Alien 👽

Salam warga FS sekalian, Aku akan cuba memperbaiki gaya tulisan karanganku berdasarkan REAL STORY yang aku alami di masa lalu.Terima kasih admin kerana sudi siarkan karangan pertama aku yang bertajuk :- UFO Wujud Ke? Pengalaman Saksi Melihat UFO Tahun 1997. Aku minta maaf admin sebab typo bab tahun tu..haha! Sebenarnya penghujung tahun 2003. Okey ni sambung ceritaku tentang Alien.

Kawasan penempatan setinggan rumah ayah aku ini didalam proses pemindahan dan kerajaan akan membina rumah flat PPRT di sini. Jadi aku pindah sekolah di kampung Johor. Sementara itu, rumah ini diduduki kakak sulungku sebab bekerja di kilang Panasonic berdekatan.

Jadi masa cuti sekolah yang panjang aku kembali melawat kakak ku di rumah ini selama sebulan. Baru beberapa hari di sini aku dapat lihat UFO dan Alien di belakang rumahku ini.

***** “Hello Pulisss..!! Tolong datang tangkap Makhluk Hijau..”!! Itu lah part paling kelakar dan banyak jadi sebutan mengejek budak2 kampungku.

MAKHLUK HIJAU aka ALIEN SESAT

Kejadian di masa lalu aku disajikan dengan kelihatan UFO di depan mata, Malapetaka aneh menghantui penduduk kampungku pula iaitu Si Pencuri kelaparan berani membuat kacau dengan mencuri makanan rumah penghuni dan memecah masuk rumah penduduk kampung hampir berlaku setiap malam menjelma.

Siapa punya angkara.??? Buntu. Kekal misteri. Masih tidak menemui jawapan apabila 10 buah rumah telah habis dipunggah Si Pencuri tanpa belas kasihan. Lagi Pelik bin Ajaib, tiada sedikit pun kesan ditinggalkan, barang2 berharga tidak dilaporkan hilang dan Si Penghuni rumah pulak langsung tidak seakan akan sedari kehadirannya. Sedar2 dari dibuai mimpi, mereka telah dirompak oleh Si Pencuri. Macam-macam versi digambarkan Si Pencuri ini, ada yang gelarkan ia ‘Makhluk Hijau’ , Toyol , Orang Mengamalkan Ilmu Hitam, Orang Bunian lah..

Bila diadukan pada pihak berkuasa, tidak boleh diambik tindakan sebab kes misteri. Si Pencuri itu tidak mengambil barang2 berharga. Jadi ada sesetengah individu2 penduduk kampung membiayai bomoh persendirian untuk mengungkai misteri yang berlaku dan membuat pagar rumah penghuni. Tapi yang menjadi malang nya rumah yang dipagari itulah yang paling banyak dicerobohi si pencuri ini dan tidak juga bomoh dapat menangkap ‘Makhluk Hijau’ tersebut.

Berita-berita terkini, tergempar dan sensasi yang aku terima dari budak sebaya ku, Kahar. Nama pun Botak mesti lah aku jadi ketua budak kawasan kampung ni..HaHaHa. Kahar bagitau aku, Orang-Orang Kampung telah membentuk kumpulan2 Keselamatan Rukun Tetangga (KRT) untuk menangkap Si Pencuri yang licik ni. Ada 2 kumpulan ahli dibentuk, ahli nya lebih dari 10 orang sukarelawan dan membuat rondaan Keselamatan Tetangga di waktu malam.

Kahar : ” Rumah kosong dekat belakang rumah nun diorang buat umpan, diorang letak banyak makanan sedap-sedap seperti nasi ayam, buah-buahan dan macam-macam lah ada. Pukul 5 Pagi ‘Makhluk Hijau’ yang dikatakan Si Pencuri tu datang dan telah masuk perangkap.. Tapi sayangg!! Sudah terlepas.. “.

Aku : ” Aikk! Camne boleh terlepas, dalam rumah kot?”

