Angkara Psiko

Joe terbangun lalu mengaup wajahnya.

Sekali lagi dia bermimpi tentang tiga orang sahabat karibnya dibu nuh. Sudah berbulan – bulan dia bermimpi pekara yang sama.

Di dalam mimpinya, dia dapat melihat adegan pembu nuhan yang dilakukan terhadap sahabat – sahabatnya itu.

Bermula dengan Zarul yang ditolak oleh pembu nuh itu semasa berada di atas feri semasa menuju ke Pulau Palawan sehingga dia m4ti kelemasan.

Kemudian, kereta Iqbal pula disabotaj oleh lelaki yang sama dan menyebabkan kemalangan jalan raya meragut nyawanya.

Terakhir sekali iaitu Amirul yang gagal melepaskan dirinya daripada cerutan pembu nuh itu kemudian m4yatnya digantung pada siling rumah.

Joe berpeluang untuk melihat wajah pembu nuh itu setelah adegan – adegan pembu nuhan yang dilakukannya selesai. Tetapi, malangnya dia gagal untuk mengecam wajah tersebut.

“Siapa kau?” Bisik hati joe.


Petang itu, Joe mengajak Remy berjumpa di Starbucks, Jalan Ampang. Dia membuat keputusan untuk menyampaikan hal ini kepada Remy sekali lagi. Remy adalah salah seorang sahabat karibnya semenjak daripada sekolah menengah lagi dan kini dia bertugas sebagai Sub Detektif Inspektor di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

“Bro, jangan bagi tahu aku kita jumpa ni semata – mata nak cerita pasal mimpi kau tu lagi,” Remy memulakan perbualan sejurus melabuhkan p******g di atas bangku. “Kau kena move on Joe, dia orang dah pergi. Kita yang masih hidup ni, kena teruskan kehidupan macam biasa dan doakan aje semoga dia orang baik – baik kat sana,” kata Remy memujuk.

“Tak. Kali ni ada sesuatu yang lagi penting aku nak sampaikan,” jelas joe.

“Okay, apa dia?” Remy membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.

“Kau tak rasa pelik dengan kem4tian arwah Zarul, Iqbal dan Amirul?” Joe memulakan topik utama.

“Topik ni lagi…” Remy mengerutkan keningnya.

“Tiap malam aku bermimpikan dia orang dibu nuh oleh seseorang, Remy” kata Joe. “Mimpi aku tu ada tunjukkan cara dia orang dibu nuh. Tapi setiap kali aku cuba untuk mengecam muka pembu nuh tu aku mesti terjaga,” kata Joe lagi.

“Hmm… kau dah cerita yang tu Joe,” celah Remy.

“Okay, baiklah. Tahun 2016, Zarul meninggal disebabkan lemas. Then, 2017 Iqbal pula m4ti kemalangan jalan raya. Last sekali, tahun lepas Amirul bun uh di ri. Bila aku check, tarikh kem4tian diorang semua sama iaitu pada 3 September. Yang pelik, dia orang bertiga telah disahkan positif dadah semasa kem4tian. Tetapi, setahu aku dia orang tak pernah pun terlibat dengan dadah kat sekolah dulu,” Joe meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

“Joe, manusia boleh berubah…” Remy menghirup Caffé Americanonya yang masih panas.
“Kau tak rasa ni satu kebetulan ke?” Tanya Joe serius.

“Hmm…” Remy mengerutkan kening. “Okay, apa lagi maklumat yang kau ada?” Tanya Remy pula.

“Aku syak, kem4tian diorang ni dah dirancang…” Bisik Joe. “Tapi susah nak buktikan yang dia orang ni “dibu nuh” sebab cara kem4tian nampak neutral,” tambahnya lagi.

“Masuk akal. So, sekarang ni kau yakin pembu nuh tu wujud?” Remy mengangkat kening kirinya.

“Ya, betul! Aku dah nampak apa yang dah jadi dalam mimpi aku…,” Joe mem4tikan ayat di situ.
“Sekarang ni aku nak minta tolong kau bukakan semula fail untuk siasat perkara ni. Kita start dengan arwah Amirul. Kita mesti cari siapa pembun uh tu. Dia orang kawan kita, Remy,” dia menyuarakan cadangan.

“Aku bukan tak nak tolong, Joe. Siapa cakap aku tak sayang member? Tapi, mahkahmah dah perintahkan untuk tutup kes. Aku tak boleh proceed berdasarkan mimpi atau instinct kau yang mengatakan dia orang ni “dibu nuh” sekiranya tiada bukti kukuh. Lagi satu, memang tak ada tanda – tanda yang menunjukkan ada perbuatan khianat. So, aku tak boleh nak siasat lebih – lebih. Banyak kes lagi yang perlukan perhatian aku,” terang Remy. “Tapi kalau ahli keluarga dia orang memohon untuk buka semula kes, upah peguam baru. Mungkin aku boleh bantu,” sambungnya lagi.

