Anjing Sado Hitam

Selepas menjamu selera pada waktu remang-remang senja jam 6:30 minit petang secara beramai-ramai di dewan makan, seterusnya ramai-ramai pelajar akan mensucikan diri di bilik air asrama. Bagi pelajar yang sudah mensucikan diri lebih awal di bilik air, mereka akan terus pergi ke surau; “Huwuiii… apasal pelik jer bunyi mensucikan diri di bilik air? Sejak bila bilik air boleh jadi tempat menghapus dosa?”

Disebabkan seronok melakukan aktiviti riadah pada waktu petang di padang sekolah hingga waktu senja pun menjelang, lazimnya aku bersama dua orang member kamceng (Buyong dan Poji) akan pergi ke dewan makan dalam keadaan berpeluh-peluh ambil makanan di kaunter berpangkin panjang di dewan makan.

Selepas termengah-mengah muntah kedạrȧh hingga perut membuncit kenyang, masing-masing angkut tray yang dah comot, cuci di singki, letak tray di troli, capai kasut di depan pintu dewan makan, seterusnya kita orang bertiga berjoging dengan kaki ayam menuju ke dorm, sampai saja di dorm, ambil tuala dan, pergi bermandi-manda di dalam bilik air asrama; “Ha! Barulah betul pergi bermandi-manda kat dalam bilik air! Kalau bilik air jadi tempat mensucikan diri menghapus dosa, tak perlulah berbaiāh dalam keadaan muka ketat kat depan Ketua Ajaran Sesat lagi menyesatkan, pergi jerlah berbaiāh dalam keadaan kepala mendongak menghadap air terpancut-pancut keluar kat shower!”

Okay, mukadimah tak boleh panjang-panjang kerana aku belum baca lagi kitab nukilan Ibnu Khaldun; “Muqaddimah.”

Arakian di perenggan kelima ini, aku ingin menggelecakkan perasaan teruja memperkenalkan empunya diri yang menulis cerpen ini; “Di asrama, nama comel yang member-member tempelkan kepada aku ialah, Dafi.”

Lazimnya, masuk sahaja kita orang bertiga ke dalam bilik air, semestinya sebatang rokok yang sudah menyala baranya wajib terselit di celah-celah bibir masing-masing. Sebelum bermandi-manda membersihkan diri; “Hisap rokok dalam keadaan perut membuncit kenyang memang nikmat woi!”

Dafi : Yong, rokok last kopek ni aku hisap, lepas prep tak berasaplah aku nampaknya Yong!

Berkepul-kepul Buyong menghembus asap rokok dari mulutnya hingga terbentuk huruf O.

Buyong : Rokok aku ni pun last kopek gak.

Berulang-ulang kali Poji menghembus asap dari mulutnya dengan kening berkerut.

Poji : Apasal aku tak boleh buat O arr?

Buyong memerhatikan mulut Si Poji membulat macam ikan emas terkapai-kapai dalam akuarium.

Buyong : Rokok kau banyak lagi tak Ji!?

Poji : Rokok aku ni last kopek gak.

Masing-masing dah terkebil-kebil membayangkan betapa sendunya pada hari-hari mendatang, tergolek-bokong di asrama tanpa kesyahduan menghisap rokok memang tak cukup syarat; “Alamat nak mȧmpȯs!”

Dafi : Macam mana ni rokok dah abis? Sendu woi takde rokok.

Buyong menjentik puntung hingga habuk rokok bercempera jatuh ke dalam singki.

Buyong : Ji, kau ada idea?

Terkebil-kebil Si Poji memikirkan masalah stock rokok dah habis dalam keadaan pụṅggụṅgnya bersandar di tepi singki.

Poji : Hmmm… malam ni kita belilah dua-tiga batang kat tokan Blok B.

Dafi : Okay, takde hal tapi, macam mana kalau tokan tak nak jual sebab rokok yang ada kat dia ngam-ngam jer untuk dia?

Masing-masing dah terkebil-kebil kerana kemungkinan yang baru saja aku lontarkan menjadi persoalan, tidak mustahil ianya menjadi kiandemi hakikat mahupun kenyataan.

Buyong : Betul gak tu Fi! Kat asrama ni bukan ramai pun hisap rokok. Kat Blok C ni, kita bertiga jer hisap rokok.

Poji : Abis tu nak buat macam mana ni?

Rokok yang aku hisap sudah pun habis dihisap sampai mencecah ke puntung, aku pun padam baranya di singki dan puntungnya aku campak ke dalam baldi kecil berisi ubat gigi dan berus gigi yang aku bawa; “Kita orang bertiga memang sangat menjaga adab, tidak buang puntung rokok merata-rata kat dalam bilik air, walaupun tabiat merokok sentiasa dipandang hina oleh Menteri Kesihatan Malaysia bahkan, perokok dipandang sebagai ahli neraka oleh penceramah agama yang asyik lagi seronok bercerita hal neraka, neraka, neraka dan, neraka jahannam. Takde langsung cerita kebesaran rahmat dari ALLAH yang teramat besar mengatasi azab seksa dariNYA.”

Dafi : Malam ni kita fly larr, beli rokok!

Poji yang masih sedaya upaya menghembus asap berbentuk O dari mulutnya, walaupun tak menjadi terus tersedak; “Ohok! Ohok! Ohok! Ohok!” kerana mendengar cadangan aku.

Buyong yang baru saja memadam bara rokoknya di singki, tercabut tuala di kepalanya yang terlilit seperti serban; “Opocot!” kerana mendengar juga cadangan aku.

Buyong : Serius arr nak fly malam ni!

Dafi : Serius Yong! Kita kena fly malam ni gak!

Poji : Macam mana Yong!? On tak!

Buyong : Hmmmm… okaylah malam ni kita fly.

Selepas mendengar pengesahan serta persetujuan daripada Bentara Guru, kita orang bertiga masuk ke dalam bilik air membersihkan diri sebelum pergi surau.

Semasa tangan aku ligat menggosok-gosok sabun di badan hingga buih-buih Dettol berkerubung seluruh badan, tup tup tup terdengar satu suara nyaring terpekik-terlolong setiap kali tibanya waktu senja. Suara terpekik-terlolong ini nak kata terpekik kerana tersampuk hantu; “Tidak!” nak kata terpekik kerana menurun, hantu masuk dalam badan; “Pun tidak!” nak kata terpekik kerana tali cemati kuda kepang dilibas, isim masuk dalam badan; “Lagilah tidak!” dah tu kenapa boleh ada suara terpekik-terlolong setiap kali tibanya waktu senja?

Jawapannya, terpekik-terlolongnya satu suara di waktu senja, sesungguhnya suara itu datang dari suara katak puru Si Poji berkaraoke lagu jiwang rock dalam bilik air.

Poji : Kehadiran cintamu, menyinari hidupku~~ kehangatan cintamu, mengubati sepiku~~ kelembutan hatimu, mengubati lukaku~~ kedamaian hatimu, menyinari hidupku~~ woah ohh ohh~~~

Walaupun suaranya tidaklah semerdu bak buluh perindu, sekurang-kurangnya kita orang berdua terhibur mendengar suara katak seperti tersepit di celah-celah buluh betung dan, kadang-kadang terdengar sorakan dari luar bilik air, mungkin dari penghuni asrama Blok B dan Blok A sedang berjalan menuju ke surau, merasa taājub terdengar satu suara misteri berkaraoke lagu Ċintȧ ȧbadí di waktu remang-remang senja sebelum malam menjelma.

Semakin bersemangatlah suara Si Poji terpekik-terlolong berkaraoke di dalam bilik air kerana disogok oleh sorakan dari peminatnya; “Yeah! Yeahh! Yeahhh! Hoorayyyyyy!!”

Poji : Belaian manjamu, penawar resahku~~ keluhuran hatimu, hanya kau kekasihku~~ keagungan cintamu, bersama impianku~~ untuk hidup bersama sehingga ke akhirnya~~~

Perangai Si Poji memang macam ni, setiap kali bermandi-manda di dalam bilik air, terutama sekali di waktu senja, dia akan terpekik-terlolong berkaraoke; “Hanya waktu senja jer, waktu Subuh, dia tak pernah berkaraoke kerana waktu ni, semangat jiwang rocknya masih mamai sebaik saja baru bangkit dari mimpi basah membongkang tidur.”

Inspektor polis pernah memberikan tarbiah ke muka Si Poji supaya menghentikan fiilnya yang suka berkaraoke ketika bermandi-manda di dalam bilik air pada waktu senja.

Derus : Ji! Kau janganlah menyanyi time mandi, Syaitan suka, kau tahu tak!

Aku dan Buyong hanya diam membisu melihat inspektor polis bersungguh-sungguh memberikan tarbiah, akan tetapi tarbiah dari Si Derus serta-merta memerahkan telinga Si Poji, berdesing-desing telinganya maka, menjawablah hero karaoke kita orang ni.

Poji : Kalau Syaitan suka, lepas ni aku nak bertaranum baca Al-Quran kat dalam bilik air, kasik Syaitan tak suka!

Tersengih-sengih aku dan Buyong menahan ketawa setelah mendengar jawapan balas darinya (hero karaoke).

Sesungguhnya fiil tak semenggah Si Poji bukanlah bermakna dirinya sangat jahil hingga tergamak memasang niat ingin baca surah-suruh suci Al-Quran di dalam bilik air. Walaupun fiilnya nampak tak semenggah, sesungguhnya dia sangat tahu batas-batas yang tidak boleh dirempuh hingga terbabas ke dalam perbuatan menghina kesucian agama wahyu, Islam.

Nak dijadikan cerita, pada satu malam, jam 2:29 minit pagi, sedang kita orang bertiga bermain chess di atas katil, kita orang lihat Derus bangun dari katilnya ingin pergi ke bilik air; “Member-member kat dorm waktu ni, masing-masing membongkang tidur kat katil, hanya inspektor polis saja yang bangun.”

Melihat inspektor polis bangun dalam keadaan mamai, tidak perlulah kita orang bertiga sibuk nak beramah mesra dan bertanya; “Nak pergi bilik air kē?” tentulah jawapannya memang ke situlah tujuannya nak pergi memanċụt.

Sedang aku mengalihkan kuda di atas petak kertas chess board, merancang strategi hendak melancarkan serangan hendap ke atas pasukan tentera hitam pimpinan Si Buyong, tiba-tiba terpongkang-pongking Si Derus meluru masuk ke dalam dorm menuju ke arah kita orang dalam keadaan pucat dan cuak.

