Aku Alia, telah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata. Aku juga seorang wanita bekerjaya. Kisah aku bermula 2 tahun lepas, selama ini aku jarang untuk mempercayai perkara-perkara mistik. Pada aku kalau orang tersampuk atau meracau tu hanya mainan perasaan orang yang menghadapi tekanan perasaan.
Suatu hari aku mendapat surat pertukaran ke Jabatan lain, maka dengan berat hati terpaksalah aku berpindah. Sebelum berpindah ke tempat baru tu, aku telah disajikan dengan desas desus khabar angin masayarakat di situ kebanyakan jenis main bomoh dan percaya akan perkara mistik. Ada juga beberapa orang kawan yang memberikan nasihat agar sentiaa jaga diri ditempat orang. Aku tawakal dan berserah pada Allah apapun yang terjadi.
Pada hari pertama aku mendaftar, kehadiran aku diterima baik cuma ada sorang staf wanita di situ kelihatan agak sinis, namun aku abaikan sahaja perasaan itu mungkin sebab belum biasa lagi. Apa yang aku perasan, walaupun keadaan pejabat tu kemas, cantik dan tersusun rapi, tetapi ada aura yang kurang sedap dan menyeramkan. Mungkin sebab tempat baru kot.
Bulan pertama bekerja, aku lalui dengan tenang dan aman damai. Tiada apa-apa yang berlaku. Namun bila masuk bulan kedua maka bermula episod duka hidup aku. Kerja-kerja aku disabotaj, surat-surat penting banyak hilang walaupun aku pasti telah disimpan sebaiknya. Bos sentiasa salahkan aku walau aku dah buat kerja sebaik mungkin. Penilaian prestasi aku teruk hingga aku tidak dapat bonus. Aku betul-betul kecewa. Tapi yang aku perasaan, satu pejabat ni tunduk dan akur apa jua arahan daripada staf wanita tu aku namakan Kak Selamah. Raut wajah Kak Selamah agak menyeramkan, walaupun kelihatan cantik tapi ada aura garang macam mona Fendey, berusia 58 tahun tapi kelihatan macam 30an.
Beberapa bulan kemudian aku disahkan hamil anak ke tiga, gembira nya aku setelah 8 tahun menanti, tapi proses hamil kali ini agak sukar kerana aku sentiasa tumpah d***h, langsung tidak boleh makan minum, muntah tanpa henti, keluar masuk hospital dan aku cuti sakit selama 2 bulan. Aku tidak pernah syak apa-apa mungkin alahan biasa, akhirnya kandungan masuk 5 bulan aku keguguran.. Ya Allah kesedihan yang tak dapat aku gambarkan.
Selepas habis tempoh berpantang aku bekerja seperti biasa, aku boleh dikategorikan seorang wanita yang biasa-biasa sahaja tetapi dengan kulit putih gebu comel serta sikap aku yang ramah ramai menyenangi aku tetapi tidak Akak Selamah. Dia sentiasa mencari silap aku tetapi aku biarkan je kerana pangkat dia pun lebih tinggi dari aku.
Suatu hari aku dapati terdapat kesan kudis kecil pada bawah mata kanan aku. Puas aku letak ubat tapi tidak juga sembuh malah makin melarat. mata bengkak, bibir bengkak kesan kudis makin melarat hingga penuh satu muka. Aku panik dan habis semua klinik aku pergi termasuk pakar kulit dan ujian d***h dibuat tetapi keputusan d***h normal tiada apa penyakit serius. tiada satu u bat pun yang redakan sakit kulit aku malah semakin teruk. Ditambah gatal yang sangat merenyam, aku sangat tidak selesa. Keadaan aku ni amat membimbangkan suami aku. Aku pula makin kemurungan dengan keadaan aku.
Akhirnya suami aku membawa aku berubat secara tradisional, disitu aku dibacakan ruqyah. Itulah pertama kali aku tahu apa itu ruqyah. Aku muntah teruk semasa ruqyah dibacakan dan pengsan tidak sedarkan diri. Keadaan diri aku semakin parah, aku yang berkulit putih mulus dah macam orang tua berkulit kedut disimbah asid. Tiada satu pun perawat yang berjaya memulihkan sakit aku. Kadangkala aku menangis dan meracau, badan panas seperti dipanggang atas api. Dengan keadaan aku yang makin parah, aku tidak dapat tumpukan perhatian terhadap kerja aku. Aku mengambil keputusan untuk cuti tanpa gaji kerana keadaaan aku yang tidak mengizinkan untuk meneruskan kerja.
