Banglo 4 Tingkat

Hai hai hai! Assalamualaikum pembaca fiksyen syasya ! Saya ni penulis baru, saya nak ceritakan kisah seram yang saya lalui. Dan cerita ni, cerita first yang saya nak ceritakan untuk korang. Okay saya mulakan ya? Izinkan saya guna ” aku, kau” dalam cerita ini. Bismillah.

Dua tahun lepas kan, aku ada family day tau. Sebenarnya setiap tahun ada family day ni sebenarnya, tapi yang kalini punya, seram gila guys. Meremang bulu roma. Kitorang stay sana, tiga hari dua malam tau. So, first day sampai sana, time papa aku park dekat rumah tu je aku dah rasa meremang gila. Aku dapat rasa macam, kau tahu tak aura seram, hah macam tu lah. Reaction aku time first time sampai tu like “4 tingkat siot rumah ni, besar gila.” Kau bayangkanlah weh, 4 tingkat.

Time semua orang sampai kat rumah tu, ada dalam 7 family la total semua orang. 7 family ni, termasuklah family aku. Dorang semua ni bukan cousin aku pun. Dorang ni, semua officemate mama aku tau. Bila semua orang sampai, kitorang masuk dalam. Ruang tamu dia cantik gila wei, chandelier dia besar. Kitorang semua happy gila la kan sebab rumah besar, luas semua siapa je tak suka right? Aku rapat dengan kawan kawan perempuan aku, petang tu terus kitorang pergi teroka la rumah tu. Waktu tu, ada aku, fatin ( bukan nama sebenar ) dengan ecah ( bukan nama sebenar ). Kitorang dah habis letak barang semua, tahu la mak mak semua mula masak masak semua, kitorang yang budak budak ni ada yang mandi kolam la apa semua. Yang aku, fatin dengan ecah ni pergi la tengok setiap tingkat dengan bilik bilik sekali. Rumah ni ada 5 tingkat, sekali dengan basement tau.

Okay, kitorang pergi basement dulu tau first first. Time pergi tu, sampai depan pintu tu kan, ada portrait gambar Bruno Mars, Michael Jackson dengan sorang lagi siapa tah tak ingat doh. Pastu weh, kitorang tak boleh tau nak masuk bilik tu. Bilik basement tu sebenarnya bilik karaoke, sebab tu lah ada portrait penyanyi tau. Lepastu, kitorang cari cari kunci nak masuk bilik tu, tak ada weh. Tiba tiba, aku dengar orang bercakap dekat dalam bilik tu. Gila kau, dah lah bilik tu berkunci, takkan lah ada one of kitorang punya members tiba tiba nak masuk dalam tu pastu kunci pintu kan? Aku tanya kat fatin dengan ecah.

“Fatin dengan ecah dengar apa apa?” Time ni aku dah macam, alahai buat hal betul lah bagi aku tenang sekejap time holiday ni boleh tak?! Lepastu dorang geleng. Pastu, “BAMM !” aku dengar ada benda berdentum pulak dalam tu. Aku terus suruh dorang naik atas, jap lagi duduk lama lama maunya dia buka pintu, menangis jap lagi hahaha. So kitorang jalan jalan kat tingkat satu ni, tingkat satu ni yang ruang tamu tu lah, yang besar tu. Then ada satu hallway ni, kalau kau lalu hallway ni, ada 1 bilik belah kiri, 1 sliding door, 1 bilik kat hujung sekali, and 2 bilik belah kanan, so pandai pandai lah ye imagine.

Setiap satu bilik ni ada kisah dia sendiri tau, aku cerita one by one, jangan risau. Then kat tingkat 1 ni jugak ada swimming pool, ada tempat main snooker, dapur semua tu lah. Okay so habis tingkat 1, tingkat 2 pula. Tingkat 2 ni pulak, dia ada hall tau. Hall dia ni besar, and ada katil, kau tahu macam katil pengantin tu? Ha macam tu lah. Then dia luas gila, pastu ada 3 bilik. Ada sliding door kat hall ni, buka je nampak pool terus, boleh je weh terjun, tak tinggi pun hahahaha. Okay so move to tingkat 3, tingkat 3 ni, ada 2 pintu tau. Ada satu pintu ni kunci, so memang tak boleh tengok apa dalam bilik tu. Tapi lagi satu pintu ni tak kunci tau, aku buka lah. Time ni macam dah pukul 7 macamtu lah lebih kurang, senja kan. Pastu aku buka, dia bukan bilik tau, tapi dia attic. Tau kan attic macam cerita orang orang putih tu, dia macam basement tapi belah atas.

