Athirah Si Gadis Pelik

Salam kepada admin terima kasih kalau approve cerita aku ni. Atas desakan kawan kawan aku lah sebab utama aku cuba hantar cerita aku kat sini. Cerita ni bukan lebih kepada untuk confession pun cuma sekadar nak share story yang berlaku pada zaman belajar aku dulu kala.

Dorang yang jugak peminat tegar page ini tak berhenti memaksa aku untuk berkongsi cerita tentang seseorang. Baru harini aku berkesempatan untuk kongsi dengan korang tentang seorang perempuan yang gila dasyat suka dekat aku. Peh ayat aku macam syok sendiri pulak kan tapi itulah kenyataannya.

Aku bukannya nak membangga diri ye tuan puan sekalian, sebab aku ni bukannya hensem mana pun hahaha tapi nanti korang akan faham lastnya kenapa aku gelar perempuan tu sampai macam tu sekali.

Athirah panggilan nama dia untuk semua yang mengenali dia. Kalau tengok dari luaran semua akan sangka yang baik baik je pasal dia. Takkan sangka dia sebenarnya seorang perempuan yang….

Persis gadis idaman semua jejaka macam aku. Berambut panjang, berkulit agak cerah dan berketinggian sederhana paras bahu aku. Wajah dia agak comel. Athirah dia agak pemalu dan pendiam orangnya. Cuma di awalnya aku tak sampai nak syok kat dia lagi cuma suka tengok jela dia dari jauh. Aku ni pulak malas nak ada komitmen untuk ke fasa seterusnya. Aku lebih selesa membujang je waktu tu.

Kawan kawan dia pun tak ramai mana, sebab dia bukan happy go lucky orangnya. Selalu je aku nampak dia bersendirian. Kat kantin dia makan sorang sorang. Kat library lagilah dia sorang sorang. Pendek kata memang dia ni gadis yang nerd yang bukan jenis melayan orang.

Tak bergaul langsung tu takdelah tapi 98% kau selalunya akan terserempak beliau sorang sorang je. Xdelah pelik mana pun kan? Macam tu lah aku rasa pada mulanya. Dari gaya boleh agak macam belum berpunya. Tapi tak jugak. Kot dia dah bertunang dan pandai menjaga batas, kita tak tahu kan?

Itu Athirah pada luaran bagi aku yang tak berapa nak mengenali dia sangat waktu tu. Lain orang lain pendapat.

Aug 2017,6PM.

Aku baru je selesai bersukan kat padang waktu ni. Dari jauh aku nampak Lia berlari tercungap cungap mendapatkan aku. Mestilah rasa tertanya tanya bila dah tengok dia macam tu kan? Nampaklah muka Lia muka terkejut barangkali, sampaikan dia nak keluarkan suara tu pun tak lepas. Apa benda yang dah jadi?

AKU Lia dalam cerita ini.

Tanpa buang masa aku terus berlari lepas nampak apa yg aku saksikan depan mata aku sendiri. Aku tak cukup kuat nak menapak lebih lama kat situ. Kalau boleh aku nak terus call Bad untuk bagi tahu ape yang aku nampak tadi. Terpulang pada dia nak percaya aku atau tak. Aku tak sanggup weh nak simpan benda yang aku dah nampak depan mata aku dan buat Bad nampak bodoh seperti tak tahu pape. Bad berhak untuk tahu!

“Aku nampak Athirah! Aku nampak… aku nampak Athirah, Rafiq!”

Aku goncang kedua bahu Rafiq. Dia buat muka tak faham dengan apa yang aku cuba sampaikan ni. Memang dia tak faham sebab aku tak jelaskan betul betul tentang apa yang aku cuba nak kasi tahu dia ni.

“Athirah dia… aku yakin apa yang aku nampak ni memang betul berlaku depan mata aku Rafiq! Aku tak silap orang! Memang dia! Memang muka dia jelas yang aku nampak! Dia… dia main kayu tiga dengan Fizie!”

TAMAT BAHAGIAN LIA.

Berbalik semula kepada aku Rafiq. Aku ada cerita Athirah tu siapa pada mulanya kan? Itu sebelum dia nerd dan jadi liar. Kecoh gila bila semua dapat tahu Bad dan Athirah ni couple. Bad ni kira hot dan jadi idaman semua perempuan kat sini.

