Aku, Minu dan Bola

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menyiarkan kisah aku ni. Masa kecil ada kisah yang terjadi menyebabkan aku sering nampak benda seram yang orang tak boleh nampak. Jadi, memang banyaklah benda seram yang terjadi sama ada aku mahu atau tidak. Nasib badan kata orang.

Kisah yang aku nak kongsikan ini terjadi masa aku sekolah rendah lagi. Budak-budak lagi masa tu. Aku takkan lupa pengalaman ni sampai m**i. Lama dah kisah ni.
Petang tu kami diarahkan ke sekolah sebab ada pemilihan untuk pemain bola sepak rumah sukan. Jadi, giliran kami rumah biru.

Bila selesai pemilihan, aku dan kawan baik aku Aminudin yang aku panggil Minu masih lagi gigih dok menyepak bola tepi padang sekolah. Tepi sekolah kami ada beberapa buah rumah kampung yang rata-rata berlatar belakangkan hutan getah dan hutan yang agak tebal. Dalam banyak-banyak rumah tu, ada 2 rumah yang berpagar. Cantik, bersih dan mungkin pemiliknya orang berada. Tepi rumah tu ada jelapang padi (biasalah orang Kedah kan). Tepi jelapang padi tu macam ada bangsal terbuka tapi berdinding. Rumah tu berpagar dan nak masuk sama ada melalui pintu pagar yang aku tengok tak pernah terbuka. Tepi pintu pagar tu ada tangga. Comel je tangga tu. Pagarnya pulak penuh dengan daun-daun, terutama daun kaduk. Dan aku juga tak pernah tengok ada orang atau pun tingkap rumah-rumah tu terbuka. Memang tak pernah.

Aku dan Minu pun berlatih menyepak bola walaupun tak terpilih. Sepak punya sepak, bola terpelanting dan masuk ke dalam kawasan rumah dan meleret betul-betul ke bawah jelapang padi. Rumah-rumah tu memang betul-betul tepi padang sekolah. Jadi kami melaung-laung dari luar pagar untuk panggil tuan rumah. Tapi takde jawapan. Kerana bola itu sekolah yang punya, kami kena ambil balik. Jadi kami berdua pun masuk ke dalam kawasan rumah tu melalui tangga kecil tu.

Dari jauh memang nampak bola tu betul-betul ada di bawah jelapang (kepuk) padi tu. Aku dan Minu pun cuba merangkak ke bawah kepuk padi tu. Tiba tiba kami nampak macam ada kaki kurus berbulu menyepak bola tu terus masuk ke dalam bangsal. Terus kami berdiri berpandangan, macam mana ada kaki. Memang dah seram dah masa tu, tapi fikir bola tu sekolah punya, kena ambil juga.

Kami pun menuju ke bangsal tapi bola tu tak ada. Kenalah cari. Bangsal tu besar juga penuh dengan barang. Sambil bercakap Minu suruh aku cari sebelah kanan. Kerana barang banyak aku memang tak nampak Minu kat mana. Tapi aku dengar suara dia bercakap-cakap dan dengar dia macam menyelak guni-guni yang tergantung. “Minu, bola tak dak lah sini, aku dah cari”. “Hang tunggu situ sat”, aku dengar suara Minu. Kemudian senyap. Aku yang makin takut memanggil Minu, tapi senyap. Aku pun cuba mencari Minu dalam bangsal tu tapi aku tak jumpa. Puas aku melaung panggil dia, tapi senyap. Kalau dia keluar memang aku boleh nampak, kerana walaupun berdinding, jalan keluar hanya satu arah saja.

Aku keluar dari bangsal. Tiba-tiba aku terdengar Minu panggil aku dari belakang rumah. “Mat, hang mai sini sat”. Aku pun segera berjalan ke arah tepi rumah. Lalu saja kat tepi rumah, aku dengar tingkap terbuka sedikit dan aku nampak Minu macam megintai aku dari celah tingkap dalam rumah. “Minu! Oi Minu! Woi hang buat apa wei dalam rumah orang?” aku yang kehairanan dan cuba mengintai balik. Dum! Tingkap pun tertutup.