Aku tinjau punya tinjau, tergerak hati nak pandang belah kiri. Sekali sappp ada benda bertenggek tengok aku dekat penjuru tu, terus weh aku tutup pintu tu, kau bayangkan lah macam mana hati aku berdegup time tu. Degil kan degil ha main waktu waktu senja. Tingkat 4 pula, ni last. Tingkat ni macam tak ada apa pun, cuma tingkat ni ada banyak banyak tingkap, then bila buka tingkap tu, pemandangan dia cantik, tapi lebih kepada Kawasan hutan, faham tak? Hahaha seram juga lah. Tapi tingkat ni tak ada cerita pun. Tapi time malam malam kat tingkat tu seram juga lah ceritanya hahahaha. Then ada satu time tu, time petang juga la, time senja kan, mama aku nak tukarkan baju adik aku, so nak masuk bilik tu kena lalu hallway yang tingkat 1 tu. Baru nak masuk hallway tu, adik aku nangis, dia cakap dia taknak masuk hallway. Aku dah macam, apahal tiba tiba ni, lepastu aku pandang apa adik aku pandang, aku tengok, “ oh, ada benda.” Terus adik aku tak jadi tukar baju. Hari pertama pun dah kena macam macam, kau bayangkanlah esok lusa macam mana hahahaha aduhai. And lagi satu, dari malam hari pertama ni lah, pukul 3 je budak menangis. Adik aku menangis, adik kawan aku menangis. Tapi pukul 3 weh, 3 pagi, gila kau.

So bermula lah hari kedua hari kedua ni banyak juga kejadian sebenarnya. Pagi tu macam biasa tau borak borak apa semua kan. Pagi serious best, sebab macam tak ada apa apa tau, kitorang buat aktiviti2 semua pun elok je. Sampailah, tibanya petang. Time ni dekat swimming pool, kitorang mandi la seronok seronok semua. Pool tu kan luas, so best la. Then aku berenang je lah macam biasa, pastu aku rasa ada orang cuit aku tau, macam ada orang sentuh la, gitu. Pastu aku angkat kepala dari air tu, aku tengok semua orang jauh dari aku. Aku tanya semua orang, siapa cuit belakang aku tadi. Dorang semua cakap “aik, kitorang semua jauh tau.” Pastu aku dah meremang, aku terus naik dari kolam, malas aku. Aku pun masuk bilik nak mandi. Dalam bilik yang family aku duduk tu, ada gambar kahwin owner rumah ni tau. Aku tenung je, pastu aku terus masuk bilik air. Dalam bilik air pun dah rasa meremang juga weh, senang cerita every part of the house kalau duduk sorang sorang memang kau seram gila lah. Aku dah habis mandi semua aku duduk kat ruang tamu, golek golek penat semacam, tak tahu do kenapa.

Malam pun menjelang, time ni masak bbq apa semua, santai santai. Pastu kitorang yang sebaya ni semua pergi la main snooker, then dalam pukul 12 lebih macam tu, semua macam dah penat tau nak tidur, so kitorang tutup la lampu dalam bilik tu. Kitorang yang anak anak dara ni tidur dekat ruang tamu ramai ramai tau. Dah sampai dekat ruang tamu tu, aku tengok tengok pocket aku, pastu baru perasan barang barang aku tinggal dekat bilik snooker. Hah sudah, sangkut. Aku ingat nak ambil esok pagi aje, tapi kalau kena curi nanti jadi masalah lain pula. Aku beranikan diri ajak sorang member pergi sana amik barang, so kitorang pergi sana, aku amik barang barang aku. Time aku tengah kemas barang tu, aku borak borak lah dengan member aku tu, lepastu aku angkat muka je, benda tu tepat tepat ada dekat luar tingkap weh. Clear muka dia depan mata aku. Mula mula aku nak jerit, tapi aku terkaku, terkejut faham tak? Muka dia weh, na’uzubillah kalau kau tengok pun, mesti lari terus weh. Aku pusing slow slow dekat member aku, aku cakap dekat dia…

“Sekarang pusing slow slow, then kita lari, okay?” Member aku tu angguk je, dia tak banyak tanya sebab dia tahu aku dah nampak benda tu.