Kahar : ” Dipendekkan cerita, Haris dapat pegang tangan ‘Makhluk Hijau’ baru nak ikat je, ‘Makhluk Hijau’ itu meronta-ronta terus gigit tangan Haris pastu dia lari masuk dalam salah satu bilik tidur, diorang kepung bilik tu tapi ‘Mahkluk Hijau’ keluar ikut cermin tingkap “. Sebaik lah Abg Himas tunggu dari luar ternampak, jadi diorang KRT semua kepung kawasan luar rumah pulak. ‘ Makhluk Hijau ‘ tu dilihat lari masuk sebijik jamban luar di kawasan rumah tu, pastu ‘Makhluk Hijau’ terus tutup pintu jamban, kunci dari dalam jamban. Diorang KRT semua kepung lah jamban.. Budak2 KRT..Jerit2 suruh pinta buka pintu jamban..”

Himas : ” Tendangan kali pertama ke pintu jamban, aku terdengar bunyi suara bising dari jamban, baru nak step langkah untuk tendangan kedua, tiba2..ada cahaya biru terpancar dari dalam jamban terang benderang weii, terkejut gila aku. Separuh dari budak KRT sudah larikan diri, berapa k***t je kitaorang yang tinggal, lepastu aku berjaya lah jugak buka pintu jamban tapi bila terbuka dekat dalam tiada orang woiii..!! Camne boleh terkunci.. Jadi pelik lah.. Siapa yang kitaorang kejar tadi.?? Siapa pulak yang masuk jamban kunci dari dalam.?? Tapi masa aku nak beredar dari dalam jamban, terasa ada benda berlari laju langgar badan aku dan badan Haris. Haris dan aku terus demam 3 hari start haritu..”

Kahar : “Kes terbaru Botak, Abg Hirman rumah dia dekat belakang rumah kau tu kena pecah pagi tadi, Baru je Abg Hirman balik pagi ini selepas mengadu kat KRT. Aku syak lepas ni rumah kau jadi sasaran Botak. Rumah di Kiri dan di Kanan kejiranan rumah kau Botak sudah awal-awal lagi jadi mangsa ‘Makhluk Hijau’ tu. Hati-hati Botak, malam ni mesti dia datang cari kau, Hahaha”

*****Terngiang-ngiang percakapan Kahar itu dikepalaku. Perkara paling bodoh aku cuba selamatkan adalah satu pex meggi kari dan tin milo, aku sorok didalam laci kabinet besiku tapi sia-sia bila langkahku dihidu kakku lalu aku pulak dimarahinya..HAHAHA.

Dipendekkan cerita, masa petang tu hujan turun renyai aku jumpa lah Abg Hirman, jiran belakang rumahku. Dia bagitau dalam pukul 5 pagi dia tersedar bunyi terlalu bising dari dapur, mula-mula dia ingat kucing bergaduh sekali bila pergi dapur dia terlihat ‘ Makhluk Hijau ‘ setinggi budak, berbadan kurus kering sedang memakan nasi dalam periuk. Dia segah lalu kejar sampai belakang rumah terus hilang bila masuk ke kawasan rumahku.

Hirman : ” Yang aku hairan bila pulak pintu belakang rumahku terbuka luas sedangkan sebelum tidur aku pastikan kunci kesemua pintu dan tingkap yang ada. Aku ni bukan nak cakap besar lah..Hantu memang tak wujud. Hantu aku tidak pernah lagi jumpai, tapi yang ini firasat aku mengatakan “Makhluk Hijau” yang digelar orang kampung ini bukan hantu… Jin pun bukan… Hantu nampak aku pun lari, mana ada camtu. Aku nampak dia makan nasi.”

Selepas aku jumpa jiran aku ni, terasa excited sebab dia cakap bukan hantu. Aku jadi berani buat siasatan sendiri di kawasan belakang rumah aku yang tak luas mana, mudah nak geledah, ada jamban luar, stor kecil, reban ayam dan sedikit pokok bunga dan pokok betik.

Ditakdirkan Allah memang aku jumpa makhluk ni yang orang kampung gelar ‘Makhluk Hijau’. Itu pun setelah banyak kali dia mempermainkan aku dengan dia boleh halimunan. Ya halimunan yang cukup sempurna. Sebaik lah jiwa aku kental, berani dan berfikiran positif..kalau tidak aku keluarkan jurus langkah seribu.

Apa yang aku saksikan ‘Makhluk hijau’ ni sebenarnya adalah makhluk asing dan aku gelarkan ‘Alien’ sebab bentuk dia, rupa paras tak jauh beza dengan gambar Alien Workshop yang femous pada branded zaman ini. Memang sama, sebijik. Tapi kesian Alien ni mungkin sesat sebab aku pernah terlihat kapal UFO dia mendarat di belakang rumahku dan ternampak salah satu dari Kapal UFO terbakar sebelum ini.

