Assalamualaikum & salam sejahtera warga FS, eventually selepas hampir setahun, I am back for a new story. Lama hilang sebab pulun thesis, lepas tu terkahwin. Haha. Alhamdulillah, thesis tinggal sikit lagi dan sekarang tunggu journals di ‘publish’kan je, doakan pleassssseeeee.
Bab terkahwin tu, ha’ah dah kahwin November lepas. So, impian abang-abang & adik-adik aku untuk tengok aku hidup lonely dengan kucing musnah, Alhamdulillah.
Kali ni aku nak cerita seram, of course la seram kan kat FS ni, can’t be cerita fairy tale Disney cant’t be kan. Cerita ni termasuk semua orang, mak, ayah, Mowgli, Baloo, Tomato, Timun. Ada extra watak dimana isteri Mowgli, Mary, anak Mowgli, Mateo, suami aku, Cinnamon, pak cik & mak cik aku berserta Daisy & Minnie.
Cinnamon ni asalnye salah satu classmates aku masa belajar kat Tubingen, German. Mamat ni half Turk half Pakistan. Bapak die merangkap bapak mertua aku generasi kedua Turki yang duduk German, mak mertua aku dari Pakistan yang dulu datang belajar kat German.
Baik, husband aku ni kite gune Cinnamon je la eh, nyampah pulak nak cerita type husband aku husband aku. Alright, sebulan lepas kenduri belah aku, kitorang fly ke German, sebab nak reception belah lelaki pulak. Family Cinnamon memang duduk Tubingen, parents die pun belajar Tubingen Uni, so Cinnamon ni made in Tubingen sangat. Sampai Munich, catching up dengan pak cik mak cik aku dari UK, terus ke Tubingen by train. Disebabkan rombongan cik Kiah ramai, Cinnamon pinjam rumah sepupu die yang jarang-jarang diduduki. Sampai2 Tubingen je terus aku cakap kat Cinnamon, tak sangka ek, tibe2 Tubingen dah jadi kampung I. Haha.
Malam pertama kat Tubingen, nothing much sebab semua orang dah lemau ditambah cuaca sejuk. Reception pulak lagi 2 hari, so semua orang pilih untuk berehat. Rumah sepupu Cinnamon ni 2 tingkat, atas ade 4 bilik dan balkoni besar, bawah satu bilik, dapur jenis terbuka sekali dengan ruang tamu. Mowgli dan keluarga sebilik, pakcik sekeluarga sebilik, Daisy & Minnie sebilik, supposedly aku & Cinnamon sebilik, tp aku g tidur ngan mak aku kat bilik bawah sbb nanti mak aku dah balik Malaysia, *cryinginspanish*. Nasib cinnamon paham, so die join the twins, Baloo main game kat ruang tamu. Malam pertama Alhamdulillah.
Hari kedua tu aku & cinnamon kerja tanpa bayaran buat rombongan cik Kiah jenjalan sekitar Tubingen.
Tetibe Cinnamon cakap jom pegi Hohentubingen Castle, orang lain pun excited nak pegi. Masa tu dalam pukul 2 dah, pukul 5 castle tutup. Rush jugak sbb malam cepat kan. Tapi aku ade tye mak aku, boleh ke bawak Mateo, sebab teringat the twins dulu asyik melalak je kalau pegi tempat macam tu. Mana la tahu it runs in the family kan. Mak aku boleh jawab, kite try tgk. Aku macam huu, nasib ko la Mateo dpt nenek macam ni. Sampai kat castle tu, Minnie suh aku piggyback die, aku pun sayang adik sedara yang jarang2 ada perempuan dalam family ni pun piggyback la. Lepas tu boleh die whisper kat telinga aku, “I saw something on top of the castle”. Aku diam je, baca la apa2, aku cakap selagi Mateo tak melalak everything is undercover. Hahah! Pepandai sendiri. Berjalan pusing2 castle, lepak2, ayah aku ajak balik. Mase tu dalam pukul 4.15 petang. Sepanjang kitorang kat sane, Mateo diam je.
