AKU, TUAN BARU BELAAN MU

Assalammua’laikum w.b.t., aku L, bukan nama sebenar. First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang sudi membaca kisah aku ni. Hehe. Ok, Sekarang usia aku sudah memasuki angka 28 tahun. Alhamdulillah, aku dah Berjaya tamatkan pelajaran dan bekerja dengan baik. Aku bekerja di negeri kelahiran sendiri sebab aku nak tengok abah aku yang sudah berumur 80 tahun depan mata aku sendiri. Jadi aku memilih untuk tinggal bersama ayah aku daripada berhijrah bekerja ke negeri orang. Walaupun intern, aku masih bertegas untuk pilih dekat dengan negeri aku. Jadi, dalam tempoh internship, bermula Februari hingga Mei 2018, aku memang tinggal di rumah kelahiran sendiri. Nampak dekat situ aku dah jimat banyak.

Bermula tahun 2018, jalan hidup aku sudah start masukkan sikit elemen2 seram. Bukan tidak pernah hadapi kisah seram dalam hidup. Perbezaannya sewaktu kecil, kebanyakkan arwah mak aku yang kena. Tapi selepas arwah sudah tiada. Aku rasa sekarang giliran aku pula yang kena. Aku mempunyai 3 orang kakak (aku bagi nama kakak A, Kakak B dan Kakak C ikut umur) tidak termasuk aku lah dan aku lah yang paling muda. Aku tamat intership. Seingat aku, bulan june 2018 tu jatuh raya Aidilfitri. Aku mula terkena gangguan start Julai 2018.

KEJADIAN 1:
Kes seram tu bermula bulan Julai 2018 dimana aku terjaga pukul 3 pagi. Untuk pengetahuan semua. Aku tak tidur dalam billik, jadi semua tidur di ruangan istirehat keluarga. Tambahan pula, rumah aku direct lurus dan pintu rumah aku bukannya kayu besar macam korang selalu tengok. Pintu depan rumah aku sliding door yang boleh nampak luar. Hari tu pula tak rajin nak turunkan langsir jadi dibiarkan terdedah saja. Di depan rumah aku ada pokok buluh jepun yang besar dan tinggi.

Sebaik aku bangun, dalam keadaan terhuyung- hayang, aku cuba buka mata dan time tu lah mata ni gedik nak tengok luar. Terkejut aku, makhluk besar 3 kali ganda manusia, berwarna hitam, dan bermata warna merah duduk betul2 tepi pokok buluh betul2 depan rumah aku. Makhluk tu selari dengan aku, bezanya aku di dalam dan dia di luar. Dia seperti tengah tunggu tengok aku. Aku gosok mata aku, buka mata sekali lagi, dia dah hilang tetapi seram tu masih tertinggal. Lama jugak lah aku terpandang dia. Aku jatuh terduduk dan berderau d***h aku time tu. Aku terus selimutkan muka dengan menggigil ketakutan. Entah bila aku tertidur. Esok tu aku ceritakan dekat abang aku ciri2 makhluk tu. Abang aku cakap itu Hantu raya.

KEJADIAN 2:
Kejadian yang seterusnya ini, dimana aku kena tindih sewaktu tidur. Seingat aku, masa pada waktu tu nak dekat pukul 4.30 pagi. Dalam tidur aku tu, aku ternampak satu lembaga hitam botak dan besar sedang mengintai aku. Aku beranikan diri untuk kejar makhluk tu berbekalkan ayatul kursi, ia sambil lari masuk ke bilik parent aku. Situasi bilik parent aku sangat gelap. Di betul2 pintu masuk, ia berjaya gapai tangan aku untuk tarik aku masuk bilik, aku tak nampak sebab keadaan bilik sangat gelap.

Dia gelakkan aku sebab tak berjaya menarik aku. Gelak dia serius sangat jahat. Kalau korang pernah tengok cerita P.ramlee Ahmad Albab dimana Syawal terjumpa jin dalam gua tu serius cara gelak yang sama tapi makhluk hitam ni suara dia garau dan besar. Aku bergelut-gelut untuk tarik dan hampir nak berjaya, kakak aku gerak bangun. Terpinga-pinga aku kejap. Betul2 macam realiti aku jumpa benda tu. Kakak A tanya kenapa. Aku pilih untuk diam sebab aku macam rasa dia ada dekat situ.

Selepas kami sambung tidur, tak sampai 5 minit, kakak A yang gerak aku tadi pulak yang kena tindih. Dalam tidur dia, dia cakap nak makan laksa dekat semua adik perempuan yang lain. Macam lawak time ni waktu kakak aku cerita semula tapi memang laksa favourite kami semua haha. Benda tu nampak simple dan lawak, tapi seram sebab ada kaitannya dengan tuan makhluk tu. Tuan makhluk tu penjual laksa. Haaaa, Sebab tulah, hantu tu cakap macam ni dari dapur belakang, satu suara perempuan mencelah cakap “nak laksa, mari nak bagi”.

Dia terus datang nak terjah kakak A dengan ketawa halus mengilai macam tengah melawak. Aku gerak kakak A bangun, then dua2 senyap tutup mata rapat2. Takut benda tu terjah kami berdua karang. Korang jangan buat main2 kalau kena tindih, sebab makhluk tu still dekat situ. Sebab tu aku pilih untuk tutup mata. Hehe Keesokkan harinya, kami berkongsi cerita tanpa tahu asal usul makhluk yang ganggu tu. Mengikut pengalaman keluarga aku, kalau rumah rasa macam ada benda, Nampak malap even buka lampu, dan selalu kena tindih serta mimpi, in sha ALLAH ada benda. Tapi kami tak tahu mana puncanya.

