Bangunan Pencawang Dalam Hutan

As salamualaikum dan hai pada semua pembaca Fiksyen Shasha

Aku nak kongsikan serba sedikit kisah seram yang aku dan rakan sekerja alami sepanjang menjaga bangunan pencawang yang berada di atas bukit dalam hutan..

Pada May 2020 aku bekerja sebagai sekuriti untuk menjaga bangunan pencawang telekomunikasi
Shift aku adalah 7pagi – 7malam

Cabarannya adalah bangunan pencawang yang aku jaga tu berada dalam kawasan hutan yang agak terpencil , atas bukit yang paling tinggi kat daerah situ..betul2 dekat dengan besi beirut iaitu penanda puncak tertinggi.. orang yang biasa hiking memang tahu lah , besi beirut tu apa benda..

Laluan turun naik adalah jalan tar yang boleh muat 1 kereta sahaja , kiri kanan memang hutan dan gaung.. tiada lampu jalan disediakan , kalau turun pada waktu senja memang seram sebab terasa seperti ada kelibat berdiri di tepi jalan..
Dengan ular sawa dan selar yang tiba tiba lintas jalan , lepastu kalau hujan pula pernah berlaku pokok besar tumbang..
Malam ? memang tak berani lah nak lalu.. gelap gila kut

Jarang sangat nak ada pelawat , staff dan sesiapa pun nak datang ke situ , sebulan ada lah sekali dua je orang datang..

Orang asli pun ada lah kadang-kadang naik sebab kat situ ada kebun durian , banyak ayam hutan..

Bagaimana nak gambar kan kawasan bangunan aku kerja tu ? sekeliling kawasan tu berpagar yang dikelilingi hutan , pokok2 yang tinggi besar dan tanah berbukit

Dekat pagar utama ada pos kecil pengawal , bilik generator dan bilik TNB.
Bila masuk ke dalam sedikit ada 1 bangunan pencawang yang besar , bangunan tu ada 3 tingkat dan memiliki 11 bilik yang semuanya memang takde siapa pun kerja dalam tu.. ada bilik yang di letak equipment , server room dan ada juga bilik yang kosong sahaja..

Sekuriti di situ ada 2 shift
Pagi seorang sahaja sekuriti yang jaga iaitu aku dan malam pula dua orang sekuriti..

Kisah 1
Sebelum aku kerja situ , ada sekuriti lama orang sabah yang kerja shift pagi seorang diri juga..dia dah jaga situ selama 3 tahun.. dia asalnya seorang yang berbadan agak berisi tapi semenjak kerja di situ dia berubah menjadi sangat kurus , ditimpa sakit kulit misteri , suka duduk di bilik kosong yang orang lain tak kan masuk , bersikap aneh seperti suka lepak di kawasan yang creepy di situ dan berubah jadi pengotor.. dia diberhentikan sebab langsung tak jaga kebersihan di situ , lepas tu aku lah yang ganti tempat dia di situ..

Kisah 2
Pernah aku selfie di kawasan tepi pagar yang berhutan tu , bila aku check balik gambar-gambar tu , ada terlihat perempuan bertudung labuh berdiri di luar pagar sedang memerhatikan aku dari belakang , muka memang tak nampak tapi bentuk dia memang seperti bentuk tubuh manusia cuma seperti kabus atau asap , sampai harini aku masih simpan gambar tersebut..

Kisah 3
Ada juga masanya aku akan naik ke tingkat atas dan masuk ke bilik bilik yang ada kemudian selfie.. bila nak selfie sorang diri tu , boleh pulak camera aku detect dua frame muka , menandakan di belakang aku ada satu lagi wajah.. padahal aku sorang je kut kat situ..

Kisah 4
Pernah ada kes 2 orang staff datang untuk buat kerja dan pemeriksaan berkala.. kemudian salah sorang staff pun masuk dalam bilik solat di tingkat 1 sebab dah masuk waktu zohor , masa dia masuk bilik tu dia nampak ada muka perempuan sedang menjenguk dia berkali kali melalui luar tingkap..bayangkan kat luar tu hutan je kut.. macamana boleh ada perempuan mengintai dia dari tingkat 1 pulak tu.. trauma kawan tu sampai demam dibuat nya.. oh ya bilik solat di tingkat 1 memang jarang gila orang masuk sampai berhabuk dan kotor karpet nya

Kisah 5
Sekuriti shift malam sentiasa kena ronda keliling kawasaan dan clocking setiap jam , waktu malam gelap dia jangan cakap lah..nak lepak kat luar pun seram.. kawasan hutan kut.. ada zon clocking yang selalu menjadi zon gangguan bila lalu je situ tu akan nampak kelibat putih lalu dengan cepat dan telinga selalu kena tiup..zon tersebut ada 2 tangki air yang besar

Kisah 6
Aku tak suka jaga dalam pos pengawal di luar tu sebab banyak nyamuk dan takut tiba2 ular tedung masuk dalam pos mana nak lari..

Jadi aku selalu lepak dalam bangunan pencawang , lebih tepat lagi aku suka duduk di bilik pantry.. di situ lah aku buat kerja , membuta , main phone dan makan..

Sekuriti malam pun memang akan duduk dalam bilik pantry jugak

Aku selalu tertidur juga dalam bilik pantry tu , ada masanya bila nak terlelap je tiba tiba ada orang berbisik kat telinga aku membuat kan mata aku tiba2 jadi segar balik..

Antara bisikan yang aku pernah dengar adalah “syaitannnn….”
“Wan…….” ( nama panggilan aku )
“Naaakk…” ( seperti orang tua memanggil anak muda )

Suara tu kesemuanya seakan suara perempuan tua

Kisah 7
Aku selalu bermimpi tentang beberapa ular yang besar kadang2 aku kena patuk , kadang2 aku pula yang tangkap , mimpi berada dalam rumah yang usang , berada dalam hutan seorang diri , berenang melintas sungai , yang terbaru bermimpi jumpa dengan beberapa perawat Islam kemudian perawat tu cakap di sebelah kiri tubuh aku ada benda menumpang.. tiba2 saja tubuh sebelah kiri aku terus naik semua bulu roma

Yang pelik nya.. mimpi tu semua aku kena masa aku tengah tidur kat tempat aku kerja tu.. mungkin tu akibatnya selalu tidur masa kerja.. dah tu bosan kut seorang diri je kerja dalam hutan..

Itulah antara kisah yang aku boleh kongsi setakat ini , adakah setiap kali diganggu aku menjadi seram dan takut ..

Masa mula2 kerja memang takut.. tapi bila dah lama kerja situ.. aku mula lali dengan semua cubaan itu.. aku siap boleh layan movie seram lagi sambil kerja , ada masanya aku menyanyi dengan kuat , ada masanya mulut aku celupar seperti mencabar atau seolah olah tidak hairan lagi dengan apa yang ada di situ..

Yang pasti , aku tetap perlu teruskan kerja juga sebab mencari rezeki demi keluarga ku..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Wan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.3]

4 thoughts on “Bangunan Pencawang Dalam Hutan”

  1. Bang gaji besar tak keje guard pencawang ni? Saya teringin nak cuba la,tapi kalau gaji 1500 tak berbaloinla saya nak hadap shift malam 😂😂😂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.