Anak Patung

Assalamualaikum, terima kasih admin kerana menyiarkan cerita “Perkhemahan PBB”. Hari ini biar aku bawa cerita baru pula ya? Tajuk: Anak Patung. Sejujurnya, aku ni seorang yang tidak lah berapa berani, tidak juga pengecut. Sedang sedang, kerana aku juga boleh nampak makhluk yang orang lain tidak diberi keistimewaan untuk nampak. Iaitu jin mahupun syaitan. Bismillah, moga kita dilindungi daripada gangguan yang tidak sepatutnya, Amiinn.

Ketika umurku 11 tahun, aku gemar mengumpul anak patung seperti barbie, teddy bear dari yang kecil sehingga sebesar manusia dan pelbagai jenis lagi. Aku tidak tahu yang anak patung tidak elok disimpan didalam rumah sehinggalah suatu hari ketika umurku 13 tahun. Aku terbaca satu akhbar yang menunjukkan ada jin masuk ke dalam anak patung mereka dan menimbulkan huru hara didalam rumah itu, ada juga yang menyatakan anak patung tidak elok simpan didalam rumah kerana malaikat tidak jejak didalam rumah itu. Pada mulanya aku memang berkeras untuk tidak membuang patung patung yang telah aku kumpul sejak darjah 5, sayang untuk dibuang. Sampailah beberapa kejadian yang membuatku trauma dan terpaksa membuang patung patung itu jauh dari rumah.

Kisah Pertama;
Ketika ini umurku 13 tahun dan terjadi selepas membaca akhbar tersebut. Aku ada patung kesayangan, iaitu patung beruang sebesar manusia. Pada waktu pagi, patung ini akanku letakkan di satu sudut kaki lima bilik. Pada waktu malam pula aku akan mengambil dan memeluknya sehingga aku tidur. Malam selepas aku membaca akhbar tersebut, aku masuk bilik seperti biasa lalu mengambil patung beruangku dan memeluknya. Aku tenung patung tersebut, aku berbicara dengannya tanpa rasa takut. “Malam ni awak teman kita tidur eh?” sambil mengusap kepala patung beruangku itu. Aku memejam mata dan terlena dibuai mimpi.

Keesokkan pagi, aku bangun untuk menunaikan subuh seperti biasa tetapi terasa pelik, langsung rasa seram menyelubungi diri. Patung beruangku tidak lagi diatas katil, malah dia duduk diatas kerusi dihadapan katil dan menghadap kearahku. Akibat ketakutan, aku terus lari ke bilik ibu dan ayahku, mereka juga kehairanan dan bertanya kepadaku apa yang telah berlaku, maka aku pun membuka cerita tentang anak patung itu. Mereka katakan aku hanya berhalusinasi dan merepek, “Takkan lah hantu tu nak masuk dalam teddy bear awak, merepek betul” kata ayahku. Ibuku hanya diam tanpa sebarang kata. Aku positif, mungkin juga aku berkhayal.

Kisah Kedua;
Masa ini adalah masa yang aku tekad untuk membuang semua patung patung itu. Macam macam telah aku lalui semasa 13 tahun. Kadang kala patung patungku bergerak dengan sendiri, ada juga yang tiba tiba boleh berjalan dari satu sudut bilik ke sudut yang lain. Aku tidak tidur didalam bilikku selama 4 bulan. Ketika aku berumur 14 tahun, ada satu kejadian ini membuatku tidak lagi ragu ragu untuk membuang semua patung patung yang telah aku kumpul selama ini.

Aku mempunyai seorang adik perempuan, ketika itu umurnya 4 tahun. Entah bagaimana, dia masuk kedalam bilikku dan bermain dengan anak patungku sambil bercakap seorang diri. Aku hairan, dia baru sahaja belajar bercakap, tetapi nampaknya ketika itu seperti fasih sungguh. Aku masuk kedalam bilikku seperti tiada apa dan tanya kepada adikku, “adik, buat apa dalam ni? Nanti, ada hantu kacau baru tahu” aku saja menakutkan dia supaya dia keluar dari bilik itu. Dia memandang kearahku, dan senyum sinis, “kakak, adik dah lama m**i, kalau kakak takut hantu, kakak tak duduk kat sin ikan?” lalu dia mengilai sekuatnya. Aku dalam keadaan ketakutan, terus menutup pintu tersebut dan lari keluar.

Aku memberitahu ibu dan ayahku tentang perkara ini, ibu dan ayahku bergegas pergi ke bilikku. “Adik, adik buat apa dalam bilik kakak?” tanya ayah. Dia tidak memberi apa apa respons, ayahku menghampirinya dan menyentuh bahunya. “Adik?” tegur ayah. Adik menolehkan kepalanya, lalu menggigit tangan ayah. “Jangan sentuh aku!” teriak adik, tangan ayah berdarah seperti digigit kuat. Aku menangis di luar bilik sambil berpelukan dengan ibu. Ayah menelefon seorang ustaz untuk meminta tolong, ustaz itu juga kenalannya. Ustaz itu bergegas ke rumah kami, dia tiba dengan 2 orang lagi pembantunya. Mereka terus masuk ke dalam bilikku dan mulakan bacaan ayat suci Al-Quran. Hal ini mengambil 3 jam untuk menyelesaikan hingga betul betul bersih, ustaz itu memagar rumah kami sekali. Ustaz itu menyuruh ayah dan ibuku membuang semua patung patung yang ada didalam bilikku.

“Sebaiknya, buang semua anak patung yang ada dalam bilik ni, syaitan boleh masuk kedalam anak patung dan menggunakan anak patung itu untuk membuat huru hara di rumah, malaikat juga tak sudi nak masuk ke dalam rumah.” Kata ustaz itu. Maka betullah akhbar yang aku baca tempoh hari, anak patung tidak seharusnya ada didalam rumah. Aku mengambil plastik besar dan menghulurkan kepada ustaz tersebut, ustaz itu memasukkan patung patung tersebut ke dalam plastik dan membawanya bersama. “Buat sementara waktu, pasang surah surah ketika tidur, jangan biarkan bilik ini ditinggal kosong, dan jangan sama sekali membeli patung.” Pesan ustaz tersebut. Kami akur. Maka ustaz itu balik, dan kami menjalankan hari kami seperti biasa. Alhamdulillah, tiada apa gangguan yang pelik didalam rumah itu lagi. Jangan beli anak patung besar besar tau, ingat!

Sekian daripada saya. Terima Kasih!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cik A

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.