Bukan Remy tidak mahu membantu tetapi dia sudah serik untuk menanggung malu apabila dimarahi dengan pihak atasannya tempoh hari gara – gara cerita fantasi Joe. M4ti – m4ti pihak polis menyangka Joe adalah alibi kem4tian tiga orang sahabatnya itu. Rupa – rupanya, semua maklumat yang diberikan adalah berdasarkan mimpi sahaja. Akhirnya, Joe pula yang menjadi suspek tetapi Joe bernasib baik kerana pihak polis tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwanya.

“Hmm.. Part tu nanti aku usahakan,” perlahan sahaja ucap Joe.

Joe tidak menyalahkan Remy kerana dia faham ada prosedur yang harus dipatuhi. Tetapi, dia masih tidak berpuas hati kerana firasatnya mengatakan pihak polis telah terlepas beberapa petunjuk penting.

Sepekara lagi, agak mustahil untuk memujuk ahli keluarga tiga orang arwah sahabatnya itu kerana masing – masing tampak sibuk dengan kehidupan sendiri. Lagi pun, mereka semua seperti sudah menerima takdir yang ditentukan Iilahi. Dia takut juga kalau – kalau mimpinya itu hanya sekadar mainan tidur. Bukankah banyak masa dan tenaga orang ramai akan terbuang kelak?

Tiba – tiba, telefon bimbit Joe berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Nama Elena tertera pada skrin telefon. Elena adalah gadis yang dia kenali melalui Instagram hampir setahun yang lalu. Akhirnya, persahabatan mereka menghasilkan bibit – bibit cinta dan seterusnya menjalin ke arah hubungan yang lebih serius.

“Siapa tu?” Tanya Remy, curious.

“Ah, girlfriend aku,” jawab Joe selamba.

Joe mengalihkan telefon bimbitnya saat dia mendapati sahabatnya itu mencuri pandang. Dia tidak mahu menjadi bahan usikan lelaki itu. Panggilan kekasihnya itu segara dimatikan.

“Wow, dah ada GF ke? Lawa? Kenalkan kat aku, bro…” Remy mengenyit matanya.

“Eh, tak adalah. Biasa – biasa aje weh. Aku bukan hensem dan sado macam kau,” Joe tersengih mempamerkan giginya yang tersusun rapi.

“Sado tak sado lain cerita yang penting sekarang ni bau nasi minyak dah naik,” lelaki berbadan tegap itu berlakon seperti terhidukan sesuatu.

“Awal lagi, baru masuk 30 tahun ni. Eh, kau tu pula bila lagi? Muka hensem, badan sado, kerjaya pun boleh tahan tambah lagi poket masyuk. Takkan takde kot?” Giliran Joe pula membalas usikan sahabatnya itu.

“Belum ada yang sangkut lagi bro…,”lalu Remy menghirup Caffe Americanonya.

“Jangan – jangan…kau ni…kunyit kot?” Usik Joe lagi.

“Minta simpang 44, nauzubillah!” Seloroh Remy pula diselangi dengan hilai tawa Joe.


“Kenapa you matikan call I? You jumpa siapa?” Tanya Elena sejurus Joe membuka pintu kondo.

Sememangnya Elena tidak berpuas hati apabila Joe mematikan panggilan telefonnya tadi.

“I’m sorry, sayang! I jumpa Inspektor Remy. Kita orang bincang pasal something something…” Jelas Joe lalu merangkul pinggang kekasihnya itu.

Mana mungkin dia akan berlaku curang terhadap Elena. Baginya, Elena adalah satu – satu gadis yang dicintainya. Bukan kerana rupa paras yang cantik atau pun tubuh badan yang seksi, tetapi dia menyukai sikap Elena yang pandai berdikari dan bijak membawa diri walaupun kekasihnya itu dibesarkan sebagai anak yatim piatu. Malah, gadis itu setia membantunya dalam mentadbir bisnes kereta mewah miliknya siang dan malam. Tambahan pula, dia memang alergik kepada wanita yang clingy dan inginkan perhatian sepanjang masa.

“Pasal mimpi you lagi ke?” Elena mengerutkan dahinya.

“Hmm…“ Joe hanya mengangguk.

“I think you need stop. They had gone already, Joe,” Elena melabuhkan p******g di sofa yang bersebelahan Joe.

Joe merenung wajah Elena lalu mempamerkan senyuman pahit. Baginya, Elena dan Remy sama sahaja tidak memahami situasi dirinya kini. Mereka tidak mengetahui apa yang dilihat oleh Joe hampir saban malam sehinggakan dia tidak mendapat tidur yang nyenyak. Joe tidak meminta curiosity ini menguasainya tetapi dia yakin sahabat – sahabatnya itu m4ti dibu nuh oleh seseorang. Cuma, dia buntu untuk mendapatkan lebih petunjuk dalam mencari pembun uh itu.

“I know. But I’m pretty convinced that they all were killed by someone, baby. It’s just that I don’t know where to find more clues prior to their death and to find the killer,” Joe menggenggam tangan kekasihnya itu lalu diletakkan pada pipinya.

