Alkisah Rumah Tok Tua

“Berbekallah kamu semua, sesungguhnya sebaik-baik perbekalan ialah Taqwa. Bertaqwalah kepada Ku wahai orang-orang yang berakal.”
Al Baqarah 197.

“Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia (Allah). Dan jika Allah mengkehendaki kebaikkan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaa Nya…”
Yunus 107

Assalamulaikum kepada admin dan para pembaca FS yang sudi meluangkan masa anda untuk membaca karya-karya A.M.I. Jika anda semua perasan setiap karya A.M.I akan dimulakan dengan petikan Nas Al Quran atau hadis. Ini semua bertujuan untuk memprogramkan minda kita yang dengan dalil-dalil tersebut maka tertolaklah semua kepercayaan yang khurafat dan menjurus kepada takut kepada makhluk. Dan adapun Jin, Syaithan, Iblis itu semuanya makhluk Allah SWT dan kepada Allah lah kita memohon pertolongan. Penulis amat menitik beratkan ehwal ini kerana tujuan penulis menulis adalah untuk berkongsi sahaja. Kita perlu membetulkan iqtiqad kita yang hanya Allah lah yang mampu memberi mudharat atau nikmat kepada kita.

Penulis terbaca komen pembaca kisah penulis yang bertajuk ‘Disumpah Pohon Kedondong: Misteri Bangkitnya Orang Kayong’ sehingga ada yang takut kepada pokok kedondong dan ingin menebangnya. Yakinlah, yang pokok itu hanya makhluk dan dia tidak mampu memberi mudharat atau nikmat kepada anda. Cukuplah kita bertaqwa kepada Allah kerana kepada Allah lah kita menyembah dan kepada Allah lah kita memohon pertolongan. Ketahuilah bahawa manusia ialah khalifah yang Allah utuskan untuk memakmurkan bumi ini dan merupakan sebaik-baik kejadian. Semulia-mulia kita di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.

In sha Allah kali ini penulis akan coretkan beberapa peristiwa sebenar yang terjadi di rumah lama atuk penulis. Kisah ini ada yang dialami sendiri oleh penulis dan juga ahli keluarga terdekat. Jadi kebetulan penulis kebosanan sebab Perintah Pergerakan Terhad ni jadi adalah masa sikit.
.
.
.
.

Kisah Pertama : Pontianak Singgah Rumah.
Rumah atuk penulis terletak di suatu kawasan di tengah-tengah bandar Kuching. Rumah kayu yang berkonsepkan Melayu itu telah pon diubah suai dan telah hilang jati diri Melayunya. Namun kisah yang pernah penulis alami ini terjadi sewaktu rumah ini belum lagi direnovasi. Peristiwa ini terjadi sewaktu penulis belum lahir lagi dan penulis meriwayat kisah ini dari mak cik dan ayah penulis. Kisah ini dialami oleh moyang penulis iaitu nenek kepada ayah penulis yang benama Nek Dayang. Nek Dayang meupakan seorang bidan kampung dan perkhidmatannya pada zaman itu amat diperlukan kerana tak semua mampu ke hospital. Dari urusan perbidanan seperti ‘labour’, mengurut dan lain lain yang berkaitan wanita Nek Dayang uruskan. Pada suatu petang rumah Nek Dayang didatangi tetamu.

“Assalamualaikum… Nek Dayang…Ooo Nek…Kitak ada di rumah tak? (Assalamualaikum…Nek Dayang…Ooo Nek Dayang…Ada kat rumah tak?)” jerit lelaki itu gopoh dari muka pintu.

“Waalaikumsalam… Aukk.. Aukk.. Ada aku di dapur tok.. Masuk jak kau…(Waalaikumsalam…Ada…Ada… Aku kat dapur ni. Masuk je)” balas Nek Dayang dari dapur.

“Nakpa kenak ngan kau tok As? Tang kamboh jak kau tok? (Kenapa dengan kau ni As? Gelabah semacam je?)” tanya Nek Dayang.

