Assalamualaikum warga Fiksyen Shasha. Pertama sekali aku nak terima kasih dekat admin kalau cerita aku di published. Aku namakan diri aku Fa. Harini aku nak kongsi tentang perjalanan 1 May aku dengan 3 orang kawan aku iaitu Man, Mi dan Tep. Kenapa 1 May? 1 May ni adalah hari yang budak-budak moto ke Port Dickson (PD ATTACKED). So sesiapa yang terlibat dalam dunia permotoran mesti tahu.
Okay focus pada cerita, kami bergerak dari Penang pada malam 28hb April. Kami takde la terus ke PD sebab kami plan nak jalan-jalan KL dan Melaka dulu. Jadi semasa di KL dan Melaka semuanya okay. Tak ada apa-apa yang pelik berlaku, Alhamdulillah.
Pagi 1 May tiba.. Selepas checkout hotel di Melaka kami bergerak ke PD ikut jalan belakang disebabkan dari Pantai Klebang, Melaka jauh balik kalau nak ikut highway. Dalam perjalanan sempat singgah makan. Lebih kurang jam 4.30 petang kami tiba di PD. Mula survay hotel untuk menginap dekat PD malam ni pula. Memang kami semua ni unplanned person lah. Dah sampai baru kalut nak google la apa la. Bila dah semua letih, panas dengan mood barai mula la nak gaduh.
Dan bila dah jumpa tempat yang sesuai kami pun uruskan urusan checkin. Kami memilih sebuah appartment dan harga appartment kami tu kalau diikutkan sangat-sangat tak logic.Tak sampai RM200, ada ruang tamu lengkap tv dan sofa, dapur siap meja makan, bilik 2 dan tandas pun 2. Permandangan dari luar pintu koridor indah. Ada kolam renang bersaiz sedang-sedang je. Yang paling best nampak Laut weh! HAHAHA! Tapi.. Indah tu hanya sementara..
Kami berempat duduk sembang kosong di ruang tamu. Bila dah tak ada tajuk nak bersembang, si Man bagi cadangan ajak tengok movie hantu dekat handphone. Tanpa fikir panjang kami semua pun on sebab dah tak tahu nak buat apa. Kami buat keputusan nak tengok dalam bilik utama sebab aircond sejuk. Dah pilih movie, siap tutup lampu kami pun layan. Tapi tak lama sebab line malam tu agak teruk. Jadi movie sangkut-sangkut.
Jam lebih kurang pukul 11.30, Mi bersuara ajak keluar makan. Kami masing-masing malas dah nak bersiap, buat taktau ja dengan Mi. Dia masih lagi pujuk. Dalam masa dia memujuk dan kami tidak juga mahu keluar tiba-tiba dengar ada orang dekat ruang tamu. Macam dengar ada orang tarik kerusi meja makan tu tahu tak? Kami masing-masing terdiam sebab nak dengar betul ke bunyi tu, dan dari mana..? Man dengan Tep dengar dari atas. Tapi aku dengan Mi dengar dekat ruang tamu, iaitu sebelah bilik kami.
Mi dengan celuparnya boleh dia tegur “sapadia pulak duk ubah kat depan”.. aku pun marah la gila tegur buat apa! Kemudian kami masih lagi chill, taknak semua takut. Dari rasa malas, kami tiba-tiba rasa nak je keluar dari situ. Ikut cadangan Mi untuk keluar makan. Tapi bila fikir balik, kalau keluar nanti nak masuk balik tidur dah lewat, takut ada benda ikut pula tak ke naya? Yela Port Dickson kan kawasan laut.. Tempat orang buang benda.. Kami pun sambung sembang kosong.
Kami masih lagi bergelak-tawa, Mi siap bangun berdiri atas katil sambil lompat-lompat. Dia memang tak serik weh! Masa Mi lompat tu dengar la bunyi spring katil (tahu kan macam mana bunyi bila lompat atas katil), dia lompat-lompat dan dia berhenti.. tapi bunyi spring katil masih belum berhenti! Haa sudah.. sapa pulak join Mi lompat ni.. Mi terus lari baring antara Man dengan Tep. Haa baru tau takut.
