Assalamualaikum…Hai semua pembaca fiksyen shasha…Lama dah nak kongsi cerita kat sini tapi tak ada kesempatan lagi. Kali ni insyaallah nak cerita pasal kejadian di aspuri.
Kisah ni berlaku selepas endemik, masa tu sesi persekolahan baru je bermula. Setelah lama aspuri tu tak berpenghuni, kami masuk asrama dengan keadaan tersangatlah gembira hinggakan hampir setiap malam kami adakan pesta.(maklumlah lama kami tak bersua muka)
Nak dijadikan cerita, tak sampai pun seminggu kami sekolah dorm kami dikuarantin kerana ada seorang rakan seperjuanganku yang didapati positif. Disitulah bermulanya kisah ini. Pelajar yang positif dibawa ke rumah warden kosong manakala yang bergejala perlu dikuarantin di bilik sebelah DeMa (dewan makan). Blok kami ni ada dua bilik je tu pun bersambung setiap bilik ni ada dua orang yang didapati bergejala. Disini aku tak boleh menyebut nama sebenarnya tapi kita gelarkan Aira dengan Qaseh je lah ye.
So Aira dengan Qaseh ni packing lah semua keperluan mereka untuk kuarantin. Sebelum Aira keluar bilik dia sembur satu bilik dengan senitizer.(bayangkan betapa sesaknya bilik malam tu dengan bau senitizer yang cukup menyengat hidung) Oleh kerana, kami mula sesak nafas kami memutuskan untuk membuka tingkap. Sudah menjadi rutin kami warga aspuri akan membaca al mulk setiap malam sebelum tidur. Usai saja bacaan malam itu, Aira datang dengan tercungap-cungap. Wajah dia pucat lesi seakan jasat tidak bernyawa. Rakan-rakanku mulai cuak. Yelah siapa je tak takut tiba-tiba masuk dengan telekung putihnya tambah pulak muka pucat lesi.
Wardah selaku ketua bilik kami berbisik kepadaku “Kau tanya lah dia. Asal muka pucat semacam je.” Aku bersetuju. “Aira kenapa? ” Soalku. Aira menangis sambil berpeluk tubuh. “Sakni ore ngan Qaseh gi la bilik kuarantin. Pahtu key teko ore duk nyipe-nyipe bare tu dengar lah bunyi mace ore duk seret katil . Ore wak tok caro jah ingat Qaseh nok betul katil. Pahtu bunyi ore tino ngila. Tok menasaboh Qaseh nok ngila tengoh-tengoh male ni. Pastu maso nok masuk bilik tu Qaseh lari tubik. Yo oyak tok soh lah masuk yo seriau doh maso tu. Pahtu koho derah bunyi ore seret katil tu capur nga ngilai. Tu ya pakat lari bergetar masuk dale bilik ni semula.”Aira ni orang Kelantan tu yang pekat loghat dia tapi kalau tak faham aku translate la terus.
( Tadi saya dengan Qaseh pergi la bilik kuarantin. Pastu masa saya tengah kemas barang tu dengarlah bunyi macam orang tengah seret katil. Mula-mula tu saya buat tak kesah sebab ingat Qaseh nak betulkan katil. Lepas tu dengar pulak bunyi perempuan mengilai. Tak mungkin Qaseh nak mengilai tengah-tengah malam ni. Lepas tu masa saya nak masuk bilik tu Qaseh lari keluar. Dia cakap tak payah masuk la saya rasa tak sedap dah ni. Masa tu makin kuat bunyi seret katil campur dengan bunyi hilaian tu. Tu yang kitaorang lari keluar masuk bilik ni balik. )
Habis je cerita kami sepakat nak baca Yaasin sebagai pendinding bilik kami. Sebelum kami mulakan bacaan kami tunggu Aira habiskan bacaan al mulk yang tertangguh disebabkan berpindah bilik. Sementara menunggu kami bersembang-sembang, tiba-tiba Nabila menangis sambil meraung “tutup tingkap!! Tutup tingkap tu!!!!!”. Semua rakanku berundur menjauhi nabila kecuali aku dan Aira. Seorang daripada kami cepat-cepat menutup tingkap. Dikala keadaan mulai reda ..
“Wardah !! Panggil Wardah ! Saya nak cakap dengan dia!” Kata nabila lagi. Wardah yang sememangnya lemah semangat menggeleng “tak nak sa.. saya tak nak”balas Wardah terketar-ketar. Yang lain juga sama semakin menjauhkan diri. Nabila tiada pilihan semua anggap dia dirasuk tapi bukan .” Siapa yang tak takut? Saya nak cakap sesuatu.” Kami saling berpandangan. Nabila menunduk, aku memberanikan diri menghampiri Nabila.
“Kenapa Nabila? ” Soalku. “Kat tingkap ada seorang nenek tua yang rambutnya panjang menutupi muka. ” Bisiknya dalam esakan.” Apa yang dia buat kat awak?” Aku kembali menyoal “t..tak..dia tak buat apa pun.. di..diaa cuma pandang Aira…” Aku menatap anak matanya. Aku cuba menenangkan dirinya. Setelah Nabila tenang ramailah yang ingin tahu apa yang dibisikkan Nabila kepadaku. Kami meneruskan bacaan Yasin dan malam tu kami semua tidur bersama-sama di atas lantai.
Sekian dari saya. Harap admin fiksyen shasha akan pilih cerita ni. Insyaallah ada masa saya tulis lagi
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
tu jeeeee????
Ish Ish Ish. Darjah berape la ko ni cu?
Atok baca rasa cam kuah x cukup garam je ni.