Ancient Library

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini rasanya kali ketiga aku tulis cerita dekat FS. Sebelum ni aku kongsi kisah yang bertajuk “adab masuk ke rumah” . Dan kali ini pula cerita yang disampaikan oleh abang aku. Abang aku bersekolah salah satu sekolah rendah di negeri Johor. Sejarah sekolah ni sebenarnya sangat lama, kalau tidak silap sudah ditubuhkan sebelum kemerdekaan lagi. Mungkin ini salah satu sekolah rendah yang tertua di Negeri Johor. Pada awalnya, sekolah ni dikatakan setiap pelajar tu, mesti ada pengalaman ternampak badut di dalam bilik air atau di kawasan sekitar bangunan sekolah yang lain.

Tapi itu zaman aku, sebelum itu zaman abang aku diceritakan ada satu kisah misteri yang sudah wujud lamanya. Iaitu “perpustakaan berpuaka”. Pada mulanya, aku gelak je, sebab perpustakaan yang aku tahu perpustakaan tu meriah, dan tak menyeramkan langsung. Sebab aku pernah stay situ sorang diri sampai azan maghrib. Sampai lah satu garis ayat abang aku, “library yang zaman kamu tu, bukan lah perpustakaan asal sekolah tu”. Aku diam kejap, lepas tu aku tanya dan suruh abang aku cerita.
Ceritanya pun macam ni.

Dulu perpustakaan sekolah tersebut adalah satu bangunan sahaja, berbanding sekarang yang digabungkan dengan bangunan sekolah sekali. Sekarang ni aku nak cerita dekat kalian semua daripada perspektif abang aku. Takut nanti kalau dari aku cerita tersebut jadi agak keliru.

Nama aku Miza, sekolah aku ni dikhabarkan yang perpustakaan tersebut mempunyai kisah sejarah seram yang tersendiri. Disebabkan itu tiada seorang yang berani masuk perpustakaan itu seorang diri, kecuali seorang staff khas perpustakaan tersebut bernama Devagi. Ms Devagi ni seorang yang lembut peramah dan rajin bercerita. Dia paling suka kalau ada orang masuk perpustakaan tu. Dia dekat situ dah berkhidmat selama 15 tahun. Jadi satu hari ni aku nak buat rujukan, jadi aku ajaklah beberapa rakan lain teman aku.

Waktu tu lepas tamat sekolah aku pun pergi sorang sebab ada yang pergi latihan bola katanya, dan ada yang saja mengelak. Aku pun masuk dalam perpustakaan tu. Aku tengok dekat kaunter Ms Devagi tu tak ada. Maybe dia pergi lunch kot. Sebab pukul 2 gitu. Jadi aku pun masuk dan cari lah kawasan dengan tag “geografi”. Aku cari punya cari dan jumpa. Waktu aku nak ambik je buku dekat rak tu. Ada suara halus membisik, “Cari buku apa?”. Terkejut juga lah aku. Bila toleh kiri kanan tengok tak ada orang. Jadi aku tak hiraukan. Aku ambik satu buku ni dan duduk dekat depan sekali.

Tengah leka catat nota dekat buku, tiba-tiba aku rasa tangan sejuk yang meliar di sekitar leher aku. Waktu tu aku berdiri tegak pandang kiri kanan tengok sunyi. Lagi satu bangunan tersebut agak jauh dari bangunan lain jadi situ suasana agak sunyi dan bersesuai untuk sekitar perpustakaan tersebut. Waktu tu aku terus bangun dan nak keluar. Belum sempat nak keluar, Ms Devagi tadi pun datang. Dia nampak aku terus dia cakap, “HI, looking for something?” dia tanya aku. Aku angguk je dan tunjuk buku geografi tadi.