Poji : Engkau ni dah kenapa tak pakai kain Rus!?

Dalam keadaan suara tersekat-sekat, Si Derus cuba menyusun kata-katanya dalam keadaan menggigil-gigil.

Derus : Ak… ak… aku ke… ke… kena ka… ka… kacau nga… nga… ngan hantu!

Sedari tadi; “Sejak Si Derus terpontang-panting masuk ke dalam dorm.” cahaya lampu suluh di dahi Si Poji teralih talaan cahayanya dari chess board ke arah Si Derus, terlihatlah keadaan dirinya yang dah tercabut kain, pucat lesi macam nak pengsan; “Nasib baik inspektor polis ni pakai seluar pendek, kalau tak, berlari kita orang bertiga terjun ke bawah blok kerana terperanjat melihat objek terjuntai yang tidak sepatutnya terdedah.”

Buyong : Hantu kat mana Rus!?

Derus : Ka… ka… kat bi… bi… bilik aa… aa… air!

Lemah longlai Si Derus terus berdepek jatuh terjelepok ke lantai dan pengsan, terus melompat kita orang dari katil berkerumun di sekelilingnya yang dah berbuih-buih mulut dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai.

Poji : Woi! Derus kena sawan gila bạḅi ni!

Dafi : Hangguk kau kena sawan gila bȧḅi! Ni kena keracunan ubat gigi ni!

Terkocoh-kocoh kita orang angkut Si Derus dan letak elok-elok di atas katilnya; “Ikutkan hati nak jer lempar kat bawah katil kerana kita orang nak cepat-cepat pergi usyar kat dalam bilik air, tak mahu hantu lari atau bersembunyi.”

Walaupun keadaan kita orang agak bising, kawan-kawan di dalam dorm semuanya tetap nenyak tidur atau sebenarnya acah-acah tidur kerana tidak mahu terlibat dalam insiden mistik sebegini.

Selepas elok meletakkan Si Derus di atas katilnya, kita orang terus terkocoh-kocoh ingin keluar dari dorm, menuju ke arah bilik air.

Sampai sahaja di depan pintu dorm, terlihat satu kain pelekat elok tergulung macam kain buruk di atas lantai, Buyong angkat kain pelekat kepunyaan Si Derus dan letak di kaki katil salah seorang kawan yang nyenyak tidur; “Bunyi dengkurnya macam kerbau kaw!”

Kita orang bertiga terkocoh-kocoh berjalan menuju ke bilik air, sampai sahaja di depan bingkai pintu bilik air yang memang reka bentuk bilik air ini tidak dipasang pintu, terpandanglah lampu kalimantang di dalam bilik air rancak berkelip-kelip.

Poji : Ha! Kau tengok tu! Lampu berkelip-kelip.

Dafi : Apasal arr lampu berkelip-kelip Ji!?

Poji : Itu tandanya ada entiti kat dalam bilik air ni.

Dafi : Serius arr ada entiti kat dalam bilik air ni!

Poji : Serius oooOO! Memang konfem ada entiti kat dalam ni.

Boyong : Okay, sekarang ni kita jangan takut, kita terjah, kita cari entiti kat dalam.

Dafi : Kau biar betul Yong! Kalau entiti tu terkam kita macam mana?

Boyong : Relaks! Kita bertiga, kita boleh belạsȧh entiti tu sampai lunyai.

Poji : Okay! Kita belasah entiti tu, kat dalam tandas tak boleh baca ayat Al-Quran.

Dafi : Okay set!

Buyong : Jom masuk!

Seperti biasa dalam operasi menyelesaikan insiden mistik lagi misteri sebegini sudah tentu Buyong wajib berada pada saf paling hadapan, di belakangnya tentulah Si Poji dan, insan yang paling penakut tetapi acah-acah berani semestinya aku berada di saf ketiga; “Saf paling belakang, senang nak lari kalau kemungkinan yang tidak terjangka tiba-tiba terjenggul kat depan mata!”

Semasa kita orang melangkah masuk ke dalam bilik air, terdengar bunyi suara bersenandung atau dalam Kamus Oxford perkataannya dipanggil sebagai humming.

Dalam keadaan lampu rancak berkelip-kelip dah macam lampu disko kelabun malamin, sesungguhnya kita orang bertiga takde perasaan teruja nak terkinja-kinja menari ketika terdengar gemaan suara bersenandung; “Hmmm… hmmnnm… hmmnmm… hmnm… hmmmnnnnmmmm… hmmmnnmm…”

Tentulah perasaan meremang lincah menerjah ke seluruh badan bagaikan sekumpulan seekers (pencari kewujudan hantu) di dalam Facebook live seperti sedang dilakonkan oleh kita orang di saat kita orang tercari-cari dari mana datangnya suara bersenandung di dalam bilik air?

Perlahan-lahan Buyong diekori oleh kita orang berdua di belakangnya berjalan lima langkah menuju ke arah lorong jȧmbạṅ; “Kat dalam bilik air, ada tujuh jạmbạṅ tersusun sebaris menghadap ke mangkuk keṅcinġ berdiri.” disebabkan jạmbạṅ dan mangkuk kẹncinġ berdiri saling hadap-menghadap, di hadapan jaṁbaṅ terbentang lorong menuju ke tujuh pintu jạmbạṅ yang tersergam megah dalam bilik air; “Kat permulaan lorong inilah, Buyong mengacung tangannya menggenggam simbol penumbuk sebagai tanda berhenti melangkah kaki!”

Walaupun kita orang berdua tak pernah belajar sebarang bentuk-bentuk simbol tangan seperti Tentera Darat Melayu di-Raja, kita orang berdua boleh faham.

Tanpa sebarang kata-kata, Buyong menegakkan jari telunjuk dan ibu jarinya sambil laju-laju menurun dan menegakkan lengannya seperti menunjukkan simbol tak sabar nak tonjol bola snuker; “Simbol ni sebenarnya bermaksud, berjalan perlahan-lahan tanpa hasilkan sebarang bunyi, menuju ke arah pintu jạmbạṅ paling hujung, pintu jạmbȧṇ ketujuh.”

Kita orang bertiga berjalan perlahan-lahan menuju ke arah jạmbạṅ ketujuh iaitu, kubikel paling hujung di dalam bilik air; “Shek… shekk… shekk…” bunyi selipar kita orang yang tidaklah terlalu kuat bunyinya dan boleh dimaafkan.

Sampai sahaja kita orang di hadapan pintu kubikel ketujuh, terdengar bunyi suara bersenandung jelas bergema dari dalam, ketika ini perasaan cuak lagi meremang semakin berganda-ganda kerana nada senandungnya sedang mengalunkan irama lagu Ċintȧ ȧbadí yang sering dikaraokekan oleh Si Poji.

Aku menggenggam langan hero karaoke sebagai tanda rasa gementar, rasa berdebar-debar, rasa macam nak demam, rasa macam nak terkeṅcinġ, rasa macam nak terkeṅtọt di saat itu juga kesemuanya ada seperti pakej nak pergi melancong ke Pulau Tioman; “Segala-galanya tersedia ada hanya datang ke pulau bawak telur bergayut saja!”

Sesungguhnya penghuni asrama di tingkat satu di Blok C, sememangnya tahu pintu jạmbạṅ ketujuh tidak mempunyai penyendal membolehkan pintu dikunci dari dalam; “Tindakan seterusnya!” kita orang berdua berdiri sangat dekat di belakang Buyong yang sudah bersedia ingin membelạsạh entiti yang sedang asyik bersenandung hingga gemaan nada suaranya hebat menghasilkan perasaan cuak dan meremang pada kita orang.

Dalam keadaan berdebar-debar menantikan tindakan drastik dari Bentara Guru, tup tup tup Si Buyong lincah melepaskan satu penerajang ke arah pintu jạmbȧṅ; “Berdebummmmm!!” terkạṅgkạṅg luas pintu kubikel.

Terlihatlah satu entiti sedang mencạṅgkuṅg di atas mangkuk jạmbạṅ disertai dengan satu aroma bau busuk menusuk ke hidung sangatlah dahsyat baunya seperti bạngkại dicurah air Milo basi.

Dalam keadaan lampu kalimantang terlampau rancak berkelip-kelip, terlihat mata entiti yang mencạṅgkuṅg di atas mangkuk jạmbạṅ terjegil besar biji matanya seperti ingin melepaskan gelodak amarahnya.

Tup tup tup entiti tersebut menjerit kuat bagaikan halilintar lincah menyambar ke bumi: “WOOooiiiii!!! Apa hal korang kacau aku bėrȧk hawau!?”

Terpontang-panting kita orang bertiga berlari keluar sambil menggelekek ketawa; “Warghhhahahahahaha!!” kerana menyangka entiti yang sedang mencạṅgkuṅg bẹrȧk adalah Hantu Senandung bersemayam di atas singgahsananya di dalam jȧmbạṅ.

Sememangnya kesilapan kita orang bertiga kerana tidak menggunakan teknik wawancara di sebalik pintu jạmbȧṅ terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada entiti di dalam jạmbạṅ adakah seekor hantu ataupun seorang insan yang khusyuk menghilangkan perasaan bosannya dengan bersenandung ketika memerut?

Disebabkan dramatiknya keadaan Si Derus berbuih-buih mulutnya pengsan di hadapan kita orang, tentulah teknik wawancara di sebalik pintu jạmbạṅ diabaikan, terkocoh-kocohlah kita orang melaksanakan teknik menyiasat insiden mistik dengan perlahan-lahan pergi usyar, terajang pintu dan, terpontang-panting berlari setelah terbukti sememangnya insiden mistik ini hanyalah tersilap sangka saja.

Arakian itu, aku mengambil tanggangjawab lagi tulus serta tawaduk, sesungguhnya tidak tergamak mendedah nama insan yang terganggu perihal aib peribadinya di dalam coretan cerpen ini, ketika insiden dia memerut di dalam jạmbạṅ; “Demikian itu, wajiblah aku simpan sebaik-baiknya nama insan yang menjadi mangsa keadaan, tidak perlulah dihebahkan ke khalayak ramai kerana, setiap kehidupan sememangnya penuh dengan kejutan yang tidak terjangka seterusnya, kenanglah ia seperti kelazatan menghirup secangkir Arabic coffee, rasa manis ada rasa pahit pun ada, saling lengkah-melengkapi, sering bertaut bagaikan tȧhí lalat di pipi.”