“Bini kamek Nek…Bini kamek nak beranak Nek… Aik ketuban dah pecah tek. Mintak tulong lok kitak lok Nek ( Bini saya Nek…Bini saya nak besalin Nek…Aik ketuban dah pecah. Minta tolong Nek lah.)” Kata As dalam keadaan termengah mengah.

“Aih… Paduhal…Lan lah kita. (Aih…Rupenyerrr…Moh le kite.)” kata Nek Dayang dan terus bergegas ke rumah As.

Zaman ni kalau kau ada kereta dah bangsawan gile dah. Tapi As ni bukan dari orang senang so deme jalan kaki je ke rumah As yang sekitar 10 minit perjalanan. Perjalanan dorang walaupun 10 minit je tapi zaman tu bukan macam sekarang jalan ‘tar’. Zaman tu masih jalan tanah dan titi kayu. Bahkan terpaksa melalui satu pokok ara yang bapak besar (sekarang dah kena tebang) dan kubur. Pendek cerita bini As selamat melahirkan seorang anak atas bantuan Nek Dayang.

“Terimak Kasih Nek. Alhamdulilah joros jak urusan kita ritok (Terima Kasih Nek. Alhamdulillah dipermudah urusan kita hari ni)” kata As lepas isterinya selamat melahirkan anak.
“Auk. Alhamdulillah. Sik ada apa apa nya. Bah mun nisik ada apa apa aku mupok lok. Nak bahari dah ari tok. (Iye. Alhamdulillah. Tak ada apa apa dia. Dah lah, kalau tak ada apa apa lagi nenek minta diri dulu ya. Dah nak senja dah ni.)” kata Nek Dayang sambil meminta diri untuk beransur pulang.
“Ehh…Jap nak. Tok ada sikit pake kitak. Kitak mok kamek ngantar sik? (Ehh.. Kejap Nek. Ni ada sikit ni untuk nenek.)” kata As sambil menghulur sampul berisi wang, dan sedikit beras & garam.
“Auk. Terimak kasih As. Sik boh eh. Kelak aku balik kedirik. Kau jaga jak bini kau iboh ditandah sorang. Pande aku pulang. ( Terima Kasih As. Tak perlu lah. Nanti aku balik sendiri. Kau jaga je bini ko tu jangan biar seorang)” balas Nek Dayang.

“Ahh lekas mbak temune’ ya sitok. Kelak aku ngereja nya. (Dah cepat bawak uri tu sini. Nanti aku uruskan)” arah Nek Dayang.
Lepas basa basi Nek Dayang pon beransur pulang. Dalam perjalanan pulang tu Nek Dayang merasakan seperti dia diikuti sesuatu. Namun dia buat tak tahu je dan teruskan jalan sebelum malam melabuhkan tirai. Sesampai je kat rumah Nek Dayang pun menggantungkan uri tersebut dekat luar rumah serta diletakkan sedikit belacan dan tak bawak masuk rumah sebab dah malam dan jadi tak sempat nak uruskan harini.

Malam pon menjelma dan Nek Dayang seperti tahu yang malam ini akan ada yang bertandang ke rumah sebab tu dia awal awal letak belacan dan uri tu kat luar. Dari luar rumah kedengaran suara hilaian seram perempuan. Nek Dayang dah gak ada yang berkenan dengan uri tu. Rupanya bau belacan tu tak dapat ‘cover’ bau uri tu dan baunya berjaya menarik perhatian Kak Pon. Salah satu sebab Nek Dayang letak uri tu kat luar sebab dia tak nak entiti tu masuk kat rumah. Dah selepas belegar legar suara tu keliling rumah akhirnya suasana kembali tenang. Pada kesokkan paginya uri tu dak tak ada dan Nek Dayang tahu siapa puncanya.
Orang Melayu Sarawak ni dia ada adat dimana ‘Temunek’ (baca uri bayi/placenta) akan dicuci dengan sabun (Sabun Popanje katanya. Penulis pon tak reti nak eja. Dia warna hijau ada cap parrot) sampai hilang d***h. Kemudian akan diletak garam kasar dan asam jawa lalu dibalut dengan kain dan ditanam. (macam buat kimchi lak lol) Bila ditanam diletak sekali dengan paku, sireh pinang dan rokok apong (rokok daun).Ni cuma adat orang dahulu sahaja. Hal ini dikatakan khurafat. Namun penulis untuk berhati hati dalam nak menghukum bab ini.