Dia tanya nak pinjam tak, aku angguk terus pergi kaunter. Dekat kaunter tu tanya nama dan kelas semua. Lepas habis daftar tu dia suruh aku duduk kejap dia nak cerita something dekat aku katanya. Aku cakap okay je tapi tak boleh lama. Jadi dia pun senyum, aku duduk jauh daripada dia. Lepas tu dia tunjuk aku satu rekod dia kata ni record pelajar yang datang sini dan pinjam buku. Aku tengok untuk 4 bulan hanya aku sorang je yang pinjam buku. Lepas tu aku cerita dekat dia, banyak orang kata yang perpustakaan ni berhantu. Aku sebut je perkataan tu buku dekat rak-rak belakang terus jatuh. Bukan sikit, banyak! Satu rak pasal cerita dongeng budak-budak tu semua jatuh.

Ms Devagi tu pandang tu, aku pandang dia balik. Tapi dia senyum je lah. Aku bangun terus ikut dia pergi rak dekat belakang tu tolong kemas semua buku-buku dekat situ. Lepas tu aku tak perasan sangat. Tapi tengah aku kutip buku ni, hujung mata aku ni tangkap macam ms Devagi ni tengah bercakap dekat seseorang. Tapi aku biarkan je. Lepas tolong kemas tu aku bangun dan cakap nak balik. Dia pun cakap terima kasih. Esoknya, sampai sekolah habis heboh satu sekolah katanya ada orang nampak hantu waktu balik lalu bangunan tu. Dia kata dalam pukul 3. Aku pelik lah, aku balik dari perpustakaan tu pukul 4 lebih kot. Macama mana dia boleh nampak tapi aku tak boleh nampak.

Lepas tu aku tanya lah kawan aku siapa yang nampak tu. Diorang kasi tahu Safwan, aku pergi jumpa Safwan ni. Nampak je aku, dia terus pergi dekat aku. “Korang tak percaya korang tanya lah si Miza ni, Waktu aku nampak ada hantu tu, aku nampak Miza sorang dekat perpustakaan tu”. Aku terus bantah dia cakap. Aku mana ada nampak apa-apa. Dia kata betul dia nampak aku tengah kutip buku sorang-sorang dekat belakang. Dan dia nampak ada ramai orang berdiri dekat belakang aku. Aku pelik lagi sebab aku waktu tu dengan Ms Devagi. Aku biarkan je si Safwan tu.

Esoknya, Safwan ni demam tak datang sekolah. Katanya benda tu mengikut dia. Lepas tu semua pandang aku, sebab aku cakap Safwan tu tipu. Diorang kata takkan lah Safwan tu nak tipu sampai demam macamtu. Aku diam je, siap ada sorang tu cakap. Aku berkawan dengan hantu, sebab tu aku backup hantu tu berbanding kawan. Makin marah aku, dah jelas aku tak nampak. Takkan lah aku nak tipu. Mingggu depan tu aku kena pulang balik buku geografi tu. Jadi aku pergi lah library tu sorang sorang. Sampai sana Ms Devagi tu dah ada dekat sana. Dia senyum je dekat aku. Aku balas balik. “Nak pulang buku ke?”, Soal Ms devagi tadi. Aku setakat angguk kepala je. Dia record semua, lepas record tu dia tegur aku.

Dia kata ada nak tanya apa-apa ke? Aku tanya dia betul ke perpustakaan ni berhantu. Dia gelak je, katanya nak tahu ke? Aku diam je. Lepas tu dia bawa aku masuk store perpustakaan tu. Aku tengah dekat situ ada contoh tulang manusia, dia kata ni dulu milik Makmal sekolah, tapi lepas tu dipindahkan dalam store sini. Dalam tu dia kasi aku satu buku. Dia cakap dengan aku simpanlah buku ni. Buku ni cover dia tak ada, dan berbahasa inggeris. Yang aku ingat buku tu pasal satu cafe tepi jalan. Buku tu tulisan sendiri dan tak pernah di publishkan. Dia suruh aku balik dan habiskan baca dalam masa satu hari. Aku pun iyakan sahaja dan bawa balik. Malam tu aku penat jadi aku terlupa baca langsung buku tadi.