Sampai rumah, salah besar kitorang, mementang kat tempat omputih, masuk rumah tak bagi salam, main redah je. Dan! Mowgli seorang bapak yang tak berwibawa, terus pegi tidur, mase tu dalam 6 petang lebih-lebih. Malam tu, satu rumah bau musty, macam bau rumah sejuk berkulat tak pasang heater. Dalam pukul 4 lebih, aku terjaga, masa tu aku tidur dengan Daisy & Minnie. Cinnamon takde sebab tidur umah parents die, x jauh dalam 10 minutes drive je. Hah, Tomato call aku tanye
Tomato:Akak, ko dah tidur ke gemuk?
Aku:tak lah, ni tengah cangkul kubur kau. Kenape?
Tomato: Mateo nanges ke?
Aku: Taklah. Senyap sunyi je atas ni. Ko dengar die nanges ke? Or die kat bawah tidur ngan mak & ayah?
Tomato: Weh, ko turun jap. Aku rase aku dengar die nanges lah.
Aku pun bangun, tapi aku g check dulu dengar2 depan bilik Mowgli kot2 Mateo nanges. Takde pun. Aku turun, senyap je, takde budak nanges pun, but still pegi check bilik diorang, just nak make sure kan. Pun yillek. Aku pegi depan, tengok Tomato tidur. Heyyyyyyyy sape called aku tadi oiiiiii! Hantu German pandai cakap melayu keeee, lemauuu betul. Aku ape lagi, terus meloncat kat Tomato & Timun yang nyenyak tu. Sampai pagi aku tidur celah budak2 tu. Esoknye kecoh aku story kat semua orang, dan aku tak paham kenape akuuuu kene kacau. Bingai betul. Tomato check call log die xde pun die dial number aku pukul 4 pagi. Tsk tsk.
Hari ketiga tu, mengikut plan adalah girls’ night out sebelum reception aku & Cinnamon. Jadi, mak aku cadangkan spa day, relax2 manja diri malam sebelum majlis, bapak aku siap sound mak aku, sape kawen niiii. Haha. Lepas Cinnamon hantar kitorg kat Ambiente LaCasa Hotel, Cinnamon pun balik. Okay, ini cerita kat rumah yang terjadi kat diorang malam tu sebab supposedly pukul 11.30 malam Cinnamon harus amik kitorang dari spa tu.
AKU DALAM NI IALAH MOWGLI
Lepas meminahs blah, aku pun macam nak golek2 dalam bilik sebelah Mateo yang tengah baring, masa tu dah gelap. Dinding bilik aku, dinding hujung hallway dengan dinding bilik mengadap bilik aku kaca, means seluruh dinding menghadap balkoni panjang tu kaca. Supposedly aku pegi semayang maghrib, tapi aku cakap takpelah, sekalikan dengan isya’ lah. Musafir kan, heh heh heh. Lagi pon mak takde nak jerit. *tak gune ko bang, dah tua nak m**i pun semayang sbb takut mak*. Masa busy update gambar kat instagram, ade orang ketuk glass door keluar ke balkoni. Mateo pon senyap. Ketukan tu bunyi ketuk pakai bende tajam. Aku pandang Mateo, tetibe terfikir, sekarang kalau lari kene bawak anak, dulu bawak diri je. Huuuu. Aku buat tak tahu lagi, main lagi phone sambil message Baloo tanye die kat bawah ke. Rupenye Baloo ngan pak cik aku g merayap. So maknanya kat bawah ada Cinnamon, bapak aku Tomato & Timun. Masa aku busy mengira jari sape ade kat bawah, tetibe Mateo nangis, bukan nanges yang amik mood nak melalak, tapi terus gear 8 beb, terus pecut melalak. Terkejut? Mau terbalik jantung aku, dari pam d***h terus pam air.