Gadis berkulit putih itu mengalihkan pandangannya ke hadapan dan kemudian matanya dialikan ke arah Joe semula.

“Why don’t you check their social media profiles? Or maybe their phones? Mungkin polis ada terlepas pandang beberapa benda penting, kot. Who knows you might find something useful and more clues? “Elena mengangkat kedua – dua belah bahunya.

Joe bingkas bangun setelah mendengar cadangan Elena. Mengapa sebelum ini dia tidak pernah terfikirkan sedemikian?

“Oh, baby… you are damn clever. I love you!” Joe mengucup pipi gebu kekasihnya itu. “Tolong ambil Macbook I,” pinta Joe pula lantas Elena menghulurkan kepadanya.

“Start daripada Facebook ke?” tanya Joe meminta pendapat.

Elena mengangguk tanda setuju.

“Harap pihak Facebook belum padam profile dia orang…” Ujar Joe sambil menaip password masuknya.

Joe memulakan langkah pencariannya dengan memasuki profile page Zarul. Satu – persatu status update Zarul dilawati. Tetapi, kebanyakan status update yang ditemui tidak mencurigakan. Malahan banyak update yang berunsurkan keagamaan dimana menyeru manusia supaya bertaubat daripada dosa – dosa silam. Joe merasa pelik kerana Zarul yang dikenalinya bukanlah seorang yang warak.

“Kau macam dah tahu aje nak pergi…,” Bisik hati kecil Joe.

Kemudian, Joe melawati album gambar pula. Beberapa keping gambar kenangan sewaktu berada ditingakatan 5 terpacul pada monitor komputer ribanya. Terpampang wajahnya, Amirul, Iqbal, Remy dan Zarul melakukan aksi freestyle sebelum memasuki dewan peperiksaan pada salah satu gambar tersebut. Senyuman terukir dibibir Joe saat mengimbau kenangan itu. Jika masa mampu diputarkan semula, dia ingin menjadi remaja kembali.

“Is that you? Eww…” Elena mempamerkan satu riak wajah yang jijik. Joe kelihatan agak kurus di dalam gambar itu.

“Eh, hensem apa? Rambut belah tengah,” seloroh Joe lalu mencubit manja pinggang Elena.

Sesudah itu, dia melawati profile page Iqbal pula. Kebanyakkan status yang telah diupdate hanya berkenaan dengan kereta lumba. Sekali lagi, tiada unsur – unsur yang mencurigakan ditemui. Malahan tiada satu pun status yang menyatakan dia bermusuh atau bergaduh dengan sesiapa. Lantas, Joe mengklik pada album gambar dan menemui gambar kenangan yang sama tetapi terletak satu caption pada gambar tersebut.

3 September 2007 – 1st day SPM at Seri Bestara International Schools.

Joe tersentak saat melihat tarikh itu kerana dia pernah melihatnya sebelum ini.

Barulah dia sedar, itu adalah tarikh kematian tiga orang sahabatnya!

Tanpa semena – mena, telefon bimbit Elena pula berbunyi.

Joe kaget lalu mengarah Elena menjawab panggilan tersebut.

“Siapa?” Soal Joe.

“PA Datuk Law nak datang ke showroom. Katanya nak tengok Range Rover Evoque,” terang Elena ringkas. “Jom, sambung tu kemudianlah…,” ajaknya sambil mengusai diri lalu mengambil telefon bimbitnya.

Joe menolak ajakan Elena kerana dia masih lagi mahu meneruskan penyiasatan.

“Kalau ada apa – apa yang penting call I,” kata Joe.

“Okay, baiklah!” Elena mencapai beg tangannya dan berlalu pergi.

Joe kembali semula ke profile Zarul dan mengklik pada gambar kenangan SPM mereka dan dia turut menemui tarikh yang sama pada upload information.

Kemudian, Joe melawati profile page Amirul pula dan mengklik pada gambar yang sama lalu tarikh yang dilihatnya sebentar tadi terpampang pada skrin komputer.

3 September 2007 – 1st day SPM at Seri Bestara International Schools.

Dia kembali ke ruangan status update dan meneliti satu – persatu status sebelum kematian Amirul. Tetapi, malangnya kebanyakkan status yang ditemui adalah berkisahkan putus cinta sahaja.

“3 September 2007?” bisik Joe sendirian.

Dengan segera Joe mencapai telefon bimbitnya dan menekan butang call pada nama Remy.

“Ye, bro. Apa pula kali ni?”

“Kau ingat tak tarikh SPM kita dulu?”

“Hah? Mana aku ingat bro…apesal?”

“Aku ada satu clue penting dan aku rasa ini bukan kebetulan. Kau dengar dulu.”

“Hmm… okay, teruskan.”

“Tarikh kem4tian Amirul, Iqbal dan Zarul adalah sama pada 3 September, bukan? For your info, tarikh itu adalah tarikh SPM kita! Cuba ingat, 3 September 2007…”

“Mana kau dapat info ni?”

“Daripada Facebook, kau check album photo dia orang dan cari gambar kita berlima…”

“Aku rasa kau dah boleh jadi polislah.”

