Balik Tengok Bola

Assalam. Nama den malik. Den asal nismilan, oghang pilah. Malam-malam camni mata tak dapat lelap pulak. Bini dah berkeruh. Anak cam biasa la tido himpit aku sampai melekat aku ke tepi dinding. Jadi aku ambik peluang sempena belum mengantuk ni untuk buat satu cerpen pendek mengisahkan cerita separa benar.

Ok, sekarang aku nak cerita pasal pengalaman aku dengan budak-budak kampung aku masa balik dari tengok bola kat Melaka. Kami berlima masa tu. aku, joe, ajib, akong dan panggek. Tengok nama pun tahu dah masing-masing kaki layan kl gangster. Ceritanya macam ni, lepas frust nismilan kalah bola baru-baru ni, kami berlima mengambil keputusan makan asam pedas dulu kat klebang. Macam biasa la, Lepak borak tahu-tahu dah pukul 2 Pagi. Akong dengan ajib dah bising takut bini marah, so kami pun gerak balik ikut alor gajah – tampin – pilah.

Maka dalam 2.15 kami pun gerak balik naik kereta pickup aku. Joe duduk depan, lagi 3 orang tu duduk belakang. Perjalanan kami mulanya lancar je tanpa gangguan sampai pekan tampin. Selepas dari pekan tampin tu, jalan dah start gelap. Akong dah menganga kat seat belakang. Yang lain masih steady teman aku bawak kereta. Joe macam biasa tak pernah mengecewakan, setia meneman driver dengan cerita merapu dia.

Dalam 10 minit selepas pekan tampin, akan jumpa 1 jalan yang gelap dan bengkang bengkok. Jalan ni memang terkenal dengan angker dia sebab ada tempat bakar mayat dulunya betul-betul atas bukit sebelah jalan. Masuk je ke jalan gelap tu, hati aku dah tak sedap sebenarnye. Rasa macam ada benda tenung dari luar tingkap. Masa betul-betul lalu sebelah tempat bakar mayat, aku bau hangit. Joe kat sebelah dah gosok-gosok hidung. Ajib yang tengah main henpon boleh tegur pulak, “woi malik ko kontut ko?” Aku balas “mano ado la jimbit”. Brader ni macam takde perasaan aku tengok kat tempat camtu boleh pulak tegur. Tapi memang dia macam tu dari dulu, gaduh dengan awek, tengah-tengah malam lalu bukit putus pegi seremban naik moto, padahal bukit putus masa tu jalan lama lagi. Belum cerita dia gaduh masa main futsal, dia cakap dengan opponent “kasi hantam satu kali”. Orang sedap-sedap nak gaduh terus berdekah. Cilake lu jib.

Jadi lepas ajib tegur bau tu, kereta dah jadi berat. Sebab gear auto, aku tukar dari D pegi 3. Tapi kereta takleh pegi gak. Aku tukar ke 2, tetap slow. Joe sebelah aku dah cakap “ ko pakai yo 4 wheel tu lik”. Aku nak pelangkung je dengar idea brader ni. Aku cakap “takpo, kito jalan slow2.” So jalan la dalam 40-50 km/j. Sampai je simpang dangi, akong terperanjat sambil jerit “woihhh!” Cipang yang tengah tido terus terjaga sambil ramas rambut akong yang kerinting. “Pahal Kong?” “Takdo, tadi den mamai2 terjago, den nampak kudo hitam 5-6 ekor turun dari bukit tu, linteh jalan toghuih turun ke gaung tu.” aku dah terfikir dah, mana datang pulak orang sini nak bela kuda, kambing biri-biri yang bulunya macam rambut akong banyak la. Aku suruh akong mengucap, mungkin dia mamai lagi.

Aku buat tak reti teruskan perjalanan sampai la ke selaru. Masa tu jam dah dekat pukul 4. Bila kereta aku melepasi satu bus stop depan taman perumahan di selaru tu, mata aku tangkap satu makhluk yang berdiri tegak betul-betul sebelah tingkap joe. Sekejap je, sekali lintas macam tu. macam berbungkus, kain lusuh. Tapi lagi tinggi dari kereta. Joe Tanya aku, “ko nampak?” Aku Jawab la yg aku pun perasan. Masing-masing tak puas hati, ambik keputusan patah balik untuk pastikan apebende tu. Aku boleh pulak pusing dekat depan tokong cina besar yang baru siap kat selaru tu. takde apa-apa gangguan kat situ cuma makian yang aku terima dari budak-budak ni. So lepas pusing, kami semua nampak ada orang duduk dekat bus stop tu. Aku tak berani nak bawak slow-slow masa lalu dekat benda tu. so tak berapa jelas. Dalam 100 meter lepas tu, aku patah balik. Masa tu joe cakap, “ ko bawak slow2, den rakam video ni”. Aku balas ok. Aku pun bawak slow-slow depan benda tu, dan ape yang kami nampak, benda tu macam menunduk yang terlalu tunduk ataupun ada yang cakap sebenarnya takde kepala. Aku dah seriau ada plak yang selambe tegur “woi bondo tu takdo kepalo poik”. Kaki benda tu dalam samar-samar nampak sebesar sebatang paip 2 inci je, mustahil tu kaki manusia yang normal, betul-betul tiada logika. Aku pun ape lagi pecut sampai kampung kami iaitu kampung kerapu.punyalah takut masing-masing, aku berbenti je kereta terus berlari jerit “MAKKKK!” Atau “SAYANGGG!” Suruh bukak pintu. Aku suruh tido rumah aku je, tapi biasala masing-masing takut bini melebihi takut hantu.

Fuhh panjang pulak aku rasa cerita ni. Tu jela, cerita banyak-banyak pun nanti entah betul entah tidak. Sekian hingga ketemu lagi, renung-renungkan dan selamat beramal. Wassalam. By the way, video yang dirakam tu memang ada pada joe.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Malik yang menulis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

30 thoughts on “Balik Tengok Bola”

  1. apasal ramai jantan takut bini eh?🤔

    lainla kalau bini ada taekwondo blackbelt kaler putih ke apa. tak faham aku

    btw, cara cerita memang sempoi👍🏼

    Reply
  2. haha rse jln tu yg lalu ucam sume tu ek..sbb slalu suke blk lalu jln kg.kalau siang2 pon rse seram lagi la mlm..hihi..pnh satu kali lalu area situ mse tu buln puase.nk anta adk so aku drive..mak dok sblh.blkg adik laki adik pompuan dgn kazen..mse lalu selekoh nmpk la ade 2 org laki bini biase lanpakai telekong n jubah..dtg kazen aku jerit eh ape tu..nsb aku xmsk longkang sblh..haiyekkk..

    Reply
  3. Aku rs kes tkut bini ni dh berleluasa sgt kat negara kita.. aku rs kat negara2 lain pun lbeyh kurang jgk.. nsib baik tk kawen lg.. boleh la enjoy sampai pg… yahuu..

    Reply
    • benar tu bro. alangkan pm sendiri takut ngan bininya apatah lagi rakyat jelata

      apa2 pun aku tak setuju laa dgn lelaki yg takut bini ni. lainla kalau bini dia pontianak ke apa

      Reply
  4. tau tokong tu.. hoho
    sebab masa hari raya selalu lalu jalan tu nak gi pilah

    boleh pulak patah balik nak pastikan benda tu..hoho
    pastu pergi tegur lak tu

    Reply
  5. sompek lagie si cipang tejago toruih dirameh rmbut si akong..mimpi apo sebolum tu gak eh..apo pn..kelakar la gak ..seram pn ado yo

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.