ASRAMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH

ASRAMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Hi readers, aku ni kira silent reader je kat FS ni tapi for the first time rasa nak share a few pengalaman seram yang aku sendiri rasa masa sekolah kat sebuah sekolah berasrama penuh ni. Sedikit latar belakang psal sekolah ni, sekolah ni terletak dekat sebuah kampung yang bagi aku agak pendalaman la di sebuah negeri Pantai Timur, dikelilingi kelapa sawit dan kalau-kalau terfikir nak fly pon boleh lupakan je la, sebab jarak nak ke pekan mengambil masa 20 minit kalau nak ke bandar dalam sejam lebih. So, korang imagine je la betapa ceruknya lokasi sekolah ni.

2014, Selamat Datang Pelajar Baru
Masa ni aku Form 4, baru je join SBP ni tapi before this aku memang dari background sekolah berasrama jugak dari Form1 sampai la Form 3, so kiranya after PMR aku ditawarkan masuk SBP ni la. Long story short aku dah biasa dah duduk asrama cuma kali ni system diorang agak berbeza dengan system asrama sekolah lama aku dulu. Kat SBP ni, setiap bilik ada 4 orang penghuni, berbeza dengan system “dorm” yang aku pernah rasa dulu di mana satu dorm boleh memuatkan lebih kurang 20 orang pelajar. So, bagi aku takde apa la yang seram pon memandangkan saiz bilik ni ngam-ngam je letak 4 buah katil.

Berbulan kat sini okay je takde apa yang pelik, aku pon nak dikatakan berani sangat tu tak juga, tapi penakut pon tak juga. So, bilik aku ni terletak kat block lama asrama sekolah ni. Ada dua tingkat. So aku ni tingkat kedua dan betul-betul berada di koridor bersebelahan tandas.

Malam tu entah kenapa panas sangat, aku belek jam kat telefon bimbit aku (haram bawak tapi dah namanya sbp kan) dah nak dekat 2 pagi, so aku paksa mata ni untuk terlelap balik sebab nanti pukul 5.30pagi nak kena berebut toilet pulak. Kat sini la semuanya bermula. Aku tetap tak boleh tidur balik. So aku pandang la katil sebelah aku, roommate aku ni aku namakan dia Mary. Dia tidur badannya menghadap dinding, sebelah bantal dia ada kamus tebal tu dengan buku Chemistry. Dia tidur tak berselimut, mungkin terlelap masa tengah study atas katil. Aku pon palingkan badan aku ke arah dinding jugak. Tak lama lepas tu aku dengar bunyi gedebukk buku jatuh. Dalam hati aku, ah sudah ni mesti si Mary tidur lesak sangat ni.

Aku pon berpaling semula hadap katil Mary, guess what? Dia masih dekat posisi yang sama, tak berubah pon. Buku dia ada je sebelah bantal tu, takde apa yang terjatuh pon. Tapi aku yakin aku tak berhalusinasi sebab memang tengah celik masa tu. Aku abaikan je. Sejam lepas tu aku dah start rasa mengantuk balik, hampir terlelap terus aku terbangun balik dek kerana ada suara-suara tengah meriah bersembang di tengah-tengah bilik aku tu, betul-betul rasa suara tu dekat sangat dengan bucu katil aku. Kalau orang lain mungkin dah berselebung dengan selimut kan? Tapi bukan aku.

Aku bangun dan tengok sendiri untuk kepastian, sah memang takde apa, semua orang masih tidur macam takde apa jadi. Aku terus berselebung dengan selimut lepas aku confirm yang ni memang bukan manusia punya kerja. Mula-mula dia ajak main campak2 buku sekarang dia ajak member pulak lepak bergossip dekat bilik aku. Esoknya aku pergi sekolah dengan keadaan sangat mengantuk sebab tak cukup tidur and aku ceritakan balik dekat roommate aku pasal malam tadi, tapi seperti dijangka diorang tidur nyenyak je malam tu. So, suara siapa aku dengar tu remain a mystery sampai la sekarang dan disebabkan roommate aku ni jenis tak berapa nak berani takde la aku bukak cerita hantu dengan diorang.

2015, ponteng prep malam
Masa ni aku dah Form 5, biasa la dah dapat title “senior” kan so macam biasa la ada je segelintir students yang rasa dia above rules termasuklah dekat sbp aku ni. So, ini bukan cerita pasal aku, tapi batchmates aku yang ponteng prep malam.