Muka hensem tambahan lagi dia ni baik orangnya. Bukan kaki perempuan. Bukan senang senang nak nampak dia berkepit dengan perempuan sosial yg selalu je aku tengok desperate nakkan perhatian Bad ni.

Kira berita hangat lah pasal dorang ni. Dan hot couple ni terus jadi perhatian semua tak kira kemana pun dorang pergi. Aku dan Bad ni kenal kenal gitu je. Dia ni kira senior aku lah. Lia jelaskan semuanya kepada aku apa yang dia nampak. Dia siap gigih bersumpah dengan nama Allah yang dia tak sesekali nak mereka reka cerita untuk memburukkan Athirah.

Main kayu tiga tu maksudnya lebih kepada sentuhan seksual yang kantoi depan mata LIA. Itu sebab utama Lia terkejut dan tak sangka sama sekali. Lia cakap dia nampak dengan jelas yang Athirah bukannya menolak apa yang Fizie makin berani buat yang lebih dekat dia, bahkan makin menggoda Fizie untuk hanyut bersama. Peh ayat aku.

Korang faham sendiri lah kan apa yang dorang buat tu. Takkan aku nak detailskan dekat sini semuanya memang taklah hahaha. Nanti kena kecam cerita lucah pulak.

Okay cukup. Lepas aku dengar je apa Lia cakap tu memang betullah Lia ni tak menipu. Lagi satu Lia ni bukan jenis macam tu. Aku sangat kenal perempuan sorang ni macam mana perangai dia. Dan aku percaya dia. Aku marah dia asal kau tak guna handphone kau rakam aksi asmara tu tunjuk bukti kat Bad.

Dia kata memang tu niat dia. Tapi dia tak sanggup. Dia tak sanggup nak merakam perbuatan jijik dorang tu dan tunjuk kat Bad walaupun itulah niat dan satu satunya bukti untuk Bad percaya cakap dia.

Aku cakap aku akan teman Lia kalau dia tak berani nak berdepan dengan Bad. Lia pun okay dan minta aku bagi dia masa untuk fikir bila waktu sesuai nak dedahkan perangai Athirah ni.
Aku ingatkan dia punya fikir tu seminggu dua ke. Tak lama tu dia cakap secepatnya dia nak esok jugak Bad tahu benda ni. Aku geleng kepala. Asal tak harini je terus jumpa Bad?

Esoknya aku dan Lia berjumpa kat port biasa. Masih tercari cari Bad waktu ni. Bila tak cari selalu je melilau depan mata. Bila dicari masa tu jugaklah dia takde.

“Aku tak kisah Bad nak percaya atau tak apa yang aku akan cakap kat dia. Aku nak dia tahu Athirah tu siapa sebenarnya. Aku taknak dia jadi bodoh konon setia sayang dekat perempuan sundal tu. Pandai dia berlakon baik kan selama ni Rafiq? Kau tak tergoda dengan dia?”

Aduh soalan kau Lia. Nak taknak je aku nak menjawabnya. Bersungguh betul dia marahkan perempuan tu. Aku kerut muka malas dan abaikan soalan dia tu. Aku tukar topik lain. Soalan dia tu aku biarkan bergantung macam tu je. Tak minat langsung aku dengan soalan dia tu.

“Betullah tu cara dan niat kau ni Lia. Tapi aku takut Bad fikir lain. Kau ingat dia senang senang ke nak percaya apa yang kau cakap tanpa bukti ni? Kalau dia pertimbangkan baguslah. Athirah tu kan budak baik. Susahlah orang nak percaya cerita kau ni nanti. Kau pun tahu kan?”

Datang pulak Ika tiba tiba menyampuk perbualan kitaorang. Confirm confirm lah dia dengar! Aku dan Lia pandang muka sesama sendiri. Ika dengan muka tenangnya pandang aku dan Lia agak tergagap untuk meneruskan saki baki ceritanya. Mungkin dia taknak orang lain tahu selain aku tapi dah kena macam ni terpaksalah berpura pura macam tak tahu apa apa atau teruskan saja bercerita.

