Bagai gunting dalam lipatan….

Sebenarnya aku salah salah juga nak story pasal elemen seram tu ciput je.

Takpelah anggaplah story ni sebagai warm up sebelum baca story yang lebih hard-core.

Disclaimer:- betul atau rekaan, terpulang pada pembaca. Ambik yg baik. Yg tak baik tu jdikan sempadan.

Tahun 2000.

Aku pernah menumpang bertahun tahun kat rumah mak sedara aku. Mak sedara aku, orang panggil dia Cik Nor.

Masa aku menumpang tu, umur aku masih awal 20-an dan bujang. Sekarang dah 40 an. Dah beranak pinak.

Kenapa aku menumpang? Aku ni boleh dikatakan di angkat oleh cik Nor dan memang aku rapat dengan keluarga cik Nor ni. Anak cik Nor semua kelima lima lelaki. Kami hampir sebaya. Suami Cik Nor, kami panggil dia Pak Hab.

Pak Hab ni ada business. Agak loaded juga.

Cik Nor dan pak Hab ni, memang baik orangnya.
Aku pun panggil pak Hab ni ‘ayah’. Dia tak suka aku panggil dia pakcik.

Masa tu, prime moment la buat pak Hab kerana business dia untung besar. Cik Nor dan anak anak memang happy dapat habuan masing masing. Pak Hab tak kedekut. Dia selalu belanja orang tak kira siapa. Kalau mereka vacation, aku memang tak pernah tinggal.

‌Nak dijadikan cerita. Pak Hab ni memang rapat dgn semua kawan dia. Tapi yg aku notice,ada seorang kawan dia yg paling kerap datang bertandang ke rumah. Nama dia pak Agus. Dia ni boleh dikatakan joint partner business pak Hab tapi share tak besar lah.isteri dia pun bff dengan makcik aku.

Dia ni selalu datang hari hari. slalu dtg tiap petang. Bukan datang sorang tau. Dia dan isteri dia serta anak anak dia yg masih kecik kecik.

Tak silap aku, anak dia ramai. Hidup dia agak susah. Dia nak upgrade hidup dia.

Dia datang konon nak berguru dengan pak Hab tentang business. Pak Hab ok je lagipun pak Hab ni tak busy sangat pasal dia hired seseorang yang boleh dipercayai handle business dia. Tapi dia monitor lah dari rumah selepas pulang dari pejabat. Jadi petang dia ada extra time dengan family. Pak Hab memang pentingkan quality time dengan family dia.

Cik Nor aku tengok ok je dengan diorang ni. Tak jadi hal lah kalau nak datang tiap hari tu. Cik Nor kesian dengan pak Agus ni. Dia nak ubah hidup dia.

Maka pak Hab dan cik Nor nak bantulah mana yg boleh.

Tapi aku kesian tengok cik Nor tiap hari bancuh teh untuk mereka anak beranak. Kadang kadang kena sediakan makan untuk diorang sekeluarga.

Dah lah banyak kerja nak buat tapi semua delay pasal diorang ni.

Aku akui la…aku macam tak gemar orang datang tiap hari dan takde common sense!

Aku kesian dgn life pak hab dan Cik Nor. Takde privacy. Asyik melayan diorang je. Dah beberapa kali cik Nor tukar baju tak jadi keluar hanya kerna pak Agus dan sekeluarga datang tiba tiba. Tanpa rasa ralat pula tu, dah tengok orang belawa mcm tu, terus pula masuk dan duduk mcm takde apa.

“Cakap jelah cik nak keluar..apa susah nye” Ada juga aku hasut cik Nor. Tapi cik Nor ni kan. Dia jenis yg sangat hormat pada tetamu. Dia ok kan je.

Dan isteri pak Agus ni. Aku panggil dia Noni je.
Dia ni kalau dtg…satu rumah penuh dgn suara dia. Tak habis habis dengan curahan rasa hati dia.

Boleh pula dia maki laki dia depan kitorang.

Anak anak dia masih kecik kecik, kesian aku tengok.

Si Noni ni cakaplah duit selalu tak cukup.
Takde benda nak dimasak kat dapur.
Anak anak tak cukup makan.

Tekebil kebil je mata diorang dengar mak dia meroyan.

Ni lagi menambah level meluat aku.

Hal rumah tangga kau nak hebah kat orang. Aib kamu suami isteri. Dahlah datang tak reti nak balik.