Okay! Sebelum nukilan cerpen ini terbabas jauh, ingin aku kembali menjadi joki kolek mengemudi coretan cerpen ini pada babak Si Poji terpekik-terlolong berkaraoke ketika bermandi-manda dalam bilik air.

Selepas kita orang bermandi-manda, seterusnya kita orang bersiap memakai baju teluk belanga dan, pergi ke surau untuk menunaikan solat Maghrib.

Selepas selesai menunaikan solat Maghrib, berbondong-bondonglah pelajar asrama akan pergi ke bangunan sekolah hendak melakukan ulangkaji ilmu buku teks di waktu prep; “Sebelum pergi prep.” tentulah semua pelajar asrama di dalam dorm bersiap sedia membawa buku untuk mengulangkaji di dalam kelas, kita orang bertiga juga bersiap sedia memakai pakaian berwarna hitam dari baju hinggalah ke seluar hendak melaksanakan modus operandi fly keluar dari asrama yang sudah pun dirancang; “Tidak terlupa!” beg berisi peralatan untuk fly yang aku bawa wajiblah berwarna hitam supaya sepadan bagaikan pinang dibelah dua di antara suasana malam dan pakaian hitam yang tersarung di badan kita orang, di waktu meredah suasana malam nanti.

Sesudah selesai bersiap sedia, kita orang bertiga berjalan paling lambat mengekori berbondong-bondongnya penghuni asrama menuju ke bangunan sekolah. Sedang kita orang berjalan menuju ke kelas, rancangan fly tiba-tiba dipercepatkan oleh Bentara Guru.

Buyong : Dengar jer azan Isyak, kita fly.

Dafi : Okay!

Poji : Set!

Strategi nak fly ini senang saja, kita orang bertiga akan pergi memanjat pagar di tepi Bengkel Kemahiran Hidup (KH); “Kat sini sememangnya sangat strategik untuk melompat keluar dari kawasan asrama kerana kedudukan bengkel sedikit terpencil.”

Di dalam kelas ketika waktu prep, kita orang acah-acah mengulangkaji dan tak sabar menantikan azan Isyak.

Terdengar sahaja azan Isyak; “ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!” terus kita orang bangun, sama-sama keluar dari kelas berjalan menuju ke tandas.

Sampai sahaja di hadapan tandas, terus lincah kita orang berjalan dalam keadaan berwaspada merentasi tangga menuju ke pejabat guru, kawasan parkir, laman bunga dan, kantin sekolah berdesup menuju ke arah Bengkel KH; “Semestinya kita orang wajib berwaspada supaya tidak terserempak ngan Pak Gad!”

Sampai sahaja di Bengkel KH, keadaan sekitarnya berbelang-belang kerana ada lampu yang menyala dan ada lampu yang padam di hadapan bengkel, sebelum sempat kita orang memanjat pagar, tiba-tiba terdengar bunyi enjin motor Pak Gad; “Verottt! Verottt! Trot! Trot! Trot!”

Terkocoh-kocoh kita orang bertiga menyamar menjadi dinding di tepi dinding bengkel atau dalam maksud sebenar, kita orang melepek di tepi dinding seperti menyorok sambil memasang telinga mendengar bunyi enjin motor dipadamkan; “Trot! Trot! Trot! Trotfffff…”

Tindakan seterusnya, hanya Buyong saja mengintai di tepi tiang bengkel mencari kelibat Pak Gad dan, terlihatlah dua orang Pak Gad (Wak Doyok dan Wak Joko) berjalan sambil salah seorang daripada mereka iaitu Wak Doyok, membawa lampu suluh di tangan.

Wak Doyok : Waduh! Kita enggak sering berjalan sampai sini, kok malam gini kita disuruh pergi sini sih.

Wak Joko : Kita tengok-tengok kejap ajer, dah Si Maon tu suruh kita pergi ni, kita ikut ajer kata-kata boss kita tu.

Wak Doyok : Kau tahu enggak, boss kita tu pernah terjelepok pengsan di dewan perhimpunan sih!

Wak Joko : Iye dong! Boss kita tu pengsan kerana kaget terlihat tujuh cewek meronggeng.

Wak Doyok : Waduh! Terlihat tujuh cewek meronggeng kok boleh pengsan boss kita tu.

Wak Joko : Tujuh cewek tu bukan sembarangan cewek dong, itu cewek datang dari samudera, kapan ada yang memuja.

Wak Doyok : Siapa kok yang memuja sih!?

Wak Joko : Boss kita tu udah cari orangnya dong, enggak dapat ditangkap orang yang memuja tu.

Wak Doyok : Waduh! Orang yang memuja tu cerdik bangat dong, sampai enggak boleh ditangkap sih.

Kita orang bertiga yang menyorok di tepi dinding bengkel hanya tersengih-sengih mendengar mereka berdua berbual kisah tragik Wak Maon pengsan di dewan perhimpunan.

Wak Joko : Aku rasa orang yang memuja tu ada ilmu ghaib dong.

Wak Doyok : Ilmu ghaib bagaimana sih!?

Wak Joko : Ilmu ghaib Suṅdạl Bolong!

Wak Doyok : Waduh! Mulut kamu ni gȧmpạng bangat bilang begitu, bikin merinding ajer bulu roma sih!

Mereka berdua serta-merta berhenti berjalan sebelum sempat melakukan rondaan di bahagian deretan bangunan terletaknya Bengkel KH, walaupun mereka berdua sudah pun menghampiri ke bahagian paling hujung dan, kalau mereka berdua berpusing dan melangkah 15 tapak, mereka berdua akan berada di tengah-tengah bengkel.

Wak Doyok : Ayuh Joko! Kita pulang semula ke pondok, aku udah rasa seram banget sih!

Wak Joko : Ayuh-ayuh! Kita pulang semula ke pondok.

Terkocoh-kocoh mereka berdua berjalan menuju ke arah motor, sampai saja di motor, tergesa-gesa Wak Doyok menendang kick starter hingga enjin motor menderum dan menyala, tanpa berlengah mereka berdua terus meredah suasana malam menuju ke pondok gad; “Verottt! Verottt! Trot! Trot! Trot!”

Setelah melihat line sudah pun clear daripada rondaan dua orang Pak Gad, kita orang bertiga terus menerkam ke arah pagar ingin memanjatnya dan melompat fly dari kawasan sekolah asrama.

Buyong : Fi! Kau panjat dulu.

Dafi : Okay!

Tanpa berlengah, terus aku campak beg melepasi pagar, seterusnya aku memanjat pagar dan diekori oleh Si Poji yang menunggu di tepi pagar semasa aku terkial-kial memanjat.

Sedang aku mengerah kudrat terkedik-kedik memanjat pagar, tiba-tiba sedas angin kėntọt terlepas di pụṅggụṅg; “ProooOOTTTttttttttt!”

Poji : Woi! Kurang ajar kau kėntọt kat muka aku!

Dafi : Sorry-sorry! Tak sengaja.

Poji : Perghhhhh… macam baṅgkaí! Melekat kat tekak aku siyọt!

Menggelekek aku ketawa di atas pagar hingga terasa macam nak tergolek jatuh.

Dafi : Warghhhhhahahahahahahaha!! Woop! Jangan jatuh, jangan jatuh.

Poji : Yong! Kau tengok member kita ni, sedap-sedap jer lepaskan angin tak senonoh!

Buyong : Hahahahahahaha!

Poji : Perghhhh… nak kena ambek wuduk ni, abis muka aku hilang iman.

Buyong : Hehehehe… ready Ji! Fi dah lompat pagar tu.

Melompat sahaja dari pagar, terus aku ambil beg dan mengeluarkan peralatan yang dibawa. Peralatan yang dibawa hanyalah tiga lampu suluh yang boleh tersarung di kepala lampunya melekat di dahi.

Kini giliran Poji pula memanjat pagar, lincah betul dia memanjat pagar, tup tup tup dah melompat turun, terus menerkam daku menampar-nampar bonjolan montok pụṅggụṅg aku.

Poji : Biasa dia ni! Puk! Biasa dia ni! Puk!

Aku hanya tersengih-sengih membiarkan Poji menampar-nampar pụṅggụṅg aku; “Puk! Puk! Puk!”

Seterusnya giliran Buyong pula memanjat pagar, terkial-kial Bentara Guru memanjat pagar sama seperti aku.

Melompat saja Si Buyong turun daripada pagar, tup tup tup terdengar sayup-sayup salakan anjing; “Awouuuuu! Awooouuuuuuuuuu!!”

Kita orang bertiga cepat-cepat menoleh ke arah ladang sawit; “Ye! Kat bahagian kita orang fly, melompat saja dari pagar, terbentang luas ladang sawit.” sememangnya aku tak pandai sangat bab keluasan hektar mahupun ekar tanah, tetepi mengikut tekaan aku, keluasan ladang sawit lebih kurang 400×800; “Tapi, inipun bukan keluasan sebenar kerana ladang ni bersambung-sambung macam peta air liur meleleh kat bantal.” perjalanan kita orang meredah ladang sawit hanyalah 400 meter saja, selepas itu akan bertemulah deretan gerai dan di belakang deretan gerai ada taman perumahan tetapi, untuk bertemu deretan gerai, kita orang kena berjalan 50 meter ke kanan di tepi jalanraya selepas terkedek-kedek keluar dari ladang.

Poji : Amboi anjing tu! Macam tahu-tahu jer kita fly.

Dafi : Hmmm… nah Ji! Lampu.

Aku menghulurkan lampu dahi kepada Poji, seterusnya aku hulurkan lampu yang sama kepada Buyong.

Sedari awal yakni, selepas aku melompat turun dari pagar sebagai tokoh pertama merasmikan rancangan profesional fly, aku terus ambil beg, keluarkan lampu dahi dan, menyarung lilitan getahnya di kepala.

Selepas menyarungkan lampu dahi di kepala masing-masing, kita orang mula berjalan 10 langkah meredah semak menuju ke pinggir ladang. Sampai saja di pinggir ladang, masing-masing menekan suis menyalakan lampu di dahi, seterusnya kita orang mula berjalan meredah tanah gambut yang bersih daripada pokok renek mahupun lalang; “Ladang ni sememangnya diurus dengan baik oleh FELDA, buah tangan empudu fikrah dari Allahyarham Tun Abdul Razak.”

Dalam perjalanan meredah ladang, sudah tentulah Buyong menjadi pemimpin menunda kita orang berdua; “Disebabkan aku ni penakut!” aku berada di belakang Bentara Guru manakala, Poji menjadi kotek umpama cahaya di ekor bintang dalam perjalanan meredah suasana malam yang sangat menenangkan di dalam kegelapan ladang.