Routine biasa kitorang, after solat isyak berjemaah dalam pukul 9pm macam tu dah get ready nak pergi kelas dekat block akademik untuk prep malam. So, ada yang study, ada yg sambung tidur, ada yang main phone je haaa terserah la jangan kantoi je. Tapi ada geng yang lagi daring in which diorang tak “clear block” langsung. Maksudnya dekat sini, diorang ni tak turun pon solat berjemaah semua, basically after riadah diorang stay je kat dorm tak pergi mana-mana. So, mana warden? Warden memang ada, memang buat pemeriksaan tapi takde la sampai dia bukak check satu satu bilik nak tengok betul ke dah kosong. Paling2 akan ada LDP round je, LDP ni macam pengawas la roles dia. Tapi otai-otai ni banyak je tricks diorang.

Nak dijadikan cerita, aku panggil geng ni geng Misha, satu sekolah kenal la tak kira kau junior ke senior, muka kena panggil dengan warden je muka diorang la. So, masa kami form 5, dah tak duduk dah block asrama lama tu, kali ni duduk block asrama baru dan ada 3 floor. Floor atas sekali floor junior, aras 1 dan aras 2 mostly Form 5. Ada sejarah sikit pasal block asrama baru ni, walaupun dipanggil blok baru tapi actually 10 tahun lepas dia dah siap dah tapi tak dibenarkan untuk dihuni atas alasan tak selamat and tak pass pemeriksaan dengan pihak berwajib. So, kalau takde siapa huni, kau rasa siapa yang huni blok tu before diorang officially letak students kat situ?

Malam tu, geng Misha ni ada la 3-4 orang ponteng prep, taknak kantoi, diorang tak bukak satu lampu pon, so memang gelap la satu blok asrama tu sebab blok tu boleh tahan besar dengan 3 aras yang ada 3 wings dan satu dataran luas kat tengah2 blok tu compare dengan blok asrama lama. So, diorang pergi naik aras 3, aras budak junior sebab of course la siapa je nak target budak form 1 ponteng prep kan? So itu lokasi terbaik la. Diorang lepak luar je dekat beranda sambil bersuluhkan cahaya bulan.
Tiba-tiba si Misha ni bersuara

“kau tengok berani budak tu ponteng prep ya, tak padan dengan form 1” sambil pandang aras bertentangan dia, depan ampaian. Dia nampak ada budak yang saiz badan macam form 1 la, Nampak adik2 lagi.

Kawan Misha dekat sebelah ni dah cuak sebab dia taktahu kawan dia ni bergurau ke betul-betul sebab dia tak nampak apa-apa pon bertentangan dengan wing diorang tengah lepak ni. So, kawan dia si Aisha buat bodoh je malas nak layan. Tapi Misha keep insisting yang budak tu asyik pandang diorang and jangan sampai dia “sound” budak ni kejap lagi. Masa tu baru Aisha tahu yang Misha tak main-main. Aisha dah cuak and nak tukar topic, dia ajak Misha turun balik aras paling bawah and lepak dalam bilik je memandangkan dah nak pukul 10 malam dah, nanti 10.30malam budak-budak lain akan balik blok asrama balik.

Diorang pon turun. Masa perjalanan nak ke tangga yang terletak dekat hujung wing aras 3 tu, ada entity makin lama makin hampir dengan diorang, bukan budak kecil yang Misha nampak tadi. Kali ni diorang lari lintang pukang sebab lembaga yang seakan-akan nenek kebayan tengah kejar diorang. Dua-dua lari masuk bilik paling terhampir yang tak berkunci diorang boleh masuk. Dua-dua duduk diam membisu dalam bilik tu tak bersuara dan masih tak berani bukak lampu, lebih baik kena kejar dengan hantu dari kena kejar dengan Ketua Warden, fikirnya. Tak lama lepas tu suasana blok riuh rendah menandakan budak-budak lain dah balik block asrama dan waktu prep dah berakhir.

Geng-geng Misha yang baru balik prep terkejut tengok muka pucat masing-masing dan dari situ la cerita ni tersebar tapi tiada siapa yang berani nak laporkan kat warden tentang insiden itu memikirkan yang mereka memang tak sepatutnya ada di blok asrama pada ketika itu.

Cerita nenek kebayan dan budak kecik ini terus menjadi bualan je antara penghuni aspuri blok tersebut dan memang bukan geng Misha je yang pernah terserempak dengan entity tersebut, selepas kejadiaan tu, ada budak-budak aras atas yang nampak jugak tapi tidak la sampai terkena histeria. Barangkali, ibarat nenek yang menjaga cucu-cucu mereka di aras itu. Contohnya, macam geng Misha yang ponteng prep, junior yang tak cuci dan dispose pad elok-elok, bising dan berlari-lari tengah-tengah malam dan sebagainya. Tunggu je la nenek tu datang sebagai warning.

Nantikan Part 2 tentang pengalaman seram aku di sekolah lama kalau dipilih untuk dipublish, thank u readers!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

LilyCsdra

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 4.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.