Aku ada juga bebel kat Cik Nor. Cik Nor ni tetap baik sangka. Dia siap back up lagi kata, perempuan mana tak stress anak ramai, kerja rumah tak siap, laki tak tau tolong.Biasa la tu.

Hailah cik Nor.

Dia bebel hari hari benda yg sama, penyelesaian takde. Apa la dia nak sebenarnya?

Setau aku…dah selalu juga cik Nor motivate dia tapi tetap juga macam tu. Komplen laki dia. Anak dia.Kehidupan dia.

Pak Agus ni takde nak mencelah atau tegur ke isteri dia.

Dia diam dan biar je.

Satu lagi, aku tengok takde pun suami isteri ni nak belajar sangat tentang ilmu business ni. Aku tengok macam lebih kepada sessi kaunseling rumahtangga je.

Wasting time.

Aku memang tak hadap kalau diorang ni ada. Aku masuk bilik kunci pintu.

Aku tak sombong ye. Tapi aku rasa fishy semacam tapi aku tepis lah mungkin aku je yang rasa macam tu.

Aku cuma tak berkenan part mereka takde common sense tu.

Aku percaya setiap manusia ni ada masaalah tapi kena tolak ansur . Jangan lah kerna orang tu setia dengar masalah kau, nak tolong kau settle tapi kau nak jadi parasit pula. Ambil hak orang nak rehat. Nak jalani life sendiri.

Memang aku angin masa tu. Asal balik kerja je mereka dah terpacul kat rumah.

Nak borak borak dengan sepupu, tengok tv sambil makan makan macam dulu pun tak de dah.

Sekarang..

Aku straight to the point ye.

Sepanjang aku kat rumah tu. Aku perasaan Cik Nor selalu sakit.

Pak Hab pun sama.

Tapi dlm keadaan mcm tu tetap setia spending time dgn keluarga pak Agus ni. Kalau tak kat rumah kami kat rumah diorang. Kalau tak kat rumah. Kat kedai makan.

Mcm yg aku cerita tadi.Pak Hab ni baik sgt. Dia belanja setiap org.Termasuk beli pakai makan anak anak pak Agus.

Duit yg berkepuk dah tggl sikit.
.
One day…

aku kebetulan baru nak keluar pintu, nak merambu ke pekan.

“Aisey…dia dtg lagi” aku senyum kambing tak ikhlas.

“Nak keluar joy?” Aku la c joy tu. Sapa pak Agus.

Aku angguk je sampil cepat cepat pasang kasut.

“Makcik kau ada?” Pak Agus sengih mcm kerang busuk.

“Ada…nak panggil ke?”aku senghaja tak jemput masuk dulu sebab tadi aku tau cik Nor sedang tido.

Boooleh pula si Noni tu terus berlenggang itik, pimpin anak dia terus masuk rumah. Satu jelingan maut dia bagi aku.

” Tak tau malu le dia ni!” Aku bentak dalam hati je.

Tebal kan kulit muka dia.

Sebaik je aku maki dia dalam hati…

Dia terus toleh dan pandang aku.

Seram betul pandangan dia.

Aku dan dia ni memang tak bersembang tapi aku takde lah nak kurang ajar langsung tak bersapa.

“Kejap kejap…duduk dulu biar aku panggil cik Nor jap” cepat cepat aku halang dia dari masuk bilik cik Nor.

Aku ketuk pintu bilik cik Nor.

Serak suara cik Nor suruh aku buka je pintu.

Aku tengok cik Nor terhampar macam tak sihat. Pucat lesi.

Aku beritau lah, Pak Agus dan si Noni tu datang.
Cik Nor cuma terdiam.

Dia tak tau nak kata apa. Nak tolak dia segan agaknya.

Aku memang la takkan suruh cik Nor bangun semata nak melayan suami isteri tu.

Aku beri isyarat suruh cik Nor tido balik tapi cik Nor dah gagahkan diri dia nak bangun.

Tak tunggu aku terus tutup pintu dan cakap kat Si Noni yang Cik Nor tak sihat, tak bleh bangun.

Noni ni jenis tak give up.

Dia kata takpe dia nak masuk sekejap je nak tengok cik Nor.

Hendak saja aku jerkah tapi aku masih sedar aku menumpang juga.

Tanpa tunggu respon aku,terus lah si Noni menonong masuk bilik cik Nor.

Duduk di tepi katil dan usap usap cik Nor.

Cik Nor tiba tiba tenangis pulak. Terpegun aku.

Apa jadi ni?