Seperti biasa, Si Poji akan acah-acah menjadi DJ Radio JiwangRawkFM, mendendangkan lagu dari peti suara mulutnya, lagu pertama yang dinyanyikan olehnya tentulah lagu jiwang rock.

Poji : Sejenak~~ aku dikejutkan~~ bersama~~ ombak cinta luka~~ perpisahan~~ melanda kita~~ hanya karna~~ peristiwa itu~~~

Walaupun hobinya suka berkaraoke dalam nada terpekik-terlolong di waktu senja ketika bermandi-manda di dalam bilik air tetapi di saat ini, ketika meredah ladang di waktu malam, Si Poji sangat menjaga kesusilaan suaranya supaya tidak mengganggu ketenteraman makhluk yang sedia menghuni di dalam ladang.

Menjaga kesusilaan suaranya bermaksud, Si Poji tidak meninggikan suaranya terpekik-terlolong hingga boleh mengganggu kekhusyukan makhluk gedebab bȧḅi hutan mengorek-ngorek tanah mencari cacing di waktu malam.

Aku dan Buyong hanya diam mendengar alunan suara Si Poji menyanyi lagu Ṁasiḥ ȧkụ ṭerasȧ.

Poji : Kiranya~~ takdir mengizinkan~~ inginku~~ kembali padamu~~ meneruskan~~ cinta yang lalu~~ kerana kau~~ yang aku sayangi~~~

Sedang kita orang berjalan diiringi dengan alunan suara Si Poji menyanyi, tiba-tiba terdengar lagi sayup-sayup salakan anjing; “Awouuuuu! Awooouuuuuuuuuu!!”

Mendengar salakan anjing di waktu malam semestinya suasana seperti ini sememangnya perkara biasa, tak perlulah kita orang menganggapnya seperti sedang memberikan petanda-petanda seram lagi meremang macam hantu sedang mundar-mandir mencari mangsa, terutamanya insan-insan lemah semangat; “Walaupun aku ni penakut!” tetapi aku bukanlah seorang yang lemah semangat. Andai kata aku ni lemah semangat, lebih baik aku duduk berteleku dalam kelas membaca buku teks di waktu prep dan, tidak terlibat dalam aktiviti mencabar jiwa serta minda sebegini bersama Buyong dan Poji.

Sampai sahaja langkah kaki kita orang di tengah-tengah ladang yakni, 200 meter dari pinggir ladang tempat kita orang mula-mula masuk memulakan perjalanan, terdengar salakan anjing semakin meriah; “Awouuuuu! Awouuuuuu!! Awouuuuuuu!! Awouuuuuuuuuu!!! Awooouuuuuuuuuu!!!”

Poji : Amboi! Meriahnya menyalak, macam karaoke pulak.

Dafi : Hehehe… peminat kau tu Ji!

Serta-merta Poji terus menyalak cuba mengajuk salakan anjing yang kedengaran meriah.

Poji : Awouuuuuu! Awouuuuuuu!! Awouuuuuuuuuu!!!

Serta-merta Buyong berhenti melangkah terus meninggikan sedikit suaranya supaya Poji berhenti mengajuk.

Buyong : Ji!!

Aku dan Poji sama-sama tersengih-sengih melihat air muka Bentara Guru kelihatan serius seperti Cikgu Shasha yang suka marah-marah di dalam kelas.

Buyong : Kalau kau menyanyi, okay, takde hal! Kalau kau mengajuk, aku risau ada pulak suara lain yang sambut.

Poji : Sorry Yong! Sorry, aku tak sengaja.

Buyong : Hmmm… takpelah, jomlah jalan!

Dafi : Okay jom!

Poji : Jom!

Kita orang sama-sama meneruskan perjalanan yang masih berbaki 189 meter menuju ke pinggir ladang di tepi jalanraya.

Dafi : Ji, lepas ni kau nak nyanyi lagu apa?

Poji : Hmmm… lagu Ṡurataṅ ṫakdiṙ.

Dafi : Adoiii… Ġersanġ lagi, lagu lain takde kē?

Poji : Okay, kau nak aku nyanyi lagu apa?

Dafi : Hmmmm… lagu jiwang rock larr.

Poji : Okay lagu jiwang rock, tapi kau nak aku nyanyi lagu apa?

Dafi : Hmmmmmmm… lagu Ḱopí ḍangduṫ.

Poji : Hangguk kau Ḱopí ḍangduṫ!

Dafi : Hahahahaha!

Poji : Ada jugak kena tempeleng dia ni kang.

Dafi : Hehehehe…

Poji : Betul-betul larr!

Dafi : Aku tak tahulah nak mintak lagu apa? Kau nyanyi jerlah!

Poji : Hmmmmmm… okay, aku nyanyi, kau dengar kay!

Dafi : Okay!

Poji : Kasihku~~ terbuka pintu hatiku keranamu~~ ku nanti hadirnya lembut belaianmu~~ membuai rindu~~ santapan kalbu~~ ku sentuh bayangmu~~~

Dafi : Ji, lagu ni macam aku pernah dengarlah.

Tersengih-sengih Poji melihat aku terkebil-kebil memikirkan siapakah artis yang menyanyi lagu yang baru saja dinyanyikan?

Poji : Tekalah Fi!

Dafi : Hmmmm… Ramlah Ram!

Poji : Jauh sangat tu, salah!

Dafi : Hmmmmmmm… Toḱi!

Poji : Salah!

Dafi : Hmmmmmmm… Raja Ema!

Poji : Uihhhh… Raja Ema!

Dafi : Betulkan! Raja Ema!

Poji : Tak betul! Salah!

Dafi : Cis! Malaslah aku nak teka, semuanya salah, puihh!

Poji : Okaylah aku bagi clue larr, cluenya Tongkat Ali.

Dafi : Hoi! Apasal clue kau macam aneh jer takde kena-mengena?

Poji : Apa pulak aneh? Betul larr cluenya Tongkat Ali.

Dafi : Hmmm… kalau cluenya Tongkat Ali, jawapannya Ali Mamak!

Poji : Ali Mamak tu pelakon.

Dafi : Hmmmmmmm… Ali Milo!

Poji : Ali Milo tu siapa Fi!?

Dafi : Alarrr… budak dorm kita yang banyak stock Milo kat dalam locker dia.

Poji : Hahahaha! Kau boleh sebut nama dia kat sini.

Dafi : Hehehe… kita main teka-teka kan, hentam jerlah, janji aku bagi jawapan.

Poji : Okay, jawapan lain!

Dafi : Hmmmmmmm… Ali Setan!!

Serta-merta Buyong menarik emergency break hingga kita orang berdua yang berjalan seiringan hampir tersondol pụṅggụṅgnya; “Errkk… errkk… errkkkk… fuhh nasib baik tak berdentum.”

Dafi : Kenapa Yong?

Buyong : Ada benda melintas kat depan sana.

Buyong mengacung tangan kanannya menunjuk ke arah depan di bahagian kiri ladang; “Jaraknya lebih kurang 25 meter kat depan.”

Poji : Macam mana Yong rupa benda tu melintas?

Buyong : Benda tu macam…

Belum sempat Buyong menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba terdengar kuat salakan anjing dari arah depan di bahagian kiri seperti salakannya menghala ke arah kita orang bertiga yang sedang tercegat berdiri; “Awouuuuuu! Awouuuuuuu!! Awouuuuuuuuuu!!!”

Poji : Anjing gila melintas kot!

Buyong : Hmmmm… ye kot anjing.

Aku melihat air muka di wajah Buyong seperti memendamkan sesuatu yang tidak mahu menimbulkan suasana panik, cemas, cuak mahupun, meremang di hadapan kita orang berdua.

Perjalanan kita orang sekarang ini di dalam ladang hanya berbaki 101 meter saja, terlihat di hujung sana cahaya oren lampu TNB menerangi jalanraya.

Kita orang meneruskan semula perjalanan yang sebentar tadi tergendala kerana anjing gila tiba-tiba melintas.

Poji : Ha! Fi! Clue dah bagi, siapa penyanyi kat sebalik nama Tongkat Ali?

Dafi : Hmmmmmmm… aku give-up larr nak jawab, dah biol otak aku layan teka-teki kau.

Poji : Betul kau dah givab!

Dafi : Yes! Aku give-up.

Poji : Okay, nama penyanyi tu ialah, Ali Ṫerrȧ Ŕossȧ.

Dafi : Ooooo… Ali Ṫerrȧ Ŕossȧ, tapi kau punya clue memang hawau!

Poji : Hahahaha!

Semasa kita orang berjalan, sesekali Buyong menoleh ke kiri seperti mencari kelibat anjing gila yang melintas sebentar tadi; “Aku dan Poji memang tak nampak pun kelibat anjing melintas kerana seronok bermain teka-teki Tongkat Ali.”

Sebentar tadi; “Semasa kita orang tercegat berdiri selepas Buyong menarik emergency break.” memang ada salakan anjing, tetapi sekarang ini, sedang kita orang berjalan dan sesekali Bentara Guru menoleh ke kiri, tidak pula terdengar salakannya; “Senyap jer macam hyena tercekik tulang.”

Jalan punya jalan, langkah punya melangkah, akhirnya kita orang pun keluarlah dari ladang tanpa dihambat oleh anjing gila dan kini, kita orang berada di tepi jalanraya yang tidaklah sunyi suasananya kerana sekali sekala terlihat kenderaan beroda di atas jalanraya sesekali mundar-mandir.

Melihat deretan gerai yang tersergam megah, berkocak-kocahlah perasaan teruja menerkam kita orang kerana terbayang makanan dan minum kegemaran masing-masing yang tidak dapat dinikmati di dalam asrama; “Betul! Memang tujuan utama kita orang fly semestinya beli stock rokok!” tetapi nikmat sampingan tidak boleh dibakulsampahkan kerana, setiap insan tentulah dipasang kemahuan nafsu ingin menelan makanan serta minuman walaupun insan itu ada yang menjadi bodoh, biol dan, sombong mengaku dirinya bersemayam di makam tertinggi makrifat hingga bulat-bulat menyangka dirinya memiliki segala macam perbendaharaan serta rahsia kerajaan langit.

Berjoginglah kita orang mempercepatkan langkah menuju ke destinasi yang boleh memuaskan keterujaan kita orang terhadap nafsu makanan dan menggogok minuman.