Hampir 2 tahun berlalu, keadaan ku tidak berubah, aku semakin mula merasa rendah diri. Tetapi, sewaktu aku sakit, aku telah mendapat surat pertukaran lagi dan sekaligus dinaikkan pangkat. Kuasa Allah dalam derita diberi sinar. Aku berpindah ke tempat baru dalam keadaan masih sakit. Alhamdulillah rakan-rakan di tempat baru bersimpati dengan nasib aku dan sentiasa memberikan sokongan. Aku mula rasa tenang berada di tempat baru kerana aku sangka bila telah berpindah akan sembuh dari sakit tetapi rupanye semakin teruk.
selepas 6 bulan di tempat baru, seorang rakan memperkenalkan aku dengan seorang perawat kerana dia tidak sampai hati melihat keadaanku. Maka bermula lah sesi rawatan aku selama sebulan. Selama berubat, akhirnya telah nampak pekembangan positif pada kulit aku. Aku telah disahkan terkena sihir dan tak lain tak bukan daripada Kak Selamah. Satu demi satu rahsia terbongkar, aku sentiasa memohon pertolongan Allah dan tidak putus berdoa, akhirnya persoalan tu terjawab. Makhluk yang mengganggu dan menumpang di dalam badan aku telah menjelma dengan meminjam badan aku dan menceritakan setiap yang berlaku. Aku sepertinya tidak percaya dengan apa yang berlaku terhadap aku.
Semasa episod kerasukan tersebut, memang agak menyeramkan dengan keadaan hujan lebat dan memang menyeramkan. Tetapi satu demi satu makhluk tersebut bercerita. Makhluk tersebut adalah Pontianak yang telah dijadikan hamba kepada Kak Selamah. Rupanya Kak Selamah mengamalkan perbuatan syirik dan telah ramai yang menjadi mangsanya. Pontianak merayu untuk diselamatkan kerana telah 10 tahun melakukan perbuatan jahat atas arahan Kak Selamah. Selama hampir 1 jam bercerita tanpa henti dan banyak persoalan yang terlerai akhirnya pontianak berjaya dikeluarkan daripada tubuh aku dengan syarat tidak akan mengganggu aku lagi.
Syukur alhamdulillah, gangguan itu telah tiada, dan aku dengar khabar kak Selamah dah mula sasau. Keadaannya tidak menentu. Doakan aku terus sihat dan kak Selamah akan bertaubat dengan segala perbuatannya.
Sebelum terlupa kenapa Kak Selamah masih nampak muda walaupun umurnya sudah 58 tahun.?, rupanya dia memakai susuk dan keguguran kandungan aku juga kerana perbuatan kejam Kak Selamah… Semoga Kak Selamah akan diberikan hidayah dan bertaubat…
Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca kisah suka duka ku…
Takziah dan bykkn bsabar..mmg sihir dan santau ni banyak keburukkan.. arwah ayh dan mak sy kena mcm ni
Takziah dan bykkn bsabar..mmg sihir dan santau ni banyak keburukkan.. arwah ayh dan mak sy kena mcm ni
Allah… Jahatnya manusia. Benci betul orang mcm ni. Kenapalah busuk hati sgt… Moga awak terus sihat dan sihat.
salam. Semoga Puan cepat sembuh sepenuhnya. Tapi, jangan percaya cakap jin dan syaitan sebab mereka sentiasa mahu menyesatkan manusia, mungkin ya atau mungkin tidak kak Selamah yang menyakiti Puan. Moga Allah memberi hidayah kepada orang yang menyihir Puan.
Maaf nak tanya. Ada pontianak boleh bercerita akan perkara yang sebenar ya? Bukan kah pontianak selalu jahat.
pontianak pon sampai bosan ngan kejahatan manusia
Mak aku pnh kena rasuk. Ms kena soal jin dlm bdn tu blh cerita ttg asal usul kg aku, nama org2 tua lama dan lain2 lg. Semuanya tepat.
hahahahaha sampai hantu belaan sendiri pun tak tahan jahat teruk sgt.
tp jgn percaya 100% kejahatan makhluk tu, entah2 dia reka cerita. Tapi sikap Makcik Selamah tu something jgk lah..
X jgk… Ade yg x nk buat kerja jahat tpi dtangkap bomoh n dipaksa jadi hamba
Nme sye pon alia… Sye doakan kebaikan utk akk
Ohh alia ke , tull la tu