Balik Kampung Ibu

View Post

Hello dan selamat malam kepada ahli2 Fiksyen Shasya…..Sebelum ni, saya ada menaip beberapa kisah seram yang pernah berlaku dalam kehidupan saya. Antaranya, “PENGALAMAN HIDUP” dan “KISAH SEKOLAHKU”. Bagi anda yang belum membaca kisah seramku itu….bolehlah baca dulu atau baca yang terbaharu ni dulu pun boleh. OK, tanpa melengahkan masa…..seperti biasa saya akan perkenalkan diri iyerrr…Nama saya Simon…Kini baru tamat STPM dan mendapat result yg boleh tahan baik….Kisah yang saya nak kongsikan ni bertajuk “Balik kampung ibu”…

Pada cuti akhir tahun sem 1 STPM 2019, keluarga saya bercadang nak balik ke kampung sebelah ibu saya di kalimantan, Indonesia atas urusan rasmi di samping ingin melawat datuk dan sanak saudara yang belum pernah berjumpa. Seronok dan perasaan gembira tu tak terkiralah…Siapalah tak seronok kalau balik kampungkan tambahan pula tu melancong ke negara Jiran.

Seingat saya, kami bertolak dari bandar Sibu, Sarawak sekitar jam5 pagi…perjalanan yang ambil masa lebih 24 jam tu mmg mencabar dengan keadaan hujan lagi….(dari SIBU ke Kuching)….(dari KUCHING ke SEMPADAN ARUK)….(dari SEMPADAN ARUK KE SAMBAS)…..(dari SAMBAS KE BENGKAYANG). Kota Bengkayang nilah asal mak saya……

Setibanya di kota tersebut, kami terus menuju ke rumah wawa. Kami sekeluarga disambut hangat oleh Wawa dan cousin saya ( wawa ni maksudnya gelaran aunty kepada adik-beradik mak saya yang lebih tua). Oleh sebab dah pukul 1 pagi….kami bercadang mandi lewat malam dan terus tidur. Malam pertama memang saya tidur ayam maklumlah berada di tempat orang macam lain sikit. Tambahan malam tersebut sangat panas dengan nyamuk yang berada di telinga kiri dan kanan berbunyi ‘Zizizizizi’.

Pada tepat pukul 3 pagi, saya terbangun kerana terdengar bunyi sesuatu yang mencakar tingkap tengah malam….’Akai, nama ukai ari lain meh utai tok kak datai…belacan’ (‘Aduh, kenapa bukan hari lain lah benda ni nak datang, belacan’)…Nasib tak nampak muka dan kelibat….kalau muncul di depan saya….hizzzzzz boleh jadi burung hantu saya dua tiga malam….Saya tutup selimut rapat2….mana taknya ….takut…haha…

Kejadian ni turut berlaku pada malam berikutnya…..sama juga benda tu mencakar tingkap….Nasiblah pada hari ketiga kami bercadang balik ke kampung berbantukan cousin saya untuk memandu. Yang kali ni saya direct to the pointlah,…..panjang sangat takut nanti korang rasa boring baca…. Suasana di kampung amatlah aman dan indah..tiada bunyi bising kenderaan…tiada pencemaran….semuanya tenteramlah…

Di kampung datuk saya ni, ada sebatang sungai yang sepatutnya banyak lintah namun telah m**i kot ekoran aktiviti lombong emas di sekitar kampung tersebut….Saya pernah terkena gangguan yang ringan oleh makluk2 halus di sungai tersebut …Semuanya bermula apabila mak membiarkan saya sendiri mandi-manda di situ manakala dia terpaksa balik ke rumah untuk masak……

Jarak sungai dari rumah datuk tak jauh. Oleh itu, dia taklah risau sangat….ok, teruskan, sepanjang di sungai tersebut….saya dikejutkan dengan bunyi bawah air…seperti ada org bernafas dan berenang berdekatan saya…..Saya berhenti sejenak dan duduk di atas batu sungai…Tidak duduk lama, bunyi tu datang lagi….berbunyi lagi…tapi saya lihat di sekeliling saya…’Tiada pun org atau oksigen bawah air..’Maka tak menunggu lama….cau saya lari balik rumah……

Kejadian pelik ni saya cuma ceritakan kepada ibu saya saja….Namun, terdetik pula hati nak share kepada peminat FS…..Mohon maaf sekiranya kisah saya ni tak menarik dan seram…..Namun, beginilah kisahnya….Ada masa saya akan share lah kisah yang lain….Selamat membaca…..dengar, ada tak yang mencakar tingkap rumah anda pada pukul 3 pagi..haha ..oklah bye …Sekian, terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mika Simon

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 16 Average: 2.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.