyak khabar-khabar dan cerita mengenai kemunculan Angeline. Angeline amat berdendam atas kematiannya diusia semuda 21 tahun dan terus mencari-cari pembunuhnya. Setiap penerbangan Singapore Airlines ke Taipei atau Los Angeles dihantuinya. Dan Dorothy adalah salah-seorang yang malang ditegur Angeline. Merayau-rayau Angeline didalam pesawat menuju ke Taipei dan Los Angeles, terus mencari. Termasuklah tragedi penerbangan SQ006 bila ia berdiri tegak dengan penuh dendam menghadap pesawat yang sedang bergerak laju menuju kecelakaan ditengah-tengah hujan lebat dan angin yang bertiup menggila…

Namun Angeline khabarnya masih belum puas dan sedang terus mencari-cari pembunuhnya…

Tammat

-ezrin marsh-
rewritten and edited on 15th July 2018

nota kaki :

cerita ini berdasarkan kisah benar tragedi SQ006 dan kes pembnhan pramugari Singapore Airlines disebuah hotel di Los Angeles. Seorang pramugara Singapore Airlines telah dituduh membunh Angeline setelah siasatan selesai. Selepas perbicaraan yang berlangsung hampir 3 minggu, pramugara itu didapati bersalah membnh tanpa niat atau “manslaughter” dan dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun setengah di Los Angeles County jail.

Namun saya juga mencampurkan kisah ini dengan cerita-cerita dan khabar-khabar yang tidak pasti akan kesahihannya namun sangat popular dikalangan cabin crew di Singapore Airlines dan saya olah dan tulis semula mengikut daya imaginasi saya.

semoga terhibur and thanks for waiting (for those who were waiting)

Hantarkisah anda : fiksyenshasha.com/submit

ezrin marsh

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

1 thought on “Aku Masih Mencarimu Part 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.