Rupa dan bentuk Alien ni bila berdiri sama je tinggi aku, badan kurus kering boleh nampak tulang rusuk di dalam badan sebab kulit dia putih jernih bila kena cuaca terang, bila cuaca gelap je kulit dia bertukar jadi warna hijau kebiruan. Mata sebijik macam belalalang, walaupun besar camtu ada anak mata. tiada langsung rambut dan gigi, lidah pendek, oh ya setiap jari tangan dan kaki ada 2 jari je. Ditangan belah kanan dia ada gelang berwarna Perak.

Aku memang berniat hendak tangkap Alien ini yang masih tidak sedarkan diri ( tengah tidur ) dan hanya beberapa langkah kaki ku, aku boleh menangkapnya dengan mudah. Di tangan kananku masih aku gengam sebatang besi panjang sedepa yang aku dapat dari timbunan sampah.

Aku : “Kau..Alien memang tak kan mampu lari dari cengkamanku..Tapi kalau aku tangkap Alien.. Apa aku hendak lakukan.?? “. Aku pun mengelamun panjang.

Kalau aku tangkap Alien ini, Apa yang akan berlaku.??
Ya, aku mungkin boleh jadi jutawan dengan jual Alien..
Jadi kaya raya banyak duit di usia muda..
Jadi terkenal sebab banyak reporter dalam dan luar negara datang interview ku..

Tapi.!! Bagi kau Alien.??
Apa yang akan terjadi padamu.??

Adakah kau akan dikurung di dalam Zoo untuk dijadikan bahan gelak ketawa tatapan umum..

Akan jadi bahan ujikaji di makmal yang tiada penghujung..

Kau dikuarantin sehingga tua dan takkan mampu keluar lalu akan m4ti kelak..

Dipaksa keluarkan kapal UFO,dan Alat2 senjata canggih dicuri..

Atau manusia akan diserang, bila kawanmu ingin menyelamatkanmu..

Aku pulak masih bersekolah tidak tahu buat pilihan. Tapi kalau aku lepaskan kau, Alien.. sama je kau juga akan m4ti atau ditangkap orang lain pun m4ti jugak.

Aku jadi buntu. Keliru.

Aku mungkin berbeza dengan orang lain sebab ada sedikit sifat kemanusiaan.

Ya kemanusiaan. Aku tak peduli tentang terlalu fikir masa hadapan sebab hari ini aku menemui kau dahulu. Keputusanku kau pergi lah jauh-jauh Alien. Sekurang2 nya kau ada masa sehingga kawan2 kamu datang menyelamatkanmu.

Aku tekad. Niat bersangka baik. Aku baling batang besi jauh2 sehingga ke tempat pembuangan sampah berdekatanku.

Aku : “Aku tak ganggu kau, Alien..???
Jadi jangan sesekali ganggu hidup aku..???
Pergi kembali ke tempat asalmu Alien..???
Manusia masih belum lagi terima kewujudanmu..???
Aku bimbang kau akan menjadi mangsa kami kelak”. Aku berteriak, jerit seperti cakap kuat2.

Aku mengusir Alien, dia berlalu pergi menjadi halimunan sehingga tidak kelihatan dari pandanganku.

***** Malam menjelma rumah aku pulak dicerobohi Si Alien ini. Puas aku cuba menyergah dan menghalau namun tetap Si Alien mahu memasuki rumahku sehingga aku keletihan menunggu sehingga pukul 3 pagi. Aku tertidur lena. Bunyi terlalu bising di dapur membuat aku terbangun.

Aku mengintai dari syiling bilik ku yang bersebelahan dapur. Aku nampak Alien sedang memakan nasi di lantai dan persekitaran dapurku seperti tongkang pecah, kesemua makanan, tepung, periuk, pinggan mangkuk habis dipunggah ke lantai dan nasi diselerakkan di lantai. Teruk weii nak mengemas balik. Aku dapati juga pintu belakang rumah dan cermin tingkap sudah terbuka luas.

