Assalamualaikum.saya berasal dari sabah. Apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah berdasarkan kisah benar dan pengalaman saya sendiri semasa masih bersekolah dan tinggal di asrama. Ada beberapa kisah seram yang mahu saya kongsikan di sini.
(1.katil digoyang)
Aku mula masuk asrama di tingkatan 1. walaupun kami selalu disajikan dengan cerita-cerita hantu oleh senior kami, namun aku tak pernah lagi mengalami situasi seperti itu. Ia bermula ketika aku di tingkatan 2.
Aku duduk di bilik nombor 5. Bilik 5 ni adalah satu-satunya bilik yang ada bilik stor dan setiap bilik mempunyai 20 orang pelajar. Okey, Malam tu hujan turun dengan begitu lebat dan angin pun sangat kuat sampai pintu bilik tak boleh duduk diam. Pukul 3 pagi aku terbangun dari tidur, bukan disebabkan hujan tetapi disebabkan angin yang kuat. Rasa sejuk sangat. Mujur la masa tu tak terasa nak terkucil. Haha!
Semasa aku nak tidur balik tu, tiba-tiba aku terdengar suara bekas minyak rambut terjatuh. Aku tahu bunyi tu sebab aku ada bekas minyak rambut yang sama macam tu. Dengan hujan dan angin yang kuat masa tu,aku fikir tak ada apa lah yang pelik. Tidurlah!.bisik dalam hati. Baru saja aku baring dan luruskan badan tiba-tiba katil aku tu goyang.
Pada mulanya aku tak ambil kisah. Yala, katil tu dua tingkat. aku duduk bawah. Mungkin orang atas tu tengah betulkan posisi tidur dia. Tengah baring ni, rasa pelik sebab katil tu tak pernah berhenti dari bergoyang. Dan goyangan katil tu semakin kuat.
Masa tu aku pun dah fikir yang bukan-bukan. Bulu roma dah mula naik, lidah aku tiba-tiba terasa pahit, tawar. Pernafasan aku terasa berat. Walaupun aku tak nampak, tapi aku seolah boleh rasa yang benda ni tengah berada di tepi katil. Mata aku tutup rapat-rapat. Di telinga, aku terasa seperti ada dengusan..badan jadi berpeluh dan terasa panas. Rasa nak nangis pun ada masa tu.
Aku pun cubalah kejutkan kawan yang tidur sebelah katil ni tapi dia tak boleh jugak nak bangun. Walaupun aku dah cubit berkali guna kuku dekat lengan dia sampai berdarah tapi tetap tak bangun jugak. Terpaksalah aku alami kejadian tu sorang sorang sampai ke azan subuh. Lepas saja subuh, kawan yang duduk atas katil aku tu pun datang jumpa. Dia tanya, ‘kau perasan ka semalam tu?’. Rupa rupanya kami sama sama kena ganggu malam tu.
Tapi, dia kena ganggu malam tu saja. Aku kena 3 hari berturut turut. Dan tiap kali aku bangun pukul 3 pagi tu, aku dikejutkan oleh bunyi bekas minyak rambut yang jatuh atas lantai tu. Kira macam penggera la. Lepas tu katil aku di goyangkan. Sampai pernah satu hari kawan aku cuba tidur di katil aku sebab dia nampak kosong. Tak sempat nak tidur katil tu dah digoyang. Aku tak tahu sama ada dia nak ganggu aku atau dia nak duduk katil tu sebab lepas kena 3 hari berturut aku pun pindah bilik.lepas pindah tak ada sudah kejadian seperti itu.
(2.makhluk hitam Dan tinggi.)
Masih lagi di asrama di bilik 5, kejadian ni belaku masa aku tingkatan 5. Sebenarnya bukan aku yang nampak tetapi teman sebilik yang waktu tu dia jugak baru tingkatan 1.kira budak baru la.
Kisahnya begini, ia brlaku pada waktu magrib. Jadual asrama, selepas makan petang bersiap pergi surau untuk solat. Untuk makan, kami pelajar asrama dibagi satu tray masing masing. Lepas makan, sebelum pergi surau aku pun singgah la di bilik 5 untuk simpan tray ni.
Sampai di bilik tu aku sorang ja. Aku pun simpan la tray aku dalam almari. Macam biasa lepas simpan aku pun keluar dari bilik. Masa aku nak keluar tu aku berjumpa la dengan budak tingkatan 1 ni dekat pintu bilik. Kira aku keluar budak ni masuk la.begitu. Lepas tu, aku rasa baru 3 langkah keluar dari bilik tiba tiba budak tadi lari dekat tepi aku. Laju pulak tu. Aku pun ingat dia nak cepat pergi surau.
