Ku seru dirimu,
Hadir di depanku,
Tunduk menyembahku,
Darahku santapanmu,
Kau hambaku.
Sunyi bilik yang ditemani cahaya dari nyala lilin. Ruang tamu hanya dipenuhi asap kemenyan yang dibakar. Di depannya ada satu piring kecil. Penuh dengan titis-titis d***h. Dia menarik nafas dalam-dalam. Menunggu sebarang tanda.
Dahinya mula berpeluh. Kipas di syiling berpusing perlahan. Bunyi gerakan jarum jam di dinding menguasai ruang kecil. Dia ingin cuba sekali lagi. Membaca serapah yang diajarkan oleh Tok Anjang.
Ku seru dirimu,
Hadir di depanku,
Tunduk menyembahku,
Darahku santapanmu,
Kau hambaku.
Dihiriskan sedikit hujung ibu jari tangan kiri. Ditekan kuat-kuat. D***h menitik ke atas piring yang sama. Semakin banyak d***h merah yang bertakung. Mungkin hidangan yang tadi tidak cukup banyak. Tak cukup meransang nafsu untuk “benda” itu keluar menjamah. Limau dihiris, diperah atas kemenyan. Berkepul-kepul asap naik. Matanya liar memerhati sekeliling. Menanti kemunculan “benda” itu.
Mengikut pesan Tok Anjang. Mantera hanya boleh dibaca 3 kali. Jangan kurang dan jangan terlebih. Harus banyak bersabar. Dia patuh arahan Tok Anjang. Matanya tajam melihat sekeliling. Sudah lama dia pinta untuk dapatkan “benda” itu. Untuk dia jadikan khadam. Untuk digunakan membalas dendam pada musuh-musuh yang sudah lama dia dendam.
Ku seru dirimu,
Hadir di depanku,
Tunduk menyembahku,
Darahku santapanmu,
Kau hambaku.
Untuk kali ketiga, dia membaca mantera. D***h sekali lagi dititis dan ditambah di atas piring sembahan. Menunggu untuk jadi santapan.
Celakalah Tok Anjang. Dia sudah turuti segala syarat. Berpuasa setiap Jumaat. Jangan solat selama sebulan. Dan jangan juga mandi hadas. Pagi tadi, dia sudah mandi bunga yang air diambil dari mata air di kaki bukit. Dia juga berpakaian serba kuning malam itu. Antara syarat utama Tok Anjang.
Macam rasa ditipu. Sudah lah jari pedih d*****r. Bau kemenyan yang menusuk-nusuk hidung. Dia bangun dan terus menendang piring yang berisi d***h, terkena juga bekas kemenyan. Bersepah, berterabur di atas lantai.
Tiba-tiba, dirasakan ada satu hembusan di telinga kiri. Lembut. Ada bau kasturi. Wangi. Ada rasa berdebar dihati. Bulu romanya tegak. Dia pasti. “Benda” itu sudah muncul.
Aku hambamu,
Sujud mengikutmu,
Cuma satu pintaku,
Darahmu makananku.
Dia mencari-cari piring yang ditendang tadi. Dalam samar cahaya lilin dan bilik yang penuh asap kemenyan. Tiada apa yang dia boleh nampak sekarang. “Benda” itu seolah-olah menjilat telinganya. Dirasakan ada sesuatu yang memegang tengkuknya.
Kau seru aku,
Kau tipu janjimu,
Aku tuntut syaratku,
Darahmu makananku.
Dia rasakan tengkuknya seperti dicucuk. Ada rasa dingin dan sejuk. Badannya menjadi semakin lemah. Tubuhnya menjadi pucat dan akhirnya kering. Malam itu, dia menjadi hidangan “benda” itu.
##############################################
Tok Anjang hanya ketawa. Belaannya sudah mendapat habuan. Tidak perlu untuk diberi makan. Cukup ada manusia yang ingat dia lebih hebat dari Tuhan.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
alahai pendek sgt…x sempat nk rasa takut…
best jgk walaupun pendek sangat
Hm pendek sgt . xsmpt nk mnghayati cerita ni . bru nk berdebar² 😑😑😑😑😑
Alahh. Pendek . Baru nak seram.. hahah tapi best !!
Ok cite best dan ohsem.. k bye
punya takut nak bace mentera die, sekali dah habis dah..
hahaha
kipidad dongibab
tgk tajuk perh best nie sekali bace haiyaaaaaaaaa
awok baru nak smpai mood bace nyudoh Nye udoh m**i org…
Cerita yang ringkas dan menusuk kalbu . Pengajaran untuk orang yang suka mintak pertolongan dari benda lain selain Allah
Best
1/5.
baru nak rasa seram tba2 trus m**i. aih?
Wei.. tk smpat klimaks la.. few minutes trus stop.. ala ko ni..
Pendek sgt mcm xde idea
Tak sampai
Pendek tp sarat puitis & makna tersirat…
Ku lihat bait-baitmu
dihadam dalam benak ku
terlerai maksud difahamkan
luruskan kini jalan kehidupan
best tp pendek sgt.
nk tahu details ape yg dia marahkan sg sapa nk buat khadam2 ni.
Ape ko merepek ni setan!
Cerita simple aje. Tok anjang bkn nk bg khadam kt org yg baca mantera. Tapi tok anjang jadikan org tu sbg habuan khadam tok anjang
dia tak faham ek? huhu
PENDEK SGT..PANJANG LA BEST..KLIMAKS X SMPI
la…cam x sampai je citenye…aduh
Sampai lah. Just cerita dia simple.
Simple. Tp best. Mesej tu sampai
Ko x bljr komsas ke?
ish..pndeknyeee… tgh best2 bce, ttbe dh hbis… hmm pnjng lh lgi babe.. bru best.. memlm lyan citer seram.. huhu
Aduh pengakhiran xsmpai kemuncak ..celaka tok anjang kaki temberang hoho
Makan diri dan dikenakan. lain kali jangan percaya dgn mende2 tahyul.