KEJADIAN 3:
Kebanyakkannya aku lah yang kena. Last aku betul2 dah confirm bilamana, mimpi aku waktu tu, aku Nampak muka jiran aku yang dah berusia 60 ++ tahun. Di dalam banggunan yang terbiar dan tengah tengok aku sambil bercakap “L, tok ngah nak tengok L sangat2, tok ngah rindu dekat L”, “Dia nak jumpa L”. Kami sekeluarga panggil dia “tok ngah sebab kenal daripada kecil” means that rapat la.

Sambung cerita, Aku terkejut terjaga sambil nangis. Aku boleh rasa yang mimpi tu betul sangat sebab badan aku rasa panas yang melampau. Aku tiba2 menangis macam kena rasuk. Kakak B yang berada di sebelah mula suruh aku mengucap. Aku cakap dekat kakak B, “tok ngah nak jumpa aku, aku takut, takut sangat2”. Kakak B dan adik lelaki aku minta suruh bertenang dan sambung tidur balik dengan mengubah kedudukkan. Aku turutkan. Pada keesokkan harinya, aku cerita dekat family aku yang jiran aku masuk dalam mimpi ingin jumpa aku.

Korang tahu tak, benda tak tipu. Aku cerita dekat ayah aku pukul 10.55 pagi. Sejurus selepas cerita, dengar dari belakang rumah, tok ngah datang panggil aku untuk untuk ajak makan2 dekat rumah dia. Korang faham tak dekat sini, ramai orang dalam rumah aku, tapi dia tekankan untuk jumpa dengan aku saja. Dia cakap sebijik macam dialog mimpi aku. Dekat situ, aku dah perasan, dia ada sangkut dengan gangguan dirumah. Banyak yang aku tak cerita sebab tak ingat, Kebanyakkan yang aku alami ialah mimpi, benda bergolek atas rumah, panggil nama aku, menangis belakang rumah, benda melintas, makanan dalm rumah aku busuk walaupun baru masak tak sampai 5 jam dan macam2 lagi.

Start daripada kejadian tu, aku tolak semua pemberian dia, pakaian dan makanan yang dia kerap bagi sebelum ni. Even dengan tok nagah pun aku tak nak jumpa. Tok ngah memang dapat bau lah reaksi aku. Aku dan keluarga decide untuk berubat sebab tak tahan asyik masuk mimpi merayu2. Aku takut terlepas atau berjanji apa2 waktu dalam mimpi. Tambahan, budak2 kecil yang bermain depan rumah pun cakap, tok ngah cari aku berkali2, so aku decide untuk berubat. Nasib pakcik aku ada ilmu2 berubat, dia lah yang offer time tu. Waktu nak mula, korang bayangkan makhluk tu tunggu dekat luar tak bagi pakcik aku berubat.

Pakcik aku pergi tengok, bukan sekor ya kawan2 tapi 3 ekor tengah tunggu. Pakcik aku pagar rumah dalam sepuluh minit macam tu, baru dia mulakan. Sepanjang tengah tunggu aku ni asyik mengeluh, badan terasa panas, dan hati ni sayu saja. Kakak aku cakap, aku termenung sepanjang menunggu. Bila start berubat, pakcik aku alunkan ayat2 suci Al-Quran, aku meraung sebab panas gila tengkuk aku, badan aku rasa sakit sangat macam ada orang tengah pukul kau. Aku tak pernah deal dengan benda ni sendiri, selalu tengok orang kena saja.

Bila dah terkena batang hidung sendiri, sakit plus seram gila. Selesai semua, pakcik aku cakap makhluk tu dah kuasai separuh daripada badan aku, sebab tuan sebenar sudah tak larat. Pakcik aku cakap dia akan pulangkan semula kepada tuan nya sebab Aku tak nak dengan benda2 syirik macam tu. Korang tahu, once pakcik aku minta makhluk tu pulang, makhluk tu setuju.

Selepas nak hampir 10 minit adik lelaki aku telefon, inform yang rumah tokngah ada bunyi2 menjerit dan ada orang datang untuk tengok rumah dia. So, makhluk memang pulang dengan selamat kepada tuan dia lah. Terbukti aku tak tuduh dia ya. Daripada haritu aku cuba elak daripada berjumpa tok ngah sebab tak sanggup nak hadap dengan makhluk2 tu.

Korang bayangkan benda ni berlarutan sehingga 2022 sebab aku tak boleh lari mana, tok ngah tu duduk selang sebuah rumah saja daripada umah aku. Sekarang aku dengar cerita daripada jiran2, dia tengah cari mangsa lain. Aku tak faham, kalau tak nak, kenapa tak nak buang. Aku Cuma boleh doakan dia tergerak hati untuk buang belaan dia. Maaf ya ayat tak sedap. Terima kasih semua

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Eleena S. Osman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 50 Average: 4.6]

1 thought on “AKU, TUAN BARU BELAAN MU”

  1. Nak tanya,sekarang tok ngah tu hidup lagi ke? Dan dia takde keturunan sendiri ke untuk wariskan benda tu?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.