Ayah Terkena Sihir (Akhir)

Satu hari semasa dalam wad, ayah aku mimpi. Dalam mimpi tu datang sebuah kapal terbang atau helikopter yang dikawal ketat oleh tentera siam. Dan turunlah dari perut kenderaan tu hampir 20 orang bomoh siam dan ajak ayah ikut dorang. Katanya nak hantar ayah direct ke syurga. Tapi ayah tak ikut. Ayah taknak. Mak ada tanya ustaz, ustaz kata mungkin kalau ayah ikut, ayah dah meninggal waktu tu tapi dalam keadaan tak elok la tapi sejauh mana kebenaran memang tak tau.

Yang paling last, sepupu aku (kakya) bawak perempuan datang berubat (makcik) untuk ubatkan ayah. Kakya datang dengan mak dia (kakak ayah aku nama cikteh), ayah dia (ayahteh) dan makcik berubat tu.

Masa berubat, Makcik mintak sebesen air dan dia membaca ayat al-quran sambil memotong limau nipis dan diletak dalam air tu. Tiba tiba dia membebel, “aku tak suka kau, kau rajin buat kerja, semua orang suka kau, kau sepatutnya duduk kat rumah takpayah kerja.” Kitorang terkejut. Mak aku tanya, “kenapa buat macamtu, siapa awak ni buat suami saya ni.” Lepas tu dia cakap lagi, “kau tak kenal aku ke Salim ( nama bukan sebenar ayah aku)? Kan kita selalu pergi minum air. Aku selalu oder air milo ais, aku tak senang macam kau, aku naik basikal je. Aku tak suka kau sebab kau cepat naik pangkat. Aku selalu pakai baju warna biru, badan aku tegap (sambil menyapu bahu dia, memang tabiat dia sapu bahu). Aku benci tengok kau senang, aku benci tengok orang puji kau, semua orang suke kau, kau buat kerja elok, aku tak suka. Kau sepatutnya duduk rumah, tak payah kerja sebab aku benci kau.”

Tiba tiba tengah semua duk tengok Makcik tu, Cikteh tiba tiba tak sedar diri dan meraung. Jadi Ayahteh bawak cikteh keluar sebab taknak ganggu orang berubat. Di luar, cikteh masih tak sedar. Cikteh mempunyai kebolehan dapat tengok benda benda yang orang biasa tak dapat. Jadi masa dia tak sedar tu, dia nampak orang yang sihirkan ayah aku tapi dari pandangan belakang. Cikteh aku sambil menangis dia kata, “kenapa buat adik aku macamtu. Pusing menghadap aku nak tengok muka orang jahat macam kau. Hati busuk. Pemalas kerja.” Dia duk ulang ayat sama sambil ayahteh cuba bacakan ayat untuk dia sedar. Dan alhamdulillah dia sedar. Tapi sampai ke sudah cikteh tak nampak rupa lelaki tu.

Lepas Makcik selesai berubat dan cikteh dah sedar, makcik tu bagitahu bentuk tubuh orang tu. Dan cikteh pun bagitahu benda yang sama, baju, bentuk badan, warna kulit memang sama dengan apa yang makcik cakap. Ayah dan mak mula faham maksud orang yang cakap rumah orang sihirkan ayah. Ayah sangat sedih. Petang lepas berubat ayah masuk wad lagi. Sepatutnya malam tu mak dan ayah pergi jumpa Ustaz Haji yang mintak list nama tu untuk tahu siapa yang buat tapi tak jadi pergi sebab ayah dah masuk wad dan keadaan sangat teruk. Pagi keesokkannya, ayah makin tak sedar. Mak perasan bila ayah nak minum air guna straw tapi tak dapat nak sedut air tu, dan mata pun memandang.Mata jadi keruh. Doktor mintak mak panggil ahli keluarga dan maghrib ayah hembuskan nafas. Alfatihah untuk arwah ayah.

4 hari selepas ayah meninggal, ustaz Haji datang rumah dan bagitahu nama orang yang sihirkan ayah, dan memang orang tu sama dengan apa yang diberitahu oleh Makcik. Tapi orang tu sempat bekerja bersama ayah lebih kurang 7 tahun sebab dia kene strok.

Dan dia masih lagi sebagai ofis boy semasa berhenti kerja sedangkan ayah dah jauh lebih tinggi pangkat dari dia. Ada gambar dia bersama ayah dan staff lain dirumah, memakai baju biru (uniform) tapi selepas ayah meninggal, gambar tu kami tidak temui sehingga hari ni. Dan lelaki tu meninggal dunia 2 tahun selepas ayah. Aku pernah berkata, aku ingat tak m**i orang ni duk sihir orang, ingat dah upgrade jadi tuhan, rupanya m**i jugak. Dan tak pasal pasal aku kene marah. Hahaha.

Kami tak berdendam tapi kami anggap semua ni ujian walaupun kami terkilan sebab kerana hasad dengki dan masalah diri sendiri yang pemalas dan suka tangguh kerja, kita salahkan orang yang baik.

Semoga roh arwah ayah dicucuri rahmat.
Terima kasih sudi baca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Salmah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.7]

3 thoughts on “Ayah Terkena Sihir (Akhir)”

  1. situasi dalam cerita ni sama macam apa yang berlaku pada ayah saya, tapi jalan cerita sedikit lain. Al fatihah untuk ayah si penulis

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.