Terus aku keluar dan pesan pada anak cik Nor, Ijam,aku chow dulu.

Dalam otak aku …tak fikir apa apa cuma aku risau je tengok cik Nor nangis nangis tadi.

Malam tu aku balik rumah dah nak dekat tengah mlm.

Lepas mandi, aku terus ke dapur, konon nak ambik air botol buat bekal dalam bilik.

Tabiat aku, memang malas nak buka lampu. Dalam tiga langkah nak masuk dapur, aku terperasan tubuh seseorang duduk atas kerusi meja kecik kat dapur.

Dia duduk membelakangi aku.

Tak fikir apa yg pelik lagi.

Bila melintas tu, aku tengok cik Nor sedang nangis. Dalam gelap.

Aku tegur dia tapi dia hanya pandang aku sekilas lalu dia terus bangun berlalu masuk.

Apalah yang buat makcik aku nangis dari tadi sampai ni. Nak tanya segan.

Sejak hari tu, cik Nor dah tak ceria macam dulu. Pak Hab dan makcik selalu berselisih faham. Gaduh kecil hinggalah gaduh nak b***h orang.

Aku pun dah ralat tinggal kat situ.

Pak Hab yang dulu aku kenal tak berkira dah pndai sindir aku. Aku sedar lah aku ni bukan anak kandung dia tapi aku tak menumpang free. Malas lah aku nak list kan apa yg aku tolong tolong kat rumah tu.

Ok aku pendekkan je ceta ni. Belum sampai point kan.

Semenjak tu juga, rumah tu macam ada something wrong. Panas. Anak anak cik Nor asyik nak bertekak. Solat semua ke laut.

Bila bercakap tentang ‘something wrong’, yang aku maksudkan gangguan yg tak nyata.

Aku tak selalu hadap benda ni tapi cik Nor ada termengadu kat aku.

Dia kata, dekat dekat nak maghrib tu dia selalu terbau benda busuk.

Badan dia selalu sakit dan kerap menghidap demam.

Malam malam dia dengar orang main guli. Pijak atap rumah dia. Heret perabot.Sebijik ciri ciri gangguan jin yg selalu aku baca.

Hinggalah satu hari, cik Nor membuat rawatan kat kilinik.

Bp cik Nor low dan ada tanda anemia. Biasalah kan orang kita, lepas buat rawatan doctor, ubat kadang makan kadang tak.

Cik Nor macam kurang semangat aku tengok.

Dulu kalau ada kesempatan, Cik Nor suami isteri suka berkebun. Apa apa mereka buat berdua. Sweet je dulu tu.

Suatu hari tu, aku terkejut bila dengar suara orang menjerit. Jeritan marah. Aku cepat keluar bilik.

Aku tengok cik Nor tersandar kat sofa.

Aku lihat riak wajah dia nak meletup.

Dia humban hp kat karpet.

Aku terus la datang dekat tanya kenapa.

Terus dia tunjuk hp dia kat aku.

“Kau baca Joyy…baca semua isi dalam tu lepas tu kau cakap kat cik….patut cik buat apa lepas ni?”

Memula aku blur. Apa dia nak tunjuk.

Dia suruh aku buka sms. Zaman tu belum ada whatsapp ye.

Ragu ragu aku nak baca mulanya tapi pandangan cik Nor yg mengharap mcm nak sangat aku baca.

Sebaik semua text text tu aku tatap, berderau d***h aku.

Ni hp siapa? Cik Nor cuma menangis sambil pukul pukul kepala dia. Macam dah tak betul.

Tiba tiba pak Hab datang rampas hp tu. Wajah dia macam nak terkam aku.

“Kau jangan nak masuk campur hal keluarga aku!”

Dia tengking suruh aku jaga hal sendiri.

Dia halau aku masuk bilik.

Aku tengok cik Nor. Aku kasihan cik Nor.

Sebelum berlalu aku beri amaran jangan sampai aku dengar pak Hab apa apakan cik Nor.

Aku dah tak fikir panjang.

Nak meletup juga kat situ tapi aku tahan kan dulu.

Rumah dia kan.

Aku terus masuk bilik. Aku doa doa je cik Nor tak di apa apa kan.

Hati masing masing tengah panas. Apa pun boleh jadi.

Aku macam tak percaya tapi memang dah ada bukti.

Memang jenis perempuan macam Noni ni tak dapat dibuat baik. Kawan sendiri kut.

Ya. Aku baca semua.

