Asrama Aras 2

Assalamualaikum, nama aku Ika. Andai kata cerita aku ini disiarkan, jutaan terima kasih aku ucapkan kepada FS dan semua pembaca yg sudi membaca cerita aku. Aku pendekkan cerita supaya korang tak mengantuk untuk membaca. P/s: Ini bukaan rekaan, tetapi kisah benar.

Kisahnya bermula apabila aku sedang menyambung pengajian di sebuah institusi swasta di ibu kota, Kuala Lumpur. Di situ,semua pelajar asasi akan ditempatkan di sebuah asrama di Jalan Syed Putra, mengikut kisah di situ, bangunan asrama tersebut merupakan sebuah bangunan hotel lama yg tidak beroperasi tetapi masih dijaga. Setiba disana keadaan seperti biasa dan tidak ada yg mencurigakan. Aku ditempatkan di tingkat 3 bersama dua orang sabahat aku, Hanna dan Linda. Kemudian, bermulalah kisah hidup aku sebagai seorang pelajar.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Pada satu hari tu, kelas aku bermula pada pukul 10 pagi, mungkin Allah nak duga iman hambaNya, suasana di tingkat 3 menjadi sunyi. Sunyi yg luar biasa itu membuatkan meremang bulu roma aku. Kebetulan hanya aku diatas kerana yang lain sudah pun turun menunggu bas untuk ke kolej. Untuk sedapkan hati, aku berfikiran mungkin perasan aku sahaja, dengan lantas aku masuk ke lift dan turun ke lobby.

Pada petang yg sama, ketika aku pulang ke asrama, keadaan seperti biasa, riuh rendah di aras kami, kami masak bersama, berkongsi makanan. Dan tiba tiba, suasana yg riuh tadi bertukar menjadi sunyi apabila pintu kecemasan di hujung aras kami(laluam tangga) terbuka. Kemudian, Jiha(salah seorang dari kami) pergi menjengah disebalik pintu tersebut. Namun tidak ada apa yg kelihatan, gelap kerana lampu tidak dibuka. “Angin lah tu kot” kata KakDija.

Kami semua mengiyakan sahaja kerana tidak mahu berfikir buruk. Aku dapat merasakan ada sesuatu yg tidak kena lantas aku teringat kisah pagi tadi sewaktu aku nak ke bawah, “Astaghfirullahhal’azim” kata aku dalam hati. Kami tidur pada malam itu seperti biasa.

Keesokkan paginya, kami semua bangun dan bersiap seperti biasa. Aku bersiap lebih awal kerana tidak mahu ketinggalan seorang diatas. Sebenarnya kisah semalam masih segar dalam ingatan aku. Ketika keluar saja dari bilik, aku ternampak alatan membersih seperti penyapu, mop, penyapu sawang dihadapan pintu kecemasan. Aku mengendahkan saja kerana tidak ada apa apa yg ganjil, tapi aku silap guys. “Eh mana datang semua benda ni? Baru tahu nak datang cuci ke dah sebulan lebih duduk sini” kata Mai dlm nada perli. Aku kaku mendengar, seolah terperasan satu benda. Bermain dalam kotak pemikiran aku, suasana yg sunyi, pintu terbuka, alatan membersih yg tiba tiba muncul.

Hati aku mula merasakan sesuatu tapi seboleh bolehnya aku menidakkan. “Ika, cepat lift dah sampai” jerit Hanna. Aku berlari anak ke lift. Sedang menunggu lift sampai ke lobby, mata aku terpandang butang di tepi pintu lift , mata aku tepat memandang aras 2. Entah kenapa aku bersuara “ apa yg ada dekat tingkat2 eh?” “Entah, warden tak bagi pergi kat situ, dewan kot.” kata Linda. Aku terdiam.