Bila semua dah diam, aku yang masih belum tidur dan aku yakin depa pun takkan boleh lelap lagi. Aku beri cadangan untuk kami sama-sama ke depan, untuk memenuhi semua ruang dalam appartment tu. Bila semua dan kembali tenang dan mahu tidur, Mi dengan Tep tidur di bilik utama tadi sebab ada 1 katil queen. Aku pulak minta Man temankan tidur di bilik satu lagi yang ada 2 katil single. Kami berempat pun lena tidur sehingga keesokan paginya.
Keadaan tenang, semasa checkout aku sorang je yang pegi serah kunci balik. Apa yang buat aku pelik, selain suasana yang sangat cantik walaupun tak semua bilik berpenghuni. Kakak dan abang yang urus hal appartment tu semua ceria-ceria je. Macam appartment tu takde apa-apa yang buruk jadi. Haa satu lagi, kan aku cakap tak semua bilik ada orang tu, sebab masa kami mula-mula checkin semalam kami naik lift, bilik kami tingkat 11 tau, keluar lift tu rasanya bilik kami agak hujung dan tak ada bilik lain yang ada orang. Sunyi sepi je. Kalau tengok dari bawah pun kami punya bilik paling tinggi, memang kami je stay situ. Bilik lain yang ada orang tingkat bawah je. Hmm..
Kami pun bergerak balik ke Penang. Sampai di RNR Rawang kami singgah isi perut baru masing-masing bersuara apa yang kami rasa semalam. Dan aku pun baru teringat yang dalam Fiksyen Shasha banyak cerita tentang Port Dickson. Sebenarnya kenapa dengan Port Dickson? Okay lah sampai sini saja. Maaf kalau cerita kami tak seram bagi hampa semua. Apa-apa pun aku bersyukur sebab kami hanya dengar bunyi tetapi tak nampak benda tu. Hehe Assalamualikum!
Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Nk tnya..nm Fa tu nm penuhnya tau fu fa ke..
HAHAH
Ini kroni lampu petak jaa . 1 may ja grand gathering ex5 kat PD . Seluruh negeri datang kecuali sabah n sarawak jaa haha
Ok la dr xde.. aku dlu dgn member2, 4 family masing2 ada anak sorg..sampai PD sm mcm ko jgk..terus tekan trivago dpt la apartment ada 2 bilik.. bila masuk jer aparment terus anak aku dan anak2 member masing menangis serentak.. terkejut beb.. terus aku azan setiap penjuru, xlm terus senyap dan tido budak2.. esk pg terus checkout.. mmg berantu PD ni.. nasib xbaik dpt la aparmnt berhantu..
Pd marina ni .. apartment tu ramai yg dah tahu
PD Marina skrg ni dah ramai yg menginap sejak pengurusan baru.. Mana2 tmpt x kira umah ke homestay ke hotel ke jika lama x duduk pasti ada yg menumpang.. Sebaiknya bila tido dimana2 pasang rukyah dari maghrib sampai subuh jika tidak mengaji.. Dah byk kali saya menginap di sini sebab murah dan selesa..
Dulu pernah jugak tido dekat pd, dapat satu apartment besar lengkap semua benda, time malam semua dah tido, act ada 2 bilik, 1 pakcik aku dengan bini dia. Lagi 1 kami berlima, so ada 2 single bed, 1 katil aku dengan 2 sepupu aku, lagi 1katil, 2 orang adik² uncle aku. Time tengah tido tetiba aku terjaga dengar orang mandi dalam bilik air, tapi dua² katil 1 orang pun tak berkutik. Aku pun acah berani pegi try check bilik air, bukak pintu bilik air lantai basah pastu rasa haba panas. Sampai sekarang still pelik sebab tanya dorang tak ada pun dorang pakai bilik air malam tu
kau jalan2 jauh pastu tido sekali dgn budak lelaki? Aku rasa ‘cerita perjalanan’ kau ni lagi seram dari cerita hantu tu. Insaf la dik. Kalau m**i eksiden tak sempat bertaubat kang panjang plak citer.
Ingatkn aku sorg je perasan bende ni… Mgkin sbb tu kena sakat.. Huhu..tak pe aku cuba husnuzon yg KHAIRUNNISA FATEEN ni lelaki..