“Ehem. Kalau kau nak tahu aku ada rakam perbuatan dorang tu dekat toilet.”

Bila je kitaorang dengar Ika bukak mulut cakap macam tu, aku dan Lia kaku kat situ jugak. Masing masing tak tahu nak respon apa. Rupanya bukan Lia je yang tahu pasal benda ni dan lagi mengatakan cerita yang disampaikan ni memang benar benar sedang berlaku.

Ika ni sejenis yang mulut longkang, mulut laser, segala jenis mulut kau bagi jelah dekat dia. Semua dia yang pegang. Muka memang tak tahu malu sebab dia ni sejenis yang kasar dan hati kental.

Masa dia cerita je benda tu muka dia selamba macam cakap mak dia harini goreng cekodok kat rumah dan dia ada bawak sikit, korang nak rasa? Punyalah selamba muka dia tu. Aku dan Lia memang dah takut takut je sekarang ni manalah tahu dibuatnya ada orang yang ketiga tahu ke selepas Ika yang mungkin curi curi dengar lalu sebarkan kat semua orang. Benda tu memang buat aku takut sebenarnya.

“Habis korang berdua ni nak buat apa pasal benda ni? Diamkan atau bagi tahu je Bad?”

Beberapa minit yang agak sepi tanpa satu pun ayat yang keluar dari mulut masing masing, aku akhirnya mengalah dan membuka mulut untuk mengetahui apa tindakan dari kedua dua minah ni.

“Jadi kau memang dah tau lah perangai Athirah tu? Ada sesiapa yang tahu ke selain aku dengan Rafiq? Kau ada bagi tahu sesiapa ke?”

Ika tak terus menjawab pertanyaan dari Lia sebaliknya dia mula mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan apa yang patut lalu dituju kepada aku dan Lia. Lia yang agak paranoid dengan situasi ketika itu terus mendapatkan telefon bimbit Ika yang sedang memaparkan satu video pendek yang dirakam jelas dalam 51 saat di sebuah toilet perempuan!

Aku macam malu malu kucing je nak join tengok video tu dengan Lia. Yela aku dah lah lelaki tengok pulak video yang bukan bukan dengan perempuan. Iman aku ni pulak dah lah senipis bawang memang aku berjaga jaga jelah masa tengok video tu. Terketar ketar doh aku masa tu hahaha. Sumpah masa tu aku berharap sangat yang aku tak nampak macam lelaki gatal kat depan mata dua perempuan ni. Bahaya doh!

Setelah tamat aku tonton video tersebut memang ternyatalah apa yang diceritakan oleh Lia memang benar belaka dan aku tak sangka langsung yang perangai Athirah tu macam tu sekali rupanya. Mengucap panjang aku tengok sebab dalam aku tengah fokus tengok benda tu aku dah terlihat aurat seorang perempuan yang tak sepatutnya.

Benda yang aku tak patut tengok atau aku bayangkan sudah set kat kepala otak aku. Aku memang dah rasa bersalah bila fikirkan balik pasal ni dan sampai sekarang aku masih ingat lagi. Allahu.

”Hah Rafiq jangan kau terus pergi main sabun pulak lepasni.”

Jilake kau Ika. Boleh kau sembur aku macam tu sekali. Tapi video tu memang sekali je aku tengok kat phone Ika. Lia pulak terus terdiam lepas habis tengok video tu.

“Lagi satu Lia…Bukan tu je yang tau permainan si Athirah ni. Dia dok guna gunakan si Bad tu dengan cara kotor. Cara yang lebih extreme. Aku tak tahulah kalau dia jatuhkan Bad untuk suka kat dia dengan guna cara macam tu kan. Tapi memang melampau lah betina tu!”

Cara yang lebih kotor? Cara yang kotor yang macam mana Ika maksudkan? Bersungguh betul dia marahkan Athirah. Apa bukti kali ini yang mendakwa Ika berkata yang benar? Ika pun mula cerita satu persatu tentang apa yang dia nampak Athirah buat senyap senyap sama ada di belakang Bad ataupun bila dia bersama dengan Bad!

Cerita dari IKA

“SHAM! Kerja haritu yang Puan Fana bagi kau tu, kau dah settle kan ke belum??”

Punyalah berkicau suara aku ni satu block boleh dengar. Aku datang dari block A semata mata nak ke block D dia punya jauh dalam pukul 11 malam macam tu hanya untuk berjumpa dengan Sham, gara gara kerja aku yang tak siap siap lagi. Masa tu jugaklah aku nampak Athirah yang berlari tergopoh gapah keluar dari block D tapi aku tak pasti dia keluar dari bilik siapa. Muka dia yang pucat dan ketakutan memang jelas aku nampak. Tapi dia tak pandang aku langsung pun. Rushing betul dia berlari macam ada kecemasan pulak aku tengokkan.

“Dia jumpa siapa lah sia. Nak kata Bad tapi Bad bukan dekat block ni. Dah tu yang lebih mencurigakan apesal dia lari bila dengar suara aku? Tu dress tu. Pelik lah dia pakai dress putih macam tu.”

Sham keluar dan tercegat depan pintu memerhatikan aku barangkali. Aku perasan yang Sham pun seakan tertanya tanya dah kenapa dengan aku yang macam baru lepas nampak hantu?

“Kau kenapa? Jauh betul kau mengelamun ni.”

Sham cuit bahu aku lepas dia tengok aku tak beri satu apa respon pun dekat apa yang dia bebel pada aku. Aku memang pelik dengan budak ni. Keinginan aku untuk menyiasat semakin berkobar kobar.

”Weh Ika kau tahu tak. Aku ni dah 3 malam nampak si Ira tu keluar masuk bilik berhantu hujung tu. Jadah ape doh dia buat kat tu. Pelik ah minah tu. Aku ingat dia okay je tapi entahlah weh. Aku takut doh dengan dia, dia seram semacam lah.”

Sham ni kan macam macam tau je aku tengah fikir pasal benda ni. Kebetulan betul dia bercerita kat aku pasal Athirah. Aku tak mintak dan tanya pun kat dia pasal perempuan tu. Tapi aku bersyukur Sham mulakan cerita pasal ni dulu. Yela takkan aku nak pergi tanya Sham pulak kan pasal Athirah tu nanti apa pulak yang dia kata. Rupanya Sham sendiri dah tahu lama apa yang Athirah tu buat.

PAP!

Tak lama lepas je Sham cakap macam tu bunyi pintu dari bilik kosong yang Sham sebutkan tu seperti dihempas dengan sengaja! Kuat betul sampai nak tercabut jantung aku dibuatnya. Memang laju lah cerita dia jantung aku masa tu. Aku pandang Sham, Sham pandang aku. Aku terus tarik tangan Sham masuk rumah dia. Ada dua makcik dan seorang budak lelaki masa tu berhampiran dengan kitaorang. Masing masing pecut masuk rumah dah hempas pintu bagai nak rak!

Macam tak best pulak nak bercakap pasal ni lepas apa yang jadi tadi. Walaupun dah terjadi benda tu tetap je aku degil nak tahu dari mulut Sham sendiri untuk kepastian aku yang aku sebenarnya bukan saja saja syak kat si Athirah tu.

“Kau..kau biar betul Sham dia pergi bilik kosong tu. Takkanlah weh dia berani masuk bilik tu. Kau yakin ke dia masuk bilik tu?”

Gila ke dia nak masuk bilik tu. Bilik tu dulunya pernah ada seorang perempuan cina b***h diri kat situ. Lepastu ada pemujaan black metal jadah kat situ semua. Macam macam lagi lah cerita yang menakutkan aku pernah dengar pasal bilik tu.

“Woi Fariq dengan Akbar pun nampak lah doh! Tapi kitaorang tak berani lah nak pergi tengok apa yang dia buat kat situ. Kau apehal ek tanya? Jangan jangan kau…kau nak pergi tengok sendiri?? Ika kau jangan buat hal. Kau bukan tak tahu bilik tu ada banyak cerita hitam!”

Bersungguh betul Sham marah aku. Dia memang melarang keras aku jejak ke sana.

Tapi peduli apa aku?

So dijadikan cerita malam keempat keesokannya harinya berdasarkan apa yang Sham cerita kat aku yang malam semalam merupakan malam ketiga Athirah ke sana. Aku siap tanya Sham siap siap pukul berapa si Athirah tu pergi sana. Kata Sham dia ke sana dalam pukul 10 malam.

Tapi aku tak pastilah kan kalau hanya setakat malam ketiga je dia pergi kat bilik tu. Kalau malam ni dia tak pergi ke bilik tu maksudnya entah bilalah aku akan tahu apa benda tujuan dia pergi situ.

Aku rancang baik punya. Port persembunyian aku tentu tentulah rumah si Sham. Aku cakap kat Sham aku nak tengok je betul ke tiap malam dia memang ke situ. Lepastu aku baliklah kalau aku dah puas hati dengan apa yang aku nampak nanti. Aku cakap macam tu lebih kurang kat Sham agar dia tak fikir yang aku sebenarnya ada agenda lain selain mengintip si Athirah tu.

Aku tak akan terus balik nanti sebaliknya aku akan usha apabenda dia buat kat situ since tingkap tu ada lubang besar yang tak ditutup. Aku tahulah sebab aku selalu lalu kat bilik tu petang petang. Aku siap tahu apa yang ada kat bilik tu. Petang petang pun dah scary inikan pulak bila waktu malam. Betul apa orang cakap… “hati kau keras Ika..”

Sedikit ketakutan pun aku tak rasa masa nak buat mission ni. Nampak tak betapa bongkaknya aku?

Tepat 10.15 malam akhirnya aku nampak kelibat perempuan tu lalu untuk ke bilik kosong tu. Kalini muka dia tenang walaupun dalam keadaan samar samar aku tetap nampak muka dia dengan jelas.

Yang pelik dia boleh bawak rice cooker sekali. Jadah ape doh? Dia nak berkelah dalam tu ke? Jadi betullah apa Sham cakap tu takkanlah Sham nak tipu aku untuk benda yang macam ni kan.

Aku semakin yakin. Lepas dah yakin dia dah masuk ke bilik tu aku terus bagi tahu Sham yang aku nak balik dan terus keluar dari rumah dia. Sebelum tu Sham ada offer diri dia untuk teman aku balik ke block aku. Katanya risau aku ni bukan boleh percaya mana. Ek eleh mamat ni dah kenapa? Dia dah hidu misi rahsia aku ke ni?

Lepas je aku psiko si Sham tu dengan ayat ayat yang buat dia percaya bahawasannya aku ni masih gadis melayu terakhir yang sopan malu dan lembut dan yang tak ada kena mengena langsung dengan apa yang bakal aku buat ni, Sham pun pasrah dan merelakan aku balik sendiri ke block aku.

Tapi yang tak bestnya dia boleh terpacak kat depan luar flat dia untuk tengok dengan mata kepala dia sendiri yang aku memang sebenar benarnya balik ke rumah.

Sham ni kuat betul instict dia!

Tak tamat lagi ya kawan kawan. Rancangan aku masih berjalan seperti biasa ya kawan kawan. Lepas je aku berlakon kononnya aku memang balik ke block aku, tak lama tu aku terus keluar ambil laluan paling jauh untuk ke bilik Athirah tu.

Jam kat tangan aku tengok dah 10:45 lebih. Lima langkah je untuk aku dekat dengan bilik tu dan dari lima langkah ni lah aku dah terbau yang bukan bukan dari dalam bilik tu.

Dengan penuh berhati hati aku melangkah setapak demi setapak. Aku berdiri di balik lubang besar kat tingkap bilik kosong tu. Mata aku mula mainkan peranan dan meninjau ninjau untuk dapatkan gambaran yang jelas tentang apa yang sedang terjadi dalam bilik tu.

Tak nampak lah cerita dia kan kalau dah namapun gelap kat dalam tu. Takkan aku nak suluh pulak? Kang kantoi. Kata misi rahsia? Tapi dalam pengamatan aku memang aku nampak si Athirah ni mengangkang kat bekas nasi tu.

Terdengar suara dia membebel baca sumpah seranah bagai. Lampu kat hujung dapur bilik tu membantu aku betul untuk mendapatkan gambaran walaupun tak tak seterang pancaran bulan yang ada ketika itu.

Semakin ingin aku menjenguk ke dalam tetiber terasa bahu aku disentuh. Firstime jantung aku rasakan berhenti untuk dua saat. Apa lagi memang aku rasa berdebar. Dah lah aku tengah cuak. Rekod untuk budak hati keras macam aku ni seakan tercalar.