Selesai hari kami di kolej, kami pulang ke asrama seperti biasa. Ketika naiki lift mata aku sekali lagi terpandang butang ke aras 2, entah kenapa perasaan aku membuak ingin tahu apa yg ada disitu tapi aku abaikan sekali lagi. Sampai saja di bilik, alatan membersih tadi sudah tidak kelihatan, “mungkin sudah disimpan”, omel aku dlm hati. Aku masuk ke bilik dan berehat dan tersedar jam sudah pun pukul 7.45. aku segera bangun dan solat maghrib. Ketika solat biasa pintu bilik kami di situ akan dibuka( dah biasa buka pintu dah rasa mcm rumah sendiri haha) ketika dalam solat aku merasakan ada sesuatu berdiri dibelakang aku membuatkan aku takkhusyuk masa solat( salah sendiri sebab iman takkuat).

Aku memejamkan mata dan terus fokus dalam solat. Ketika selesai solat, kawan aku dari bilik depan mengajak aku untuk keluar makan di kedai bawah dan aku mengiyakan tetapi mahu bersiap dahulu dan mereka terlebih dahulu meninggalkan aku di bilik. Ketika keluar saja dari bilik, aku terpandang pintu kecemasan dihujung aras aku. Dengan cepat aku menoleh dan pergi ke lift, masuk saja ke dalam lift, perasaan ingin tahu apa yg ada di aras 2 makin membuak.

Aku cuba menghiraukan rasa tu dan dengan secara tiba tiba aku terus berkata “janganlah stop dekat level 2”. Aku bergerak ke belakang sedikit, lampu di butang aras bernyala di aras 2, aku memejamkan mata dan kemudian di aras 1, dan akhirnya di lobby. “Huh Alhamdulillah” aku keluar terus ke kedai makan. Sesampai saja di kedai aku berpura biasa dan tidak menceritakkan kepada sesiapa termasuk roomate aku.

Selesai makan, kami semua naik ke bilik. Semasa berada didepan lift, aku terperasan lift pertama sedang digunakan. Dan ia berhenti di aras 2, aku terkejut, “tertanya siapa yg kesana? Setahu aku aras 3-11 hanya ada pelajar. Aras 1 cuma ada office warden dan aras 12 hanya ada warden asrama. Pelik,” kata aku dalam hati. Lift sampai dan kami semua naik seperti biasa. Malam itu kami study dan buat assigment seperti biasa tiba tiba kami dikejutkan dengan jeritan dari Ash. Jeritan itu dari lift, kami bergegas ke lift. “Ash u ok tak?” soal Mai, “ I nampak ada benda putih terbang hala ke tingkap”jelas Ash. Yg lain semua terkejut dan aku terus memandang tingkap, tingkap tertutup, dan tiba tiba ketika aku asyik memandang tingkap, aku ternampak satu bayangan di hujung aras kami, di depan pintu kecemasan.( tingkap jenis gelap yg ada pantulan bila malam). Aku kaku, diam takbergerak. Dua tiga kali nama aku disebut, lalu KakDija menepuk bahu aku. “ diam je jgn cakap skrg, diaorang tengah takut” jelas kakDija. Seoalah kakDija mengetahui apa yg aku nampak. Ash dibawa ke bilik untuk ditenangkan dan yg lain mengambil keputusan untuk tidur awal.

Pada malam yg sama, kami lagi sekali dikejutkan dengan jeritan yg sangat kuat, dari bilik Rabbi, aku dan roomate bergegas kesana dan mengetuk pintu bilik Rabbi. Rabbi duduk dgn Mira dan Izah. Aku mengetuk pintu mereka. “ mira ok tak? Kenapa tu?” jerit aku. Kawan kawan aku yg lain mula mengerumuni bilik Mira. Mira membuka pintu. Menangis ketakutan, Rabbi kata ada benda tarik kaki dia masa tidur. Yg lain mula resah, ada yg beristightifar, mengucap panjang. Lalu, aku mengambil keputusan untuk tidur beramai ramai dalam satu bilik dan kami tidur dibilik kakDija.

KakDija seorang yg alim sikit, kuat agama jadi kami rasa selamat disitu. Jam menunjukkan 3.30 pagi selesai kami mengubah katil dan meja, kami mula mengambil posisi untuk tidur. “jangan keluar dari bilik ni sorang sorang, kalau nak ke bilik air sekali pun kejut yg lain.” pesan kakDija. Kami angguk
tanda faham.