Aku marah lah, aku tergerak hati kalau aku mengusir Alien ini nanti dia boleh je halimunan lalu pergi bila2 masa sahaja dan selepas itu Kakak ku pula mungkin menuduh semua berlaku adalah angkaraku pula dan akan memarahiku gara2 aku bercakap tentang kewujudan Alien yang aku ceritakan kepada nya pagi tadi.

Aku membiarkan sahaja. Bunyi kuat pinggan kaca pecah ke lantai yang dilempar Si Alien ini menyebabkan Kakakku terbangun juga lalu dihalau Alien guna penyapu, Hahaha.

ORANG TAMAK SELALU RUGI

Bila rahsia dibongkar, nyawa menjadi taruhan. Kahar terlepas cakap diceritakan kepada pemuda orang2 luar dari kampungku. Pemuda itu pulak seorang penagih dadah dan pecuri.

Kahar berbuat demikian kerana mengatakan aku sembang aje lebih sebab tiada siapa yang lihat Alien melainkan aku seorang. Jadi siapa mahu percayai nya.

Bila bagi betis..nak peha.
Bila bagi peha..nak miliki.
Bila sudah dapat..nak jual.

Itu perumpamaan yang sesuai bila kebenaran sudah terbukti.. Si Penjahat mahu menangkap dan menjual Alien di pasaran gelap.

Usaha tersebut aku gagalkan dengan bantuan Kahar dan beberapa kawanku yang lain. Di sini adalah perlawanan yang aku takkan mampu menang. Kami berempat budak2 sekolah melawan 2 orang penjahat. Kena pijak, luka2 d***h dan menangis meraung sekalipun kesemua still lagi berlawan bagi tentangan. Sebaik lah tiada cedera parah dan m4ti.

Itu lah kali terakhir aku jumpa Alien hidup dan melarikan diri entah kemana.

JASAD YANG TELAH M4TI

Seminggu masa berlalu, Kahar datang kerumahku memohon maaf tentang apa yang berlaku. Dia dan beberapa kawan ku mula mempercayai kata2 setelah mereka juga melihat denga mata mereka sendiri. Kahar memujukku dan mengajak ku pergi memancing ikan bersama dua lagi rakanku.

Sampai di lokasi, aku rahsiakan bawah jambatan di Sungai Klang. Kahar tiba2 sakit perut dan terus ke kawasan semak berdekatan. Sejam berlalu..

Aku : ” lamanya kau berak..?? Apsal muka kau nampak pucat, berpeluh2..?? Dengan saper kau cari pasal lagi ini.?? Aku nada tegas dengan apa yang telah berlaku dulu.

Kahar : ” Rilek lah Botak..mesti kau tak percaya aku jumpa..?? Aku jumpa mayat..mayat tu kau kenal Botak.” Kahar bersahaja.

Aku : ” Mayat??? Kau ini memang pembawa suweiii betol..!! Hari tu ko bawa aku Penjahat.. yang ini kau jumpa mayat. Apalah malang kau ni.?? Dah! Jom semua balikkk.!! “. Aku takpuas hati.

Kahar : ” Mayat ini kau kenal Botak, Mayat Alien.!! Yang kita selamatkan dahulu. Sekarang sudah m4ti, Botak”. Kahar memujukku dan menunjukkan lokasi nya.

Sah! Memang mayat Si Alien. Ya, Allah. Apa yang ku lihat mayat Si Alien perutnya sudah terburai, kaki kanan dan tangan sebelah kiri telah hilang. Muka pula luka2 dicakar dan kesemua kesan itu dimakan oleh Anjing2 liar di kawasan sini. Bau busuk mayat tak kuat mungkin baru sehari dua dan tiada kesan d***h didapati.

***** Budak2 ku semua ini adalah kawan2 yang aku panggil semasa berlawan dengan penjahat.. Kami berada disitu semua menangis sebab jumpa mayat Alien yang tidak cukup sifat dan menyayat hati.

Kahar : ” Botak, nak buat apa dengan mayat ini.. lagipun bukan manusia macam kita. Aku bagi solution.. Apa kata kita angkat ramai2 mayat ini buang je dalam Sungai Klang… Bukan orang tahupun..Setel masalah dunia.”

Aku : ” Hotakk ko.!! Sebelum aku campak kau kat dalam sungai tu..baik kau ke tepi..!! Aku dengan Kahar tunggu disini, yang lain korang pergi ke rumah jiran berdekatan minta bantuan suruh call Polis.. Cakap dengan jiran ada jumpa mayat budak di sini. Jangan cakap mayat Alien kang korang dicop orang gilerr..” Aku bagi idea bernas.

Kahar : ” Kau jugak yang cakap rahsia antara budak2 kita Botak..Aku pulak kena marah.?? “. Kahar merajuk.

Aku : ” Aku minta maaf, Kahar. Sebelum ini apa yang kau lihat, Alien masih hidup kan. Sekarang kita jumpai mayat Si Alien yang sudah m4ti. Bagi aku, walau camne sekalipun ia datang, kita sempurnakan lah jasad dia. Kita sendiri pun taktahu kita m4ti kelak. Engkau nak ke? Mayat kau kelak orang buang ke dalam sungai.. So fikir2 lah dan selamat beramal..”

Aku dan Kahar tutup mayat Si Alien dengan kertas. Sepanjang aku berada di situ, ada gangguan yang terjadi padaku sebab aku nampak kelibat Alien berdekatan disisi mayat Alien. Mula2 aku ingat hanya imaginasi aku tapi bila aku nampak 2 lagi Alien hadir di situ.

Aku geram lah..dah m4ti kawan kau baru nak datang melawat.. Jadi aku ingin tahu kenapa mereka membiarkan Alien ini m4ti, aku kejar mana kelibat Alien muncul tadi. Alien berdua itu hilang bila aku tiba.

Dan muncul di sebalik laluan belukar..aku kejar sampai je dia hilang di kawasan yang luas. Aku perhatikan sekeliling dia berada sangat jauh di belukar sana..Baru aku melangkah kaki di depan.. Kahar menjerittt ” Botakkk..”..

“Pangggg..”

Kahar : “Botakkk..sedar cepatt. Kau kena pukau ni. Jangan ke sana, Botakk..”
Kahar menampar pipiku.

Aku tersedar..Apa yang berlaku. Kenapa kau halang aku Kahar.? Aku nampak Alien di hujung berlukar sana..

Kahar: ” Botak, di depan kau tiada jalan lagi..di sana kau pijak lagi air lombong..Dalam.. Kau nak m4ti ke Botak.??” Kahar melemparkan batu ke air lombong lalu menarik aku ke tempat selamat.

Aku bernasib baik dan termenung panjang aku dibuat nya. Sekembali kawanku yang lain. Kami berkumpul semula di bawah jambatan. Diorang tanya aku kenapa aku sorang je tak muntah bila jumpa mayat..yang lain semua muntah2 hijau.

Aku bagitau yang aku rasa tak sedap hati sejak aku berada di sini. Aku menyuruh budak2 ku semua berjaga2 kemungkinan ada nyawa akan melayang. Polis akan tiba setengah jam jadi kami tunggu sehingga tiba.

KEMALANGAN PELIK DI DEPAN MATA

Mataku masih ligat ternampak susuk tubuh seseorang yang baru dikenali cuma dia halimunan. Walaupun dia boleh halimunan mataku masih boleh melihat kelibat pergerakkan dia.

Aku : ” Kahar pergi dari situ cepattt.!! Dia dibelakang kau sekarang “. Aku menjerit.

“ADUUHHH..” Kahar membongkok terasa perut ditumbuk lalu Kahar membalas dengan hayunan batangan kayu ditangan nya lalu merasai sasaran mengena.

Kahar : “Padan muka..berani kacau aku lagi. Rasakan libasanku tadi.. Hahaha”

Ia membuat Si Halimunan menjadi ganas lalu menendang belakang Kahar dan menumbuk seorang lagi kawanku yang berdekatan dengan Kahar. Apabila Si Halimunan sudah puas hati dia beredar dari kami semua.

Kawanku semua terpinga2 diorang tanya apa yang terjadi. Aku terangkan ada seseorang yang datang tadi mengunakan gelang Perak Alien yang dicuri tadi memakai gelang Perak tersebut lalu terus halimunan. Dalam aku bagi penerangan tiba2..

” BERDERTUUMMM..”

Aku lihat sebuah Van putih brake mengejut berhampiran jarak kami. Kesan perlanggaran menyebabkan cermin di hadapan Van retak seribu, Bumper di depan kemik kedalam. Pemandu Van terselamat hanya dahi luka ringan dan pembantu Van di hadapan patah 2 biji gigi.

Pemandu Van pelik sebab terasa dia ada terlanggar sesuatu tadi bila perhatikan sekeliling tiada sesiapa pun. Kami berada di situ tolong memberi bantuan. Cuma kehairanan apa yang dia langgar sebab Van pandu memang laju dan berada diatas jalan.

Selepas van putih berlalu pergi aku terdengar jeritan sayup2 suara Si Halimunan meminta tolong jadi aku arahkan budak2 ku pergi check kawasan benteng Sungai Klang tapi tidak menemui apa2.

PASUKAN FORENSIK DAN POLIS TIBA

Segala keteranganku sudah diambik oleh seorang polis muda dan menyuruh aku bercakap dengan bos nya iaitu Pengawai Penyiasat ( IO).

IO : ” Siapa ketua kamu, panggil dia kemari ”

Kahar : ” Dia bos kami Tuan, nama dia Botak ”

Aku : ” Saya, Tuan dan saya lah yang menyuruh budak2 ku menelefon Pihak Polis “.

IO : ” Kau ketua patut lah berani. Aku nak tanya kenapa korang semua tidak takut melihat mayat si m4ti “.

Aku : ” Semua nya terjadi adalah kebetulan, Tuan. Asalnya dia kami jumpai masih hidup, kami jumpa di kampung kami jauh di sana jadi tak nampak pelik lah lihat mayat Si Alien. ”

Kahar : ” Kami yang datang menyelamatkan Alien dari Orang2 Jahat, Tuan. Teruk kami dibelasah.. Kami berjaya larikan Alien. Tapi sayang Alien kami jumpai sudah m4ti.

IO : “Ooh! begitu. Baik lah, korang semua adalah wira seperti SUPERMAN..yang menyelamatkan makhluk2 asing di dalam movie tu. Kalau benar apa yang kamu semua katakan ini, semoga Allah membalas jasa adik2 semua walaupun tiada ganjaran yang patut diberikan.

GELANG PERAK KEPUNYAAN ALIEN

Seorang dijumpai m4ti dan seorang lagi hilang sehingga hari ini kesan daripada Gelang Perak Alien. Aku terpaksa Edit cerita ini agar tidak mendatangkan aib pada Si M4ti dan aku tahu apa yang mereka telah lakukan.

Semasa kami menunggu kedatangan polis, ada seorang hamba Allah ini tiba2 datang lalu mencuri barang hak milik Si Alien yang telah m4ti dan disalahguna untuk kepentingan peribadi.

Ya, itulah gelang Perak. Teknologi canggih ciptaan dan peninggalan dari Makhluk Asing yang boleh menghilangkan bentuk2 jasad individu pemakai tersebut. Tapi semua ciptaan ada mendatangkan kebaikan dan keburukkan.

Keburukkannya, gelang Perak penggunaan mempuyai had. Bila terlebih guna tempoh had limit nya korang tidak boleh kembali jasadmu ke dunia yang nyata. Itulah berlaku pada orang yang hilang yang aku kenali membawa bersama dengannya gelang Perak yang gagal berfungsi.

Akhir kalam, Bagi aku Alien ini adalah golongan dari DNA manusia cuma masih kekal misteri dimana asal usul mereka.

Aku try jugak komunikasi, Alien ini menunjukkan isyarat tangan ke langit seolah2 ia mengatakan berasal dari planet2 yang sangat jauh dari Bumi.

Ada jugak aku tanya IO, kalau masa itu Alien masih hidup, dimana mungkin dihantarnya Alien tersebut. IO terangkan padaku sangat2 jelas. Sebenarnya tiada SOP polis untuk mengurung dan menangkap Si Alien di dalam negara, tiada dan mungkin disebabkan pertama kali ia berlaku. Untuk elakkan persepsi di kalangan rakyat negara dan menjadi kerahsiaan pihak polis, kemungkinan besar kami akan berkerjasama dengan negera besar dan maju lain, ia mungkin dihantar di Amerika ke tempat yang rahsia yang terbina dan lebih baik sepatutnya Alien berada.

Tamat

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

BOTAK

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

16 thoughts on “Alien 👽”

  1. rupa-rupanya lebih dahsyat kisah ni bila aku baca sampai habis dalam sepuluh saat.siapa yang kemurungan diharap jangan baca cerita ni.mintak admin letak awal amaran dekat tajuk

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.