Kesian Cik Nor.

Remuk hati dia dengan perbuatan orang orang yg rapat dengan dia.

Kenapa lah pak Hab terbekenan dengan si Noni tu. Gila betul!

Tu isteri kawan kau lah oi!!

Geli aku bila baca text text orang berumur tengah menggatal ni.

Patutla duit pak Hab hampir licin. Jadi Atm si perempuan tu rupanye.

Aku panas hati betul dgn pak Hab. Geli geleman aku. Istighfar aku banyak banyak.

Dan saat itu, aku dah bleh ‘brain’ hal hal yg aku pernah nampak.

Aku ingat, masa tu si Noni tu sedang pakai kan anak dia kasut. Dia kena tunduk kan. Jadi dengan kolar baju dia yang luas tu, nampak lah lurah dia. Aku tengok pun malu.
Sambil dia pasang kasut anak dia, dia siap pandang pak Hab yang kebetulan duduk berdepan dengan dia dgn pandangan menggoda macam tu.

Perempuan tu tak sedar lah yg aku ada menyaksikan operasi merenyam tu.

Sekarang bila aku ingat balik, aku rasa nak siram dgn air panas je kedua duanya.

Dan ada beberapa kali aku tenampak mereka bertukar tukar senyum, signal signal macam tu dan kadang kadang si Noni tu senghaja lah curi curi terlanggar pak Hab bagai.

Slow nya aku masa tu, rasa nak hempuk pakai tong gas.

Cik Nor terkesan sangat dengan apa yang dah jadi.

Dia semakin pendiam dan murung.

Dia syg suami dia.

Pak Hab dan dia dah 20 tahun kawin. Tak pernah pernah jadi macam ni.

So cik Nor usaha lah cari orang yg boleh tolong dia dan suami dia berbaik mcm dulu. Dia cari org pandai aka bomoh atau ustaz aku tak pasti.

Bukan seorang perawat je tapi dah banyak pergi tapi pak Hab dan Cik Nor masih dingin tak semesra dulu.

Masa tu aku fikir la, ok la kan asal tak cerai berai.

Tapi Cik Nor positif yang suami dia dah terkena guna guna si Noni ni.

Kerana ada perawat ni cakap, ada orang dengki dan nakkan harta.

Dia simpan satu benda kat bawah tangga dan ada satu benda di tanam kat jalan masuk menuju ke rumah.

Aku rasa aku ada tengok macam….tulang apa ntah.

Cik Nor memang syak lah si Noni punya kerja.

Perawat tu kata kena tawar lah sihir atau buatan orang ni kalau tak, boleh jadi gila cik Nor.

Perawat tu kata, Org yg buat tu memang nak cik Nor jadi gila. Dia nak pak Hab dan segala harta benda pak Hab.

Kejam kan kalau hati dah hitam.

Tapi kan selepas peristiwa pak Hab dan si Noni tu. Si Noni dan keluarga dia masih datang tau. Macam takde apa.

Cuma kali ni tak sekerap dulu. Paling kurang sekali seminggu. Yang aku tak faham. Cik Nor ni. Boleh pula dia layan macam biasa siap dengan teh sekali.

Aku rasa nak humban je teh panas tu kat muka perempuan tu.

Aku sorry…aku tak nak layan lagi keluarga ni. Lantak lah.

Cik Nor tegur aku juga..

kita kena jgn tunjuk bencikan dia nanti dia buat lagi kaw kaw. Aku angkat bahu je.

Malas aku nak tambah beban cik Nor.

Tapi aku memang tak faham semua benda ni. Dah benci tapi boleh pula berborak ketawa bertepuk tampar.

Seterusnya. Malam tu, ada rawatan susulan utk cik Nor. Perawat tu kata orang tu ada tanam benda baru kat kawasan rumah kami.

Orang tu nak sihir kasi m**i pelahan lahan.

Dari nak membuat orang gila sampai lah tahap nak m******h.

Manusia kalau dah gelap mata, sanggup buat apa sja.

Malam tu juga, perawat pergi ambik cangkul dan korek tanah di kawasan garage.

Perawat tu dapat satu benda mcm berbungkus dia tunjuk kat Cik Nor.

Dan tiba tiba mcm dijemput, Noni yang dah seminggu tak muncul, datang tak menyempat dgn wajah dia yg cemas. Rambut kusut masai tak bersikat.

Cik Nor tergamam. Tak tau nak buat apa.