Akibat takut campur mengantuk kami tertidur sehingga pagi.
Jam menunjukkan pukul 9 pagi, aku mengejutkan yg lain untuk masuk ke bilik dan bersiap pergi ke kelas. Setelah itu aku pun keluar dan menuju ke bilik, tiba tiba aku ternampak seorang perempuan sedang membersihkan aras aku. Aku menegur tapi tak dilayan dan aku terus berlalu ke bilik.

Kebetulan hari tu aku dan beberapa kawan yg lain tak ada kelas jadi aku hanya tidur dan berehat di bilik saja. Kedengaran bunyi motor kereta diluar menjadikan keadaan pada pagi itu biasa saja. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari, aku terdengar bunyi seperti ada org berjalan di aras aku. “mungkin dieorang dah balik” kata aku. Aku menjengah keluar bilik, tiada siapa. “ mak aih cepatnya masuk bilik” omel aku. Aku terus mengendahkan.

Aku keluar untuk membeli makan di kedai bawah. Semasa memasuki lift, aku dgn berani nya menekan ke aras 2. fikiran ku mungkin siang jadi terang, tak ada apa yg perlu ditakutkan. Sesampai di aras 2, jantung aku dengup laju. Pintu lift dibuka dan kelihatan seperti sebuah dewan. Dewan besar yg sangat luas, bersih. Aku menarik nafas lega. “ lah dewan je?” kata aku.

Aku menutup semula pintu lift dan menekan butang ke aras bawah. Pintu tertutup dan tiba tiba sampai di separuh jalan ianya terbuka kembali. Dua kali ia terbuka sendiri seolah ada sensor org masuk. Aku mula rasa taksedap hati, aku dgn tenang menutup semula lift dan tekan butang ke aras bawah. Alhamdulillah, berjaya. Aku menarik nafas lega.
Sekembalinya aku di asrama, kelihatan kawan kawan aku sudah pulang dari kolej. Kami masuk ke lift dan terus menuju ke aras 3. sesampai di bilik, kawan yg lain memberitahu bahawa di block perempuan ada masalah ganguan air.

Jdi kami terpaksa turun ke tingkat 2 untuk mandi di situ. Aku mula resah. Kami secara bergilir turun untuk mandi. “Kalau ada yg period, jangan tinggalkan pad merata. Cuci bersih, buang kat bilik.”pesan KakDija. Ketiadaan air itu berlarutan sehingga ke malam. Dan itu sangat merisaukan kami. Kerana, pada malam hari, aras 2 sudah gelap. Agak sukar untuk kami mencari suis lampu kerana dewan itu agak besar. Tiba tiba “eh sini ada bilik, cuba masuk kot ada dekat dlm ke?” kata Shu. Aku terkejut, “ha bilik?” kata aku.

Aku pergi menjengah, ya memang bilik, seperti pejabat kecil. Gelap, tetapi sejuk, tiba tiba seperti ada sesuatu yg dicampakkan dari dalam ke arah pintu. Kami menjerit terkejut. Kami berlari ke arah lift tetapi tiba tiba kami dihalang oleh perempuan. “Buat apa dekat sini? . Tak takut ke gelap gelap ni?” kata perempuan itu. Aku amati wajah dia. Ya aku ingat, ini kakak yg bersihkan aras aku pagi tadi.“ jom ikut tangga” kata aku dengan nada takut tapi masih berani. Aku terus berlari ke tangga bersama yg lain. Entah dari mana dtg yg keberanian aku untuk ikut tangga tu.

Sesampai di pintu aras 3, pintu di kunci. Semua tergamam. Tak ada cara lain selain ikut lift dan terpaksa melalui jalan depan dewan dan mungkin berjumpalagi dengan perempuan misteri tu. Kenapa misteri? Dia cleaner dan apa yg dibuat di aras 2 pada jam 7 malam? Kenapa dia tanya soalan pelik? Muncul dgn cara tiba tiba? Dan kami ambil keputusan untuk redah juga untuk naik ke bilik. Kami hanya berdoa dalam hati semoga jalan kami selamat. Setiba di aras 2, keadaan disitu seperti biasa dan perempuan tadi tidak kelihatan. Kami berlari mendapatkan lift. Lift sampai dan kami naik ke bilik.