Bagi penulis, wajar temune’ itu dicuci hingga bersih dengan sabun dan kemudian diletak garam dan asam keping atau asam jawa untuk membuang bau agar tak menarik perhatian anjing dan makhluk yang suka pada d***h dan bangkai. Kemudian mungkin diletak paku untuk mengelak dimakan oleh anjing sebab temune’ sebahagian dari anggota tubuh manusia dan wajar ditanam dengan hormat. Namun jika diletak sekian sekian benda dengan kepercayaan kepercayaan tertentu maka hukumnya tidak dibenarkan. Tetapi penulis yakin budaya Melayu mempunyai tujuan yang murni namun sering disalah ertikan sebab terlalu gopoh dalam menghukum dan sebahagian hanya ikut buta-buta kemudian atas kejahilan menyebarkan kepercayaan karut.
.
.
.
Kisah Kedua: Siapa yang M**i?

Kisah kedua ni masih lagi terjadi berdekatan dengan tapak rumah atok penulis. Kisah ini penulis dengar dari atok penulis sendiri dan ayah penulis. Di situ dulu ada sebuah sekolah kampung masa atok penulis masih muda. Jadi atok penulis ni pada satu malam dia dok lepak lah kat sekolah tu. Dia dulu mengajar sekolah kampung tu. Sebenarnya deretan kelas je pon bukan macam sekolah pon. So dipendekkan cerita tengah dia syok syok dudok tertiba dia dengar suara dari kejauhan.

“La ilaha illa hah… La ilaha illa hah… La ilaha illa hah.. (kemungkinan La ilaha Illa Allah: atok penulis tak berapa ingat dan pasti apa dia sebut time tu)” suara ramai seakan semakin dekat.

Dari celah celah kelas atok penulis cuba lah usya apa tu. Terus terkejut atok penulis sebab dia tengok macam sekumpulan manusia tengah usung keranda dalam gelap. Dan sekumpulan ‘mereka’ itu semakin mendekat menyebabkan atok penulis ketakutan terus menyorok dibawah kelas. Kelas tu bukan dibina atas tanah. Dia macam bangunan kayu yang sekitar beberapa meter dari tanah jadi ada ruang sikit kat bawah tu.

Mesti orang heran sebab apa tengok usung keranda pon takut. Sebab kat sini budaya dia tak kubur orang malam-malam. Kalau meninggal petang atau malam esok baru kebumikan. Lagi pula sekumpulan pengusung keranda tu usung dalam gelap sambil dengan suara yang garau dan menyeramkan pastu menghilang pulak dalam gelap. Lagipun semasa tu tak ada pon berita sesiapa m**i. Jadi dia kuburkan siapa tu. Kat kampung ni kebanyakkan jiran jiran merupakan sedara mara. Jadi kalau ada apa apa kejadian maka akan tahu lah. Dan lepas je kumpulan lembaga tu hilang atok pon terus keluar dan belari balik ke rumah.

Persoalan sekarang. Siapa yang m**i tadi?
.
.
.
.
Kisah Ketiga: Siapa Tak Tido Lagi.
Kisah ni terjadi masa penulis sekolah rendah. Biasalah kalau kita tinggal kat kampung ni kalau ada apa apa kenduri mesti meriah. Tak payah kenduri lah, sambutan hari jadi pon dah macam kenduri. Sebab apa? Kan semua jiran jiran ni sedara. Kang ko tak jemput kecik ati lak. Jadi masa tu, ada sambutan aqiqah sepupu penulis. Seperti yang penulis dah bagitahu tadi yang rumah atok penulis ni adalah rumah Melayu Lama. Rumah kayu yang ada bawah rumah yang bertiang belian dan bertangga tinggi. Di ruang tahu dihiasi dengan tingkap yang sebesar pintu dan di atas tingkap tu ada apa yang kitaorang panggil ‘lubang angin’.