“Ini bukan satu kebetulan bro…”

“Okay, sekarang apa point kau?”

“Aku rasa motif pembu nuhan ni ada kena megena dengan bekas sekolah kita.”
Remy ketawa terbahak – bahak.

“Dan – dan aje kau dengan teori kau tu. Jangan macam – macam bro, nanti tak pasal – pasal jadi suspek lagi. Aku tak boleh nak jamin kau dah lepas ni.”

“Okay, sorry. Tapi aku rasa pihak polis kena siasat tarikh 3 September 2007. Aku rasa ada sesuatu dengan tarikh tu…”

“Baik, biar polis yang siasat hal ni. Sekarang, aku nak kau stop and back to normal life. Fokus bisnes kau macam biasa. Tak payah nak jadi part time detektif lagi…”

“Noted bro, jangan risau…”

Joe mematikan panggilan telefon dan membaringkan dirinya di atas sofa. Dia cuba untuk mengingati setiap wajah bekas rakan – rakan sekelasnya dahulu tetapi malang sekali ingatannya kabur – kabur. Bukan itu sahaja, dia juga gagal untuk mengingati wajah bekas guru – gurunya. Hanya Amirul, Iqbal, Remy dan Zarul sahaja yang terpahat dimemorinya sehingga kini. Itu pun disebabkan mereka berlima akrab semasa di sekolah menengah dahulu.


Joe terjaga daripada tidur dalam keadaan yang gelap gelita. Dia tidak pasti sudah berapa lama dia terlelap. Kemudian,dia meraba – raba sekeliling sofa untuk mendapatkan telefon bimbitnya.
Tiba – tiba kedengaran satu suara memanggil nama Joe.

“Joe….”

Joe terperanjat saat melihat Amirul, Iqbal dan Zarul yang kini sedang berdiri dihadapannya dengan wajah yang pucat dan sugul. Tanpa semena – mena bulu romanya berdiri tegak.

“Kau orang?” Tanya Joe terketar – ketar.

Mereka bertiga menunjukkan jari ke arah satu sudut. Lantas Joe melirikan mata ke arah yang ditunjukkan itu. Sekonyong – konyong muncul seorang lelaki sambil memegang pisau sedang menuju ke arahnya.

“Siapa kau?” tanya Joe gementar.

Lelaki itu tidak menjawab soalannya, tahu – tahu sahaja pisau sudah dibenam ke perutnya.

“Argh!” Joe menjerit kesakitan. Dia mahu melawan tetapi anggota badannya tidak dapat digerakkan.

Berbekalkan lampu luar yang samar – samar, Joe berkesempatan melihat wajah lelaki misteri itu. Lelaki itu adalah pembu nuh yang seringkali muncul dalam mimpinya dan sekarang ini dia cuba untuk membu nuh Joe pula.

“Jangan pernah kau lupa, Joe!” tengking lelaki itu kepadanya.

“Kau kenal aku…?” Joe merinitih kesakitan.

Pembu nuh misteri itu tersenyum sinis.

Tiba – tiba Pipi Joe ditampar.

“Babe, wake up!”

Serta – merta kelopak mata Joe terbuka luas. Dia bingkas bangun lalu meraba – raba perutnya tetapi tiada sebarang luka yang didapati. Dia menghembus nafas lega setelah mendapati kejadian yang dialaminya sebentar tadi adalah sekadar mimpi.

“You mengigau apa tadi?” Tanya Elena kehairanan. “Lap muka you tu, hodoh betul…” Dia menghulurkan sehelai tisu kepada Joe.

Wajah Joe basah lencun bermandikan peluh. Dengan segera, dia meminta Elena untuk memasang penghawa dingin yang masih lagi berada dalam mode off. Barulah dia merasa lega setelah angin sejuk megenai tubuhnya.

“I mimpi ditikam tadi dengan killer tu” jelas Joe. “Dia try nak bu nuh I pula…,” sambungnya lagi.
Ada perasaan takut besarang dihatinya kerana mimpi yang dialaminya tadi seolah – olah benar berlaku.

“That’s why jangan tidur pada waktu Maghrib, tahu? I terkejut dengar you menjerit – jerit. I ingatkan ada apa tadi. Dahlah lampu pun you tak pasang. Hish!” Marah gadis berkulit putih itu kemudian dia bangun daripada tempat duduknya dan memasang seluruh lampu rumah.

“Sorry baby, I penat sangat tadi sampai tertidur…” adu Joe.

“Dah, pergi makan. I bought some foods for you over there,” Elena menjuihkan bibir ke arah meja makan.

“Okay, I nak mandi dulu, rimas. Letak aje kat situ,” ujar Joe lalu beredar ke bilik mandi. Dia mahu membersihkann dirinya dulu.

Selesai sahaja mengusai diri, Joe terus menuju ke meja makan. Satu set chicken chop dan segelas kopi panas sudah terhidang di atas meja. Dengan cermat Joe melabuhkan p******g di atas kerusi. Beberapa detik kemudian Elena pula muncul duduk disebelahnya.