Malam itu, kami berkumpul dalam bilik kakDija, aku mendapatkan Jiha dan bertanya sama ada betul ke pintu kecemasan itu betul betul terbuka seperti di yg dilihat. Dan dia mengiyakan hal itu. Aku dan yg lain terdiam. Tiba tiba, Rabbi dari bilik 302 menjerit, akmi bergegas mendapatkannya. “Rabbi kenapa? Soal aku. “ ada perempuan dekat balik tingkap tu, dia intai. Nampak mata je” jelas Rabbi. Kakdija menghampiri tingkap dan alangkah terkejutnya bila kami semua dapat tahu bahawa sebelah tingkap bilik Rabby itu tak ada ruang untuk berjalan.

Bahkan ia nya hanya tingkap biasa yg boleh nampak jalan di bawah. Kami mula resah, takut dgn aras itu. Sekali lagi pada malam itu, kami dikejutkan dgn seorang perempuan yg dtg nya dari pintu kecemasan yg berkunci tadi. Aku dan yg lain terkejut, “ awak semua junior?” kata perempuan itu. Kami mengangguk. “Oh saya Ila, senior duduk atas” jelasnya. Kami menarik nafas lega. Dan tersenyum. Terus aku bertanya “kenapa ikut situ? Bukan pintu berkunci ke?” tanya aku. “Oh tu nanti Ika duduk lama dekat sini, Ika tahulah mcm mana nak ikut situ lagipu Ika dah kenalkan siapa dekat sini” jelasnya. Aku tersenyum. Dia pun pergi. Tiba tiba Jiha bertanya pada aku. “ Ko kenal siapa weh? Ko kenal ke kakak tu?” tanya Jiha. Baru aku terseadr akan tiap percakapannya. “macam mana dia tahu nama aku? Siapa yg aku dah kenal?” kata aku dlm hati. Aku mula resah.

Bulan berganti bulan, ganguan dari benda benda yg takpernah kami nampak terus terjadi. Bilik 302 penuh dengan misteri. Perempuan di sebalik tingkap yg selalu dtg mengintai, tangan yg menarik kaki ketika tidur. Aras 2 yg penuh dengan misteri, kakak cleaner yg takpernah bertegur sapa. Akhirnya habis satu semester kami, dan kami diarahkan untuk keluar mencari rumah sewa yg lain. Perkara ini tidak disetujui oleh beberapa pelajar kerana bagi mereka kos umtuk duduk di rumah sewa amat mahal. Mereka telah membuat rayuan untuk masih menginap di asrama.

Dibenarkan tetapi tidak lama. “Saya dan pihak pengurusan akan lanjutkan tempoh untuk awak menginap disini tetapi awak mesti jugaa cari tempat lain kerana asrama ini akan diberi kepada bakal siswazah yg akan belajar di situ pada tahun depan” kata warden. “ Habis tu senoir atas tu elok je duduk sampai nak habis belajar, kami ni?” marah Shu. Warden mula pelik, “mana ada org di tingkat atas, disini hanya ada batch kamu sahaja. “ jelas warden. Kami terdiam. “Habis tu cleaner yg duduk dekt aras 2tu elok je.?” kata aku. “Ika. Kamu ingat ni apa nak ada cleaner? Hotel? Ini asrama, semua cuci sendiri.” marah warden. Kami semua terdiam dan mengambil keputusan untuk tetap keluar dari situ.

Walaupun kami dapat keluar dgn tenang, tapi masih bermain di benak fikiran aku. Apa yg ada dekat situ, siapa dieorang? Kenapa dgn bilik 302? dan khabarnya sekarang, sejak ketiadaan kami, bilik 302 itu terbuka, tetapi ada masa ia nya tertutup rapat dam kadang kadang ianya seperti dihempas(dpt tahu dari junior). Itulah pengalaman aku sendiri dan wataknya memang aku guna nama sebenar. Semoga kita sentiasa dilindungi. 😉

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

NRSF

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Asrama Aras 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.