Dia macam rumah lama dulu mana ada aircond, kipas angin pon mahal. So depa design rumah yang ada ciri ciri pengudaraan dan ambil kira jalan angin supaya rumah tu sejuk. Lubang angin ni seram weh. Dia macam satu ruangan kat atas tingkap yang ada ukiran geometri. Dia tak ada cermin macam tingkap. Mosquito Net pon tak ada. Jadi boleh lihat dengan jelas kat luar melalui lubang angin tu.

Dipendekkan cerita, malam tu sebab sepupu yang jauh pun datang jadi kami yang anak anak bujang ni disuruh tidur di ruang tamu. Biasalah bila jumpa sepupu mesti sampai pagi sembang. Akhirnya lepas puas sembang penulis tido lah dulu. Cuma sepupu penulis tu tak dapat tidur lagi sedangkan penulis dah belayar ke alam mimpi sebab hujan sejuk malam tu. Sebab zaman tu tak ada Hp jadi bila tak dapat tido ko terpaksa termenung je lah.

Tengah dia usya usya tu terpandanglah dia kat lubang angin tu. Korang tau apa dia nampak? Ada satu tangan yang kuku dia panjang tengah ‘berkukut’ (berpegang pada) ukiran lubang angin tu. Dia pon tak tahu kenapa, time ni dia dah ketakutan tapi dia macam terkaku dah masih pandang kat situ. Tadi dia nampak tangan je sekarang dia tunjukkan diri lak. Dia kata dia nampak macam perempuan rambut panjang jelurkan kepala dia kat situ cuma muka dia tak berapa jelas. Last last sebab ketakutan dia tertidur. Lepas tu jarang jarang sekali sepupu aku tu nak tido kat rumah atok aku lagi. Tapi dia ni memang ada macam penakut sikit tapi dia yang banyak pengalaman seram ni.lol.
.
.
.
.
Kisah Empat: Siapa yang Ketawa?
Kisah yang ni pulak aku sendiri yang mengalaminya. Masa ni aku masih sekolah rendah dan pada masa tu ayah aku selalu outstation kerja. Jadi kebiasaannya aku tinggal dengan mak aku je. Walaupun kat rumah atok tapi dalam bilik tu aku mak aku dan adik aku je. Zaman tu mana ada HP lagi jadi hiburan kita orang adalah main board games. Masa ni kalau ko ada Monopoly dah bapak bangsawan. So malam tu aku dan adik aku main Jutaria. Dah malam dah pon. Mak aku dah berapa kali pesan jangan bising dan masuk tido lagi. Korang fahamlah bila adik beradik main mesti gerenti bertekak punya. Berebut tanah, bergaduh nak jual aset macam Tabung Haji yang jual aset. (oppss) Dah puas bertekak terpekik terlolong tetiba kita orang berdua yang tengah syok main Jutaria dikejutkan dengan satu hilaian tawa yang sangat nyaring. Terus diam dan pucat muka kita orang. Seram gila time tu do. Kalau nak kata aku ngantok tapi adik aku dengar sekali. Kalau nak kata ada orang ketawa awat mak aku masih tido dngan nyenyak dan terbangun. So lepas tu kita orang berdua pon keluar kat bilik usya kat luar. Bilik mak kita orang tak jauh dari ruang tamu. Kalau ko nak pergi dapur atau tandas kena melalui ruang tamu yang ada lubang angin tadi. Fuhh…Seram. Lepas jelurkan kepala keluar tengok tengok ada Mak Cik dan Pak Cik tengok bola.

“Mak Jang…Pak Jang…Ada nenggar sora orang tetak sik tek? (Mak Anjang…Pak Anjang… Ada dengar suara orang ketawa tak tadi?)” tanya aku kat pak cik dan mak cik aku.