Esoknya bila aku nak ke sekolah ni, aku jalan kaki. Waktu jalan kaki aku asyik terpandang wanita berpayung sepanjang jalan. Aku rasa banyak kali aku dah melintas wanita tersebut. Tapi masih sahaja wanita tersebut muncul depan pandangan aku. Sampai satu selekoh, wanita tersebut berhenti dan berpaling ke arah aku. Aku tak nampak muka dengan jelas, hanya pandangan dari tepi sahaja. Aku biarkan dan terus pergi ke sekolah. Waktu tengah subjek BM ni, telinga aku ni asyik terngiang-ngiang ada suara halus panggil nama aku. Aku satu hari tak boleh fokus belajar. Suara tu lembut dan halus.
Bila aku cari tak jumpa sumber suara tu. Sampai lah aku dalam perjalanan balik. Aku berselisih dengan Nadiah. Aku tunduk lah kepala sambil senyum dekat dia. Dia balas balik. Waktu petang tu aku main bola, tengah main bola ni nampak ada Nadiah.

Lepas borak semua, tiba – tiba nadiah tanya aku, “Tadi tu yang balik dengan Miza, Mak miza eh? lawalah”.

Dalam hati aku, eh mak mana pula ni. Aku tanyalah yang mana satu? Dia jawab yang pakai payung dan berkebaya. Aku apa lagi terus balik rumah mandi semua. Aku terus buka buku yang Ms Devagi tu bagi. Sebenarnya aku tak berapa ingat sangat jalan cerita buku tu. Tapi yang aku ingat dalam tu dia berkisar pasal seorang wanita dan cafe milik beliau. Dalam tu dia terangkan ke-unikkan cafe tersebut. Dan memerhati setiap gerak geri pelanggan.

Malam tu aku terus habis baca buku tersebut, aku pun terlelap rasanya nak dekat pukul 12 tengah malam juga. Malam tu, dalam pukul 3 aku terjaga. Ada orang ketuk pintu rumah aku tengah malam, aku tengok semua orang dekat rumah aku tengah tidur. Bila aku intai dari tingkap kelihatan jelas. Wanita berpayung dan memakai baju kurung. Entah macam mana, aku terbuka pintu rumah aku. Waktu terbuka tu aku macam khayal sekejap. Sampailah mak aku datang dan tepuk bahu aku tanya buat apa. Bila aku sedar tengok aku rupanya dekat dapur. Aku keliru kejap dan terus masuk bilik.

Aku ambik balik buku yang bertulis tangan tadi tu. Aku baca lagi sekali, tapi bila aku baca. Aku rasa lain, aku rasa macam ini bukan buku yang aku baca tadi. Aku stop kejap tengok kulit buku selak sana sini. Eh sama lagi, kalau kisah yang pertama tadi tentang satu cafe yang agak unik dengan design barat. Kali ni cerita tersebut tentang, seorang gadis yang ada impian dan cita-cita yang jauh. Tapi disebabkan oleh peraturan keluarga. Dia jadi terikat dari mencapai cita cita tersebut. Aku baca separuh aku tutup. Aku cuak waktu ni, takkan lah buku ni boleh bertukar cerita. Lama juga aku bermonolog sambil belek buku tadi.

Pagi esoknya, aku pergi ke sekolah. Haritu tu hujung minggu jadi cuti. Tapi perpustakaan tu buka setiap hari. Jadi aku datang. Aku nak jumpa dengan Ms Devagi. Bila dia nampak aku, dia senyum. Aku hulur dia buku tadi. Dia tanya aku dah habis baca ke belum. Aku jawab dah, dan dia tanya aku versi mana satu yang aku suka. Aku cakap, yang lagi satu aku tak habis baca lagi. Aku terus tanya dia, macam mana buku tu boleh berlainan cerita tapi pada buku yang sama. Dia senyum, dia ambil satu gambar ni. Gambar budak sekolah, dalam tu dia tunjuk seorang budak india. Dia kata ini dia zaman sekolah rendah dulu. Yang sebelah tu pula cikgu yang kasi buku tadi tu dekat dia. Cikgu tu pula dapat dari kawan dia. Buku itu kira dah turun temurun. Aku tanya dia, “habis tu saya kena kasi dekat student lain pula ke?”. Ms Devagi diam tapi dia angguk. Aku tinggalkan buku tu. Aku balik lah rumah terus sampai rumah panjang juga lah aku fikir. Aku syak mula-mula Ms Devagi tu power magic, ahli sihir lah dan lain-lain.