Aku angkat budak gemuk tu, terus lari ke bawah, sambil jerit bapakkkkk!! *abang, ko dah jadi bapak pun jerit bapak lagi kene kacau antu, aku tulis cerita ni sbb nak Mateo baca besor nanti*
Kat bawah terus je aku bagi Mateo kat Timun. Bapak aku punye terkejut sebab aku terkejut, terjerit die “ko pehal Mowgli????” Ape lagi, cerita la kat bapak macam takde nafas. Cinnamon blur sebab die tak paham melayu, pastu abg aku kene alih bahasa pulak. Mamat tu macam, “eh, kalau macam tu jom la pegi check, kot2 orang ke.” *sayang, am proud of you, not like my brothers, hahaha* *eleh, aku rase kalau Cinnamon ni exposed to hantu Nusantara, aku tak rase die nak g check pongggg* Mowgli pun, oh pegi la korang check, I jaga Mateo kat sini, bahaya bawak baby. Beberapa minit kemudian, Baloo & pak cik balik bawak pizza. Maka rombongan pak ngah nak check rumah bertambah. Mateo masih nangis, bapak aku cakap ko azankan anak ko ni, bacakan pape patut. So pak cik aku, Baloo & Tomato naik atas check balkoni, Cinnamon, bapak & Timun check kat laman bawah. Masa ni, Tomato cerita die nampak ada susuk lelaki hallow kat hujung laman yang terus ke hutan belakang rumah. Semua orang pun nampak, dan Cinnamon ni bengong jugak, nak pegi kejar! Laman belakang tu luas,sebelum pokok2 terus hutan. Pak cik aku, Baloo & Tomato ape lagi, terus masuk rumah, kunci balkoni tak keluarr-keluar dah! Harommmm betul! Cinnamon pegi kejar hollow man tu tapi setengah jalan, die patah balik. Rupenye die nampak bukan satu, makin dekat die nampak lebih dari 2. Huuuu. *padan muke korang, kitorang jugak best kat spa* Lepas die patah balik, bapak aku macam biasa “kenape tak kejar terus??” *lek ah bapak, sarcastic gile, die baru masuk family kite* hahaha. Bapak pun berdiri je kat situ, pandang je hutan tu, mulut memang kumat kamit la, bacakan apa yang patut, bapak amik tanah sikit lepas tu baling ke arah hutan tu. Tetibe hujan batu kuat dowh, bapak aku pun macam yakin dah takde, die pun nak masuk. Tengok2, Cinnamon & Timun dah hilang masuk rumah, bingai betul. Dalam rumah, semua dok berkumpul living room dengan Mateo tengah2 diorang. Hahahaha. Bapak aku tye la “dah korang keliling Mateo buat ape? Nak buat korban kawen esok ke?” huuuuuu, bapakkkkk. Asal la aku lahir family villain macam ni. Mateo mase tu dah berenti nanges, terus tidur. Tak menyusu pun. Alhamdulillah, lepas tu takde pape jadi, malam tu Cinnamon ajak Baloo teman die kutip the girls from the spa. *takut lettew, lemau la lu sayang*
AKU DALAM PARAGRAPH BAWAH NI ADALAH WATAK UTAMA, ATOI.
Esoknye, Alhamdulillah, reception simple belah lalaki berjalan lancar. Malam tu pak cik aku & family mulakan trip balik UK by train. Esoknye family aku balik Malaysia, tinggal aku & lelaki asing. Huhuhu, sampai ati mak. Aku & laki PJJ sampai bulan May insyaAllah, tapi selalu je mamat ni datang semak kat aku. Spring ni insyaAllah akan ade lagi reception aku, tapi belah mak mertua aku kat Pakistan, kenal2 family katenye, perk marrying intercultural man. Huuu. Mak aku siap kutuk, tak nak buat reception kat India & China ke. Hahahaha! Sebab atuk mak aku mualaf dari China, mak kepada bapak aku anak merchant dari India yang arwah atuk aku jumpe masa belajar kat Mekah. Aku cakap tapayahhh, cukup la 2 biggest nations in the world dalam badan aku. Haha.
Baiklah, ini sahaja buat sementara. Ada je lagi cerita hantu mase aku belajar Tubingen, nanti la mungkin.
p/s: Tajuk brainless boys sebab semua orang lari, bapak je gentleman.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Jalan cerita best gilos! And dapat imagined segala benda tu. Congrats on your marriage Atoi 🙂
aku tak paham macam mana kau boleh faham..bahasa dah rojak.watak dalam penceritaan..mowgli la ..disney junior cartoon network semua kau nak masuk.
cuba terangkan betul-betul watak tu.
