Arwah mak balik memasak

Terima kasih admin siarkan cerita ni. Untuk pengetahuan semua ini hanyalah fiksyen.

==Misteri Dapur Berasap.==

Sudah seminggu arwah mak pergi ke rahmatullah.ayah kelihatan tenang dan banyak mendiamkan diri sejak kematian mak.aku tahu ayah tak tunjuk kesedihan dia depan orang.Ayah memang macam tu.Dalam hatinya cuma Allah saja yang tahu.mungkin aku juga tahu.

Ayah terlalu sayangkan mak.selama aku hidup dan membesar belum pernah aku lihat ayah marah atau tengking mak.kalau mak ada buat silap ayah tegur dengan baik .kadang2 ditegur mak dalam bergurau.mak pula belum pernah gagal menjalankan tanggungjawapnya sebagai isteri.sikap mak yang suka senyum dan tidak suka membebel buat ayah makin sayang dengan mak.Alhamdulillah aku dibesarkan dalam sebuah keluarga bahagia.

Satu tentang ayah,ayah tak suka makan luar.Ayah suka makan masakan mak.tak kira lah mak masak apa saja ayah tak pernah merungut.semua ayah kata sedap.walaupun lauk tu cuma telur ayam goreng dan kicap.ayah tetap makan dengan berselera hingga habis.ayah puas.

Begitu juga dengan aku mase kecil dulu pergi ke sekolah memang sentiasa bawa bekal yang mak masak.jarang sekali aku beli di kantin.

Jadi lepas mak meninggal, ayah aku lihat kurang makan.malah waktu kenduri tahlil pun ayah langsung tak jamah lauk pauk yang tersedia.ayah cuma minum air.aku sudah mula risaukan ayah memandangkan cuti pun sudah hampir habis.

Aku cuba berbincang dengan ayah supaya ayah tinggal bersama aku di ibu kota tapi ayah menolak.ayah senang duduk dirumahnya sendiri.aku menyatakan kerisauan aku tentang kesihatannya namun ayah beriya2 meyakinkan aku bahawa dia akan baik2 saja dan aku tak perlu risaukan dia.

Oklah aku pun tak nak memaksa ayah.

Setelah pulang ke rumah ku,aku akan cuba menghubungi ayah sekerap mungkin.memang aku sangat risaukan ayah lebih2 lagi dengan sikap ayah yang tak akan makan masakan orang lain selain dari mak.bila aku tanya ayah jawap ayah puasa dan berbuka dengan buah kurma.kadang2 dengan buah2an yang lain.hati ku sayu mengenangkan ayah.
Jadi aku nekad tiap kali aku balik aku akan masak buat ayah dan aku akan pastikan ayah makan masakkan aku.

Bulan berikutnya aku pun pulang ke rumah ayah.waktu itu aku sampai agak lewat disebabkan urusan kerja.mujur rumah ayah tak terlalu jauh hanya memakan masa 1 jam saja untuk sampai.ketika aku keluar dari kereta sambil aku keluarkan barang2 aku nampak seperti asap keluar dari bahagian dapur.aku mula cuak takut2 kalau berlaku kebakaran.aku segra berlari ke pintu dan menjerit memanggil ayah.
Tak lama kemudian ayah pun muncul dan buka pintu.kelihatan ayah tersenyum dan menjemput aku masuk.aku lihat ke seluruhan rumah tak ada tanda2 kebakaran.

‘Ayah tadi zul nampak dapur berasap.zul ingat ada kebakaran tadi.’aku terus meluahkan apa yang bermain difikiran.

‘Tak adalah.mana ada kebakaran.’jawap ayah tenang.

‘Dah tu asap yang zul nampak kat dapur tadi asap apa pulak ayah.ayah masak ke ?’

Ayah cuma tersenyum.

Aku segera ke dapur.aku terkejut melihat lauk dalam periuk masih berasap lagi seolah2 baru lepas dimasak.nasi juga sudah ditanak.bau masakan tersebut mengingatkan aku pada masakan mak.

Aku lihat ayah mengambil pinggan dan diletakkan dimeja.kemudian dia mencedok nasi dan lauk buat aku dan dia.

‘Tak reti2 nak duduk ke.sampai bila ko nak tercegat kat situ.’ayah bersuara.