Malam tu aku mimpi, mimpi duduk dekat satu cafe bangunan dia agak unik binaan barat. Di dalam mimpi tersebut aku di datangi wanita cina yang aku tak kenal siapa. Tapi dia cuma senyum dekat aku dan hidangkan aku secawan teh. Esoknya aku bingkas pergi ke perpustakaan tersebut. Aku berjumpa dgn Ms Devagi dan aku ceritakan. Dia cuma kasi aku jeling tajam dan suruh aku duduk. Waktu aku duduk dia ceritakan sesuatu, sambil itu aku dihidangkan dengan secawan teh. Rasa dan bau teh tersebut bukan lah teh yang kita rasa setiap hari. Rasanya pekak tapi tidak kelat, Manis tapi tidak memeritkan tekak. Lepas aku minum terus Ms Devagi cerita. Dia dan keluarga dia sudah jaga perpustakaan ni secara turun temurun. Sebenarnya bangunan ini asalnya sebuah stor penyimpan barang-barang. Tapi dijaga rapi oleh keluarga beliau.

Tahun makin tahun, bila pembinaan pesat membangun. Bangunan itu pun terpaksa dibina semula. Bila dibina semula. Ramai pihak mencadangkan menjadikan bangunan tersebut untuk masuk dalam lingkungan sekolah tersebut. Pada mulanya, keluarga dia menolak. Tapi akhirnya terpaksa mengalah, dengan syarat library itu akan dijaga oleh ahli keluarga mereka sahaja. Dan buku itu pula, dia kata tulisan nenek moyang dia. Tapi cara buku itu bergerak ke setiap orang adalah bukan melalui keluarga mereka. Tapi dari seorang keluarga Melayu dan ke sebuah keluarga cina. Dan akhirnya sampailah ke cikgu sekolah aku. Dari situ lah baru kembali buku tu kepada keluarga Ms Devagi, iaitu pewaris sebenar buku tersebut. Buku tersebut tidak pernah dicetak di dalam mana-mana media cetak.

Hanya disimpan rapi di dalam stor perpustakaan sekolah. Tapi buku tu masih dalam keadaan cantik. Selepas aku yang baca buku tersebut aku tak tahu siapa lagi yang baca. 2 tahun lepas aku masuk sekolah menengah. Yang jaga perpustakaan tersebut sudah tukar ke generasi pula selepas Ms Devagi berhenti. Dan aku tak berapa ingat tahun bila tapi dalam awal 2000 di renovate kan dan dijadikan store. Dan akhirnya perpustakaan dibina di bangunan lain. Tak silap aku masih keluarga Ms Devagi yang jaga perpustakaan baru tersebut. Kalau sekarang ni aku tak pasti. Last aku melawat sekolah tersebut 2012. Dan yang jaga masih dari keluarga mereka.

Lepas aku dengar abang aku cerita. Abang aku tanya aku, jadi ada lagi tak kisah misteri pasal perpustakaan. Aku geleng je lah. Sebab sekarang ni femes dengan kisah misteri lain. Jadi aku pun tak tahu kewujudan cerita tersebut benar atau rekaan. Untuk tahu kalau di mana sekolah tersebut, kalau baca kisah aku yang sebelum ni. Mungkin kalian tahu dia daerah Johor mana sekolah tersebut. Terima kasih karena membaca. Assalamualaikum.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]
KJ

13 thoughts on “Ancient Library”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.