Alam Lain

Hai kepada semua peminat FS. Namaku Jennie (bukan nama sebenar). Aku berasal dari Sarawak dan aku berbangsa Iban. Hari tu aku ada tengok la kat FB yang kawan rapat aku ada share kisah seram dia juga kat Fiksyen Shasha ni. So aku decide lah nak kongsikan juga pengalaman seram aku. Tapi ni pengalaman seram aku dengan kawan rapat aku ni juga la. Kitorang memang selalu jugalah terjumpa benda-benda mistik mcm ni. Nak katakan kitorang ada six sense tak juga. Tapi tu lah, memang “bidik” (bernasib) bak cakap kami Iban.

Kisah yang aku nak ceritakan ni tak lah seseram mana pun. Sekadar nak kongsikan pengalaman yang pertama kalinya aku dan kawan rapat aku ni terjumpa benda mistik ni dan sampai sekarang kitorang kerap terjumpa benda-benda macam tu kat mana-mana je. Tak tahu la sebab apa. Mungkin sebab effect dah jumpa benda tu kot.
Masa tu aku dan kawan rapat aku ni Zia (bukan nama sebenar) masih lagi Tingkatan 3. Time tu kitorang memang aktif sangatlah dengan sukan. Macam-macam permainan atau acara sukan yang diadakan dan memang kitorang akan join. Nak kumpulkan markah Kokurikulum tinggi-tinggi katanya.

So, sehari sebelum kejadian tu berlaku, aku dan Zia dapat berita daripada guru Kelab Pencinta Alam sekolah kami bahawa ada mengadakan satu game yang dinamakan Treasure Hunt. Dengar nama game je pun macam best je kan. Memang excited la kitorang nak join masa tu. So kitorang decide je lah nak join. Aku dan Zia pun merancang nak pergi ke sekolah awal sikit dari masa yang ditetapkan untuk semua peserta berkumpul untuk hari sabtu esok.

Keesokan paginya, seperti yang dijanjikan aku dan Zia pergi ke sekolah awal sejam daripada masa yang telah ditetapkan untuk berkumpul di sekolah. Sepatutnya kitorang sampai kat sekolah around 7am gitu tapi kitorang sampai kat sekolah masatu pada pukul 6am pula. Excited lebih kot. Haha. Aku ada perasan jugalah masa tu pukul 6 pagi pun masih gelap lagi dohh. Seakan masih lagi pukul 5am. Gelap sangat. Sampai aku dan Zia di hadapan gate sekolah, aku Nampak macam suram je. Tapi aku abaikan sebab aku ni jenis yang berani sikit laa. Haha. Sikit je pun.
So, aku ajaklah si Zia ni masuk ke dalam sekolah tanpa tunggu kawan yang lain. “Zia, jom masuk dulu. Aku taknak tunggu kat depan gate ni. Lenguhlah kaki aku ni nak berdiri lama-lama, aku nak duduk lepak kat pondok kayu sekolah kita tu.” Ajak ku. “Ish kau ni. Kita tunggulah orang lain sampai dulu. Aku tengok sekolah kita ni macam suram je. Takutlah.” Jawab Zia menolak ajakan aku pada mulanya. “Alaa kau ni, kesian sikit la kat bestfriend tercinta kau ni. Pleaseeeeee.” Paksa ku dengan manja. “Ishhhh, okay la okay. Jom la! Mengada betul. Aku lempang kang baru tahu” jawab Zia secara terpaksa.

So kitorang masuklah ke kawasan sekolah. Mulanya kitorang lalui kawasasn kuarters guru dan lepas tu lalu dewan makan untuk pelajar asrama pula. Kitorang berjalan kaki je masuk kawasan sekolah sebab mak aku hantar kitorang dekat depan gate sekolah je tadi. Aku taktau nak explain macam mana map sekolah aku harap korang faham jela yee? Haha. Okay back to the story, masa tengah berjalan tu, Zia ajak aku patah balik sebab rasa tak sedap hati. Aku pun jawab taknak lah sebab dah hampir sampai kat pondok kayu tu kot. Di depan dewan makan tu je. Kebetulan lampu di dewan makan tu pun dah menyala terang masa tu.
“Hahh tengok lampu dewan makan pun dah menyala terang dah. Mungkin banyak pelajar asrama sudah masuk dewan for having their breakfast. “Haaaahhhh tu dh ada sorang tengah duduk kat pondok kayu tu sambil main handphone. Pelajar perempuan kot.” Ujar ku. Masa tu aku takde perasaan takut. Aku berjalan macam biasa. “Wehh Jennie, aku rasa betul-betul tak sedap hati ni wehh. Agak-agak laa ada perempuan duduk sorang-sorang kat pondok tu dalam pagi buta-buta macam ni. Kau tak perasan ke baju dia tu baju putih je?” kata Zia dengan perasaan yang tidak enak.
Aku pun menjawab, “Laaa, tu manusia la. Mana ada hantu pagi-pagi macam ni. Mungkin dia main handphone kot sambil tunggu masa nak breakfast. Sebab tu la kau nampak mcm ada cahaya sikit kat muka dia tu. Jomlah kita join duduk dengan dia sekali” kata aku dengan berani. “Wehhhh! Kau gila ke? Cahaya handphone kepala hotak kau! Aku nampak muka dia macam pucat sangat je bongok!” tegas Zia dengan suara yang rendah.

