Angker di Menara Jland

Assalamualaikum wbt kepada Tema FS dan pembaca sekalian. Semoga kita semua didalam lindungan, redha dan keberkatan ALLAH SWT sentiasa.
Terima kasih kepada Team FS kerana masih sudi mem’publish’kan kisah saya dan juga kepada pembaca yang sudi menghayati tulisan saya…..

Kali ini saya ingin berkongsi tentang beberapa kejadian angker yang dihadapi semasa di Menara Jland. Sedikit sejarah pembinaan Menara Jland, sebelum ini adalah tapak open parking kereta dan penuh dengan Mat Pet dan gelandangan. Oleh itu di tapak ini banyak menyaksikan beberapa kematian di dalam kalangan golongan ini. Sama ada kematian semulajadi atau pergaduhan dan pembunuhan.

Kisah 1.
Pagi itu saya sampai pejabat sangat awal, sekitar pukul 6.30am. Ruang pejabat yang luas di tingkat high rise. Saya masuk dan on kan suis lampu. Alhamdulillah terang benderang. Saya terus ke meja dan bersiap hendak sarapan dengan bungkusan nasi lemak yang di tapau kat Majidee lepas. Lantas saya ke pantry dan mula membancuh air milo suam. Usai selesai bancuh air, terus ke meja bersiap untuk makan sarapan. Tiba-tiba blind di tingkap berbunyi dan bergerak seperti ada orang yang goyangkannya. Saya lihat tiada sesiapa kerana cleaner pun akan masuk tepat jam 7am.

Dengan rasa tak puas hati, saya meronda 1 pejabat untuk lihat jika ada sesiapa yang datang awal. Namun tiada sesiapa dalam semua bilik. Saya pun mula membuka gerak dan pagarkan diri kerana suasana mula terasa seram. Sedang membuka gerak dengan tiba-tiba salah satu kerusi di depan saya bergerak seperti ada sesuatu menolaknya. Seram tapi alhamdulillah diberikan keberanian dan ketenangan olehNya. Saya teruskan focus pada bacaan dan gerak dalam menangani gangguan yang berlaku.

Sedang meneruskan bacaan kedengan suara hilai tawa yang kuat, terkejut mendengarnya seperti menjerit betul2 di telinga. Beberapa saat juga hilai tawa itu berlaku dan mula hilangperlahan-lahan. Tiba-tiba kedengan bunyi pintu dibuka dan saya nampak 2 orang akak cleaner masuk untuk mulakan tugas. Akak tu tanya saya kenapa berpeluh-peluh dan nampak cuak? Saya cakap sebab panas takde aircond untuk sedapkan hati akak2 tu, sekian.

Kisah 2.
Hari itu saya kena kerja lebih masa sebab dalam proses nak install server, kvm, switch dan seangkatan dengan vendor. Jangkaan kerja akan siap pada 8 atau 9 malam. Pada lebih kurang 5.30pm saya nampak salah seorang boss bersiap nak balik usai habis kerja. Jam menunjukkan sudah 7pm dan masih saya berkerja install server. Lalu saya turun ke tingkat bawah untuk pastikan semua lampu sudah ditutup. Sampai di tingkat bawah, ada 1 lampu belum ditutup lagi, saya pun berjalan kearah suis lampu dan tutup suisnya.

Sedang saya nak berjalan ke pintu keluar, tiba-tiba saya ternampak kelibat orang berjalan. Saya pun bergegas ke kawasan yang gelap itu, namun dalam salah satu bilik boss lampu menyala terang benderang. Seingat saya boss dah balik dan lampu memang dah ditutup sejak ptg tadi. Saya pun buka pintu dan nak masuk ke dalam bilik boss. Saya nampak boss tengah duduk di meja sambil pandang ke bawah dan diam. Saya perasan tidak ada laptop dan begnya, kerana bos selalu akan bw laptop ke mana-mana. Lantas aya pun berkata”ni bukan kau boss, elok kau balik dan jangan kacau orang nak kerja”. Saya masuk bilik dan tutup lampu dan pintu semasa nak keluar dari bilik boss.

Lepas je saya melepasi bilik boss, tiba-tiba masuk seorang staff dari pintu depan dan terkejut tengok saya masih dalam pejabat. Dia bertanya kenapa tak balik lagi, bahaya tinggal sorang-sorang kat office ni lepas 6pm. Saya cakap yang saya nak pastikan semua suis dah di turn off. Dia pun macam pelik sebab suis semua dah tutup tapi saya seorang diri dalam gelap depan bilik boss. Saya cakap tak ada apa2 untuk menghilangkan suasana seram dengan gelak2 kecil sikit. So kami berdua pun pergi ke lif untuk ke parking dan balik.

Nantikan lagi kisah angker di Menara Jland di tingkat 20 dan 34…. Inshaa ALLAH bila ada kelapangan..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 4.6]

1 thought on “Angker di Menara Jland”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.