Gerai pertama yang kita orang serbu ialah, kedai runcit kepunyaan Pak Osman; “Kat kedai runcitnya, Buyong dan Poji beli tiga kotak rokok Dunhilll king size 20 batang manakala, aku pulak beli satu karton rokok Dunhill king size yang sama dan mendapat satu kotak Dunhill percuma dari tuan empunya kedai.”

Selepas mengucapkan terima kasih kepada Pak Osman yang sangat kemas menyimpan rahsia mohor-mohor besar pelajar asrama membeli rokok di kedainya, destinasi kita orang seterusnya ialah, menyerbu restoran kepunyaan Syeikh Bunyamin yang menjual menu nasi beriani; “Dipercayai Syeikh Bunyamin ni dari lima generasi keturunan Arab dah berkahwin dengan orang Melayu. Disebabkan dah lima generasi maka, yang tinggal hanya jambangnya saja yang lebat, hidungnya dah tak mancung macam Maher Zain.”

Sampai saja di restorannya, terkebil-kebil Buyong dan Poji melihat aku di kaunter melompat-lompat order satu set lengkap beriani santapan beradab.

Dafi : Bang-bang-bang! Ambek order saya dulu bang! Saya nak satu set lengkap santapan beradab.

Abang di kaunter yang tertera namanya; “Shuib” kemas tersulam pada pakaian rasmi restoran, tersenyum dan bertanya.

Shuib : Nak makan kat sini atau bungkus?

Dafi : Bungkus bang, bungkus.

Shuib : Okay, air!

Dafi : Saya nak sirap bandung soda ais.

Shuib : Air pun sama, bungkus jugak.

Dafi : Ye bang! Bungkus jugak.

Buyong dan Poji terkebil-kebil di depan kaunter memandang aku tersenyum menyeringai.

Dafi : Yong! Ji! Order larr air.

Poji : Bang! Bagi saya kopi Tongkat Ali ais.

Dafi : Hoi! Kau ni tak abis-abis Tongkat Ali.

Poji : Hehehehe…

Kita orang bertiga tersengih-sengih dan saling memandang di antara satu sama lain.

Buyong : Bang! Bagi saya Nes’o panas.

Shuib : Okay, jumlah keseluruhan, 37 ringgit 20 sen.

Terus aku menyeluk poket seluar mengeluarkan empat helai duit 10 ringgit dan hulur kepada Abang Shuib. Selepas mengambil baki, kita orang duduk di meja berdekatan kaunter, menantikan pesanan yang sedang disiapkan di dapur restoran.

Di meja, Buyong dan Poji bersungguh-sungguh mengatakan, mereka berdua akan membayar balik harga hidangan yang sedang disiapkan, selepas masuk semula ke dalam asrama tetapi, jawapan aku kepada mereka berdua senang saja.

Dafi : Relaks arr, aku belanja, aku belanja, takyah bayar.

Sementara kita orang menunggu pesanan disiapkan, biar aku ceritakan serba sedikit perihal beriani santapan beradab.

Beriani santapan beradab maksudnya, semua menu lazat yang hanya boleh dimakan di waktu kenduri kendara majlis perkahwinan pasangan mempelai di Negeri Johor, menu lazat tersebut kita orang order; “Pajeri semestinya wajib tersenarai dalam menu santapan beradab, jika tanpanya bagaikan pengantin lelaki tidak memakai kain samping melilit pinggȧṅg melitupi belahan seluar di celah kạṅgkạng.”

10 minit berlalu, pesanan yang dibungkus pun siap, Abang Shuib datang membawa bungkusan pesanan kepada kita orang dan letak di atas meja.

Dafi : Abang, ada tak plastik dan getah?

Shuib : Nak plastik besor kē nak plastik kecik?

Dafi : Nak plastik macam ni dua!

Aku menuding ke arah bungkusan air sirap bandung soda yang sejuk mengeluarkan bintik-bintik pemeluapan di atas meja.

Shuib : Okay tunggu jap.

Abang Shuib masuk ke dapur, seketika kemudian dia keluar mambawa dua plastik kosong dan dua gelang getah oren nak diberikan kepada aku; “Selepas Abang Shuib meletakkan dua plastik kosong dan dua getah oren di atas meja.” kita orang mengucapkan terima kasih kepadanya dan dia tersenyum menjawab: “Sama-sama.” terus berlalu pergi melayan pelanggan yang baru datang bertandang di restoran.

Aku ambil dua plastik dan dua getah yang baru saja diberikan, pergi ke singki terus mengisi air paip ke dalam plastik dan mengikatnya menggunakan getah; “Selepas kedua-dua plastik dah diisi air paip dan diikat dengan getah.” kita orang terus angkut semua bungkusan makanan yang kita orang order dan, berlari keluar dari restoran dan menuju ke taman permainan; “Kat sini ada pondok wakaf, kat sini jugak tempatnya agak terang kerana biasan cahaya lampu TNB, kat sini jugak ada 13 orang, suami isteri, anak dan, menantu mundar-mandir berjoging.”

Kita orang memilih pondok wakaf kerana tak mahu terserempak dengan cikgu sekolah di restoran; “Kemungkinan terserempak dengan cikgu sangatlah tinggi kerana kemasyhuran menu beriani memang tersebar luas melebihi 999 penduduk di sekitar taman perumahan.” kita orang pun duduk bersila sambil membuka bungkusan menu santapan beradab di pelantar pondok wakaf dengan melihat persembahan hiburan 13 dayang-dayang mundar-mandir berjoging.

Buka saja semua bungkusan menu santapan beradab, kita orang tersengih-sengih kerana daging ayam, kambing, lembu dan, pejeri semuanya lengkap bagaikan hidangan masakkan dari dapur istanaloka; “Sesungguhnya beta bertiga tidak ingin mencemȧr dụli kerana hidangan bersantap ini tiada habuk!” terlihatlah daging ayamnya kelihatan empuk, daging kambing dan lembu nampak menggiurkan dihiris berkeping-keping macam kuih bengkang manakala, pajeri kelihatan segar berseri-seri nenasnya macam baru petik dari ladang.

Kita orang mulalah makan dengan perasaan gembira kerana menu santapan beradab jauh lebih sedap lagi lazat berbanding ikan jaket di dewan makan.

Makan punya makan, suap punya suap, tup tup tup aku tersedak; “Ohok! Ohok! Ohok!” cepat-cepat Buyong dan Poji menepuk-nepuk belakang badan aku; “Puk! Puk! Puk!”

Melihat adegan Buyong dan Poji menepuk-nepuk belakang badan aku, serta-merta empat dayang yang melintas di depan pondok wakaf berhenti berjoging kerana menyangka aku sedang dibelasah oleh dua Putera Mahkota di atas pelantar pondok.

Buyong : Macam mana boleh tersedak ni?

Dafi : Uhhhh… beriani ni sedap sangat!

Poji : Hmmmm… sedap sangat! Gelojoh naw layan pajeri memanglah tersedak.

Cepat-cepat Buyong ambil bungkusan air sirap bandung dan menyuakan straw ke bibir aku, terus aku menyȯnyȯt-nyȯnyȯt straw menghirup sirap bandung soda hingga terasa lega daripada radangan tersedak jerumbai lada yang berkahwin dengan nenas.

Dafi : Korang tahu tak! Kat tasik sana tu ada cerita seram taw.

Aku mengacungkan tangan kanan yang comot melekat nasi beriani, tunjuk ke arah tasik yang berdekatan dengan taman permainan; “Jarak di antara tasik yang aku tunjuk dan taman permainan lebih kurang 39 meter.”

Buyong : A’eh dia ni! Lepas tersedak terus bukak cerita seram kaw!

Dafi : Hehehe…

Poji : Ha! Chite-chite aku nak dengar!

Buyong : Cerita seram apa Fi kat tasik tu?!

Dafi : Cerita seram budak-budak godak tasik.

Buyong : Budak-budak taman ni kē godak tasik?

Dafi : Bukan budak-budak taman ni.

Poji : Abis tu budak-budak mana Fi!?

Dafi : Budak-budak bersėluȧr dȧlạm fuchsia.

Buyong : Bersėluȧr dȧlạm fuchsia!

Dafi : A’ah! Fuchsia.

Poji : Kat mana kau tahu cerita ni?

Dafi : Derus cerita kat aku!

Buyong : Macam mana ceritanya Fi!?

Dafi : Ceritanya macam ni…

Keadaan kita orang yang sedang mengunyah nasi beriani dalam keadaan duduk bersila di pondok wakaf tiba-tiba suasananya berubah warna menjadi warna hitam putih, seterusnya kedudukan kamera dihalakan ke arah tasik yang suasananya sudah pun senja berwarna emas kekuning-kuningan seperti ada sebongkah emas sebesar kontena kapal laut tenggelam di dalam tasik; “Sebenarnya takde pun emas tenggelam kat dalam tasik, sinaran matahari di waktu Maghrib menyebabkan air kat tasik seperti memancarkan kilauan emas.”

Di tepi tasik terlihatlah dua remaja lepasan SPM sedang seronok memancing ikan haruan.

Di waktu sebegini yakni di waktu Maghirb, semakin rancaklah umpan cicak di joran mereka berdua direntap oleh haruan.

Disebabkan kerancakan haruan merentap joran mereka berdua, semakin menggelecaklah perasaan seronok mereka melayan rentapan demi rentapan haruan.

Cara mereka berdua memancing bukanlah statik; “Selepas menghayun joran hingga batu ladung dan umpan terlempar ke tengah-tengah tasik, seterusnya duduk mencạṅgkuṅg menunggu rentapan haruan, bukanlah begitu cara mereka memancing.”

Cara mereka berdua memancing, selepas umpan terlempar ke tengah-tengah tasik, mereka akan memutar laju-laju gelendong gear hingga umpan melompat-lompat di atas permukaan air tasik; “Tup tup tup haruan pasti lincah menyambar umpan!” menggelabahlah mereka merentap-rentap joran dan ligat memutar gelendong gear kerana hasil sudah mengena, mengheret mulut haruan menuju ke tebing.

Sedang mereka berdua berjoget seronok mendaratkan haruan demi haruan di tebing tasik seterusnya dimasukkan ke dalam baldi, tiba-tiba mereka terdengar bunyi suara ketawa yang riuh tup tup tup; “Berjeburrrrrr!!” berkocak kuat air kerana ada ramai budak-budak melompat terjun ke dalam tasik.

Cepat-cepatlah mereka berdua menoleh, memandang ke kiri, di hujung tasik! Terlihatlah sekumpulan budak-budak berusia 10 tahun sedang seronok berenang-renang di tasik, melompat keluar dari tasik, terjun semula ke dalam tasik, berulang-ulang seperti budak-budak hyperaktif terlebih kandungan gula dalam badan; “Hekikikikikikiki! Berjebussssssss!! Hekikikikikikiki!”