“Sik ada pun. Pak Anjang pun sekda kiak kaong time goal tek. Kenak? (Tak ada pun. Pak Anjang ko pun tak ada bising bersorak time goal tadi. Kenapa?)” tanya Mak Anjang aku balik.

“Sekda pa lah Mak Jang. Tanyak Jak. Kamek tido lok. Hehehe (Tak ada apalah Mak Anjang. Tanya je. Orang tido lu. hehehe)” balas ku.

Kemudian aku dan adik aku terus masuk bilik dan panjat katil tanpa kemaskan jutaria tadi. Mak aku pon heran apasal dua mangkok ni terjun terus tido. Esok pagi baru mak aku tanya. Dan kena marah pulak sebab tak dengar kata bising bising malam-malam.
.
.
.
.
Kisah Lima: Siapa yang makan nasi monyet tu?
Kisah ni pon terjadi masa aku masih sekolah rendah masa mak aku buntingkan adik ketiga aku. Masa mak aku bunting tu kita orang selalu ‘berambeh’ kat rumah nenek belah mak. Jadi ayah aku kat selalu outstation. Jadi kadang kadang tengah malam baru bawak balik rumah (rumah atok aku tadi sebab kita orang tinggal kat rumah atok belah ayah).

Aku ni ada seekor kera nama dia Ben. Ben ni dulu masa kecik kecik kita orang bela dalam rumah letak kat tiang dapur. Tapi sebab bila semakin besar dia semakin nakal habis tikar tu dia robek pastu kacau barang barang dapur kita orang letak pulak kat bangsal motor. Masalah kat sini pulak roboh atap tu dia goyang terpaksa lak ikat kat pokok kelapa then buat macam pondok kecik tepi pokok takut dia kehujanan.

Malam tu kitaorang balik dah agak lewat. Pokok Ben dan pintu dapur ta jauh. Kita orang memang biasa masuk guna pintu dapur. Lepas keluar kereta mak aku nak masuk rumah lah. Pastu dia pandang lah kat pokok tu nak check Ben macam mana. Terus dia nampak seekor makhluk rupa macam kera tapi rambut dia agak panjang dan tak berantai tengah makan kat mangkuk Ben. Mak aku pun try usya lah lagi sebab gila kau kalau Ben terlepas maunya dia kacau orang nanti walaupun dia tak gigit tapi Ben nakal.

Lepas tengok betul betul benda tu terus berlari panjat pokok tu dan hilang. And guess what Ben ada je kat dalam pondok dia sambut bersorak macam kena sampok setan bila nampak mak aku. Jadi persoalan sekarang.

Binatang apa yang makan tadi serta lari panjat pokok?

Sekian sahaja kisah penulis yang tak berapa seram ni. Penulis mohon maaf atas segala kekurangan. Penulis ada baca komen yang kata kisah penulis seramnya sikit je tapi membebel banyak. Penulis nak mintak maaflah kalau macam tu sebab tujuan penulis selain berkongsi kisah nak jugal kongsi adat budaya penulis dan sedikit ilmu. Penulis doakan korang selamat dari bala dan bencana moga wabak ini diangkat oleh Allah dengan segera. Btw, hopefully korang dok rumah je masa ni. Kalau korang ingkar penulis doakan engkau kena sampuk setan kat tengah jalan. Hahahah.

Assalamualaikum.

Btw, kalau penulis tulis pasal hantu legend Janet nak x?

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

A.M.I

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

7 thoughts on “Alkisah Rumah Tok Tua”

  1. Ush combo lima story terus, aku suka cara penulisan kau bro. Berjela takpa janji tak merapu. Penggunaan ayat dan setiap baris pun ada inti. Looking forward untuk cerita hantu janet. Nice bro.

    Reply
  2. Best aih cita nya..btw kamek mok nengar kitak cerita pasal legend janet sbb aku sik tauk pun apa legend janet ya..sorry lah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.