Sabtu dan kebetulan kolej aku sedang membuat persiapan untuk aktiviti sukan peringkat kolej. Hampir semua pelajar mengambil bahagian samada sebagai peserta atau krew disebalik tabir (gitew). Pada hari Ahad tersebut, kebanyakkan pelajar menggunakan masa yang ada untuk membuat latihan bagi acara yang dipertandingkan. Jadi aku sebagai PIC (Pengerusi Sukan n Kebudayaan) program, kene lah pergi memantau ke arah court tertutup manakala yang lain ke arah padang dan court terbuka.
Court yang aku singgah adalah badminton, bola jaring, takraw dan squash. Tak tahu kenapa aku berseorangan sedangkan aku boleh je ajak mana mana pasangan aku untuk teman memantau tapi erm – aku meneruskan pemantauan. Aku stay di kawasan court badminton sehingga lewat petang dalam pukul 6 lebih. Aku duduk di bahagian atas tempat duduk memerhati yang lain. Aku dengar bunyi pintu tandas di belakang aku dibuka menandakan ada pelajar yang baru menggunakan tandas. Aku pandang dan ternyata kawan aku, Danial. Mungkin baru habis training sebab dia memakai baju dan seluar sukan serta tuala disangkut di leher.
Kami berborak seperti biasa dan Amin tiba tiba jerit kat aku. “ G ! Jom balik. Kau nak tinggal dalam ni sorang ke ?” Pelajar yang lain dah siap menuju ke pintu keluar dan aku cepat cepat kejar mereka meninggalkan Danial di belakang. Amin telah siap menutup suis lampu meninggalkan lampu tengah dan lampu floor tandas sahaja. Sedang berjalan ke pintu keluar (aku org terakhir berada di pintu selepas Amin), Danial jerit suruh tunggu. Aku biarkan Amin dan yang lain gerak dulu dan aku kembali ke dalam gelanggang. Danial minta aku teman dia ke tandas tadi sebab nak cari kunci bilik dia. Aku yang tak fikir apa, terus teman dia. Dia masuk manakala aku tunggu di luar.
Masa aku tunggu kat luar, aku dengar bunyi jatuh dalam bilik air. Tak lama lepastu, Danial keluar semula dan bila aku tanya bunyi apa, dia kata dia jatuh tadi. Kami terus turun dan malangnya, grill telah ditutup (Pintu tak kunci tapi grill tu tertutup rapat. Grill tuh memang dah berkarat sangat2 sampai x boleh bergerak dah sebenarnya ) dan malang lagi, hujan. Dah berdua aku dengan si Danial dalam ni. Mula lah fikir bukan bukan takut setan hasut kami buat benda bukan2 ke, nampak hantu ke maghrib maghrib macam ni. Aku cuba call Amin – mailbox. Aku cuba call kawan aku yang lain – mailbox juga. Danial pun cuba call kawan dia – mailbox. Seram masa tu, Tuhan je tahu. Azan maghrib sayup aku dengar disebabkan lokasi gelanggang ni sedikit jauh dari surau kolej.
Danial ajak aku solat dan kebetulan aku uzur. Dia minta aku teman dia ambil wudhuk dan nak tak nak aku kene lah teman – takkan nak tinggal sorang. Dia solat di tengah gelanggang dan betul betul selepas salam kedua, lampu floor tandas tertutup sendiri. Aku tak fikir halal haram terus sambar lengan si Danial. Dia terus capai phone dia untuk call semua kawan kawan dia untuk dapatkan bantuan – still mailbox. Kami berdua pergi ke grill konon nak cuba buka. Habis tenaga aku dengan dia sepak, tolak, tarik untuk bukak dan gagal. Kami berdua pelik macam mana orang boleh tutup grill nih. Dah gitu, kami duduk jelah kat tengah gelanggang (Oke masa ni, kami lansung tak terpikir dan terlintas untuk buka lampu lain) berbekalkan zikir dan doa. Danial ada juga cuba call lagi tapi masih sama. Masa ni dalam pukul 8, kami terdengar bunyi pintu tandas dihempas. Bergema satu court tu. Danial pesan suruh aku zikir dan baca doa serta abaikan bunyi bunyi tu. Tak lama lepastu, gambar hiasan yang digantung tinggi pada dinding tiba tiba terjatuh diikuti bunyi pintu tandas dihempas lagi. Masa ni aku dah nangis dan boleh pulak Danial nak pergi check gambar yang jatuh.
Kami berdua pergi check dan ofc takde apa so kami duduk semula. Cubaan untuk call kawan masih diteruskan dan tetap mailbox. Dalam hati nak je call 999 tapi kang lain pulak cerita. Dalam ketakutan tu, boleh pulak dengan bunyi orang menangis, gelak, mengaum sayup sayup. Kami pun senyap je dan tiba tiba ada suara menjerit “IKUT AKU”. Aku dah rancak nangis dan Danial tengah baca doa/surah aku tak tahu. Makin kuat jelas suara tu rasa macam dia cakap sebelah telinga kau dan ;
Danial : Jangan ganggu kami. Kami hanya berteduh. Pergi kau ke tempat kau ( sambil baca ayat kursi and few surah. Aku diam je sebelah dia pandang lantai)
Suara : Ikut aku ~ kau gantinya ~ few words Bahasa lain (Tapi suara garau + marah)
Danial : *Terus bangun dan azan kuat kuat*
Masa azan kali kedua, Danial tiba tiba tercampak ke belakang jauh ke belakang macam kene langgar dengan kereta yang bawak 220 km/j dan suara tu tetap cakap benda yang sama. Aku terus p kat Danial and tengok dia dah terbatuk keluar d***h. Tangan dia pegang dada dan dia cakap senak. Suara bercakap, gelak, mengilai semua keluar time tuh. Aku dengan beraninya capai semula phone kat tengah gelanggang dan masani dengar Danial jerit kuat. Aku capai cepat cepat dan p kat Danial dan tengok dia membengkok (macam ulat bulu) dan dia pegang perut. Aku cuba call Amin dan akhirnya Amin angkat. Aku jelaskan semua dan Amin cakap dia datang. Masa sakit ni, Danial masih cuba untuk azan, baca surah. Suara tu gelak je masa ni dan tiba tiba bumbung gelanggang ni macam ada orang pijak. Serpih (mcm siling tu) jatuh, habis berdebu lantai dan kami dan mulut Danial masih tak lekang dengan doa, azan dan tangannya masih kuat genggam aku yang dah separuh m**i takut.