“So, apa update investigation you tu?” tanya Elena sambil mengacau milo yang baru dibancuh sebentar tadi.

“Not much but I found this,” Joe menghulurkan telefon bimbitnya kepada Elena.

“Okay, kenapa dengan gambar ni?” Elena menatap pada skrin iPhone 11 Joe. Matanya tertumpu pada satu bulatan merah yang ditandakan pada caption gambar tersebut.

“You compare dengan tarikh ni,” Joe menghulurkan pula salinan sijil kematian tiga orang sahabatnya yang telah dicurinya daripada Remy tempoh hari. Satu garisan hitam ditandakan pada bahagian tarikh.

“Wow..baby, I tak rasa ni satu coincidence,” ujar gadis berkulit putih itu sambil membandingkan gambar screenshot dan sijil kematian sahabat – sahabat Joe.

“Right? What’s your theory about this?” tanya Joe sambil mengunyah makanan. Sengaja dia bertanya pendapat Elena kerana dia yakin kekasihnya itu mempunyai teori yang tersendiri.

“I’m not sure but I think it has something to do with the school maybe…” Kata Elena ragu – ragu.
“I mean if the killer exist, probably he was from there? Maybe cikgu yang kawan you pernah buli? Boleh jadi student? Cleaner? Siapa – siapa ajelah,” lagaknya seperti seorang penyiasat. Milo panas dihirupnya perlahan – lahan.

Lantas, Joe mengimbau kenangannya semasa bersekolah di Seri Bestara International Schools pada 12 tahun yang lalu. Seingatnya, Amirul, Iqbal dan Zarul baik – baik sahaja dengan semua orang. Walaupun ingatannya kabur – kabur, dia yakin mereka bertiga tidak pernah menyakiti sesiapa.

Tanpa semena – mena wajah pembu nuh itu bermain dimindanya. Barulah dia sedar, wajah pemb unuh itu adalah salah seorang daripada bekas rakan sekelasnya dulu. Tetapi dia tidak mengingati nama pelajar tersebut.

“I think I know who’s the killer… I know him!” Tangan Joe menghentak meja.

“Hah? Siapa?” Elena kaget dengan tindakan kekasihnya itu. Hampir tersembur milo yang sedang diminumnya.

“Tapi I tak boleh ingat siapa nama dia…,” Joe pula geram kerana tidak dapat mengingati nama pelajar itu. Semakin dia cuba untuk mengingati semakin kepalanya terasa sakit. Fikirnya mungkin dia sedang mengalami migrain.

Lalu dia mengambil komputer ribanya dan terus memasuki enjin Google. Dia menaip Seri Bestara International Schools pada ruangan carian. Setelah menemui website sekolah itu, jarinya mengklik pada page “Alumni” tetapi malangnya tiada informasi yang diperolehi untuk tahun 2007.

“Website tak update pula!” Deram Joe.

“Baby, kenapa ni?” Tanya Elena terpinga – pinga.

Tanpa semena – mena Joe meninggalkan meja makan kemudian menuju ke bilik untuk mendapatkan pakaiannya. Manakala, Elena pula masih lagi terpinga – pinga dengan perubahan drastik kekasihnya itu. Usai menyiapkan diri, Joe terus mencapai kunci kereta dan menyarungkan kasut ke kaki.

“Baby, nak pergi mana ni?”

“To my parents’ house.”

“Huh? For what?”

“I need to find something kat sana. I got the clue now!”

“Babe, bukan kita nak pergi tengok Malificient ke kejap lagi?”

“Malam ni ke? Bukan esok?”

“Of course, malam ni! I dah booked tiket tau. You jangan macam – macam…”

“Next time, okay baby? I mesti dapatkan info ni ASAP. Oh, jangan lupa kunci rumah sebab I tak balik malam ni. Love you!” Joe mencium pipi kekasihnya itu kemudian berlalu pergi.

Sempat Joe melihat wajah Elena yang monyok, kemungkinan gadis itu merajuk barangkali. Dia rasa bersalah kerana selalu menolak ajakan kekasihnya itu sejak beberapa waktu. Tetapi, dia tidak kisah sekiranya terlangkau beberapa temu janji penting mereka kerana dia yakin ianya boleh diganti pada kemudian hari.


Datin Zara menyambut kedatangan Joe dengan senyuman yang manis setelah anak terunanya itu melangkah masuk ke banglo bertingkat tiga mereka. Sudah berbulan – bulan dia tidak berjumpa dengan anaknya itu kerana masing – masing sangat sibuk dengan urusan sendiri. Dia juga faham Joe sedang sibuk dengan bisnesnya yang baru sahaja dibangunkan sejak dua tahun lepas setelah Joe kembali dari Amerika Syarikat.

“Apa khabar anak mama? Sihat?” Datin Zara memeluk anak lelakinya itu. Joe mencium tangan ibunya saat bersalaman.

“Baik, ma. Papa mana?” mata Joe meninjau sekeliling ruang tamu mencari kelibat Datuk Azman.