“Satu… dua….. tiga larii !!” Kitorang punya lari, sampai pucat muka. Kau tahu tak perasaan nampak po**ng depan mata, memang mencicit la lari woi. Time ni kitorang takde lah nak overnight bagai terus tidur. Then pukul 3 lebih macam tu aku terjaga. Tempat kitorang tidur ni menghadap hallway tau, waktu aku terjaga tu, lampu hallway tu buka tutup. Macam ada orang main suis, padahal tak ada orang pun. Siapa je weh nak bangun pukul 3 pagi, takde kerja ke apa ? Aku dah takut, terus tidur jelah.

Esok paginya tu, semua pun salam salam dan balik. Time balik ni lah semua cerita terungkai. Malam tu, papa aku pun perasan sebenarnya lampu hallway tu gelap, siapa yang tutup? Haha, itu tak tahu. Sepanjang hallway tu, banyak gila portrait weh. Gambar dia, isteri dia dan anak anak dia. Bila tengok balik, seram. Mama aku pula, kena tindih. Kaki dia lebam, dan dia nak jerit time tu nak minta tolong tak boleh sebab mulut dia macam terkunci. Time mama kena tindih tu, mama cakap dia nampak ada sorang perempuan yang tindih dia. Lepas azan subuh baru mama boleh cakap. Seram kan?

Adik aku macam biasa lah, bangun pukul 3 pagi, nangis. Ada sorang uncle ni, nama dia uncle ajim ( bukan nama sebenar ) anak dia pun bangun pukul 3 pagi nangis weh. Tapi yang peliknya, anak dia nangis, lepastu tiba tiba anak dia berhenti nangis, anak dia pandang dia, anak dia senyum. Gila, uncle ajim terus baca ayat macam macam hembus kat kepala anak dia. Tiba tiba pulak dia dengar ada almari buka tutup dari bilik sebelah. Nampak normal kan? Tapi yang tak normalnya, bilik tu berkunci and tak ada siapa pun boleh masuk dalam bilik tu. Kau rasa? Siapa yang main almari pukul 3 pagi weh. Dah lah tak ada orang dalam bilik tu.

Ada lagi cerita dari tingkat dua. Cerita dari aunty lily ( bukan nama sebenar ) anak dia pun sama menangis pukul 3 pagi. Nampak tak rumah ni memang ada something yang membuatkan budak budak kecil ni nangis pukul 3 pagi. Tiba tiba, “PAPP!” langsir jatuh. Tak ada angin tak ada rebut langsir jatuh. Takkan lah pasang aircond je langsir boleh jatuh wei agak agak lah. Padahal waktu pagi elok jelah pulak langsir tu terletak dekat situ. Okay yang terakhir, ada bilik yang tingkat 2 ni ada toilet tau. Cantikk, toilet dia macam toilet mewah la, kau nak mandi 5 orang dalam tu pun boleh hahaha. Tapi kalau boleh jangan mandi malam malam. Sebab kat toilet tu ada tingkap, tingkap tu ada macam 2 belah tau, sebelah tu ada langsir and cermin, lagi sebelah langsir tak ada, cermin pun tak ada. Lepastu pulaknya, menghadap hutan! Tu kalau mandi malam malam, takut cik ponti mengintai je hehehe.

Okay tu ajelah cerita aku untuk hari ni, harap tak bosan la eh hihi. TAMAT.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Batrisya najib

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2]

11 thoughts on “Banglo 4 Tingkat”

  1. Minta maaf nk tgur…klau bleh jngan gunakan perkataan “tau” bnyk sngt…spoil cerita..kisahnya menarik tpi spoil sbb bnyk guna ‘tau’ tu…kiteorg mmbaca…bukn mndengar….trima ksih…n kongsi la lgi cerita

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.