Masa ni Danial cuba untuk bangun, aku bantu dia dan dia cakap sambil memandang depan “Jangan ganggu dia. Jangan ganggu aku. Kami makhluk ALLAH sama seperti kamu. Ini tempat manusia bernyawa, berjasad dan kamu hanya roh tidak berjasad. Pergilah kamu” sambil baca ayat dan dia kembali duduk, dan TUPP lampu terpadam. Habis gelap dewan dan masa ni bunyi gelak tawa, bunyi barang dibaling dalam dewan. Kami berdua himpit ke bucu dewan dan membaca ayat suci. Semakin “rancak” keadaan court masa ni. Beberapa gambar yang digantung tinggi di dinding pun ada yang jatuh. Nak tak nak, kami kene usaha untuk keluar dari court dan aku papah Danial untuk ke pintu court. Aku terpaksa kerah tenaga aku disebabkan aku memapah Danial dan tiba tiba pintu court susah nak bukak. Aku membaca bismillah dan memohon supaya mudahkan kami untuk keluar dan tiba tiba pintu seperti ditolak kuat dari luar menyebabkan aku dan Danial jatuh. Masa ni kepala aku agak kuat terhentak ke lantai. Lama lama, penglihatan aku semakin pudar, dengan angin hujan dan tak lama – kelam.
Sedar sedar, aku berada di hospital. Aku tengok ayah aku, Wida, Amin, Ustaz Adam dan doctor di keliling katil aku. Aku lihat ada yang menyapu tangan kat muka (Macam baru lepas habis doa), berbincang dengan doctor dan ya, otak aku terus flashback apa yang jadi. Sepanjang waktu selepas aku sedar, masing masing membatukan diri. Petang tu aku dah boleh check out dan ayah aku bersama Ustaz Adam dan Amin membawa aku ke tasik berdekatan dengan kolej.
Amin : Aku tak paksa untuk kau cerita sekarang apa yang jadi. Tapi masa aku sampai dengan budak lain, kitorang tengok dalam court tuh macam kene rebut dan tak jumpa kau. Ada setengah jam cari kau dan kau tahu kat mana kitorang jumpa kau ? Dekat bilik stor dalam court dan ada tuala berdarah lilit kepala kau dalam keadaan kau tak sedar. Badan kau penuh debu dan serpih siling.
Aku : *Cerita dari awal – Danial panggil aku sehingga jatuh semasa buka pintu* Macam mana aku boleh dalam stor ? Danial mana ? Dia tak kene warded ke?
Ustaz : Masa budak lain cari awak di bawah, saya carik awak di atas. Tak tahu kenapa hati saya tergerak nak tengok dalam tandas – saya masuk. Saya jumpa Danial terbaring kaku di dalam tandas dengan d***h di kepala yang dah kering. Badan dia bersih, takde debu atau kekotoran sepertimana kami jumpa awak. Sampai ke hospital, doktor minta kami hubungi waris Danial dan bapa awak. Kami dengar sama sama bahawa Danial telah tiada dan dalam keadaan dia macam tu, doktor yakin dia telah tiada 24 jam sebelum.
Amin : Masa aku panggil kau untuk balik, kau duduk sorang je G kat atas tu. Takde Danial atau sesapa.
Aku diam membatu. Aku yakin memang Danial, jasad Danial yang teman aku, bantu aku dan bersama aku sehingga aku pengsan. Apa yang mereka bualkan, aku abaikan seperti angin lalu. Kalau betul Danial dah tiada, habis siapa yang teman aku ? Adakah sewaktu aku dengar bunyi jatuh di dalam tandas semasa tunggu dia, satu petanda yang sepatutnya aku kene periksa keadaan dia? Mungkin itu permintaan bantuan terakhir sebelum dia pergi ? Adakah roh dia yang membantu aku, teman aku semasa kejadian itu ? Adakah itu pertolongan dia yang terakhir sebelum nyawa di ditarik? Itulah bantuan dia kepada aku “sehingga hujung hayatnya” ?…. Sampai disini saja dulu penceritaan aku.. Sekian terima ksaih…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Like seriously story best, senang nak faham jalan cerita dia. But smpai last part suddenly rasa sedih uh. Serious talk.
best juga cerita ni
ANYEONG ! Thanks admin sebab post story ni… and thanks also to all the readers for yr votes !
Ok let me make my own summaries.
Bile danial m**i dlm tandas tu, jin yg menginap dewan tu ambil kesempatan menyamar jd danial utk perangkap penulis stay dlm dewan tu. Atau mungkin btol roh danial kluar sebab die baru meninggal dan die xsedar die dah pon meninggal. Penulis kene ganggu. Arwah danial yg bantu harung same. Even dah meninggal pon masih solat maghrib. Terbaik danial.
sbab ape danial mninggal erk ?
Kencing manis
Apa makna suara – ikut aku, kau gantinya? Blh sesiapa jelaskan?
scary dan sedih cerita dia. cerita betul ke main2 ni?
the best story. .