Aku jadi kaget dan terus duduk memandang lauk yang terhidang.

‘Ayah masak ke ni.sejak bila ayah belajar memasak?’aku bertanya lagi.

‘Makan jela tak payah banyak tanya.’balas ayah.

Perlahan2 aku menyuap makanan ke dalam mulut ku….dan rasa masakkan tu memang seperti masakkan yang arwah mak masak.serta merta air mata ku bergenang dan mengalir ke pipi.

‘Apa semua ni…siapa yang masak lauk ni’persoalan yang tak mampu aku luahkan hanya bermain dalam fikiran ku.aku lihat ayah makan dengan begitu berselera sekali.

Setelah selesai aku mengemas meja.aku segera ke sinki dan melihat2 keadaan dapur.tak ada sampah kulit bawang atau sisa2 masakkan.semuanya bersih.jadi dari mana datangnya lauk ni.

‘Zul buat apa lama2 kat dapur tu.pergi mandi dan rehat.kau penat tu’tegur ayah dari ruang tamu menyedarkan aku dari lamunan.

Aku segera membasuh pinggan dan segera ke bilik untuk bersiap2 mandi.
Setelah mandi aku duduk menemani ayah sambil menonton television.

‘Mak ko dulu suka tengok drama ni.’ayah memulakan bicara tanpa memandang aku.matanya tertancap memandang television.
Aku hanya mengangguk dan tersenyum.

Sepanjang malam tu ayah banyak bercerita tentang mak.ingatannya pada arwah mak sungguh kuat.aku lihat betapa kasihnya ayah pada arwah mak.

Keesokkan paginya aku menyiapkan sarapan.apabila aku memanggil ayah ku untuk bersarapan,ayah menolak dengan mengatakan yang dia berpuasa.maka bersarapanlah aku seorang diri.

Waktu hampir berbuka puasa aku masak buat ayah.aku masak lauk kegemaran ayah.setelah siap aku memanggil ayah ke dapur.ayah datang sambil tersenyum lalu duduk.aku menghidangkan lauk kegemaran ayah.ayah berbuka puasa dengan minum segelas air suam.kemudian dia jamah lauk ku sesuap dua dan berhenti.

‘Ayah sudah kenyang.sedap juga ko masak.macam arwah mak ko masak.’ujar ayah lalu bangun untuk menunaikan solat maghrib.
Aku hanya duduk terpinga2.

Esoknya sebelum aku pulang ke ibu kota.aku pesan pada jiran ku agar dia tolong tengok2kan ayah.jiran aku bersetuju tanpa banyak soal.kami pun da lama mengenali antara satu sama lain.

Setelah beberapa hari pulang ke rumah aku menerima panggilan dari jiran aku.Dengan nada berbisik dan agak cemas dia bagitahu yang dia sering dengar orang memasak bila waktu maghrib ketika dia lalu dibahagian belakang rumah ku tapi dalam masa yang sama dia nampak ayah ku kadang2 diluar mengambil baju yang tersidai.kadang2 nampak ayah menutup pintu dan tingkap sedangkan dalam waktu yang sama didapur kedengaran seperti orang sedang memasak.

Aku hanya mampu diam.aku segera call ayah dan menceritakan hal tersebut namun seperti biasa jawapan ayah mengecewakan.

Aku asyik memikirkan hal ni hingga aku susah tidur.siapa yang memasak dirumah ayah.aku pernah suruh jiran ku bersembunyi untuk memerhatikan kalau ada siapa2 keluar selepas waktu memasak tu namun setelah jiran aku perhatikan hampir larut malam tidak kelihatan sesiap yang keluar dari rumah ayah.ini yang membuat aku jadi bertambah bingung.

Akhirnya aku nekad.aku akan pulang ke rumah ayah secara diam2.aku ingin lihat siapa yang memasak untuk ayah.

Esoknya bila aku cuti aku pulang ke rumah ayah.kereta aku parking agak jauh sedikit dari rumah.waktu hampir maghrib.perlahan2 aku berjalan ke arah belakang dapur.aku lihat asap keluar dari lubang atas dapur.mujur belakang rumah ada tangga kayu.aku ambil tangga tu dan aku panjat perlahan2.aku mengintai dari atas melalui lubang dapur.
Bersama2 asap yang menerpa ke muka aku,aku terkejut melihat sekujur tubuh seperti seorang perempuan sedang leka memasak didapur tetapi memakai pakaian serba putih bersama selendang menutupi kepala.aku tak nampak wajah tapi kalau dilihat melalui tubuh…kelihatan seperi arwah mak!!!!