Aku pun tak ambik kesah dah dan teruskan perjalanan ke pondok kayu tersebut dan tinggalkan Si Zia yang masih lagi berdiri tercegat di situ. Semakin dekat semakin merinding bulu roma ku. Tiba-tiba langkah kaki ku terhenti. Aku terus perhatikan sosok perempuan itu dengan teliti. Jarak aku dengan pondok tersebut dalam sekitar 5 meter sahaja. Tiba-tiba aku merasakan something is not right about that girl. Aku pun melangkah perlahan ke hadapan dan suddenly perempuan tu menoleh kepalanya kepada ku dengan wajah yang sangat pucat dan bengis seolah-olah dia mahu bangun dan menerkam ku. “Peeeiiiiiii antuuuu” jerit ku sambil berlari dengan slang Iban ku. Masa tu aku dengar benda tu mengilai dengan kuat. Ya aku tahu, mulut aku celupar masa tu. Sebab first time kot aku nampak benda tu.

Zia yang perlahan melangkah mengikuti aku dari belakang pun terkejut dan aku belari patah balik keluar dari sekolah. Tiba-tiba aku teringatkan Zia masih lagi berdiri kaku di belakang ku ketika aku terus berlari tanpa menyelamatkan dia. Aku pun dengan hati yang pasrah dan memberanikan diri pusing balik nak menyelamatkan Zia tetapi aku ternampak sosok tubuh melintas belari laju meninggalkan aku sambil menjerit, “Aaaarrrrggggghhhh!!!” dan yaa! Itu kawan rapat aku Zia yang aku tinggalkan tadi sedang belari sambil menjerit ketakutan. “Weeeehhhhhh tunggu akuu!” jerit aku pula yang ditinggalkan oleh dia.

Lepas tu kitorang sampai kat depan gate sekolah dalam keadaan yang tercungap-cungap kerana penat berlari ketakutan. Aku dan Zia ternampak Karen (bukan nama sebenar) sedang berdiri di hadapan gate menunggu kawan yang lain sampai. Karen hanya tersenyum melihat aku dan Zia kepenatan sambil berkata, “Berjumpa dengan kawan baru ke? Having fun di alam lain? Join lari pecut 100m?” tanya Karen sambil tersenyum. “Alam apa yang kau maksudkan ni Karen?” Soal Zia yang masih lagi kepenatan tanpa menghiraukan lawak Karen. “Alaaa tempat yang korang jumpa perempuan tu la. Aku nampak dia kejar korang. Untung laa awal pagi dah exercise. Buang sikit lemak korang tu. Haha” perli Karen sambil ketawa.
Fyi, Karen special sikit. Dia boleh nampak benda tu setiap hari kat sekolah. So dia tak kesah la sebab dah biasa dengan semua tu.

Back to the point, aku pun perasan hari sudah terang dan aku terus tengok jam tanganku and guess what? Jam masa tu baru masuk pukul 6am! Sedangkan sebelum tu aku dan Zia sampai ke sekolah pada pukul 6am dan hari masih lagi gelap. Aku pun perasan bila keluar je dari gate sekolah aku rasa di dunia nyata. Memang benar kata Karen. Aku hanya mampu terdiam kerana perkara sebegini akan berlaku pada diri ku dan Zia.

Semenjak hari tu, aku dan Zia kerap terjumpa atau ternampak benda-benda mistik kat sekolah atau dimana-mana dan banyak lagi kisah lain yang tak dapat aku ceritakan disini. Tu je la kisah aku. Sorry kalau kisah aku ni tak seram mana pun. Just nak kongsikan pengalaman je.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Jennie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

2 thoughts on “Alam Lain”

  1. Nasib la mak aku hantar pi sekolah pukul 6 pagi tak ada apa-apa..selamba badak je masuk dalam sekolah sorang-sorang pergi kelas tingkat 3..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.