apartment puaka

Assalamualaikum… Namaku Jan (bukan nama sebenar). Aku ingin berkongsi kisah seram yang berlaku sewaktu aku dan keluarga menginap di apartment yang terletak di Jeram, Selangor (nama apartment terpaksa dirahsiakan).

kisahnya bermula apabila pada suatu hari aku ingin jalan-jalan makan angin di pantai Jeram. Jadi aku pun cari kalau-kalau ada homestay di kawasan itu. Puas mencari akhirnya aku pun dapat satu unit homestay di sebuah apartment. Aku pun terus buat tempahan. Apartment tu ada kolam renang jadi anak-anak aku pasti seronok.

Setibanya hari tersebut aku pun sampai di apartment tu. Sampai-sampai sahaja aku tengok apartment tu sunyi dan suram. Aku dah tak sedap hati tapi aku layankan sajalah. Buat apa nak takutkan diri sendiri. Lagipun anak-anak aku dah seronok sangat sebab nak mandi kolam. Aku tengok banyak unit rumah yang kosong. Aku pun fikir ada masalah apa dengan apartment ni?…

Setelah mengambil kunci di pondok pengawal aku terus masuk ke Lift.
Tingggg…. Lift berhenti di tingkat 8. Aku pun keluar dan mencari unit rumah yang aku sewa. kemudian aku pun masuk dan letak semua barang. Aku dah mula rasa tak sedap hati dan rasa berdebar-debar. Aku pun bacalah ayat-ayat quran sikit bagi tenang. Anak-anak aku dah tak sabar nak turun mandi kolam jadi belum sempat duduk aku pun turun semula.

Setelah puas anak-anak mandi kolam aku ajak mereka semua naik memandangkan hari pun sudah lewat dan aku sendiri pun belum solat Asar. Sampai di bilik aku mandi dan solat Asar. Aku biarkan anak-anak aku bermain. Selesai solat aku baring dikatil.

Abang! Abang!… aku terjaga.. Isteri aku ada disebelah memandang aku dengan muka yang berkerut. Laa aku tertidur rupanya. Anak-anak aku pun tertidur sama disebelahku. Mungkin penat sangat kot. ”Abang!” isteri aku goyangkan badan aku lagi. Aku yang dalam keadaan mamai tengok saja muka dia. ”hah ada apa?” kata aku. ”Abang, ada orang main lampu bilik la abang” kata Isteri aku dalam keadaan hampir berbisik. Bila aku dengar dia cakap macam tu terus segar biji mata aku. ”bilik mana?’ aku bertanya. ” bilik depan bang” jawab isteriku. Aku tengok jam waktu tu dah hampir senja.

Aku pun bingkas bangun. Perlahan aku keluar dan aku perhatikan saja bilik yang isteri aku maksudkan. Ya!! ‘dia’ main lampu!! kejap hidup kejap padam. Waktu tu bulu roma aku tegak berdiri. Aku cuba beranikan diri untuk pergi ke bilik tersebut. Pintu bilik tu agak renggang dan aku pun buka pintu bilik tu seluasnya. Aku tengok suiz masih ‘OFF’. Aku pun On kan lampu bilik tu biar terang.

Kemudian aku duduk diruang tamu. Aku perhatikan saja bilik tu. Lampu masih menyala. Aku pun alih pandangan keluar jendela. Belum sampai beberapa saat, tiba-tiba, Dammm! pintu bilik tadi ditutup dengan kasar. Bagai nak gugur jantung aku ketika tu. Bulu roma berdiri, kepala mejadi panas, aku terus bangun jumpa isteri aku dalam bilik.

”Sayang! kejut anak-anak jom kita keluar” aku arahkan isteri aku kejutkan anak sementara aku kemaskan barang. Isteri aku tak membantah seolah dia tau apa yang berlaku. Aku tidak mahu mengambil risiko sekiranya kami bermalam disitu. Siap je aku kemaskan barang aku suruh isteri bawa anak-anak keluar. Ketika aku melangkah keluar jantung aku berdegup kencang. Aku tak pandang pun bilik tu. Terus saja aku keluar.

Keadaan diluar sudah gelap hanya beberapa lampu sahaja yang menyala di kaki lima. Memang bertambah seram ketika itu. Aku pun tutup pintu dan terus berjalan menuju ke lift. Ketika itu isteri dan anak-anak dah berada didepan pintu lift. Beberapa langkah aku meninggalkan unit rumah tu entah macam mana aku boleh pula menoleh kebelakang. Aku lihat dengan jelas sekujur tubuh berbalut putih berdiri tegak didepan pintu! ya itu lah pocong!! Buat pertama kali aku tengok live depan mata. Dengan kuat aku menjerit Allahuakhbar!!. kaki aku terasa lemah, tapi aku gagahkan juga berjalan ke arah isteri dan anak-anak aku.

Masuk sahaja ke dalam lift aku dah tak mampu berkata-kata. sampai sahaja dibawah terus aku pulangkan kunci pada pakcik guard. Dia tanya nak kemana? aku jawab nak pergi makan. Malam tu juga kami gerak pulang ke rumah kami di Kuala Lumpur

Sampai dirumah aku ceritakan kepada isteri apa yang aku nampak tadi. Keesokan pagi badan aku panas. Isteri aku kata ketika aku tidur aku banyak meracau. Akhirnya aku demam hampir seminggu.

Sekian kisah seramku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah ini sebagai hiburan semua. Akhir kata sedikit pesanku, jika hendak menginap dimana-mana rumah penginapan ada baiknya siasat dahulu latar belakang rumah atau hotel yang kita nak sewa supaya kita tahu kisah disebaliknya.
wassalam…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

jan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

9 thoughts on “apartment puaka”

  1. Seram.. sy pon pernah sewa apartment kat area Jeram.. memang lebih kurang scary mcm ni jugak suasana apartment tu masa sampa. Pastu husband kumpulkan semua tido 1 bilik.. dah balik KL baru dia cerita.. huhu

    Reply
  2. Allahu.. Smlm baru check out tido 1 malam.. Abg saya kene kacau jugk kt tingkt 7 katanya cik ponti.. Dr mlm smpai pgi. Die dh bese kene kacau, so xde la takut, saya alhamdulillah la x kene ape2

    Reply
  3. All ahura and a . Smlm baru check out tido 1 malam.. Abg saya kene kacau jugk kt tingkt 7 katanya cik ponti.. Dr mlm smpai pgi. Die dh bese kene kacau, so xde la takut, saya alhamdulillah la x kene ape2

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.