Berkerutlah kening mereka berdua melihat keletah budak-budak berkepala botak memakai sẹluȧr dạlȧm berwarna fuchsia seronok melompat terjun dari tebing tasik dan, tenggelam timbul tenggelam timbul berenang-renang di tasik.

Untuk memudahkan cerita, kenalah bubuh nama kepada mereka berdua; “Upin dan Ipim” supaya dapat membezakan di antara mereka untuk dua remaja lepasan SPM dan, mereka untuk sekumpulan budak-budak botak berusia 10 tahun seronok bercanda-canda di tebing dan air tasik.

Upin yang melihat keseronokan mereka menggodak, terus bertanya kepada Ipim.

Upin : Pim, budak-budak mana tu time macam ni datang godak kat sini?

Ipim : Entah!

Upin : Pim, cuba kau halau budak-budak tu.

Ipim : Ishhh… tak naklah aku.

Upin : Pim, bahaya Pim biarkan budak-budak godak tasik, kang ada yang mạṭi lemas kang.

Belum sempat Ipim menghalang kawannya (Si Upin) menjerkah mereka yang sedang seronok melompat terjun dan berenang-renang di tasik, tup tup tup Upin menjerkah.

Upin : Hoiii!!!!! Balik! Balik! Balik! Tasik ni dalam woi! Kang ada yang mȧṁpọs!

Menjerkah saja suara Si Upin, mereka semua terus memandang ke arah dua remaja lepasan SPM yang sedang tercegat di tepi tebing tasik sambil memegang joran, pandangan mata mereka sangat serius serta raut wajah mereka berubah bengis seperti hyena nak menerkam zebra.

Baki mereka yang berada di tebing tasik terus melompat terjun ke dalam tasik, meningkatkan jumlah gang-gang mereka yang sedang terapung-apung di permukaan air tasik dengan kesemua raut wajah mereka kelihatan sangat bengis, tup tup tup berdesup mereka berenang laju-laju ke arah Upin dan Ipim; “Terperanjatlah dua remaja lepasan SPM ni melihat air berkocak rancak lagi deras di belakang kepala mereka macam speedboat kat tasik sedang berenang laju seperti haruan nak menyambar umpan!” dalam keadaan terperanjat, membuntang mata Si Upin dan Si Ipim melihat di dahi mereka tumbuh dua tanduk berwarna hitam!

Menggelupurlah Si Upin dan Si Ipim campak joran terus terpontang-panting berlari meninggalkan hasil yang lumayan, haruan di dalam tiga baldi, laju-laju berlari dalam keadaan terjerit-jerit menangis menuju ke rumah; “Uhhwarggghhhhhhh! Wawawawawawa!!”

Keesokan pagi, lebih kurang jam 9:59 minit pagi, kecohlah berita tersebar ke seluruh taman kerana di tepi tasik berselerak banyak tulang-temulang haruan diratah mentah-mentah oleh makhluk yang tidak diketahui asal usulnya kecuali Upin dan Ipim. Di saat kecohnya berita berkenaan ikan haruan diratah mentah-mentah, muncullah dua-tiga benggolan acah-acah wartawan atau di zaman telefon pintar digelarkan Netizen Reporter (NR) menuduh semua ini adalah tabiat haiwan karnivor yang gemar meratah daging mentah.

NR#1 : Ini konfem kucing hutan punya kerja ni!

Automatik NR#2 rasa tercabar dan tak mahu kalah, terus menyanggah laporan berita dari NR#1.

NR#2 : Bukan kucing hutan woi! Ini mesti musang pandan punya kerja!

Serta-merta NR#3 mengeluarkan katalog Zoo Melaka dari poket seluarnya, menyanggah laporan berita dari NR#2 dan NR#1.

NR#3 : Korang berdua salah! Bukan kucing hutan! Bukan musang pandan! Ini mesti beruang matahari punya kerja! Tengok ni aku ada bawak bukti!

Kejadian menggemparkan ini memang menimbulkan perbalahan di antara NR di tepi tasik, berlaku di zaman Nokia 3310; “Zaman ni belum wujud lagi netizen yang rancak menulis berita sensasi di sosial media, diselitkan sekali penjualan produk online serta doa-doa yang tidak tahu hujang pangkalnya untuk siapa?“

Tup tup tup Poji tiba-tiba menyampuk sebelum aku menghabiskan cerita seram di tasik.

Poji : Okay! Kau dengar pulak aku punya cerita seram.

Dafi : Hoi! Cerita aku ni belum abis lagi.

Poji : Alarr… kau dengarlah aku punya cerita, kau punya cerita tu kira dah abis larr.

Di pondok wakaf berlaku sedikit perbalahan di antara aku dan Poji. Sebelum berlaku pertengkaran yang maha dahsyat hingga boleh memutuskan silaturrahim, sekonyong-konyongnya aku tersenyum sambil memberi cadangan kepada Si Poji supaya dia menulis sendiri cerpen seramnya dan, tak perlulah dia mencacamerbakan cerpen ini dengan cerita seramnya yang berpotensi memeningkan kepala aku.

Poji tersenyum menyeringai dan bersetuju menerima cadangan yang aku syorkan dan, kita orang menghabiskan nasi beriani di pondok wakaf hingga membuncit kenyang.

Selepas membuncit kenyang, kita orang mencuci tangan menggunakan air paip yang sempat aku bungkus di singki, sebelum kita orang keluar dari restoran kepunyaan Syeikh Bunyamin.

Selepas mencuci tangan, kita orang wajiblah mengemas bungkusan yang sudah comot digunakan sebentar tadi, semasa masing-masing syahdu menyuap nasi beriani berserta lauk-pauknya sekali, seterusnya bungkusan comot tersebut, kita orang buang ke dalam tong sampah di taman permainan.

Selepas perut pun sudah membuncit kenyang, rokok pun sudah menyala di bibir masing-masing dengan menjadikan rokok percuma yang diberikan Pak Osman sebagai rokok wakaf untuk kita orang bertiga, destinasi seterusnya tentulah meredah semula ladang sawit dengan menyeludup stock rokok di dalam beg macam nak belayar selama setahun mencari Anonymous Island yang dipercayai menjadi tempat permainan Jassasah; “Secara spontan memang terlintas nak tulis penjara tetapi, disebabkan kita orang sangat profesional dalam bab fly melompat pagar, tidak tergamak aku samakan sekolah asrama sama seperti penjara!”

Waktu kita orang berada di pinggir ladang, jam di tangan aku menuding ke 12:12 minit malam; “Lampu dahi sudah pun dinyalakan di kepala masing-masing.” melangkah masuk saja kita orang ke dalam ladang tidak terdengar suara Si Poji mendendangkan lagu dari peti suara mulutnya, mungkin kerana membuncit kenyang tidak larat dia nak berkaraoke.

Jalan punya jalan, langkah punya melangkah, dipimpin oleh Bentara Guru, langkah kaki kita orang sudah pun menginjak 100 meter di dalam ladang, tup tup tup terdengar sayup-sayup salakan anjing; “Awouuuuu! Awooouuuuuuuu!!” kita orang meneruskan perjalanan tidak menghiraukan salakannya.

Menginjak saja lagi ke 100 meter kaki kita orang di dalam ladang, terdengar lagi sayup-sayup salakan anjing; “Awouuuuu! Awooouuuuuuuuuuuuuuuuu!!” kali ini salakannya panjang seperti merawan mahu melepaskan dendam.

Kita orang tetap meneruskan perjalanan, tidak menghiraukan salakan anjing seperti sedang merawan.

Menginjak saja 150 meter kaki kita orang meredah ladang, terdengar lagi salakan anjing; “Awouuuuu! Awooouuuuuuuuuu!! Awooouuuuuuuuuuuu!!” kali ini salakannya sangat dekat menghampiri kita orang, seperti di luar bulatan 25 meter, Buyong serta-merta menarik emergency break memerhatikan keadaan sekeliling, begitu juga dengan kita orang berdua, berhenti dan memerhati keadaan sekeliling, mencari kelibat anjing yang baru saja menyalak.

Sedang kita orang memerhati keadaan sekeliling, tiba-tiba terdengar bunyi derapan kaki bergerak laju dari kanan ke kiri kita orang dan, bunyi derapannya serta-merta berhenti pada kedudukan 134° di kiri kita orang; “Cepat-cepat kita orang memerhati ke arah derapan kaki yang serta-merta berhenti dalam suasana ladang yang gelap.”

Dafi : Yong!

Buyong : Shuuuuuut…

Poji : Yong, anjing nak terkam kita tu Yong!

Buyong : Shuuuuuut… diam.

Kita orang tetap memerhati ke arah 134° walaupun tak nampak kerana kegelapan malam menelan terpacaknya pokok-pokok sawit di sekeliling ladang; “Ye! Kat dahi kita orang memang ada lampu, tapi pancaran lampu kat dahi mencapah dan memang takde kanta kat dalam lampu, memang tak boleh ditalakan cahayanya menjadi jauh terpancar macam lampu spotlight pasukan bomba.”

Buyong : Jom gerak.

Kali ini pergerakan langkah kaki kita orang dipercepatkan setelah melihat Bentara Guru melajukan langkahnya seperti daruat dah tak tahan nak melepaskan bam di dalam jȧṁbạn.

Memang berdebak-debuk kita orang melangkah laju tetapi dalam masa sama terdengar bunyi derapan kaki mengekori kita orang dari arah belakang.

Buyong : Jangan pandang belakang, jom lincah-lincah!

Poji : Yong, anjing hambat kita Yong!

Buyong : Shuuuuuut… lincah-lincah-lincah!

Dari melangkah laju, kaki kita orang bertukar kepada berlari seperti berjoging; “Cis! Pagi-pagi buta berjoging kat dalam ladang sawit, ini bukan pertandingan marathon woi!”

Walaupun kita orang lincah berjoging, bunyi derapan kaki tetap mengekori dari belakang dalam keadaan gelap; “Nak kata betul-betul kat belakang, tak! Bunyi derapannya kuat macam 10 meter kat belakang, kejap-kejap kat kiri, kejap-kejap kat kanan macam berpindah-pindah mengekori kita orang.”

Muka kita orang memang dah berjurai-jurai dibasahi peluh yang rancak menitik keluar dari dahi; “Baju memang konfem basah, celah kạṅġkȧṇg takyah cakaplah.”