‘Woi!! Ko buat apa mengintai tu???’

Kedengaran suara ayah menjerit dari bawah.aku yang terkejut disergah ayah tak dapat mengimbangi tubuh ku lalu jatuh ke tanah.kepala ku terhantuk dan aku tak ingat apa2 lagi.semuanya kelam.

Apabila aku tersedar aku berada didalam bilik aku.aku bangun perlahan2.terasa kepala aku sakit sangat.kemudian aku nampak ayah masuk ke bilik ku membawa segelas air dan ubat panadol.

‘Nah makan ni.kalau tak elok jugak kepala tu esok kita pergi klinik.ko datang dengan apa ni.ayah tak nampak kereta ko kat luar rumah.’

Aku hanya diam.dan terus makan ubat.kemudian aku berbaring semula dan terlelap.

Aku terbangun dari tidur.kedengaran seperti seseorang memasak didapur.bau masakkan menyelinap ke rongga hidung ku.aku melihat jam didinding menjunjukkan jam 5.00pagi.perlahan2 aku bangun menuju ke dapur.namun tidak kelihatan sesiapa pun disitu kecuali lauk yang sudah siap dimasak.

‘Awal ko bangun pagi ni zul’ayah tegur dari belakang.

Tiba2 aku rasa pitam.

Aku tersedar.hari sudah siang.aku segera mandi untuk menyegarkan diri.selesai mandi aku segera ke dapur.tak ada apa2.kosong dan bersih.

‘Mimpi ke aku malam tadi.’

Ayah tiada di rumah.mungkin keluar ke kebunnya.jam menunjukkan pukul 2 petang.aku nekad telefon kawan aku.aku perlukan pertolongannya.ada yang tidak kena dalam rumah ni dan aku harus tahu jawapannya.

Petang itu aku menunggu kawan aku dalam kereta.aku tak mahu rancangan aku diketahui oleh ayah.aku menunggu di simpang masuk kampung ku.
Sekitar jam 6.30 petang kawan aku sampai bersama seorang ustaz.aku kenal ustaz ni selalu beri ceramah disurau berdekatan dirumah ku.aku mengharapkan agar dia boleh membantu aku untuk selesaikan misteri yang berlaku dirumah ayah ku.

Tanpa berlengah aku bawa mereka ke rumah ayah .aku sempat ambil kunci rumah ayah dan seperti biasa dari luar akan nampak asap keluar dari dapur.
Perlahan2 aku membuka pintu dan kami bertiga menuju ke dapur.

Sah memang kami bertiga nampak satu susuk tubuh berpakakaian baju kurung berwarna putih dan berselendang sedang khusyuk memasak.

Kelihatan mulut ustaz itu berkumat kamit membacakan sesuatu. Susuk wanita itu berhenti memasak dan pusing ke arah kami sambil menundukkan wajahnya.kami masih gagal melihat dengan jelas disebabkan selendang hampir menutupi keseluruhan wajahnya.

‘Wahai makhluk Allah….pulanglah engkau ke tempat asal mu.jangan kau kembali ke sini lagi.disini bukan tempat mu.janganlah kau menganggu cucu cicit Adam lagi.pergilah….’

Kemudian kedengaran wanita itu menangis tersedu2.sungguh sayu dan menyedihkan.

Tiba2 ayah muncul dari belakang kami dan bertempik.

‘Korang ni semua siapa hah??keluar dari rumah aku!Zul ape semua ni???’

‘Ayah sabar ayah.zul nak tolong ayah ni,’aku cuba menenangkan ayah.

‘Tolong apa?kenapa ko buat mak ko menangis ha???’ayah cuba pergi ke wanita itu.namun aku dan kawan ku segera menahan ayah.

‘Maaf pakcik.itu bukan isteri pakcik.itu adalah jin.isteri pakcik sudah lama berada di alam barzakh.tak mungkin dia kembali kedunia ini lagi.bawak mengucap pakcik.istighfar banyak2.’