“Papa ada dinner dengan Tan Sri Hashim malam ini dekat Nexus, Bangsar. Kenapa? Eh, kamu dah makan ke?” Tanya Datin Zara kepada Joe.

“Oh, saja tanya. Ya, baru aje tadi ma,” jawab Joe lembut. “Kat mana mama simpan barang – barang sekolah menengah Joe dulu?” Kali ini Joe pula bertanya kepada Datin Zara.

“Mungkin dekat garaj belakang rumah tu, kenapa tiba – tiba cari?” Ekspresi wajah Datin Zara berubah saat Joe bertanyakan soalan itu kepadanya.

“Oh, takde apa ma. Ada benda nak tengok,” jelas Joe lalu bergegas ke arah garaj rumah.

Puas Joe menggeledah garaj pada malam tadi tetapi majalah sekolah yang dicarinya tiada ditemui. Bukan setakat majalah itu saja yang hilang bahkan sijil – sijil akademiknya juga turut lesap. Akhirnya, Joe membuat keputusan untuk pergi ke bekas sekolahnya sahaja bagi mendapatkan salinan.

“Kamu nak pergi ke mana awal – awal pagi ni? Bisnes kamu macam mana?” Datuk Azman melipat akhbar yang belum habis dibacanya.

“Nak pergi ke Seri Bestara International Schools, pa. Bisnes okay aje. Sales banyak masuk dan kebanyakan klien pun kawan – kawan papa juga,” Joe menyapu jem pada rotinya.

“Kamu nak buat apa ke sana? Habis tu siapa yang monitor bisnes kamu?” Soal Datuk Azman kepada anak lelakinya itu.

“Oh, Joe dah ambil seorang pengurus baru – baru ni, pa. Jangan risau, dia boleh buat semua kerja,” Joe tidak menjawab soalan pertama Datuk Azman kerana takut dianggap tahyul. Dia kenal dengan perangai ayahnya itu yang kurang suka dengan perkara mistik atau ghaib.Jadi, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

“Siapa pengurus kamu tu?” Soal Datuk Azman lagi lalu menghirup kopi yang masih panas.

“Nama dia Elena. Orangnya bukan setakat cantik jer pa tapi dia bijak dalam semua hal. Kebanyakan staff dan klien pun suka kat dia. Joe rasa sangat puas hati dengan prestasinya. Nanti ada masa Joe kenalkan kat papa dan mama,” Tiba – tiba fikiran Joe melayang memikirkan Elena. Dia tertanya – tanya sekiranya gadis itu masih lagi merajuk kepada dirinya.

“Oh, kalau macam itu. Baik kamu kahwin jer dengan dia,” Kata Datuk Azman seakan – akan mengusik. “Kamu bukannya muda lagi,” sambung Datuk Azman pula.

Joe hanya tersenyum pahit mendengar usikan ayahnya itu. Sebenarnya, dia pernah menyuarakan hasrat untuk menyunting Elena sebagai isteri yang sah ini tetapi gadis itu menolak dengan alas an belum bersedia. Kesudahannya, mereka tinggal sebumbung tanpa ikatan yang sah. Hal ini pun turut dirahsiakan daripada pengetahuan ibubapanya kerana takut dimarahi kelak.

“Kamu nak buat apa pergi ke bekas sekolah kamu tu?” Tiba – tiba Datin Zara muncul dari dapur. Dia risau setelah mendengar perbualan anak dan suaminya tadi.

“Takde apalah, ma. Saja nak jumpa bekas guru – guru dulu,” Joe berbohong kerana enggan menjelaskan apa yang dialaminya kini.

“Joe pergi dulu, ma. Joe gerak dulu, pa,” Joe menyalam tangan kedua – dua ibubapanya lalu beredar pergi.

“Baiklah, hati – hati driving tu…” Kata Datin Zara lantas memandang suaminya dengan wajah yang bimbang.

“Jangan risau, dia tak akan ingat,” ujar Datuk Azman pula lalu menyambung membaca akhbar.


Joe memakir kenderaanya di tepi jalan kerana ruang parkir di dalam sekolah sudah pun penuh. Lalu dia berjalan kaki menuju ke arah lobi. Banyak perubahan yang dilihatnya setelah 12 tahun meninggalkan Seri Bestara International Schools. Antaranya seperti taman permainan yang tampak seakan – akan taman tema dan juga bilangan kolam renang yang makin bertambah. Dia tidak hairan dengan kemudahan yang dilihatnya kini kerana sekolah itu merupakan salah satu sekolah elit atau khusus untuk orang yang berpendapatan tinggi. Tambahan lagi, majoriti pelajar di sekolah itu merupakan anak – anak mat saleh.

“Excuse me, good morning. My name is Joe and I was one of the students here long time ago,” Joe menunjukkan kad pelajarnya kepada seorang kerani wanita yang berbangsa india.

“Good morning, sir. How can I help you? Tanya kerani itu dengan senyuman yang manis.

“Do you have a copy for the school magazine year 2007?” Joe terus menyuarakan kehendaknya.

