Anak Jin Yang Diculik

hi. ini kali pertama aku nak kongsi kan cerita aku kat sini. sebelum ni aku cuma jadi pembaca setia FS.
sorry kalau boring sebab aku tak berapa pandai nak bercerita.

cerita ni berlaku masa 2013. masa tu sekolah aku ada mengada kan kem untuk pelajar PMR.
jadi masa tu semua pelajar PMR diwajibkan sertai kem tersebut disekolah. (sekolah perempuan)

Disebabkan bilangan pelajar yang ramai, ada 8-10 kelas yang dijadikan sebagai tempat tidur selama kem berlangsung.
bilangan murid untuk satu kelas dalam 8-10 orang.
macam biasa, aku dengan kawan kawan mestilah lepak satu kelas kan.

nak dipendekkan cerita, sekolah aku ni sekolah lama dan agak ‘keras’.
jadi masa kem berlangsung, macam macam rules yang cikgu bagi.
antaranya bila waktu maghrib, pintu belakang kelas perlu ditutup dan tiada siapa dibenarkan pergi belakang.
tepat pukul 7, ketua ketua akan tutup pintu belakang. dalam pukul 7.20 petang aku nak pergi mandi baru aku ingat yang towel aku tersidai di belakang class.
aku bagitahu ketua nak bukak pintu untuk ambik towel tapi aku dilarang sekeras keras nya.
disebabkan kedegilan aku, aku keluar class dan pergi ke hujung banggunan untuk kebelakang ambik towel.
dan pada waktu tu la bermula nya semua kekacauan.

Lepas aku ambik towel dan terus mandi, aku masuk ke class untuk bersiap.
aku perasan ketua aku tenung tajam kat aku, pada mulanya aku ingat dia marah sebab kedegilan aku, aku pun abaikan je.
malam tu waktu forum berlangsung, aku tertidur ayam sebab kepenatan dalam dewan. entah kenapa secara tiba tiba aku terasa ada yang meniup lembut di pipi aku, bila terbangun, tiada siapa yang berdekatan.
sekali lagi aku terlelap, pipi aku terasa ditampar kasar, bila aku terjaga masih tiada yang berdekatan dengan aku.

habis forum, makan malam dan masing masing sedia untuk tidur.
malam tu aku terjaga pukul 3 pagi. dan bila aku cuba untuk tidur semula, aku terdengar sayur sayup bunyi mengilai di belakang.
belakang class aku ni ada pokok besar. makin lama makin kuat hilaian.
10 minit kemudian aku dengar jeritan kelas sebelah. masa tu semua terbangun.
dan kami diberitahu untuk tidak keluar dari kelas masing masing dan buat bacaan yasin.
kami diberitahu yang ada pelajar histeria di kelas sebelah. sehingga subuh baru kami dibenarkan keluar dan berkumpul di dewan untuk solat subuh berjemaah.

Kem yang sepatutnya berlangsung selama 3 hari 2 malam dibatalkan.
pelajar diminta pulang pada tengah hari. sebelum balik, ustazah panggil aku secara personal untuk ke bilik guru.
rupanya malam semasa aku mengambil towel, ada benda yang mengikuti aku.
ketua bilik aku tu kata dia nampak budak kecik mengikuti aku sepanjang malam. dia nampak sebab dari kecik lagi memang hijab dia terbuka.
ustaz yang merawat pelajar histeria kata, jin tersebut marah sebab ada pelajar yang culik anak dia (which is pelajar tu aku)
mana lak aku yang culik. anak dia yang ikut aku 🙁

sekian. sorry kalau boring.

kopiko

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 3.7]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.