Walaupun kita orang sudah berjoging laju di dalam ladang hingga peluh rancak berjurai-jurai, kita orang tetap tidak sampai ke pinggir ladang di tepi pagar di Bengkel KH; “Kita orang dapat rasa… Eh! Bukan setakat dapat rasa, kita orang sendiri dapat lihat ladang sawit ni seperti tidak berpenghujung atau, takde penamat atau, takde pinggir ladang!”

Tup tup tup Bentara Guru menarik emergency break serta-merta berhenti berjoging setelah menyedari kita orang sedang dipermain-mainkan oleh makhluk yang sama-sama berhenti berjoging sekarang ini di dalam gelap.

Dafi : Yong, macam mana ni?

Buyong : Kita relaks kejap, ambek nafas.

Poji : Yong, apasal kita tak jumpa pagar Yong!?

Buyong : Relaks Ji! Relaks.

Dalam keadaan aku dan Poji tetap menghadap ke arah Buyong yang berdiri menghadap ke arah kita orang berdua, sememangnya kita orang berdua cuak nak menoleh ke belakang kecuali Buyong yang berani melihat ke belakang; “Dari air mukanya tak terlihat Bentara Guru terbeliak cuak mahupun terketar-ketar cemas.”

Buyong : Kita relaks jap, kita hisap rokok jap.

Aku mengeluarkan rokok wakaf dari poket seluar dan, rokok ini memang aku asingkan, tidak masuk dalam beg.

Selepas menghulurkan rokok wakaf kepada Buyong, terus dikeluarkan sebatang rokok dan menyalakannya. Aku hulur juga kepada Poji, tapi dia menolak, seterusnya rokok wakaf dimasukkan semula ke dalam poket seluar tracksuit berzip tanpa aku menyalakan rokok kerana masih dirundung perasaan berdebar-debar tak jumpa jalan keluar dari ladang.

Buyong : Eh! Korang dah bertaubat hisap rokok kē?

Kita orang berdua hanya menggeleng-gelengkan kepala sebagai isyarat paling mudah memberikan jawapan.

Buyong menghembus asap rokok di hadapan kita orang berdua tetapi, mata dan mukanya tidak memandang kita orang berdua, matanya tepat dan serius memandang ke arah gelap yang menghadap ke arah belakang kita orang berdua (aku dan Poji).

Buyong : Hmmmm… kau nak tengok tak macam mana nak keluar?

Poji : Nak!

Dafi : Nak-nak-nak!

Buyong : Kalau kau nak tengok jom tolong aku!

Buyong meluru ke arah longgokan pelepah sawit terus mengutipnya dan letak di tengah-tengah jalan.

Dafi : Yong, kita nak buat apa ni?

Buyong : Nak keluar larr!

Aku dan Poji cepat-cepat menolong Buyong mengutip pelepah sawit dan melonggokkannya di tengah-tengah jalan.

Buyong : Yo-yo-yo! Pelepah tu kena susun macam bentuk piramid.

Terkocoh-kocoh Buyong menyusun pelepah sawit membentukkan objek seperti piramid. Aku dan Poji cepat-cepat mengalihkan pelepah sawit di tengah-tengah jalan sama-sama membentukkan piramid yang dimahukan oleh Bentara Guru; “Nak faham ayat ni, susunlah lidi bertindih-tindih kat lantai hingga terbentuk piramid seperti lukis kat kertas.”

Selepas bertimbun-timbun pelepah sawit kita orang bertiga susun di tengah-tengah jalan hingga terbentuk seperti piramid. Buyong ambil satu pelepah sawit yang dah tȯgẹl daunnya terus menyodok tanah atau menggemburkan tanah di tengah-tengah piramid menggunakan pangkal pelepah.

Poji : Yong, apa hal kau sodok tanah tu Yong!?

Buyong : Nak keluar tak!

Poji : Nak-nak-nak-nak-nak!

Dafi : Jom Ji! Tolong Yong.

Terkocoh-kocoh aku dan Poji mencari pelepah yang dah tȯgėl daunnya; “Dapat jer pelepah yang dicari.” terus gelojoh kita orang berdua menyodok tanah di luar piramid dan, cepat-cepat mengalihkan tanah menggunakan tangan ke tengah-tengah piramid. Di tengah-tengah piramid, Buyong membentukkan timbunan tanah menjadi bulat atau berbentuk huruf O capital.

Selepas bersusah payah hingga tangan kita orang bertiga cemuas comot dek tanah gambut; “Dalam waktu yang singkat.” timbunan tanah berbentuk huruf O nampak terbojol macam kuih donat terpasung di tengah-tengah piramid seperti simbol ṅovuṡ ȯrdȯ ṡecloruṁ, Illuminati.

Buyong : Okay, sekarang mari tengok benda ni.

Aku dan Poji termasuk sekali Buyong berada di tengah-tengah kita orang berdua dalam keadaan mencạngkụṅg, sama-sama perhatikan simbol Illuminati yang baru saja siap dibina.

Sedang kita orang berdua dalam keadaan khusyuk mencạngkụṅg di tepi piramid memerhatikan simbol yang sering dikaitkan dengan seorang lelaki OKU buta mata kanannya bernama Ad-Dajjal, tup tup tup tangan aku dan Poji pantas ditarik oleh Buyong.

Buyong : Jom lincah!

Cepat-cepat kita orang bangun dan sama-sama lincah berlari meninggalkan simbol biji mata Ad-Dajjal di tengah-tengah jalan; “Zup! Zup! Zup! Zup!” memang laju kita orang sama-sama terpontang-panting berlari.

Tup tup tup kita orang pun berlari keluar dari ladang dan kini berada di depan pagar di tepi Bengkel KH; “Tak sempat lencun berpeluh untuk kali kedua.” kita orang berjaya keluar dari ladang!

Terkocoh-kocoh kita orang menerkam pagar dan sama-sama lincah memanjatnya dalam keadaan yang masih berdebar-debar.

Melompat turun saja kita orang bertiga dari pagar, tup tup tup muncul seekor anjing berbulu hitam yang besar keluar dari ladang, matanya merah menyala, mulutnya menggerenyeh garang seperti mahu menerkam; “Grerrrr! Grerrrrrr!! Grerrrrrrrrrrrrr!!”

Terduduk kita orang di depan longkang bengkel, membuntang mata kita orang melihat anjing hitam di luar pagar tiba-tiba bangun berdiri dan bentuk tubuhnya serta-merta berubah menonjolkan ketul-ketulan otot yang kekar seperti atlet bina badan; “Perghhhhhh!! Sado giler!”

Di luar pagar, Anjing Sado Hitam ini sangat bengis dan memaku tajam matanya memerhatikan kita orang terduduk dalam keadaan terkạṅgkȧṅg, mata terbuntang, mulut melopong dan, ada rasa macam terkeṅtọt dan terkėṇciṇg kerana gerun dan terperanjat.

Buyong : Jom-jom-jom! Lari woi! Lari!

Terkocoh-kocoh kita orang bertiga bangun daripada terduduk di depan longkang, terus lincah berlari meninggalkan Bengkel KH dan, Anjing Sado Hitam tetap tercongok berdiri di luar pagar memerhatikan tiga budak nakal tak bayar pengeras setelah berjoging di wilayah takluk salakannya.

Berdesup kita orang lincah berlari merentasi bengkel, makmal, kantin sekolah, pejabat guru, kawasan parkir dan, laman bunga menuju ke tangga yang memisahkan di antara bangunan sekolah dan blok asrama.

Sampai saja di bawah Blok C, tercungap-cungap kita orang masuk ke ruang bilik membasuh kerana nak membersihkan tompokan tanah gambut yang banyak melekat di lengan dan kaki.

Dafi : Yong, kat dalam ladang tu ada Werewolf Sado, Yong!

Poji : A’ah Yong! Ada Anjing Sado Jadian!

Buyong : Shuuuuuut… kita chite kat atas, chite kat atas.

Aku letak beg berisi stock rokok di atas meja memberus pakaian, aku dan Poji melihat Buyong menanggalkan bajunya, kita orang berdua pun sama-sama menanggalkan baju. Selepas menanggalkan baju, Bentara Guru menanggalkan seluar tracksuitnya, kita orang berdua pun sama-sama menanggalkan seluar tracksuit, kini yang tinggal hanya boxer saja menutup benda yang sepatutnya ditutup.

Selepas menanggalkan pakaian dan membersihkan tompokan tanah gambut, kita orang angkut pakaian masing-masing tanpa terlupa beg berisi stock rokok dan bawanya naik ke atas menuju ke dorm.

Sampai saja di depan pintu dorm, terperanjat inspektor polis dan hampir tercopot kain pelekatnya melihat kita orang dah macam baru balik dari bermandi-manda di kolam gajah Gunung Ledang.

Derus : Hoi! Apasal korang berbọgėl ni?

Poji : Hangguk kau berbọgėl! Tak nampak ni kita orang pakai boxer.

Derus : Korang ni dari mana?

Poji : Kita orang baru balik dari latihan silat.

Derus : Hangguk kau latihan silat! Dah dekat pukul 4 pagi ni kat celah mana korang silat?

Dafi : Ha!!! Pukul 4 pagi!

Cepat-cepat aku melihat jam di tangan kerana tak percaya di saat ini jam sudah menghampiri ke detik 4:00 pagi.

Derus : Ha tu! Beg tu apa ada kat dalam tu?

Buyong : Kat dalam beg ni ada baju silat kita orang.

Derus : Ye kē baju silat?

Poji : Ye arr baju silat! Kita orang outing tadi pergi silat kat luar, bukan kat dewan perhimpunan.

Derus : Hmmm… okaylah, dah-dah-dah ketepi-ketepi! Aku nak ambek wuduk nak solat tahajud.

Buyong : A’eh dia ni! Pintu sikit punya besar, poyo pulak, aku debik kang!

Dafi : Relaks Yong, relaks. Hehehe…

Selepas selesai menjawab soal siasat dari inspektor polis, kita orang bertiga mendapatkan baldi yang elok tersusun di tepi dorm dan meletakkan pakaian masing-masing di dalam baldi. Seterusnya kita orang ambil tuala masing-masing dan pergi ke bilik air membersihkan diri, moga-moga kesegaran air paip boleh menyegarkan semangat kita orang setelah tercungap-cungap berjoging kerana dipermain-mainkan oleh Anjing Sado Hitam, Sang Penunggu Misteri berkelana di ladang sawit.