“Oh, I think we got the copy but it’s in the store. I need some time to find it. May I know what’s the reason, sir?” Tanya kerani itu lagi.

“I’m looking for a long-lost friend which I’d forgotten his name. I’m planning to do a gathering soon, so I’d like to invite this person as well. Nothing much, don’t worry. I’ll return the magazine to you once I’ve done a quick check,” dalih Joe tanpa menjelaskan hal yang sebenar.

“Sure, please have a seat. I’ll be back in few minutes,” jawab kerani itu.

“Thank you so much,” ucap Joe. Kemudian, dia menuju ke sofa yang terletak berhampiran dengan satu mesin layan diri.

Sementara menunggu kerani itu kembali, Joe mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghantar mesej kepada Elena melalui aplikasi Whatsapp. Namun, mesej yang dihantar menunjukkan simbol satu “tick” yang berkemungkinan kekasihnya itu kehabisan bateri atau pun sengaja memadam telefon bimbit supaya tidak dapat dihubungi oleh sesiapa. Tetapi, firasat Joe mengatakan bahawa Elena sedang merajuk.

Tiba – tiba, Joe terpandang seorang lelaki cina yang sudah berumur pada pintu masuk utama. Lelaki itu memakai kot yang berwarna biru tua manakala tangannya pula memegang suitcase hitam. Serta – merta dia mengenali lelaki tersebut.

“Sir Andrew?” Sapa Joe sebaik sahaja lelaki itu lalu dihadapannya.

Dr.Andrew mematikan langkah lantas menoleh ke arah Joe. Dia merenung wajah lelaki muda yang baru sahaja menyapanya sebentar tadi.

“Good morning, sir. Masih ingat I lagi tak, Joe Hakim? Kelas 5 Kinabalu?” Joe memperkenalkan diri lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia teruja kerana masih berkesempatan untuk bertemu dengan bekas gurunya itu setelah terpisah selama 12 tahun. Sempat matanya melirik ke arah tag nama yang melekat pada kot Dr.Andrew itu. Perkataan “Principal” jelas terukir di atasnya.

“Joe Hakim? Oh, ya. Of course I ingat you…” Dr.Andrew tidak menyambut salam Joe. “What are you doing here?” suaranya kedengaran dingin.

Joe merasa kekok saat disambut sepi oleh bekas gurunya itu. Dia menyangka Dr.Andrew juga teruja seperti dirinya tatkala mereka bersua muka. Namun, jangkaannya meleset bahkan sambutan hambar pula yang diterimanya.

“Oh, I just want to get some stuffs…” Pendek sahaja kata Joe.

“I see. How’s your life you now?” Tanya Dr.Andrew dengan nada yang serius. Tiada sebarang ekspresi riang atau pun ceria kelihatan pada wajahnya.

“So far so good. Actually, I baru aje balik dua tahun lepas dari US selepas menghabiskan PhD in Business Economics kat Harvard University. Then, after that my father helped me to start a new luxury car business in this country. Now, I’m getting better in life” jelas Joe. Harapannya Dr.Andrew merasa bangga setelah mendengar pencapaiannya.

“You sangat bertuah kerana berasal daripada keluarga yang senang. Tambah lagi, you mampu menyambung pelajaran sehingga ke luar negara serta berjaya membawa pulang segulung PhD. Sometimes, ada orang tak bernasib baik seperti kamu. So, I can say that you are very very lucky, Joe. Congratulations…Well, if you don’t mind please excuse me,” ucap lelaki separuh abad itu lalu beredar meninggalkan Joe.

Joe terpinga – pinga dengan reaksi bekas gurunya itu. Kata – kata yang diucapkan oleh Dr.Andrew itu tadi seakan – akan menyindirnya. Apakah salah yang pernah dia lakukan sehingga dia dilayan sedemikian rupa? Kalau dia tahu sambutan hambar yang bakal diterimanya sudah pasti dia tidak akan menegur bekas gurunya itu tadi.

Tiba – tiba Joe mendengar namanya dipanggil. Rupa – rupanya, kerani wanita itu sudah berada di kaunter.

“This is the magazine, sir,” kata wanita berbangsa india itu dengan senyuman.

“Thank you,” ucap Joe. Sedikit sebanyak sakit hatinya terubat apabila melihat senyuman wanita itu.

Tanpa membuang masa, Joe meneruskan misi utamanya ke Seri Bestara International Schools. Satu – persatu page majalah sekolah itu diselaknya. Page “Class 5 Kinabalu” disebutnya berkali – kali. Semakin dia menghampiri page itu semakin naik adrenalinnya.

“I got you!” Bisik Joe.

Wajah pembu nuh itu terpampang pada gambar memori kelasnya. Ternyata, pembunu h yang sering kali muncul dalam mimpinya itu adalah bekas rakan sekelasnya sendiri. Lalu, Joe meletakkan jarinya pada senarai nama dan terus mencari nama pembu nuh tersebut.

“Erman Shah Bin Halim….” Gumam Joe.

“I’m sorry?” Tiba – tiba wanita india itu menyampuk.