“Kepala hotak dia lah! Kau biar betul Ika?!”

Saat aku berpaling saat itu jugaklah ditunjalnya dahi aku sedas dua. Oh Akbar rupanya. Fariq dengan muka masih tak percaya dengan apa yang dia lihat kat depan mata dia. Nak cakap aku seksi jauh sekali. Aku tomboi kot agak agak lah.

“Memang kena nama timangan lu ni Ka! Wa salute sama lu!”

Tak lama tu dahi Fariq pun kena tunjal dengan Akbar. Tapi tulah firstime aku menggelupur ketakutan kerana ditakutkan oleh dua manusia ni. Tapi aku tak cakap lah kat dorang yang dorang berjaya buat aku takut. Calar maruah aku weh. Tiberrr~

“Asal tak ajak kitaorang? Kami dua ni yang laki ke kau yang laki sekarang ni Ika?”

“Apsal? Korang nak suruh aku bukak seluar aku sekarang ke apa untuk membuktikan segalanya?”

Sempat aku berseloroh dengan dua manusia ni. Masing masing dah senyum gatal macam bangang. Tahulah aku yang dorang ni bukan gay seperti yang diuarkan-2. Mana taknya kemana sahaja macam belangkas. Memang mintak dikecam lah! Melayu sekarang kan pantang nampak pelik sikit habislah kau dikecam hebat!

“Weh Ira tu macam tak betul doh aku lama doh perhati dia tu macam psiko pun ye.”

“Maksud kau?”

“Yela Ka. Dia dah lah pelik buat lagi benda pelik kat dalam tu. Aku tengok si Bad tu macam dah guna guna je dengan si Ika tu.”

(Tamat seketika pengembaraan Ika bersama Fariq dan Akbar. Akan bersambung nanti.)

………

“BAD kitaorang nak cakap sesuatu ni. Tapi aku harap kau tak rasa yang kitaorang cuba nak hancurkan hubungan kau dengan Ira.”

Lia dalam pada masa yang sama dia berani bersuara, agak takut takut jugak aku tengokkan untuk dia berterus terang segalanya dekat Bad. Lia bukan apa memang dia tak nak masuk campur langsung hal orang, tapi dah kalau benda macam ni jadi masakan tidak dia mahu mendiamkan diri tengok Bad seperti diperbodohkan oleh si Athirah tu kan.

“Kenapa dengan Ira?”

Tak banyak cakap lagi Lia terus terang dengan Bad. Berpeluh jugak Lia nak jelaskan semuanya. Bad dengan muka berkerutnya semacam nak hadam satu satu apa yang dia dengar dari mulut Lia.

“Thanks Lia. Thanks for the info.”

…………..

(Bermula perhubungan di antara aku dan Lia)

“AKU sebenarnya suka kat kau lama dah Rafiq. Kau perasan tak kita jadi makin rapat lepas aku percaya kat kau dan cerita semua benda yang aku tahu kat kau. Maaf kalau aku salah time confess kat kau. Kau ada je dengan aku. Kau ambil berat pasal aku kau jaga aku baik baik. Aku dah selamat sampai rumah ke belum pun kau ambil kisah. Tapi memang sebelum kita jadi rapat macam belangkas ni aku memang dah syok kat kau lama dah.”

Terkedu aku bila gadis comel macam Lia ni rupanya dah lama berkenan kat aku! Tapi betul weh aku tak tipu Lia ni memang cantik. Ramai je yang crush kat dia sebenarnya dan aku bertuah sebab dia pilih aku!

Aku pun sebenarnya suka jugak kat Lia ni cuma aku tak berani nak meluahkan sebab aku ni macam sedar diri jugak orangnya nak dekat orang cantik macam dia ni.

Aku anggap dia kawan baik aku sebab mana mana je aku pergi, mana je dia pergi kecuali bilik dan toilet jelah kan kitaorang tak sebumbung hahaha ada je muka kitaorang berdua.