Aku terkejut tengok si Noni ni nangis jerit jerit cakap dia kena rasuk.

Boleh pula dia tau dia kena rasuk.

Perawat ada baca baca dan hembus kat si Noni ni.

Noni pun terjelepuk pingsan.

Perawat arahkan suami dia angkat si Noni dan bawa balik rumah.

Tapi pak Agus macam orang dungu. Dia blur blur gitu.

Pak Hab pula yang terlebih nak tolong angkat perempuan tu.

Mujur perawat cakap tak payah, biar dia sedar sendiri.

Kecik besar kecik besar aku tengok pak Hab.

Si Noni pun terbangun lalu dengan wajah terperanjat dia menjauh dari perawat tersebut. Dia macam takut ada. Macam nak menangis ada. Macam nak lari pun ada.

Aku punya high expectation tau nak cik Nor all out mlm tu.

Luahkan je apa yang terpendam.

Ultimate showdown!

Maki mereka cukup cukup!

Tapi tak…..

Cik Nor hanya suruh mereka balik macam tu je siap hantar depan pintu.

Aku tersangat hampa.

Cik Nor sangat menghampakan aku!

Pak Hab ‘action’ macam takde apa berlaku. Dia asyik jeling si Noni tu je.

Memang sah lah pak Hab ni dah kena mandrem.

Kejadian berikut,

Malam tu aku ingat lagi, macam biasa, habit perut aku suka makan tengah malam. Semua orang dh tido. Aku plan nak masak maggi.

Eh

Cik Nor lah.

Aku tengok cik Nor sedang duduk dalam gelap. Aku berdehem je supaya cik Nor tau aku nak masuk dapur. Sebenarnya aku tak nak dia malu bila aku nampak dia menangis.

Memang hobby baru cik Nor suka lepak kat dapur malam malam sekarang.

Aku dehem 3 kali dan cik Nor masih tak menoleh.
“Joy nak masak cik…joy on lampu ye”

Tiba- tiba cik Nor hilang sebaik sja aku petik suis.

Berderau d***h aku.

Tak tunggu aku terus lari kunci pintu bilik.

Apa tu…

Apa yg aku nampak tu…

Lama aku nak hadam apa yang aku nampak. Menggeletar badan aku.

Aku istighfar dan baca ayat ayat yg ku tau.

Malam tu aku tak tidur.

Nasib baik esok aku tak kerja.

Aku masih terbayang bayang ‘Cik Nor’ yang hilang sekelip mata.

Tengahari tu aku tak tangguh terus tanya Cik Nor. Dia ada ke duduk kat dapur jam sekian sekian.

Cik Nor kerut kening dia

“Duduk kat dapur? Bila?”

“Semalam cik, dalam pukul 12 mcm tu”

“Takde lah cik nak duduk dapur bergelap sorang sorang Joy!ni dengar kau cakap ni pun dah meremang”
Aku memang harap je cik Nor cakap yg memang dia lah yg semalam tu.
“Cik memang tak berani pegi dapur sorang sorang Joy. Dapur tu mcm ada yg tak kena je…cik kalau nak masak, siang hari je. Tu pun cik cepat cepat. Tak selesa rasa nye macam ada orang perhatikan kau”

Lalu aku teringat yg aku dah berapa kali terserempak dgn ‘cik’ duduk mlm mlm kat dapur sebelum ni.

Aku rasa nak demam.

Kena juga aku rupanya.

Baik.

Berbalik pada pak Hab dan si Noni tu. Aku tak tau samada mereka masih ada affair ataupun dah tamat tapi agak ‘ackward’ aku tengok relation cik dan keluarga noni.

Walau aku tak faham kenapa cik Nor nak jaga sangat perasaan si Noni tu.

Sejak tu juga, cik mcm menghadapi tekanan.

Sekejap dia ok, ada masa dia tak bercakap langsung.

Suasana rumah dah lain. Tak beseri mcm dulu.

Anak anak mereka juga tak betah kat rumah.

Business diorang pun on and off.

Nasib baik ada anak anak yang dah keje steady job.

Dah berpuluh perawat cik Nor panggil tapi tetap macam tu juga. Macam macam versi gangguan yang diorang scan.

Pak Hab juga semakin….

eksyen!

semakin naik syeikh org tua tu.

Dia mesti rasa market value dia naik kan.

Pada pendapat aku la kan…pak Hab ni ‘Late bloomer’.