Sampai dekat bawah tu budak lain dah mula berkumpul keliling budak tu. Aku pun pergi tengok la jugak. Rupanya budak tu tengah nangis. Bila ditanya dia pun cerita yang dia ternampak lembaga hitam, tinggi sampai dekat siling bilik dan bermata merah tengah memerhatikan dia simpan tray makanan tu. Tak fikir panjang dia pun terus berlari.
Bila dengar cerita budak tu, aku pun rasa takut, bulu roma naik, jantung tak henti henti berdebar. Yala, sebelum budak tu masuk bilik, aku yang terlebih dahulu yang masuk. Tapi mata aku tak nampak. 3 langkah keluar dari bilik tu aku masih lagi berada dekat pintu bilik tu. Maknanya makhluk tu dekat jugak dengan aku. Tp alhamdulillah,hijab aku tak terbuka. Kalau tidak tak tahu nak cakap apa. Sekian.
(3.makhluk yang sama)
Aku rasa makhluk hitam, tinggi dan bermata merah ni memang tinggal dekat kawasan asrama tu la. Sebab bukan satu orang pelajar saja yang pernah nampak. Ni kisah kedua daripada makhluk ni.
Aku dah duduk di tingkatan 6. Bilik aku bertukar dan aku duduk di bilik elit. Bilik elit ni disediakan untuk pelajar yang bagus dalam akedemik. Dalam bilik ni kami cuma duduk 7 orang ja. Berbeza dengan bilik lain yang duduk 20 orang. 7 orang ini dipilih berdasarkan keputusan akedemik bagi tiap tingkatan. Kira 7 orang ni wakil bagi tiap tingkatan la. Oleh sebab dalam bilik kami ni cuma 7 orang jadi wakil dari tingkatan 1 sampai 4 ni takut nak tidur situ. Diorng pegi tidur di bilik kawan diorng yang ramai tu. Tinggallah aku dengan kawan tingkatan 5 yg aku beri nama ‘M’ dalam cerita ni. Dan dialah watak utama dalam cerita ni.
Maaf, sebelum tu nak bagi tahu yang kawan aku ni orangnya bijak, rajin belajar dan rajin bangun solat pukul 3 pagi. Malam kejadian ni aku tengah tidur. Menurut kawan aku si ‘M’ ni, dia bangun seperti biasa lebih kurang pukul 2 setengah pagi. Sebelum belajar dia akan turun ke surau untuk solat sunat dulu. Tapi pagi tu dia rasa lain. Waktu turun dari tangga dia merasa seakan ada yang mengikutinya dari belakang. Tapi bila dia pusing belakang untuk tengok tak ada siapa pun. Yala,tandas dekat bawah. Kot mana tahu ada pelajar lain yang nak pergi membuang. Tapi tak ada.
Dia pun teruskan langkah turun bawah. Menurutnya lagi, waktu dia nak ambil air wuduk tu dia rasa seperti ada orang tengah memerhati. Dari tempat wuduk tu dia pun cubalah untuk perhati kawasan sekitar. Tapi memang dia sorang saja yang ada dekat situ. Lagi, dia pun teruskan ambil wuduk dan masuk ke dalam surau. Tengah solat pun katanya dia kena ganggu jugak. Dia dapat merasakan ada yang mengikutinya solat dekat bahagian belakang.
Dengan fikiran yang dah tak khusyuk tu dia percepatkan solatnya. Tak buang masa, lepas solat dia pun cepat cepat naik atas. Dalam keadaan takut dan nak cepat tu dia masih lagi merasa ada benda berada dekat dengan dia. Sampailah di depan pintu bilik dia cuba untuk menutup pintu tanpa menoleh ke belakang. Pelik bila dia cuba berkali kali untuk menutup pintu namun gagal. Tak sengaja dia pun toleh la ke belakang dan dari situ dia tengok ada satu makhluk hitam dan tinggi yang bermata merah tengah berada dekat pintu.
Dengan suara teriakan yang kuat,sambil berlari ke arah aku,
rasa seperti satu kampung boleh dengar dia pun panggil nama ku. ‘jangggggggg’. (bukan nama sebenar). Apa lagi, aku pun terbangun la. Terus segar mata aku dengar suara dia tu. Aku pun tanya la dia. ‘kenapa’ M’?. Dia diam, tak bercakap sepatah pun. Dia cuma tunjuk pintu tu dengan jari dia sambil sebelah lagi tangan dia menutup muka. Ada la dalam 2 atau 3 minit baru dia boleh cakap.
Dia kata, al-fatihah dan ayat kursi yang cuba dia baca semua tunggang langgang. Tak betul disebabkan rasa takut. Lepas tu kami pun cuba untuk cek balik kot kot makhluk tu masih ada lagi ka atau tidak.dan makhluk tu pun dah hilang.. Sekian.. Sebenarnya banyak lagi kisah asrama ni.. Kalau diberi peluang aku akan kongsi lagi.. Maaf susunan bahasa tak cantik
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI