Anabella : Kawasan rumahku keras

Assalamualaikum dan hai readers FS. Buat pengetahuan semua aku ni pembaca tegar kat website FS ni. So kali ni aku tergerak hati nak cerita kisah yang agak unik sikit tempatnya berbanding cerita2 yang pernah disiarkan di FS ni. Selalu cerita mesti kat kampunglah, kat hostel dan lain. Tapi kali ni cerita aku mengenai kawasan rumah aku yg pernah menjadi bekas lombong timah suatu ketika dahulu. Kisah yang aku nak ceritakan ni tak ada lah seram mana, semoga para pembaca terhibur.

Nama aku Bella, 25 tahun, perempuan. Aku dibesarkan di sebuah daerah Kuala Lumpur sejak lahir lagi. Selepas kelahiranku, emak terus berpindah di sebuah rumah Sting Garden ni sehingga kini. Bermakan 25 tahun tinggal disini sama usia denganku. Apa yang menariknya kawasan rumah aku ni merupakan bekas lombong.

Dahulu, selepas merdeka, maka ramai lah orang dari seluruh pelusuk negeri datang berhijarah untuk mencari rezeki di ibu kota ni. Kebanyakkan tanah bekas lombong dijadikan kawasan perumahan setinggan oleh mereka yg datang berhijrah. Kalau sebut pasal lombong je mesti terfikir pasal benda2 tahyul banyak “benda” duduk kat situ. Ye, memang sepanjang kami duduk kat situ kerap juga diganggu.

Pelbagai jenis makhluk ada disini termasuk makhluk yg buat parti disko di depan rumah aku tanpa meminta kebenaran permit oleh ayah aku. Haha acah je. Aku sendiri tak tahu ape yang diorang buat. Nanti aku ceritakan.

…………………………..

BUNYI-BUNYIAN

So, masa mula2 pindah tu, mak aku cerita rumah ni ok je tak ada ape-ape yang pelik. lepas beberapa lama tinggal, mulalah jiran bertanya tak ada ape-ape yang pelik ke tentang rumah yg aku tinggal ni. Emak pun mula rasa pelik sebab mak kata ok je. Lepas tu jiran mula bukak cerita, sebelum mak pindah rumah tu kosong. Ada lah budak-budak kampung ni main lepas asar kat depan rumah ni. Masa main2 tu diorang terdengar bunyi bayi menangis. Diorang pun larilah lintang pukang sebab rumah aku tu belum ade orang duduk.

Emak aku ni pula suka membela. Macam2 binatang mak bela. Kalau dah membela ni wajiblah dia bagi makan dan selalunya mak aku ni akan bagi makan sebelum waktu magrib kat ayam2 die. Kebetulan masa tu kami tak ada kat rumah. kami semua balik kmpg beberapa hari kemudian blk semula ke rumah. baru je sampai rumah, jiran aku dtg kerumah tanya semalam ada kat rumah ke. mak cakap tak ada. Then jiran terkejut, nak tau sebab ape? sebab dia terdengar suara mak bagi makan kat ayam die sambil bunyi kurrrr… kurrr…..kurrrr….

Rumah aku ni lamannya besar, jadi mak pun binalah rumah kecil kat depan rumah untuk disewakan. belakang rumah kecil ni ade pokok pisang dengan pokok jambu. kawasan belakang ni agak keras. Lepas da siap bina rumah tu mak pun buat doa selamat kenduri kecil2 je. Lupa bagitau, rumah akh ni dibahagi dua dan sebelah kanan disewakan kepada orang bujang indonesia. Masa doa selamat tgh buat kat rumah kecil depan rumah ni, aku tengah kemas beg nak balik politeknik. aku pun jerit kat akak aku tanya nak tak baju biru aku ni. kalau nak, aku tinggalkan kat rumah. lepas tu orang menyewa rumah sebelah ni menyampuk “nak2”. aku pun merungut la dalam hati dah kenapa orang sebelah ni. menyibuk je.

selesai doa selamat tu semua, malam tu aku pun rasa pelik sebab rumah sebelah ni x dipasang lampu macam tak ade org. Aku pun tanya mak mana orang sebelah ni. Mak jawab orang sebelah ni dah balik indonesia seminggu yang lalu. aku pun punyalah terkejut lalu menceritakan ape yang terjadi siang tadi. mak sikit pun tak hairan. kata mak mungkin rumah depan ni ada “benda”, so masa doa selamat kat rumah tu, benda tu pun lari kat rumah sebelah. kepanasan mungkin.

PENAMPAKAN
Sebelum magrib mak selalu keluar bg makan ayam. Masa tu jgk mak terperasan rumah jiran depan ni bakar sampah api besar sangat. Mak pun pergilah dekat2 nak tengok. Lepas tu api tu makin besar setinggi rumah, penuh halaman. Tapi mak sikit pun tak takut kalau2 api tu merebak sampai ke rumah kami. Mak terus siap2 bg makan dan masuk ke rumah. Mak cerita, mana mungkin api besar macam tu tapi tak ade sorang pun perasan, rase bahang pun tak ade. Esoknya tengok pun tak ade langsung kesan terbakar.

Okay, ni pulak cerita pasal budak2 kampung (dalam lingkungan sekolah rendah) yang selalu marayau malam2. Bila time cuti sekolah makin galaklah diorang melepak dan bermain2 kat sepanjang jalan depan rumah aku ni. Masa tu, depan rumah aku ni gelap, budak2 ni tgh main kat hujung jalan selang 3 buah rumah. Diorang darang ke halaman depan rumah aku bising2. Mak pun keluar tanya kenapa. Diorang pun cakaplah, dari hujung jalan tadi diorang nampak pokok kelapa rumah aku ni berlampu-lampu, berwarna-warni macam lampu disko. Bila diorang datang dekat, lampu-lampu tu pun hilang.

Kat depan rumah ni pulak ada pokok jambu tumbuh melintang 90 darjah. Sebelah pokok jambu tu pulak pokok2 daun pisang. Memang tempat favourite dioranglah dengan pokok pisang. Waktu malam memang seram kalau nak lalu sini. Abang aku masa ni sekolah menengah suka melepak dengan kawan sampai lewat malam. Dia dengan kawan dia pun berborak depan rumah, dalam syok-syok berborak diorang ternampak sesusuk tubuh manusia dekat pokok pisang. Abang pun agak sedikit bengang, mana tak nya, tempat tu selalu dijadikan tempat mat gian mengedar dadah. Lalu abang dengan kawannya ke pokok pisang, nak halau orang tu. Sambil diorang menapak kelibat orang tu masih kat situ. Sesampai je kat sana kelibat orang yang disangka pengedar dadah tu jadi makin tinggi yang teramat sangat sehingga mencecah ketinggian tiang lampu jalanraya. Abang pun terkejut sampai kaku jadinya. Kawannya pula lagilah, langkah seribu tinggalkan abang. Mencarut dalam hati abang masa tu. Lepas tu barulah abang lari. Abang cerita kelibat orang tu meninggi panjang kemudian hilang ke atas. Terus dia jadi budak baik sekejap tak merayau malam2.

Tempat kejadian yang sama, sebelah pokok pisang tu kan ade pokok jambu tumbuh melintang. Masa ni jiran depan rumah (rumah Mak Jah) pulak yang kena. Cucu Mak Jah yang sulung ni masa magrib main kat luar. Lepas tu Mak Jah panggil cucunya masuk, kemudian cucunya bersuara “nek, tengok tu. ade orang tua lelaki gayut kat pokok tu”. Mak Jah pun ape lagi, terus bawak masuk cucunya ke dalam rumah. Esoknya cucu dia tu demam panas. Korang bayangkan cucu dia cakap, ada orang tua lelaki, bergayut memeluk pokok jambu tu melintang dengan mata merah sambil memandang mereka. Bukan tu je, ade orang kampung yang lalu lalang situ pun pernah kena ganggu. contoh gangguan yang selalu kena, macam orang nampak kelibat beruk mate merah kat pokok pisang, orang lalu tu, tiba-tiba kena peluk tapi toleh-toleh tak ada orang pun. Kawasan situ memang seram, kami pun x berani lalu malam2. Cucu Mak Jah ni memang senang nampak. sampai satu hari tu, MakJah pergi beraya bawak cucu sekali ke rumah jiran belakang rumah aku. orang tua2 panggil ibu sebab dia ni asal org indonesia, ibu ni macam nenek bongkok. memang die bongkok hampir 90 darjah. Masa beraya tu time nak balik, boleh pulak cucu dia ni cakap, “eh, tengok tu, ade budak kecik lompat-lompat atas ibu.” Jadinya mulalah orang kampung bercerita yang ibu si nenek bongkok ni membela toyol. Mana taknya, masa kecik2 pun aku kena kacau. toyol tu masuk rumah main2 kat atas palang bumbung rumah. Masa tu aku pun kecik tak tau ape2 panggil mak cakap ade budak kecik, hidung panjang, perut boroi ejek2 kat aku. Mak pun tengok tapi mak x nampak apa-apa. Mak terus panggil abah, abah bacakan ayat kursi. pastu aku pun cakap “Mak, budak tu lari kiri kanan pastu tembus keluar (ke arah rumah nenek bongkok ni). Esoknya mak cakap aku demam panas sangat.

Banyak lagilah benda2 mistik kat kawasan rumah aku ni. Tapi aku tak larat da nak cerita. kalau admin approve cerita ni nanti aku tulis lagi okay.

-Bella-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Anabella

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

15 thoughts on “Anabella : Kawasan rumahku keras”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.