Okay, sampai di sini sajalah setakat ini nukilan cerpen mengisahkan gangguan mistik lagi misteri di ladang sawit. Sememangnya ada satu rentetan perkara yang tercicir dalam coretan cerpen ini seperti iklan helaian bulu betis Farah Ann berguguran dicukur oleh pisạu Gillette.

Kali pertama, kita orang terdengar salakan anjing pada 100 meter di dalam ladang menuju ke pagar. Kali kedua, kita orang terdengar salakan anjing setelah menginjak 100 meter lagi, menuju ke pagar. Kali ketiga, kita orang terdengar lagi salakan anjing setelah menginjak 150 meter menuju ke pagar. Jumlah keseluruhan ialah 350 meter, ini bermakna jarak kita orang di dalam ladang menuju ke pagar di tepi Bengkel KH hanya berbaki 50 meter saja; “Sangat dekat 50 meter ni kerana kudrat kita orang belum lagi terbarai bocor seperti bocornya piston head kat enjin motor.”

Ye! Kita orang memang nampak samar-samar cahaya lampu dari bangunan mahupun bengkel di dalam pagar sekolah tetapi, semakin terpontang-panting lajunya kita orang berjoging di dalam ladang tetap tak sampai-sampai. Tup tup tup terlintas di benak fikiran Si Buyong membina simbol Illuminati menggunakan pelepah sawit dan tanah gambut.

Selepas selesai membina simbol Illuminati, tanpa Buyong terkumat-kamit membaca sebarang jampi-jampah, hanya kita orang bertiga duduk mencạṅgkụng serta khusyuk seketika atau satu minit jakun memerhatikan piramid di tepi pelepah sawit, tup tup tup lincah Bentara Guru bangun menarik tangan aku dan Poji terus sama-sama terpongkang-pongking berlari menuju ke pagar. Gedebak-gedebuk kita orang lincah berlari, tup tup tup kita orang senang saja keluar dari ladang!

Kita orang memang tak sangka, semasa terserempak saja Si Derus di pintu dorm hingga memaksa kita orang mencipta ayat-ayat temberang di hadapannya, waktu pada saat itu sudah menghampiri ke jam 4:00 pagi; “Maknanya hampir empat jam kita orang terpontang-panting berjoging hingga basah celah kạṅgkȧṅg meredah ladang! Dari 12:12 minit tengah malam menghampiri ke 4:00 pagi kaw!”

Bermula dari peristiwa Buyong mencipta trick daripada simbol Illuminati di dalam ladang kerana hendak memperdayakan Anjing Sado Hitam; “Bermula dari peristiwa inilah!” aku dan Poji menggelarkannya sebagai Bentara Guru yang bermaksud, ketua pemimpin yang megah memayungi kita orang berdua di saat munculnya gangguan supernatural dari makhluk tak berjinjang sekonyong-konyongnya menghambat mahupun terjongol di hadapan kita orang berdua; “Kalau di zaman Sụltaṅ Melayu megah bersemayam di atas singgahsana di dalam istana pada zaman dahulu kala, tentu ada Pawang Istana yang terlampau hebat, sikit pun tak gentar menunjal-nunjal jarinya tepat ke dahi Ifrit, walaupun di zaman tu belum ada lagi cokmar yang mungkin boleh dijadikan kiu snuker.” disebabkan kepintaran Buyong memayungi kita orang berdua tidaklah sampai ke taraf Pawang Istana maka, gelaran yang layak, secocok mahupun, setanding dengannya tentulah Bentara Guru.

Berkenaan Anjing Sado Hitam pula, makhluk ini bukanlah keturunan Werewolf atau Serigala Jadian dari Negara Cheese Burger yang terlepas dari pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Anjing Sado Hitam ini mengikut hemat Bentara Guru ialah, salah satu daripada sekian banyak kabilah-kabilah jin yang menghuni di dalam hutan dara sunti, gunung mekar terbonjol, paya lecak berair mahupun, busut membuncit ketumbit di tengah-tengah rimba rumbai belantara. Anjing Sado Hitam ini memang bentuk fizikalnya sama seperti anjing tetapi, dalam keadaan ianya melata atau bergerak menggunakan keempat-empat kakinya, saiz tubuhnya sangat besar dan boleh ditunggang hingga lima budak berusia 10 tahun sekali gus di belakang tubuhnya.

Oh! Hampir terlupa, fuchsia ini bukanlah penyamaran perkataan łuçah yang dikahwinkan dengan satu perkataan kọntọt iaitu sia; “Sesungguhnya fuchsia ialah salah satu warna yang sememangnya wujud dalam sekian banyak senarai nama warna kat dalam bucket fill atau ikon tong cat kat dalam komputer.” kalau dikhatankan nama fuchsia ianya akan dipanggil sebagai, ungu pijar menyilaukan mata; “Terang yang teramat terang macam sinaran pijar dari matahari terpacak tegak waktu tengahari.” jikalau masih ada yang musykil terloncat-loncat tak percaya, dipersilakanlah menulis dokumen pertuduhan saman berjumlah RM9.9 juta kepada Yang Arif Hakim di Mahkamah Persekutuan untuk melakukan perbicaraan membuktikan RGB hexadecimal ini #ff00ff warna ungu pijar atau warna kelabu asap?

Disebabkan aku tidak pernah belajar secara formal menulis/membina ayat hingga boleh menggondol hadiah lumayan beratus-ratus ringgit menjadi juara nombor #1 pertandingan menulis esei mahupun, cerekarama konflik kehidupan keluarga kaya berebut harta; “Penyusunan ayat yang aku tulis ni sememangnya gagal menonjolkan babak penting yang sepatutnya tertonjol pada bola putih hingga memasukkan bola merah ke dalam lubang di tepi mahupun, di penjuru meja snuker!” babak penting yang aku maksud ialah, gerak-geri dan dialog Bentara Guru ketika dia menghembuskan asap rokok di dalam ladang.

Semasa Buyong menghembuskan asap rokok di dalam ladang, aku memang perasan/nampak dia tak pandang muka aku dan Poji, matanya serius memandang ke arah gelap yang menghadap belakang kita orang berdua.

Selepas serius memandang ke arah gelap, kata-kata yang diucapkan oleh Bentara Guru tak sebut/menyebut pun nama kita orang berdua, sedangkan semasa kita orang berdua tersalah melonggokkan pelepah sawit, jelas kita orang berdua dengar sebutan kata-kata seruan darinya: “Yo-yo-yo! Pelepah tu kena susun macam bentuk piramid.” ini sememangnya bukan cara Buyong menyeru mahupun memanggil kita orang berdua; “Seruan yo-yo-yo hip-hop ni memang Buyong dah kurang atau jarang gunakan lepas Malique cemerlang memartabatkan Bahasa Melayu kat dalam bait-bait lagunya tiba-tiba, Cairel Adrin bin Ibrahim hilang ghaib macam kena sorok Hantu Tėtẹk.“

Semasa dan sesudah selesai kita orang bertiga membina simbol Illuminati menggunakan pelepah sawit dan tanah gambut, kata-kata/dialog yang Buyong ucapkan atau dialog yang terucap dari mulutnya, sememangnya tidak menyebut nama kọntọt kita orang berdua (Fi dan Ji).

Ye! Memang ada kata ganti diri/nama “kau” diucapkan oleh Boyong tetapi, kata ganti nama ini (kau) sebenarnya bukan ditujukan kepada aku dan Poji, kata ganti nama ini ditujukan kepada makhluk yang sedang menyorok di dalam kegelapan malam di ladang sawit.

Babak sebelum, semasa dan, selepas kita orang bertungkus-lumus membina simbol Illuminati kerana hendak memperdaya Anjing Sado Hitam, sememangnya aku gagal tonjolkan babak ini pada coretan cerpen ini; “Cis!”

Dua hari selepas berlakunya peristiwa Anjing Sado Hitam mempermainkan kita orang bertiga, aku tanyalah soalan mudah pada Buyong ketika kita orang berdua sama-sama berjalan pergi ke kiosk, nak beli ubat pensel ketek-ketek 2B.

Dafi : Yong, apa yang kau nampak masa kau berdiri kat depan aku dan Poji?

Buyong : Masa bila?

Dafi : Masa kau hisap rokok sesorang kat dalam ladang!

Buyong : Ohhh! Tak nampak pun Anjing Sado tu kat dalam ladang.

Dafi : Kalau kau tak nampak, kenapa cara kau cakap macam kau nampak?

Buyong : Aku acah-acah jer macam aku nampak, sebenarnya aku nak bagi tahu kat Anjing Sado tu, aku tahu cara nak keluar kat ladang.

Dafi : Hahahahaha! Tahulah sangat sampai buat simbol pelik macam nak puja Dajjal, tup tup tup kita cabut tinggalkan Anjing Sado tu jakun tengok mata Dajjal macam kuih donat.

Buyong : Hahahahahahahahahaha!!

Sebelum cerpen ini diulit sepi yang mencengkam bagaikan pungguk merindukan rembulan purnama, sebelum aku meminta diri melangkah kaki keluar daripada helaian cerpen ini, ingin aku nyatakan, sesungguhnya nukilan cerpen ini tidak pernah tersembur keluar sampai berselerak di sebarang blog, laman web, forum mahupun, sosial media di Facebook (FB) dan, sesungguhnya cerpen ini awal-awal diteliti dan ditelaah oleh Buyong setelah ianya selasai ditulis pada 7 Ramadan 1443 Hijrah bersamaan 9 April 2022 Masihi.

Cantik! Buyong tersenyum gembira selepas menelaah cerpen ini dengan memberi satu ancaman keras kepada aku berbunyi begini: “Fi! Kat FB banyak Minah-Minah Dara dan Mamat-Mamat Skema tak suka cerita macam ni! Kau ready jerlah, dia orang semua akan meloncat-loncat hentam kau macam kau ni dah buat jenayah suṅdạl menjahanamkan kehormatan dia orang.”

Menggelekek aku ketawa mendengar ancaman keras dari Buyong terus terkebil-kebil aku menghentikan serta-merta gelekek ketawa memandang ke tingkap kerana terdengar salakan anjing; “Awouuuuu! Awooouuuuuuuuuu!!”

Akhir kata di bulan Ramadan yang penuh barakah ini; “Assalammualaikum.”

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Dafi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 83 Average: 2.6]

1 thought on “Anjing Sado Hitam”

  1. Aku suka karya kau niy dafi “Baik punyer” yang niy dgn ulek mayang walaupun rating rendah aku support nanti hantar lagi cite komedi seram

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.