Dan pada mula saat itu kitaorang pun declare sebagai pasangan kekasih yang bahagia. Aku memang bahagia dengan Lia sebab dia ni dah lah manja, ambil berat, matang dan boleh sekepala dengan aku dan paling penting dia bukan seorang yang suka cemburu buta atau mengongkong aku.

Aku memang bertuah dapat gf macam Lia ni. Manja dia memang terserlah lepas kitaorang declare tu tapi kadang kadang garang jugak dia ni. Dalam dua bulan pertama hubungan kitaorang tu semuanya baik baik belaka tapi tak selalunya yang baik baik tu bertahan lama kan.

Kitaorang tak ada apa masalah pun dalam perhubungan takde gaduh gaduh, masam muka ke apa cuma yang tak bestnya……

“HAI Rafiq.”

Suara yang agak aku kenali dan entah kenapa aku berasa seram sejuk dengan sapaan dari suara tersebut. Tapi dah kenapa? Dah kenapa dengan dia yang tiba tiba je tegur aku?

Aku berpaling ke belakang dan….

“Ira. Oh hai.”

Athirah tegur aku? Dia okay tak tu? Tak pernah pernah walau sekali pun dia tegur aku sebelum ni. Tapi dah kenapa hari ni dia tegur aku? Apa dia nak?

“Kita tak pernah bertegur kan. Selalu je terserempak kat mana mana tapi tulah tak berkesempatan pulak nak tegur you.”

Aku macam oh okay. Berani pulak dia tegur aku kan inikan aku pulak lelaki yang malu malu je nak pandang dia apatah lagi nak tegur dia. Ini kalau Lia tahu plus nampak apa yang tengah jadi kat belakang dia ni, entah apa yang dia fikirkan agaknya.

DECEMBER 2017, 12PM.

“RAFIQ harini you sorang sorang lagi ke? I boleh temankan you. I pun sorang sorang jugak ni.”

Athirah dengan muka selamba duduk kat sebelah aku. Semenjak dua menjak ni makin dia nak melekat je dengan aku dah kenapa? Ada sesuatu ke dia ni?Masa tu jugaklah aku nampak Lia berlari ke arah aku. Mampus!

“Pesal ek? Dok kacau boipren orang tak habis2? Dah tak laku?”

Punya sindir baik punya teman wanita aku masa ni. Athirah angkat muka dan jeling Lia. Dia bangun sambil hempas buku2 dia kat meja. Aku terkejut beruk masatu sempat jugak dia bagi aku jelingan maut.

…..

Cerita ni tak habis lagi walaupun memang dah habis aku penat nak taip nak habiskan sekaligus. Aku bagi teaser dulu je lah eh. Okay chow assalammualaikum.

(Olahan cerita ni seratus peratus aku interview bulat bulat dengan kawan kawan aku.)

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

rafiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

25 thoughts on “Athirah Si Gadis Pelik”

  1. kalau boleh episode 2 nanti compactkan isinya.
    kurangkan perkara – perkara selingan yang tak perlu.
    daripada cerita, isi cuma 1/4 je.

    Reply
  2. Aduyaaiiii…!!!
    Berdebar sangat dah ni…
    Ape yg Ira tu buat kat toilet yg kantoi tu???
    Xkanlah die berzina plak kt toilet kolej??
    Gilor beraninye?????

    Reply
    • hahahha. kan….. bnyk sgt yg xpenting. plus sptutnye shortkn je cerita. no need part aliya monolog ape smue tu. dh mcm rekaan plak. syok sndiri ke? hahaha

      Reply
  3. Sampai part ‘aku sbg’ lia je, aku stop bc. Aku rasa crita ni best tapi cara ko mngarang jadi xde nafsu nak bc. Cuba ko tulis secara smooth je… ko tulis dr perspektif engkau je. Xyah la sbg lia la apa la… bab xpenting, xmmbantu jln crita tu xyah masukkan. Jadi serabut klh ko xpandai olah. Kurangkan dialog.
    Anyway sambung la. Aku rasa crite ko mnarik cuma cara menulis tu kn baiki

    Reply
  4. actually ur story mmg best rafiq but kalo boleh la..kalo boleh jgn terlalu panjang sgt tkt org boring nk baca sampai hbs..besides,baca x smpai habis pn org ssh nak phm cta sebenar..kan..ni my opinion je heheh..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.