Sekarang ni mungkin awak tak bisa dgn Atoi, dah ade beberapa cerita yg die dah tulis. Watak-watak tu dia dah ada tulis dalam cerita sebelum tak silap. Don’t have to question orang lain yg suka cerita die. Selera lain2 kannnnn. Tak suka, tinggalkan saja, suka, keep reading.
setujuu!
Wahaha sempoi laa Atoi, Adoyaiii kelako
Perhhh best gila citer hang. aku siap pi gugel Tubingen..adoiiii gila sempoiii…cantik aaa tempat tu…anyway congratulations on your wedding ehh..
samaaaa. cantik sangat tempat dia. mana-mana tempat yg atoi mention kat story dia mmg saya google.
hahaha, akhirnye Atoi balik semule. best2! Semua cerita Atoi semua ade less kat. Feveret aku Driverless Carriage. Jyeah!
Serabut gila penceritaan. Lagi serabut dengan nickname yang tah ape2 bajet kelakar.
Serabut crita..pening ngan nama watak2 lagi..xyah sebut aku dlm ni adalah ni..terus citer je..mak aku..bapak aku..abang aku..
aku sorang je ke susah nak faham cerita ni? huhu
U not alone
bce komen dulu…klu sodap cit nye parking dlu
Welcome back Atoi!!!!
tak bape nak smpai cite..
2/5
pyh la wehh, timun la tomato la. bca skerat je. sory bye
pening baca
wow..hollow man?da cam cite omputih dulu tu
cerita ok dah. tp potpet byk sgt.. no wonder pun celoteh byk sgt, ade keturunan ite sikit. hehe..
Matteo panama pa . steady atotoi
Ak rse crita ni biase2 je..main point nye dia nk bgthu yg dia tu dh khwn mamat pakistan. Itu shj…klw x btpe nk crta sgala bnd reception belah ko bt brapa kx? En en
Ambo setuju hk ni
Harok
napak yang harok? muntung ikam kah harok? tambuk ucak ladoi.. sapa tak biasa baca atoi ni mmg tak paham.. readers2 baru kebanyakan poyo..
penin lah baca … letak nama pelbagai… nk kena ingatkan pulak sape yg di maksudkan… mnyebabkan moody menurun…
Asal letak nama pelik2 weh. Serius pening otak aku nak faham watak masing2. Tak seram sgt pon
Atoi is back! Rindu citer hantu foreigner from you! And…congrats on your wedding! Kemain dalam sambung study bagai boleh menyelit wedding sendirik gakkkkkk
pening baca, baca suku pun dah pening. rasa nak muntah. sorry
READERS BARU MEMANG TAK PAHAM… TAPI KALAU DAH IKUT DARI AWAL.. SERONOK BACA STORY DIA. ATOI MEMANG SEMPOI…HANTU OVERSEAS WEHH.. HAHAHAHA!
meyempang je lebeh kome labun …
pening awok bace..letok aje le name watak lelok aje Nye ye bg org pening..
…1/5…
ulang baca nama byk kali baru phm jalan cerita. ok jer cerita dia kalo phm nama watak..
Best story sbb ada selit funny sikit 😂 ..
seronok dan santai bacanya… best! hihi
Pening. Ambil masa nak hadam watak
Haha best gak tapi penin sket la
hhahah selamba je kutuk laki…tp best
Atoi is back..yehaaa
welcome back #Atoi
Keep on writing babe..!!
Pening. 1/5
Aku baca nama watak pun dh pening. Letak yg biasa2 suda la.. Adoiii
lama tunggu story dari atoi. one of my fav writer dalam FS. yg mana pening dgn nama watak2 tu aku cdgkn korang baca kisah atoi dari awal. nanti korang akan clear dgn nama2 watak dlm story ni.
atoi!! nak lagi!! we want more!!!