Tiba-tiba aku terdengar Minu menjerit minta dilepaskan. “Lepaih la kami! Kami nak balik. Sakgi mak kami marah”. Aku dengar suara Minu, tapi suara tu di belakang bangsal. Hal tadi terus hilang dari ingatan dan aku terus berlari ke belakang bangsal. Tiada Minu di situ. “Minu! Minu! Hang pi mana woi! Aku takut ni. Lepas saja aku cakap, aku dengar suara lelaki ketawa dari dalam kepuk. Garau dan dalam suaranya. Aku panik dan cuba cari jalan nak balik, tapi aku hanya nampak macam padang yang luas. Memang hilang akal. “Minu! Minu!’ aku cuba panggil lagi.

Tiba tiba aku dengar macam dinding dalam kepuk tu ditampar. Bam! Kuat gila bunyi dia sampai aku terlompat. Lepas tu bunyi macam orang berlari-lari pulak dari dalam kepuk tu dan memanjat dinding kepuk. Aku dah mula menangis dan meraung. Takut jangan cakaplah. Tiba tiba aku nampak Minu di rumah sebelah berlari-lari ke arah pokok jambu. Aku panggil Minu dan berlari mengikut arah Minu lari. Sampai je belakang rumah sebelah tu, pokok jambu digoncang kuat. Minu jangan cari, memang tak ada. Kali ni memang aku meraung la. Takut kot! Sama dengan rumah sebelah, rumah ni pun aku tak pernah nampak tingkap dia dibuka atau ada orang.

Aku tak tahu dah nak buat apa. Hari dah larut petang. Jalan keluar aku tak nampak, tapi aku masih boleh nampak rumah sebelah, kepuk dan bangsal. Mata aku tiba-tiba nampak bola yang kami cari betul-betul tepi pagar dalam rimbunan pokok kaduk. Sambil menangis aku berlari mendapatkan bola. Dan nampaklah aku lembaga berbulu di atas kepuk padi terhinggut-hinggut macam menakutkan aku. Apa lagi! Meraung la lagi. Aku dah macam orang gila dah. Sambil terhinggut-hinggut lembaga berbulu hitam tu menderam ketawa. Terus aku macam nak pengsan.

Tiba-tiba aku dengar orang panggil nama aku. Rupa-rupanya cikgu Rahim yang memanggil aku. Aku dah macam orang gila meraung-raung tapi Cikgu Rahim tenang je. Dia hembus-hembus kat kepala aku dan pesan jangan takut, sebab dia ada situ. Lembaga berbulu tu pun terus lenyap dan sayup-sayup aku dengar suara Minu memanggil aku dari dalam kepuk! “Mat! Mat! Aku takut Mat! Gelap dalam ni..” Cikgu Rahim pun naik atas kepuk dan tolak pintu. Tak berkunci pun. Memang Minu ada dalam tu. Comot dan basah dengan peluh. Meraung kami berdua bila berjumpa. “Dah, jom balik. Lain kali jangan masuk rumah orang” kata cikgu Rahim.

Rupanya cikgu Rahim dengar suara aku meraung memanggil Minu bila dia lalu nak kutip bola. Katanya suara aku jauh sayup-sayup dan dia tak nampak pun kami, padahal jarak aku dan dia tak berapa depa je. Bila ditanya Minu macam mana dia masuk, dia cakap aku yang panggil dia sebab kononnya aku dah jumpa bola tu. Konon aku ajak masuk “rumah cantik” dan minum sirap dan makan biskut. Budak-budak kan… Demam teruk kami berdua. Famous jugaklah kami lepas tu. Macam selebriti. Menurut ceritanya, rumah tu rumah pusaka dan memang tiada orang duduk. Lembaga berbulu yang mengganggu tu mungkin penunggunya. Wallahualam…
Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ahmad Yusuf

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]

25 thoughts on “Aku, Minu dan Bola”

  1. Aku rasa, tuan rmh tu dh ‘pasang something’ kat rmh pusaka tu.. mngkin niat dia sekadar nk elakkan org pecah masok n curi brg2 yg ada dlm rmh n dlm kepuk tu.. biasala org dulu2..

    Reply
  2. Kepuk tu bangsal la.. pondok tu or guna utk simpan brg2 mcm padi, guni2.. Dan tempat berehat lepas mengerjakan sawah.

    Reply
  3. Hi im here from the future. Just wanna say, the author will decided to write a book around year 2020 and 2021. Oh in that year we all have plenty time to roam the internet hihihi. And all horoscope regardless any zodiac will have quite similar reading 😬😁

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.