Dia culture shock. Dia dan Cik Nor kawin muda. First love macam tu.
Bila saja ada perempuan lain syok kat dia, dia dah rapuh atau memang rapuh pun iman dia.

Aku dah takde minat nak berborak macam dulu.kami dah tak makan semeja macam selalu.

Lepas masak, ambik nasi, lauk itu ini, aku masuk bilik, makan je dalam bilik.

Pak Hab punya sarcastic kata aku tak tau malu. Tak sedar diri menumpang senang.

Takpe pak Hab. Aku masih hormat kau.

Tak lama lepas tu, aku pindah rumah sebab aku dah dapat rumah lain.

Cik Nor nangis bila aku bagitau aku nak pindah. Dia siap kata…macam takde semangat dia nak hidup dah.

Aku cuba pujuk lah makcik aku. Aku kesian sangat tapi aku tak tau nak tolong macamana lagi. Dah banyak nasihat tapi tak ikut.

Lagipun hati aku memang dah bebulu dgn pak Hab tu.

Tentang apa yg aku nampak kat dapur tu, aku macam terlupa nak tanya balik.

Mungkin ada kaitan dengan segala yg terjadi kat rumah tu. Wallahualam.

Setelah beberapa lama aku tak tinggal sana. Aku dapat tau dari mak aku yg Cik Nor semakin sakit sakitan.

Aku tau cik Nor mesti trapped dengan apa yang dah jadi.

Nak tinggal sayang. Stay pula makan dalam.

Tapi itu pilihan cik Nor.

Aku tak berani nak cakap lebih lebih. Bahagian masing masing.

Aku cuma mampu berdoa je untuk cik Nor. Mudahan dengan dugaan yang dia hadap, menjadi asbab Allah naikkan darjat dia.

Pak Hab tu pun aku harap sedarlah sebelum hilang segalanya.

Dulu pak Hab memang ideal husband tapi …tulah, ideal husband kan idaman setiap perempuan. Tak kira suami orang.

Cerita ni takde perfect ending pun. Cuma nak pesan je…hati hati dengan orang yg rapat. Kita tak boleh berprasangka tapi tak boleh juga husnodzon sangat. Sentiasa di tengah tengah.

Bak kata pepatah

“The worst betrayal always comes from the one u love”

Thank u pada admin jika story ni dipublish. Dan juga pembaca. Nama yg digunakan dalam watak watak ni bukan nama betul.

Nanti kalau ada rezki, aku cerita lagi. In Shaa Allah.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mirdhayu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

6 thoughts on “Bagai gunting dalam lipatan….”

  1. Manusia memang mudah termakan hasutan syaitan. Saya harap Cik Nor tu akan dapat cari perawat yang mampu tawarkan ilmu sihir yang dihantar. Dari cerita ni, saya rasa Pak Agus tu kena ilmu penunduk ataupun nasi kangkang isteri dia. Mungkin Pak Hab pun kena ilmu pengasih sebab sampai dah kantoi tanam barang still x sedar2 lagi. Kepada yang suka duk tayang suami masing2 kat social media, dengan cara post atau komen tag suami masing2 especially utk menunjukkan yang suami dia the best husband of the year or betapa bertuahnya dia dapat suami dia, pesan saya berpada2lah. Ambik pengajaran dari cerita ni. Biar org x kenal suami kita dari org kenal suami kita as the best husband. Sebab yang akan dengki tu ramai, dan yang akan menyondol pun ramai.

    Reply
  2. Teman baca kisah ni pon hbs menyampah ngan betina jalang si Noni tu…tergamak dia menduakan laki semata2 nk mengejar kesenangan…elok dirodok jer betina tu kasi mampos…

    Reply
  3. Bestnya cerita. Nak tau sangat apa jadi dengan keluarga tu sebab kalau boleh ingin Cik Nor bahagia semula. Dia perempuan baik. Ok Joy…sila share lagi cerita lain atau sambung saja cerita “Gunting dalam lipatan’ kau ni.

    Reply
    • Saya ada rakan yg suka tayang suami di laman sosial.. Tinggi ensem…tp sebab x berduit mcm rakan saya tu x de la penyondol nak dekat.. Display only.. Moga cik nur sembuh..

      Reply
  4. “The worst betrayal always comes from the one u love”
    sori, baca separuh pastu langkau ke panghabis citer sbb rasa sakithati dan sedih ngan jalan citer ni dan simpati ngan cik nor tu..hmm

    keep it up penulis..citer ni beri kesan kat hati saya

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.