“Nothing, thank you again. Have a nice day!” Joe mengembalikan majalah itu dan terus berlalu pergi.

“Erman Shah Bin Halim….” Joe menyebut nama itu berulang kali.


Bro, aku dah tahu siapa pembu nuh tu. Nama dia Erman Shah Bin Halim. Dia classmate kita dulu kat elementary school. Tolong cari dia secepat mungkin, aku yakin dia ada kena megena dengan kematian dia orang. Call aku cepat kalau ada apa apa info!

Setelah mesej Whatsapp dihantar kepada Remy, Joe melayari platform social media untuk menjejaki keberadaan Erman Shah. Niatnya hanya ingin membantu pihak polis supaya dapat menjejaki keberadaan lelaki itu secepat yang mungkin.

Dia memulakan dengan platform Instagram lalu mencari profile Erman Shah. Namun, dia tidak menemui sebarang profile yang menggunakan nama itu. Lalu, dia melayari laman LinkedIn pula untuk mencari rekod pekerjaan lelaki itu. Tetapi tiada sebarang profile yang ditemui. Kemudian, dia melayari laman Facebook dan meletakkan nama tersebut pada ruang carian. Beberapa profile yang menggunakan nama Erman Shah tertera pada skrin komputer ribanya. Satu profile yang tidak mempunyai gambar menarik perhatiannya.

Jarinya mengklik pada profile tersebut dan serta – merta wall profile Erman Shah terpamer dihadapannya. Dia terus ke bahagian photo tetapi hanya gambar – gambar lama semasa berada di sekolah menengah sahaja yang terdapat di situ. Kemudian, tetikus diklik pada bahagian About tetapi tiada nombor telefon atau pun alamat yang didapati melainkan hanya satu quote.

“I don’t believe in karma but I believe in revenge…” Gumam Joe.

Joe tertanya – tanya apa yang telah dilakukan oleh tiga sahabatnya sehingga Erman Shah sanggup membu nuh mereka.

Dia menyambung pula ke bahagian status dan meneliti satu persatu. Kebanyakan status yang diupdate berbaur dendam serta luahan perasaan sedih akibat semasa zaman pesekolahan.

“Disebabkan buli kau sanggup bun uh dia orang? Psiko….” Bisik Joe sendirian.

Tiba – tiba telefon bimbit Joe berdering dan nama Remy tertera pada skrin.

“Bro, kau dah dapat track dia ke?” soal Joe sementara jarinya masih lagi pada tetikus komputer.

“Joe, dah berapa kali aku pesan jangan buat kerja polis,” Serius kedengaran suara Remy ditalian.

“Sorry, bro. Aku cuma nak bantu mempercepatkan kerja kau orang aje,” ujar Joe lalu menutup profile Erman Shah.

Tanpa semena – mena, satu mesej masuk ke peti Messengernya. Lantas, cursor tetikus ditekan pada notification itu.

Stalking me?

Alangkah terperanjatnya Joe apabila mendapati mesej yang diterima itu adalah kiriman Erman Shah.

You’ll never going to find me. Hehehe….

Joe merasa seram setelah menerima mesej kedua daripada Erman Shah. Dia tertanya – tanya bagaimana lelaki itu boleh tahu akan niatnya.

How do you know I’ve checked your profile?

Joe segera membalas mesej Erman Shah.

“Bro, Erman Shah hantar mesej kat Facebook aku!”

Satu mesej balas daripada Erman Shah diterima.

I know everything, Joe. I KNOW EVERYTHING!!!

“Apa?” Remy seakan – akan tidak mempercayai kata Joe.

Joe mengabaikan pertanyaan Remy. Jarinya terus menaip pada papan komputer riba.

Why did you kill them?

Joe menekan butang hantar.

“Joe, aku rasa kau dah gilalah….” Kata Remy yang masih berada ditalian.

Because they hurt me. Oh, it’s not “they” only but “you all”. You’re next, Joe!
YOU ARE NEXT!

Joe terpempan saat membaca balasan mesej daripada Erman Shah itu. Mengapa pula dia yang harus menjadi sasaran yang seterusnya?

“Joe, kau dengar ni baik – baik. Erman Shah dah m**i!”

“Apa kacau cakap?”

Sekali lagi Joe terpempan setelah mendengar kata – kata Remy.

“Dia dah m**i 12 tahun yang lalu, Joe. Takkan kau lupa? Cuba ingat baik – baik…”

Joe seakan – akan tidak mempercayai penerangan Remy. Kepalanya terasa sakit.

“Habis tu, siapa yang tengah mesej aku ni?”

Tiba – tiba satu suara menyahut daripada belakang.

“Aku…”

Joe terkejut saat dia menoleh.

Bersambung di sini

penulis: https://www.facebook.com/kiko.firdaus

Kiko Firdaus

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

5 thoughts on “Angkara Psiko”

  1. Cerita dah ok tapi membudayakan bukan suami isteri tinggal serumah tu yang tak bagus. Walaupun fiksyen takut jadi ikutan budak budak muda.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.