‘Tidak!!! Itu isteri aku!!! Hari2 dia balik masakkan buat aku!!! Korang apa tahu hah???’

Ayah bertindak agresiff.mujur kawan aku ni belajar silat.dia segera mengunci pergerakkan ayah hingga ayah tertiarap ke lantai.

‘Maafkan zul ayah.zul terpaksa buat begini untuk kebaikkan ayah.tu bukan mak ayah.mak da takda.ayah kene terima ayah.ayah kena redha.’aku masih lagi cuba memujuk ayah.

‘Kau mahu pergi secara baik atau mahu aku hantar kau ke tempat asal mu dengan cara kasar.?’

Kedengaran wanita itu menangis dengan lebih nyaring dan kuat.

‘Bismillahirrahmanirrahim…’

‘Eeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiii…………!!!!!!’

Kelihatan tubuh wanita itu berasap berserta jeritan yang nyaring kemudian hilang bersama angin lalu.

Kemudian ustaz tersebut keluar.kedengaran dia membaca ayat2 suci mengelilingi rumah.setelah itu beliau masuk dan meminta kami melepaskan ayah.ayah tidak bangun mahu pun melawan.ayah menangis.

‘Pakcik…setiap yang hidup pasti akan m**i.pakcik harus redhakan pemergian isteri pakcik.isteri pakcik tidak akan kembali lagi.sebaliknya jin dan syaitan yang akan datang mengambil kesempatan untuk menyesatkan cucu cicit nabi Adam A.S.Dekatkan diri dengan Allah pakcik.dan perbanyakkan sedekah doa2 untuk arwah.’

‘Zul ambilkan saya segelas air’.

Tanpa berlengah aku terus ambil dan beri pada ustaz.Beliau membaca sesuatu dan diberikan pada ayah.

‘Minum air ni pakcik.lepas tu kita ke bilik air’.

Ayah menurut dan setelah habis minum ayah muntah dengan banyaknya.bau busuk menusuk ke segenap rumah.mujur ayah sempat muntah dalam bilik air.

‘Ustaz,apa yang ayah saya makan selama ni?’

‘Takpelah…awak tak perlu tahu.yang penting tubuh ayah awak sudah dibersihkan.lepas ni jaga ayah awak baik2 ya’ujar ustaz sambil tersenyum.

‘In shaa Allah ustaz.’

Ayah bangun perlahan2 dan terus memeluk ustaz tersebut sambil menangis.

Selepas kejadian itu ayah bersetuju untuk pindah dan tinggal dengan aku.Alhamdulillah aku bersyukur tidak terkira.ayah pun sudah boleh masak sendiri dan makan masakkan aku.tidak lagi cerewet seperti dulu.

Tuuutt…tuutt…

Aku dapat menerima panggilan dari jiran rumah ayah di kampung.

‘Hello…Zul…weh ayah ko da balik rumah ke.aku tengok rumah ko terang benderang ni.dapur rumah ko berasap macam ada orang tengah memasak ni!’

Aku memandang ayah sedang menonton television di hadapan aku.

Awin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.6]

12 thoughts on “Arwah mak balik memasak”

  1. masa kecik dulu aku ngan mak pi kl. so abang aku kt kolej blk cuti dok sorang2. the forst 3 days dia cuba masak nasik, nasik dia either tak masak or lembik. hari ke 4 malam dia turun nak buat dinner, dia nampak mcm bilik aku ngan mak aku tido cerah and bunyi bising suara org. dia terus ke dapor dah ada nasik siap dimasak elok. dia makan kenyang2 then naik tido. esok dia bangun tgk rumah kosong. kami blk sampai rumah sisa nasik tu masih ada dan elok. nenek aku pi mkn. kami tak berani nk mkn.

    Reply
    • lain kali kalau nak makan ke minum ke baca bismillah 5 atau 6 bole search kat google doa pelindung kalau byk baca insyaallah kita dilindungi

      Reply
  2. Jin akan menyerupai sape ii je yg kite kenal…(mahupun waktu sedih ke atau tak) sebab jin tu nak menyesatkan Manusia…😉 sebab tula kena banyak kan ibadah doa pelindung pun kena banyak hafalkan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.